Selesai je urusan pulang dari kampung sempena kenduri majlis kahwin sepupu, setibanya di rumah lebih kurang jam 9.00 malam. Hujung minggu memang dah selalu perlu tempuh jemmm di sepanjang laluan lebuhraya utara selatan.
Terasa kematu juga segala urat walaupun jiwa masih muda kehkehkeh
Malam tu lebih kurang jam 10.30 Abah terima panggilan daripada Mak Lang (Adik Abah yang ke 4) maklumkan bahawa Paksu (adik abah yang bongsu) meninggal di Hospital Parit Buntar.
Lepas Abah bincang dengan Mak Lang,
Abah ambil keputusan untuk gerak semula ke Taiping subuh esok.
Memandangkan jenazah akan dikebumikan lebih kurang jam 11.00,
dan lagi satu sebab badan masih letih baru je sampai ke rumah.
Esoknya selepas Subuh kami bergegas ke Taiping semula.
Alhamdulillah kami selamat tiba dan Abah sempat bantu
mandikan jenazah Paksu.
Paksu sakit dah agak lama terlantar.
Moga Paksu tenang di sana & ditempatkan bersama orang beriman.
*********************************
Aku dan adik ambil Emergency Leave(EL).
Jadi boleh bergilir drive sebab tak berani nak biar Abah drive.
Masa menghala pulang dari urusan jenazah Paksu tu,
tak pasti punca apa, tapi masa sampai je highway di
laluan antara Jelapang (tak jauh lepas turun dari Terowong Menora)
tiba-tiba terasa kereta macam disagat sesuatu seakan besi.
Stereng kereta masa tu mujurlah adik pegang kuat dan boleh control.
Terpusing juga kereta waktu tu.
Aku, Abah dan Mak memang dah mengucap panjang.
Mujurlah jarak dengan kenderaan belakang agak jauh.
Menggeletar kami sekeluarga.
Sampai ke kawasan depannnn yang agak selamat,
kami terus berhenti tepi jalan dan turun dari kereta.
Aku bagi Mak & Abah rehat di tepi sebab risau.
Sambil check keadaan kereta dengan adik.
Rupa-rupanya dua biji tayar sebelah pemandu,
Tayar depan dan belakang pecah serentak!
Ahhhhh sudah macam mana ni?
Tayar spare ada satu je.
Adik lelaki aku yang sado pun tak cakap banyak.
Terus keluarkan tayar spare dari bonet.
Sambil tu aku terus call dapatkan bantuan PLUS.
Waktu tu dah menghampiri waktu maghrib.
Tak lama lepas tu pihak PLUS pun tiba.
Tapi....
Takda pulak bawa tayar spare ke ape.
Kenderaan towing pun takda katanya.
Aduhai. Aku dalam hati dah keluar macam-macam perkataan.
Cuma tak dikeluarkan aje dari mulut.
Aku ni punyalah bercerita minta bantuan masa call tu tadi.
Ingatkan kot dapatlah pinjam tayar spare ke untuk pinjam.
Rupanya pihak PLUS tu call 'kawan towing' dia untuk bantu.
Chissss! Kalau panggil towing luar, baik tak payah!
Ayatnya lebih kurang macam ni :
"Kami towing takda cik. tapi ni ha saya dah tolong call (towing).
Jadi cik boleh lah selesaikan dengan dia. Segala bayaran dan lain-lain,
cik terus bincang dengan dia ni ya"
Hermmm. Aku terus kata okay terima kasih encik.
Diorang tu blah. Aku, adik aku dan Abah cakap baik-baik
pada towing luar tu yang kami taknak khidmat dia.
Sebab dah ada towing under insurans kereta kami.
Abah pesan pada aku :
"Kakak ada insurans kan?
Baik kakak call towing under insurans kakak je.
buat apa pening-pening nak guna towing lain.
Nanti entah apa-apa bayaran diorang mintak"
Ya Abah betul.
Mujurlah Abah tetap tenang berfikir.
Kalau aku sorang, mungkin dah terima je.
Maklumlah perempuan cepat panik.
Tapi lama juga brother towing tu pujuk kami.
Macam-macam ayat dia takut-takutkan kami.
Abah tetap dengan pendirian dia.
Abah cakap anak dah call towing under insurans dia.
Tak lama pastu, brother tu pun blah dengan muka agak kecewa.
Kecewa sebab tak berjaya nak pujuk kami guna khidmat towing dia.
Penantian beberapa jam, dari terang siang sampai dah masuk malam.
Akhirnya lori towing pun sampai ke lokasi kami.
Mak dah mengadu sakit segala pinggang sebab lama terpaksa tunggu.
Mujurlah kami semua selamat.
Guna towing under insurans kereta aku Alliance Insurance.
Tiptop memang diorang keep on calling kita selagi belum selesai.
Terasa panjang betul hari tu.
Mujur Abah dan Mak semua selamat.
Esoknya siang dah terang, tengok-tengok juga bahagian kereta.
Sebab masa kejadian tu terasa macam disagat besi.
TAPI... takda kesan tersagat apa langsung!
Kejadian tu masa nak dekat maghrib.
Kawasan situ memang kerap kejadian kemalangan.
Hermmmmmmmmmm