Harini Nana dan Kak Izah awal pagi lagi dah roger gegar group whatsapp.
Di ofis masih panas lagi dengan issue yang menimpa Cikgu Fadli.
Nana macam biasa memang jenis mulut cakap lepas.
Mujur ada Kak Izah tolong sabarkan.
Kalau tidak terbang kuih depan mata untuk sarapan tu.
Selesai sarapan masing-masing fokus dengan kerja.
Masuk waktu lunch, Kak Izah roger lagi sekali.
Tapi bukan setakat ajak lunch sama-sama,
ada sesuatu yang misteriiiiiii dia nak kongsi.
Aku dengan Nana berteka-teki apa benda lah yang Kak Izah nak kongsi tu.
Rupa-rupanya tadaaaaaaa! Kak Izah belikan binatang comel ni!
Kak Izah memang selalu memahami.
Si Nana memang elok sangat dapat benda ni.
Bila agak rasa nak marahhh atau bengangg atau sakit hati ke,
haaaa picittttttttt je binatang comel ni dan bayangkan itu adalah muka
orang yang engkorang marah tu kehkehkehkeh
Kak Izah belikan sorang sekor : octopus comel - rabbit - ikan buntal berduri
Aku mestilah octopus sebab comel!
Terima kasih Kak Izah, moga murah rezeki selalu ehehehehe
Comel sangat, tak sampai hati pulak nak picit 😂
ReplyDeleteHehe ini bukan geram marah untuk cubit tapi geram comel.
ReplyDeletealamak comel sangat tak sampai hati pula nak lepas geram kat dia
ReplyDeletecute...
ReplyDeletekalau saya....
pilih ikan buntal🤭
Sambil picit, tenyeh dan kerenyam, kita sebut supaya Allah bagi pembalasan yang setimpal atau hidayah kepada mereka2 tersebut.
ReplyDeleteEh comel tu tak sampai hati nak picit dia
ReplyDeleteommeyyyyyy angat😁
ReplyDeletecomelnyaaaaaaa! elok sgt diciptakan utk dipicit2.. sbb overload comelness! haha
ReplyDelete