February Babies

 


Dah masuk februari. Macam baru je Januari kan? Tup tup dah masuk bulan Februari. Proses PdPR pun masih diteruskan dalam situasi Norma Baharu. Golongan mak-mak tetap teguh dalam mendidik anak-anak. 

Mana nak jadi suri rumah cuci baju lagi.

Mana nak jadi guru untuk sesi PdPR anak-anak lagi.

Tu belum masuk bahagian Oil & Gas lagi kan? hehehe.

Moga mak-mak terus tabah ye.

Golongan guru jugak tak kurang hebatnya.

Tetap perlu menggalas pelbagai tanggungjawab dalam proses norma baharu.

********************************

Untuk aku dan kawan-kawan yang bertugas di barisan hadapan kaunter Pusat Internet Komuniti juga ada macam-macam tanggungjawab. 

Tambah pulak musim Covid-19 sekarang ni semua urusan perlu dilakukan secara atas talian (online). 

Aku dan pasukan rakan sekerja bertugas dalam kawasan petempatan Felda Selatan Perak. 

Penduduk Felda maklumlahkan kebanyakannya warga emas dan pastinya kurang arif tentang internet.

Jadi, sedaya upaya kami cuba bantu sedaya mungkin untuk pelbagai urusan harian.

Dan sebagai tanda terima kasih buat semua pasukan aku, aku senyap-senyap booking Suprise Delivery untuk staff yang lahir bulan Februari.


Surprise Bouquet untuk Nadiyah yang lahir 02 Februari

Surprise Bouquet untuk Anisa & juga Shakila yang lahir 05 Feb dan 07 Feb

Anisa dan Shakila takda di rumah semasa penghantaran tu jadi, anak saudara masing-masing yang tolong sambut bouquet untuk diorang. 

Aku pesan pada Delivery Man tu supaya rahsia kan siapa pemberi.

Dan cukuplah tolong doakan moga si pemberi sihat dan murah rezeki 
serta dapat bantu komuniti selalu.

Musim Covid ni ramai yang tertekan.
Aku harap dengan pemberian ni, dapatlah ceriakan perasaan diorang.

Moga engkorang semua pun ceria aje setiap hari okay :)


16 comments:

  1. Kita buat orang tersenyum besar ganjarannya.

    ReplyDelete
  2. bestkan klu boleh buat org sekeliling kita senyumm happy mcm ni :)

    ReplyDelete
  3. Wah.. bestnya dapat suprise delivery.. Ohsem..
    Sekejap je dah Februari..

    ReplyDelete
  4. bestnya. tak pernah dpt tapi buat untuk org pernah hehe

    ReplyDelete
  5. Seronoknyalah kalau dapat surprise lagi-lagi masa sekarang ni.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum .. wah, beruntungnya mereka.

    ReplyDelete
  7. happy birthday february's babies :)

    ReplyDelete
  8. saya february baby jugak >.< tapi dah lepas dah hehee

    ReplyDelete
  9. selamat hari lahir kpd mrka yg lahir pd bln Februari...

    ReplyDelete
  10. kann, moga ditabahkan hati para ibu sepanjang pkp ni :D
    bestnyaa dapat happy-kan orang kann, suka suprise2 ni XD

    ReplyDelete
  11. wahhhhh 👍👍👍👍👍 murah rezeki ana...

    ReplyDelete
  12. semoga murah rezeki ana.. hubby dan SIL pun baby feb :)

    ReplyDelete
  13. untungla dpt hadiah besday dari secret admirer tuuh.. 😅😅😅

    ReplyDelete
  14. Sekejap je dah bulan februari kan . Cepat masa berlalu . Pandemik covid ni entah bila akan sampai ke penghujung

    ReplyDelete
  15. Wah bestnya dapat suprise delivery!

    ReplyDelete