Orang Ye.Bukan Orang-Orang!

 


Tengah panas berkenaan isu Cikgu Fadli. Walaupun aku takda anak sekolah, 

tapi tetap ada anak saudara dan sepupu sepapat yang sekolah.

Tetap dah lama perlu berhadapan dengan isu soalan KBAT dan juga

isu beg sekolah berat dan lain-lain isu lagi.

Dan bukan Cikgu Fadli je yang baru bersuara berkenaan hal ni,

dah ramai juga yang bersuara tapi kebanyakannya mesti terus diam.

*************************

Amboii KPM, nak buang orang kerja pulak ya.

Macam ni, ada benda lagi penting yang KPM patut kena buat

daripada kalut nak buang cikgu kerja, ni aku senaraikan:

1. Jangan bebankan cikgu seluruh Malaysia dengan kerja kerja admin

yang memenatkan dan tak ada kena mengena

dengan silibus pelajaran budak budak.

2. Jangan harap cikgu je nak kena keluar duit sendiri

beli benda benda yang sepatutnya sekolah dan KPM patut sediakan.

3. Jangan nak harap ke cikgu nak fikir cari duit

untuk kelangsungan pengurusan sekolah dan kemenjadian budak budak.

Ini tidak, nak beli kompiter sekolah pun sampai kena buat

8 kali setahun lawatan sambil belajar, punya la nak cari duit.

Nak bawa budak wakil negeri pun sampai kena kutip dana awam. Gila!


Fokus cikgu ni mendidik anak murid ke atau nak kena fokus cari duit untuk sekolah?

4. Laki kena mengajar kat empangan Bakun, bini pulak mengajar kat Kodiang.

Dah minta tukar nak duduk dekat sampai 4-5 tahun tak dapat.

Aku tak faham macam mana la cikgu nak fokus mendidik

(fokus cari duit dan fokus juga jadi eksekutif pengurusan),

kalau fikiran dan jiwa dia tak tenteram ingat laki/bini/anak duduk jauh?


Macam mana nak lahirkan umat sejahtera kalau cikgu yang
mengajar pun tak ada perasaan sejahtera dok teringat anak bini?

Diorang ni cikgu, bukannya pasukan ATM yang memang kita tahu

kerjanya sentiasa di perbatasan.

Latihan mereka berbeza, persedian mental fizikal mereka berbeza.

5. Bila jadi benda benda macam tu, kau ingat cikgu cikgu tak efek ke moral depa?

Cikgu cikgu ni orang, bukan orang orang.

Jadi tak hairan lah cikgu cikgu tak bersemangat,

cikgu cikgu pakat meniaga tudung, cikgu cikgu meniaga kek.


KPM dan JPN ni kena tingkatkan fokus untuk selesai hal
hal tu dulu, bukan bila jadi apa apa isu baru melompat, kemudian hukum cikgu.
Tak cukup lagi, keluar pulak arahan-suruh-jangan itu ini.

Masalah yang lagi besar tak ada solusi jugak.

"Tak suka jadi cikgu, berhenti je lah!"

Amboii senangnya.

Ni bukan masalah cikgu tu kena fikir nak berhenti ke tidak.

Kalau suasana kerja tu elok, best, ada kepuasan bekerja,

tak kan timbul soal berhenti berhenti ni.

Sediakan suasana dan keperluan cikgu yang sepatutnya,
jangan tekan depa dengan bebanan yang menggila yang merepek repek.

Cikgu ni pendidik yang perlu dihormati, bukan kuli batak senang senang kita nak buli.

Sumber : Fdaus Ahmad


Di semua jabatan pun wujud jenis yang tak boleh kita bersuara ni.

Bila bersuara je, walaupun untuk kebenaran akhirnya hermmmm.

Moga dipermudahkan segala urusan pihak yang benar.


9 comments:

  1. berat kan kes ni seberat beg buku sekolah yg anak2 bawa dan pikul ke sekolah.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Entah apa-apa masalah.
    Harap ada yang prihatin pandang masalah ini.

    ReplyDelete
  3. kita tunggu apa tindakan KPM kalau tak ada apa perubahan tak tau nak kata la

    ReplyDelete
  4. sy bercadang nak bersara awal juga. penat la dgn urusan yg bukan mengajar ni. baik buat amalan ke akhirat.

    ReplyDelete
  5. Memang banyak bebanan jadi cikgu ni sampaikan nampak diorang makin lama makin tak semangat.setuju dengan penulis artikel ni

    ReplyDelete
  6. pandangan yang bernas dan kesian juga guru di Malaysia yng bekerja keras mendidik anak bangsa

    ReplyDelete
  7. Khabarnya menimbun permohonan guru nak bersara awal...

    ReplyDelete
  8. Saya pernah mengajar di sekolah swasta, guna silibus English Cambridge dan Math Science Singapore. Tapi betullah subjek Math yang cikgu Fadli share tu memang susah untuk darjah 1. Budak baru start mengeja macammana lah nak jawab soalan advance macam tu..

    ReplyDelete
  9. kes guru2 atau guru besar / pengetua yg x performed x nk pulak dipedulikan? sy penah jumpa guru besar yg cuma dtg sekolah hari isnin or hari ppd dtg sekolah je. hari lain entah mn lesapnya. smpi ciku2 dah mls nk buat aduan sbb ibarat mencurah air ats daun keladi. kabel GB tu cekang sgt..sbb tu xde tindakan. sng je mkn gaji buta

    ReplyDelete