Order Tak Pernah Surut

 


Kisahnya lepas dah selamat tiba ke rumah setelah bertungkus-lumus 
selesaikan segala urusan berkaitan kereta kami yang terpusing atas highway tu.

Datang si Kak Yah -- jiran yang selalu rajin berkongsi rezeki.
Kak Yah rajin open order pelbagai jenis kuih dan masakan lain.
Petang tu Kak Yah ada menyiapkan oderan sebanyak 100 biji karipap.
Tapi bukan karipap biasa yang inti kentang atau sardin tu.

KARIPAP INTI IKAN ISTIMEWA DARI TERENGGANU


Karipap inti ikan hasil air tangan Kak Yah memang laku keras.
Acuannya berbentuk tiga segi berbeza daripada yang biasa tu.
Rasa inti karipap ikan ni yang buatkan dia berbeza sebab
guna ikan rebus dicampur dengan halba, santan, kelapa parut.
Sambil siapkan oderan 100 biji petang tu sempat juga 
Kak Yah kongsi 10 biji karipap inti ikan dengan kami.
Moga murah rezeki Kak Yah sekeluarga.


14 comments:

  1. wahh siap jiran kakyah sedekah karipap sedap ituuu., ;p

    ReplyDelete
  2. kalau di pahang karipap inti ikan dipanggil temosa..

    ReplyDelete
  3. semoga Allah lapangkan rezeki Kak Yah... lawa pulak acuan segitiga camni kan. Nak beli tapi doh karipap pun ammi tak reti buat ahaksss

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat rezeki percuma.

    ReplyDelete
  5. tak pernah lg mkn karipap ni..Alhamdulillah, sambil berniaga, bersedekah ke jiran..semoga murah rezeki Kak Yah..

    ReplyDelete
  6. Alahai terliur pulak. Nak sikit Kak Yah...

    ReplyDelete
  7. Ya Allah.. Sedap tau karipap ini.. Tapi sini susah nak jumpa..
    Rezeki sungguh..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya karipap inti ikan tu..pernah makan tapi jarang jumpa sini.Cantik dan kemas bentuk dan rupa karipapnya..Semoga semakin melimpah rezeki Kak Yah dan kita semu

    ReplyDelete
  9. Tengok pun fah tau sedap kan. Biasanya kalau inti ikan camtu belah² pantai timur. Kat Kuantan aritu makan karipap inti isi ikan camtu. Sedappp

    ReplyDelete
  10. Pertama kali makan semasa ke Lanchang, Pahang. Sedap sangat 😋
    Lepas tu baru tau, katanya asal dari Terengganu. Kali terakhir makan, jiran balik dari Ganu bagi kita merasa.

    ReplyDelete
  11. PH selalu juga beli dari cikgu sekolah Adik, karipap inti ikan. Cuma bentuknya macam karipap biasa :)
    Moga bertambah luas rezeki Kak Yah 🤲

    ReplyDelete
  12. feveret saya apa jenis karipap dan semosa

    ReplyDelete
  13. Ala, rasa macam ada komen tapi nape hilang

    ReplyDelete
  14. kak yah ni mesti seorg yg ikhlas berniaga sbb tu jualan dia laku keras

    ReplyDelete