Orang lain dah lama kena gatal miang keladi ni. Aku pun sebenarnya dah lama cuci mata tengok macam-macam pesen pokok keladi lalu lalang tapi ku tahannnnnn jebat sebab memandangkan ada yang kata sesetengah pokok keladi ni leceh sikit penjagaan dia. Tapi ada juga yang kata agak mudah asal cukup air dan baja sudah memadai.
Tapi memandangkan mak aku meluahkan rasa teringin dia nak dapatkan sepokok dua keladi artificial atau senang cerita mak nak pokok keladi yang tiruan aje. Lebih mudah nak urus. Tak perlu siram, tak perlu baja kehkehkeh
Hujung minggu haritu aku pun ambil keputusan bawa mak cuci mata ke pekan kampar dan lepas tu saja pusing jauh meronda pulak ke pekan teluk intan. Lepas dah selesai cuci mata di sekitar Kampar dan Teluk Intan & masa menghala pulang tu mak kata ajak meronda sekitar pekan.
Dua tiga kedai juga dah masuk tapi belum menepati apa yang mak nak cari.
Rupanya mak ada dengar dari Geng Mesyuarat Tingkap dia yang ada kedai bunga buat sale jualan pokok keladi tiruan. Memang tak lepaskan peluanglah bila sampai je kedai tu rupanya banyak yang dah sold out.
Ramai betul peminat pokok keladi walaupun yang tiruan ni rupanya. Mak aku pun terus sambar dua ketul pokok keladi yang ada warna merah-merah dan yang takda merah.
Pasu dan kaki pasu tu gunakan je mana yang ada kat rumah. Lain kali baru pikir beli lain. Cantik juga walaupun hanya keladi tiruan. Sejuk jugalah mata memandang sudut nampak kehijauan kemerahan. Takpe mak lain kali kita beli lagi tapi itupun kalau masih ada hehehe
Mak kata tolonglah tengok-tengokkan di Shopee pokok keladi yang lain pula.
Engkorang terkena miang keladi ke belum?
Tak terjebak lagi dengan pokok keladi. Hihihi. Haritu masa PKP terjebak dengan monstera. Gigih carik n kumpul. Abes PKP, tinggal 2,3 pasu je dah. Hahaha.
ReplyDeleteBtw, selamat berkenalan ana-mizu 😊
Hahaha...saya blm kena...Harap-harap tak kena miang keladi....
ReplyDeleteMacam2 jenis keladi yaa. Cantik pulak tu 🌸
ReplyDeleteSalah guna link pulak
Deletedi sek sy, guru2 lelaki pakat beli pokok keladi tiruan utk menghiasi bhgn kami.
ReplyDeleteCantik pokok keladi yang dibeli. Kalau macam tu akak pun nak beli yg tiruan punya jelah. Tak yah jaga. Hidup subur sepanjang masa 😊
ReplyDeleteingatkan pokok keladi betul. cantiknya juga yang tiruan dan senang juga nak jaga..hehe
ReplyDeleteCantik macam pokok keladi hidup.
ReplyDeleteMrs. A suka tengok orang punya je kalau tanam sendiri tak menjadi umpama hidup segan mati tak mahu eh! lama-lama mati gittewww...
Tak terkena miang keladi seba kat pejabat lama dulu banyak pokok keladi ini.. hehehe.. tengok dan admire yang itu jelah..
ReplyDelete