Orang Meminjam Buat-Buat Lupa

 


Dah selalu kita dengar situasi bilamana orang yang meminjam hujungnya minta tangguh untuk bayar semula atau lebih teruk lagi buat-buat lupa yang dia dah berhutang.

Ada pernah jadi pada kawan aku sendiri.

Dia pernah bantu pinjamkan duit pada kawan dia tapi yang meminjam tu seronok je pergi jalan sana sini tanpa bayar semula duit yang dah pernah dipinjam. Amboiiiiii amboiiiii apa ingat orang yang dah bagi pinjam tu bank hang ke?


Aku pinjam screenshot ni daripada facebook salah sorang sahabat. Dia share daripada slah satu group yang dia join. Manusia ni memang selalu lupa daratan. Masa susah bukan main manissssss lagi berjanji nanti dapat gaji nak bayar semula tapi hujung-hujung nanti orang yang bagi pinjam / bagi hutang tu pulak yang terpaksa menuntut semula dah macam dia yang menagih simpati. 

Moga dijauhkanlah sifat berhutang tapi lambat bayar ni ye.

Jangan sampai kena santau pulak sebab tak bayar hutang member! hehehe

5 comments:

  1. pernah juga member pinjam tapi lupa nak bayar sampai kita pula segan nak minta padahal dia yg hutang kita. sabor je la..

    ReplyDelete
  2. hutang budi dibawa mati.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. kdg kita pulak mcm pengemis mtk hutang.. yg berhutang bukan main eksyen beli brng mahal.. jalan sana sni.. tp hutang xbyr.. huhu

    ReplyDelete
  4. Pernah lalui, lagi pedih hati rupanya kita ditipu dengan cerita rekaan supaya bagi dia pinjam. Hilang rasa percaya.

    ReplyDelete
  5. saya masih ada orang yang pinjam tetapi sekarang belum bayar lagi...pernah tagih dan alasan belum ada duit dan suruh kita bersabar sahaja

    ReplyDelete