Fefeeling Orang Kaya : Rak Sejadah Kayu

by - 18 February

 


Sepanjang tempoh PKP (MCO) kebanyakan pergerakan terbatas untuk keluar kawasan melebihi 10km radius. Ini kesah Mak aku mengadu rak sejadah yang ada di rumah dah makin uzur ditelan zaman sebab dah lama sangat rak yang ada tu. 

Rak lama tu sejenis besi dan dah mula berkarat dan ada bahagian mula bengkok. Aku antara yang bernasib baik sebab dapat bekerja tak jauh dengan kawasan tempat tinggal dan memandangkan aku masih bujang jadi aku tinggal dengan mak, ayah dan adik bongsu aku.

Bila mak aku bagitahu rak sejadah yang ada kat rumah dah makin uzur jadi aku pun tak buang masa memang terus je cuci mata tengok-tengok di shopee.

Aku tunjuk pada mak untuk bagi mak pilih nak rak sejadah yang jenis besi atau nak yang jenis kayu. 

Mak kata dah boringlah rak besi macam yang lama tu jadi mak pilih nak rak jenis kayu yang simple je.




Pernah aku bawak mak cuci mata di satu kedai di pekan berdekatan , harganya kebanyakan RM50.00 ke atas. Masa tu aku tak tahu mak nak rak jenis kayu , kalau tidak dah lama aku tolong order.

Mak pilih nak yang warna OAK (warna yang agak coklat tu) dan aku tambah beli lagi satu yang warna CAPPUCINO. 

Tak fikir panjang terus order dua. Acah-acah orang kaya sangat kannnnnnnn? kehkehkeh


You May Also Like

13 Lovenote(S)

  1. lawa! tu lah kalau pakai yang besi bosan kan & tak naik seri ruang tu

    ReplyDelete
  2. Akak pun suka jenis rak kayu..tahan lama kan...thanks singgah blog akak..akak dah follow sini jugak ye...

    ReplyDelete
  3. benda boleh guna :) order byk pun takpe haha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Ada rezeki on.

    ReplyDelete
  5. murahnyaaaa! pernah masuk dalam wishlist nak beli untuk bilik sendiri. tp sampai la tak terbeli...

    ReplyDelete
  6. untunglar dpt murah.,
    tp pasal rak kayu sejadah ni jgn nnti jugak tempat sidai suar dalam coli bagai., hehehe

    ReplyDelete
  7. murah jugak ehhh. tapiii rack sejah yg kayu nii memang cantik laa :)

    ReplyDelete
  8. kat shopee kalau dapat yang murah memang berbaloi dengan harga kan

    ReplyDelete
  9. nanti mudah nak sidai sejadah dgn teratur.

    ReplyDelete
  10. jauh beza tu harga kedai ngan shopee

    ReplyDelete
  11. Nice rak tu. Hehe tak apa beli lebih sebab benda tu dipakai

    ReplyDelete