Janggal Rasenye

01 June 16 Comments
Musim cuti sekolah ni saja entah tak terkira berapa ramai kengkawan kahwin.. ada yang berjodoh dengan kawan yang memang dah kenal dari zaman sekolah dedulu.. ada jugak yang berjodoh dengan orang sekampung walaupun sebelum ni bercinta dengan orang lain.. ada jugak yang kawen dengan kawan masa sekolah rendah dulu.. lost contact  lepas habes sekolah rendah pastu tetiba bila tengok dia invite event kat fesbuk, tup tup laaaaa dengan dia tu ke rupanya ? Gitulah bila dinamakan jodoh.. kita sendiri memang takkan tahu siapa jodoh kita.. 

Aku pulak memang kalau pegi majlis kahwin member ke, saudara mara ke, kawan punya kawan punya kawan ke.. kalau tak dapat bergambar dengan pengantin memang aku rasa ralat betol.. totally janggal gila.. dia punya feel tu macam ala-ala berak pastu tak basuh. ha sampai tahap tu. biar aku tak makan masa kat kenduri tu takpe asalkan aku dapat begambar sekeping jadila dengan pengantin.. bukan nak banyak. SEKEPING je.. sebab pada aku, bila dapat begambar dengan pengantin tu dia punya kepuasan macam dapat menang award riburiban. ha gittew. hahaha.

Bila p kenduri tu tak dapat nak begambar dengan pengantin disebabkan alasan malu, segan nak tunggu lama kat situ sebab tak rasa macam welcoming, pada aku itu alasan macam bullshit. Dan disebabkan pegi secara berjemaah, maka aku terpaksa follow majoriti yang segan dan malu tu untuk blah dari majlis sebelum pon dapat begambar dengan pengantin. seriyesly aku memang terkilan gila. mai jauh² dengan harapan nak dapat begambar sekeping je pon dengan pengantin---- hancur.

Besoknye pengantin kol siap mintak maaf sebab tak sempat nak begambar. Masa sesi nak begambar, bila cari, tengok² kengkawan dah takde. aku nak jawab apa? nak kata apa lagi ? hermm kan je la. Takkan pulak aku nak kepoci pasal kesah sebenar disebalik kejadian.Seriyesly pengantin punya suara sayu gila sebab rasa bersalah tak sempat nak begambar dengan kengkawan yang dia nampak ada datang dan dia siap bisik tunggu dulu tau jangan balik dulu sebab nanti nak begambar. 

Ini wedding reception yang aku pernah pergi pastu aku balik dengan rasa paling tak puas.




Mainan Perasaan

29 May 6 Comments
Alhamdulillah dengan sekali lafaz saja Hafidz dah sah jadi isteri kepada Norihan (Rihan).. Rihan merupakan sahabat aku dari zaman sekolah rendah lagi.. jarak rumah kami pon tak jauh mana.. Jumaat lepas---25 Mei 2013 menjadi hari bersejarah dalam hidup Rihan bila dia selamat dinikahkan dengan pilihan hati dia iaitu Hafidz.. malam tu aku bersyukur sebab aku diberi peluang bernafas lagi untuk tengok sendiri Rihan sah jadi isetri orang.. Terasa sebak bila Hafidz ngam-ngam habes lafaz akad nikah depan Tok Kadi.. orang lain yang nikah, aku pulak yang sayu lebeyhhh.. kehkehkeh =P

Rihan bekerja under departmen yang sama dengan aku.. dan lepas sah jadi isteri orang ni pon Rihan masih mendapat keizinan suami dia untuk dia terus bekerja kat sini.. Rihan terpaksa bekorban jarak dengan suami dia sebab Hafidz duduk kat Kota Bharu Kelantan. Rihan pulak duduk kat Perak ni ha.. terpaksa berpisah jauh la dengan suami.. aku doakan semoga Rihan tabah dan sabar menempuh segala ujian ni.. bukan senang duduk berjauhan ni ye dak ? aku tak kawen lagi so aku tak berapa tau sangatla bab nih.. kehkehkeh =P

Tapi one thing for sure, memang konfemlah RINDU tu kat tahap gaban.. itu dah konfem. yang melaluinye je la yang faham. aku nak share 1 kisah ni yang aku pernah terbaca dulu.. aku lupa kat mana tapi aku nak share jugak sebab walaupon aku dah baca banyak kali kisah ni, hati aku tetap sayu bila baca..

"...Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya. Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”. Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya.

Cintaku bukan pada Rina lagi. Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju. Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami.

Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju. Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan. Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”.

Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras. Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang..."


Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda kita lakukan bersama adalah penting sebenarnya dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, atau pun wang kat bank tu je penentu kebahagiaan..  Semua tu hanya faktor yang membantu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tak dapat menjamin pon hundred percent kebahagiaan pada kita. cari masa untuk jadi sahabat kepada isteri/suami anda kita dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga. Hargailah setiap pengorbanan pasangan. ecehh aku cakap macam la aku dah kawen. kehkehkeh =P

Aku doakan semua yang dah ada suami, dah ada isteri, jagaaalah bebaik. biar seburuk mana pun perangai atau layanan dia, cuba sedaya upaya positifkan diri kita untuk overcome benda² tu..  Syaitan ketawa je bila tengok anak adam berantakan dalam rumahtangga.. sebaik²nya kita cuba jugak untuk pandang dari aspek positif.. biar pahit camne sekalipun, cuba untuk telan.. inshaAllah dugaan Allah tu selalunya besar hikmah dia ;)



Tahniah untuk Rihan. Semoga bahagia sampai Jannah. 




Entri yang sebelum ni sebenarnye aku refer pada Rihan yang bakal mengakhiri zaman bujang. Bukan aku. aku punya turn belom tau lagi bila. kehkehkeh



Mengakhiri zaman bujang

24 May 2 Comments
Ya allah dah duabelas hari rupanya guwa aku tak menulis ape² kat sini.. maklumlah alasan biasa --- bizi ler sangat kononnye.. phuii ~ bizi tu takdelah bizi sangat sebenarnye.. cuma ada beberapa perkara yang perlu dikerjakan dan diselesaikan.. perkara yang memerlukan aku memberi sepenuh tumpuan untuk memastikan dia berjaya diselesaikan tanpa ada sebarang penangguhan.. perhhh ayat !

Dan semasa entry ini ditulis, dalam kepala aku ada macam² perkara lagi yang belum dan harus aku selesaikan sebelum hari esok tiba.. sebelum ni aku lebih menggunakan kata ganti 'guwa' dalam penulisan aku.. itu semua berpunca masa aku dapat ilham buat bloglist ala² gengster dedulu.. ramai geng-geng blogger yang bagi kerjasama.. memang guwa salute arrr ! ha nampak tak ? 'guwa' tu macam dah sebati pulak dengan aku.. kehkehkeh




*bakal mengakhiri zaman bujang. haishhh =P




Mendaki

12 May 14 Comments
11 Mei guwa dengan Team Kerja guwa attend kursus di Cameron Highland.. ekceli bukan kursus sangat lah.. dia sebenarnye one day program organized by Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara.. guwa dengan Team Kerja guwa pon memulakanlah pendakian ikot Tapah pada jam lebih kurang 8.45 pagi gitu lah.. sesape yang pernah atau selalu naik Cameron ikot Tapah memang dah faham sangatlah azab dia.. Pada penumpang, pening tu dah tentulah.. muntah tu kadang² memang spontan je.. ada yang jenis tak tahan mabuk, memang belom sampai separuh perjalanan pon dah berplastik² die muntah.. 

Tapi pada yang drive, inshaAllah lain situasi dia.. dulu guwa ni pon jenis mabuk.. ade gak la beberapa kali guwa  pernah naik Cameron tu sebelum ni tapi memang takde chance la guwa nak drive.. guwa jadi co-pilot je kat sebelah.. memang pening lalat lah sementara nak sampai ke Ringlet dan Tanah Rata tu.. tapi situasi tu sangat berbeza bilamana guwa dapat jadi Pilot untuk jet peribadi guwa sendiri pada 11 Mei itu! guwa yang jadi driver nih memang tak mabuk la pulak.. jyeahhhh ~

Konvoi Team Kerja guwa yang naik ke Cameron aritu melibatkan 5 jet : 

1-Swift (Auto) : Pilot -Puan Ramizah 
2-Viva (Auto) : Pilot-En.Ali
3-Vios (Auto) : Pilot -Abg Lan
4-Persona (Auto) : Pilot-Abg Rahim
5-Persona (Manual) : Pilot-Guwa

Empat daripada jet tu semuanya auto.. jet guwa je manual. huahuahua.. maka memang agak mencabar jugak pada guwa untuk naik ke Cameron tu pada weekend + peak days gitu.. masa naik awal pagi Sabtu tu dah kena tempuh jamm kat area tapak pasar malam Brinchang tu.. kat situ dah jenuh dah kaki guwa kontrol clutch, break , minyak ape semua.. jenuh gak la guwa berzikir dalam hati untuk ketenangan jiwa =P 
dah lah guwa masa tu bawak 3 orang penumpang yang memang sangaaaat perlu guwa jaga dengan berhati² sebabnye Puan Ida (partner kerja guwa), Rihan bakal jadi pengantin 25 Mei ni pastu pulak Kak Normah yang tengah ade baby dalam pewot die.. mane maunye guwa tak berzikir sepanjang jalan mintak dilindungi dan dipermudahkan sepanjang perjalanan.. dan Alhamdulillah kamiorang selamat jugak tiba kat Equatorial Hotel pada jam 10.15 pagi camtulah.. Program pon belom start masa kamiorang sampai tu..

Pastu pulak bila setel je program memang hiphip horey lah.. masa nak balik pulak kengkawan singgah kat Cactus Valley.. memulanye guwa bajet nak parking kat area bawah je lah sebabnye senang nanti nak turun pusing je balik.. sekalinye kene naik terus.. perhhhh sekali lagi guwa diuji kat situ. Cactus Valley (Big Red Strawberry Farm) nih memang mencabar  kemahiran pemanduan guwalah.. memula masa naik dari bawah tu ok je lah terussss punye terus bila sampai kat tetengah tu kene benti sebab nak bagi keta lain keluar parking, hah sudahhh itu jam tarik handbreak + masuk gear satu + pijak break kaki = barulah keta dalam keadaan tak mengundur.. tapi bila angkat je break kaki nahhhhh keta mengundur ! haiyo guwa cuak ! seminit jugaklah stuck kat situ.. pilot² lain pulak pakat dah dapat parking, guwa je lah terkebil² kat situ lagi hahaha kelakar pon ade.. Alhamdulillah hasil moral support dari  kengkawan akhirnya guwa berjaya jugak bawak jet guwa tu masuk parking.. tapi seriyes itu lah 1st time guwa drive kat tempat yang mencabar tahap gaban camtu.. sebelum ni memang drive kat tempat biase² je.. sekali kena drive kat kawasan bukit curam camtu ha amekaw =P  pastu kamiorang turun ikot Simpang Pulai.. jalan die pon kurang bahaya macam yang ikot Tapah.. Jalan ikot Simpang Pulai luas pon luas.. corner pon tak tajam macam kat Tapah.. pheww ~

ahhh tapi guwa berjaya akhirnya! bila dah selamat hantar kawan² guwa sampai rumah memasing barulah lega.. kesian diorang letih sampai terlena lah.. memula pakat tak sampai hati nak tido sebab nanti takot guwa takde kawan nak sembang. last² semua terlelap jugak.. sipbek guwa tak lelap same je.. kalo tak ha naya =P






Ape Pon Tak Boleh !

30 April 29 Comments

horey guwa masih diberi peluang conteng diary kecil guwa ni ! dah dekat sebulan tak menulis apa² kat sini. tiap hari guwa cuma mampu singgah tengok pastu tengok list kengkawan yang hapdet dan p jenguk blog dorang yang mana sempat. bz sangat lettew konon. phuiii ~ =P

ekceli memang agak diserang dengan macam² dugaan walaupun baru masuk suku pertama tahun duaributigabelas ni.. bab kerja memang agak heavy jugak tahun ni. dengan pertukaran pihak atasan, pastu pulak ada masalah² yang pada guwa sangat mencabar keimanan guwa lah. tapi guwa rilek. "guwa ok"  - bak kata khir rahman dalam rock oo rimba bara. kehkehkeh ~

guwa peram dah beberapa hari minggu benda ni kat draft. nak kata bizi sesangat tu takde lah. stil ada masa senggang. boleh je guwa jenguk blog kengkawan ohsem kat list guwa. guwa pegi je baca blog kengkawan yang hapdet. yang kuar list paling atas, guwa klik pastu baca citer latest die. pastu guwa p pulak melawat link yang dok kat nombor dua.. sama jugak guwa baca kasi hadam pastu ada yang guwa tinggal komen. ada yang guwa tak tinggal komen. saja takmau owner dia perasan guwa ada mai singgah. chitt ~ =P

nak kata guwa berhibernasi.. hermm takla jugak rasenye. sebab guwa bukan spesis beruang kutub.. guwa mamalia berdarah O plus. err okeh merepek. dan guwa meluat situasi sekarang. politik. politik. politik. tak payah taruk bendera penuh sana sini pon orang akan undi lah kalo orang nak undi. dah lah gantung bendera siap taruk botol mineral buat jadi pemberat. felda guwa ni seminggu dua nih tiap petang hujan turun boleh tahan gak la angin + guruh + kilat = ribut dia. bila ujan dah setel, bertaburan dan bersepahan la sana sini bendera² yang bergantungan tadi. yang lagi molek bila bendera yang dorang taruk guna buluh. bergelimpangan lah buluh² tu semua pakat tumbang atas jalan. penyudahnye ? memang tunggu malam la baru dorang mule operasi baikpulih mana bendera yang bertaburan tu. guwa rimas dengan ini semua. ini semua poyo ! phuii ~ =P


"... baik poie mampuih dari susah an sumo oghang...
rembau most wanted yaw ! ... "


berhantu lagu nih. guwa dok pulun layan lagu nih versi Hot FM Am Krew.
si FBI + Fara + AG hangitkan jadi Bota Most Wanted Yaw ! 
disebabkan guwa orang Perak memang guwa layaaan habesla. ahakss =P


Menimbang

31 March 29 Comments

Perasaan dan perasan adalah sangat berbeza. bila perasaan indah muncul terasa ingin dicanang satu dunia.. terasa ingin dicakna ke segenap ruang masa.. tapi bila perasaan indah itu sebenarnya bakal membawa bersama duka pabila ia dicerita, maka harus ditimbang segala isi yang ada sebelum ia dibuka dan dikongsi bersama.

Perasan tak kadang² kita selalu membangaukan pihak lain bila hadirnya masalah ?  maksud guwa macam lagu bangau oh bangau. menuding jari. faham kan ? dan sebenarnya perkara itu tak patut berlaku pun. kita sendiri patut reflek dulu diri sendiri sebelum dengan senang hatinya menuding jari pada orang lain. kemon ana kemon.refleksi. Pheww ~

Putus asa ? selagi nama manusia memang takkan lari lah dari sifat sebegini. guwa sendiri selama hidup ni rasanya beratus kali hadir sifat ni dalam diri. bilamana terasa segala apa yang guwa buat tak menampakkan hasil positif. hampir² jugak guwa fed-up dengan apa yang guwa usahakan. 

Prejudis -- selalunya satu tanggapan (negatif) terhadap seseorang. lebih kepada satu manifestasi perasaan memandang rendah atau sinis. tapi perkara ni berlaku bilamana kita meletakkan satu label pada sesuatu itu. andainya kita mampu tak meletak sebarang label nescaya kita mampu menginterpretasikan sesuatu itu dalam nilai yang sangat positif.

Pada guwa, misal kata dalam bercinta la. ada je yang kata cinta ni kalau dah digenggam, genggamlah dengan betul, kalau cinta tu nak dilepaskan, lepaskanlah dengan harapan kita akan mendapat cinta yang lebih baik. 

Pendapat salah sorang rakan guwa :  Pada aku, kau tak akan dapat genggam cinta sepenuh kudrat dan keinginan yang ada. Genggaman terlalu kuat akan buat leher Cinta tercekik lalu mati. Genggaman yang longgar akan buat Cinta berlalu dan terus pergi. Ia berubah bersama masa, bertindak bersama masa dan bergerak bersama masa. Cinta datang dalam pelbagai cara dan jurus kita pertahankan Cinta nyatanya tidak akan sama.. Ada orang sanggup pertahankan kerana tak ingin rasa kehilangan. Ada pula yang memilih lepaskan untuk melihat kebahagiaan pasangan. Ada yang sanggup bertahan meski Cinta sangat menyakitkan. Dan ada yang relakan perpisahan andai bersama lebih melukakan. Terpulang kita untuk nilaikan. Puaskan hati sendiri atau korbankan sebuah perasaan.

Penghujung cerita tak siapa boleh duga. Maniskah dia. Pahitkah dia. Itu semua bergantung pada cara apa yang kita guna di sepanjang perjalanan cerita. Segala risiko harus ditelan andai penghujung cerita tak bersama kita. 

*ada yang tersirat selalunya. kehkehkeh







p/s : Encik H, izinkan guwa meminjam beberapa frasa dari karyamu. ampunkan daku huk³

Merambu Ayaq Mata

16 March 32 Comments

guwa ni bukanlah insan yang jenis lembut atau senang dibuli.. zaman skolah guwa dedulu guwa ni antara otai wo ! memang takdelah yang berani nak buli guwa.. try la buli tengok kalo nak rasa penerajang sulung. hahaha todia kemain lagi aihh =P  --- okeh guwa tipu yang tu.

tapi ada certain²  bab ni memang otomatik je guwa tangkap leleh. tambah pulak kalo bab JODOH.. guwa bukan buleh kalo kena tanya soalan bab camni.. konfem cepat je nak merambu ayaq mata.. chittt kata gengster sangat phuii ~ =P

seriyesly kalo bab yang melibatkan hal mahupun isu ini guwa agak keberatan untuk memberi jawapan sepantas kilat.. guwa lebih prefer tarik napas dalam² pastu selagi buleh guwa akan cuba kona ke lain.. tapi tengok pada luck jugaklah.. kalo yang mengajukan soalan tu jenis manusia yang tak berapa berjiwa kental dan tak memiliki sifat curious pada tahap dewa maka akan selamatlah. sebab dia takkan ulang lagi soalan tu andainya guwa melakukan cubaan tukar topik ke lain.. tapi awas seandainya si pengaju soalan tu adelah tergolong dalam spesis mami jarum senior.. memang sampai sudahlah dia akan korek sedalam yang mungkin untuk dapatkan jugak jawapan sampailah dia puas hati.

guwa pulak kerja dalam kampung sendiri. tempat kerja guwa pulak memang one stop center --- online bil payment + printing + scanning + emailing + card drafting + dating.. yang mai pulak memang tak kira lapisan umur.. dari sekecik² budak sampailah ke sebesaq² bapak atau mak. duduk dalam kampung sendiri ni biasa la. memang tak boleh lari dari soalan² maut camtu. terutama bab kawen. tambah pulak partner guwa cik Puan Ida pon dah selamat berumahtangga. maka guwa memang menjadi bahan lah setiap kali ada pakcik makcik yang mai nak membayar bil ke hape.

".. ha hat ni bila lagi ni nak kawen ? “ 
"..kamu ni bile pulak ana ? "
".. bile lagi nak kendurinye kamu ni ana.. ? "
"..kamu memilih sangat kot ni. tu la tak kawen lagi "

dah paham sangatla bila ada je pakcik makcik yang tanye, guwa buat muka kering je. sebab tak semua manusia jenis reti tutup mulut. kadang tu guwa paham je dorang saje la nak gegurau. jenis yang camtu guwa takde hal, boleh je layaaaankan je gegelak jawab die tanye. bukanlah guwa ni sensitip tahap dewa sangat.

tapi ada yang jenis mulut memang tak reti cover, main terjah je soalan. pastu pulak soalan jenis huiiiii bertubi-tubi tak hengat ! kalah si Rock dalam Galaxy tu.  slumber je dia buat muka tak bersalah plus tak fikir dah perasaan orang yang menerima soalan tu. ada pulak yang memang jenis dia dah lama pendam nak tanya soalan tu tapi belom ada point nak bertanya, sekali dia dapat point haa tudia ! tambah pulak terkena time dia dok sedaaap je main tala tanya soalan gitu, si penerima soalan tu pulak tengah hormon tak stabil, ha memang  seriyes bertakung abeh la ayaq mata dok menahan sebak di dada gitewwwww =P

point dia kat sini guwa nak kata yang semoga kita kita ni bila dah sampai umor senja gitu karang takdelah mulut jenis berapi pastu sibuk jadi mami jarum. buleh bertanya tapi berpada. cheyyyyy =P

Membuang Masa

13 March 26 Comments


Bertahun lama memendam rasa.. ke hulur ke hilir tak kira masa.. ke sana sini membawa usaha.. bukan untuk siapa-siapa.. untuk dia juga..

Turun naik tak payah kira.. masa terluang tidak disia.. asal ada peluang yang mara.. tak pernah lekang mulut berdoa..  

Bukan jenis minta wang berjuta.. apa lagi lah memandang harta.. tapi bila segala apa yang diusahakan hanya mendapat perlian semata, rasa tersentap segenap anggota.. cukuplah sekadar terima kasih cuma ---

bukan tak bersyukur dengan apa yang ada, cuma terkadang jiwa sedikit meronta tatkala bila toleh kiri dan kanan --- insan pakat senyum belaka. ekoran indahnya 'dunia' mereka.
















*Incik Boss --- T____T

Mahai

10 March 15 Comments


"..Akhirnya, ade jgk kawan yg sepesen dengan guwa. Jenis tak suka makan kat tempat branded. Semalam try makan kat Kenny Rogers.. kami nak order pun tak reti. Time order plak, main tunjuk je nombor. Siap tanya waiter, yang ni ape, best ke, mana best, besar ke kecik.

Dah setel order, sampai makanan.. merepek lagi. member guwa order tea latte. merungut sebab air mahal tapi kena kacau gula sendiri.

Yang guwanya pulak, dapat ayam.. komen ayam tak berapa nak masak. Oi. Mana boleh makan ayam yg still ada darah2. Haih. Tak p dah la gua kenny rogers kalau gitu.

So, lepas ni kita pi makan kedai selera kampung jela ye ? Murah dan sedap. P kedai branded ni kompem mahal, belum tentu sedap. Haha.."


ini status sorang dari member guwa.. nak tergelak pon ade masa guwa baca.. tapi tu lah guwa pon sebenarnye tak berapa nak kick sangat kalo makan kat tempat branded nih.. sebab harga dia satu hal. pastu pulak sebab RASA dia tu kadang tak berapa kena dengan tekak guwa.. 

masa nak order tengok dalam menu cheyy kemain lagi dia punya gambar buat meleleh ayaq lioq.. kita ni pon orderla.. nak sebut nama menu tu pon kadang jenuh tergeliat lidah.. main tunjuk code je kadang tu kat waiter.. maklumla orang kampung macam guwa mane reti nak nyebut nama menu pepanjang nih.. hahaha

masa nak oder tu satu hal la dah dok pening tengok semua macam perhhh sedap gila.. satgi bila dah sampai ha naaaah todia --- buwerkkk tak kena langsung dengan tekak orang kampung guwa nih =P

tapi kalo sesi makan besar dengan Team Kerja, guwa tak kesahlah makan kat tempat branded mana pon.. asalkan Bendahari yang tolong bayarkan nanti.. guwa tolong order bagi penuh meja pastu guwa tolong makan je la mana yang tekak boleh terima.. kehkehkeh


*tak pernah lagi makan eskrem tuti feruti. mahai gak baq hang =P


Februari -- Dua

28 February 36 Comments
Orang selalu kata masa senang memang kawan ada je keliling pinggang.. ce try tengok masa susah? ada yang peduli ke ? dulu guwa aku pernah rasa macam cilake je bila kawan pedajai aku.. 'pedajai' maksud aku kat sini bukan jenis pedajai baling tepung + telur masa befday tu.. itu pedajai lain.. 'pedajai' kat sini maksud aku adelah backstabbing.. ha omputih konon.. hahaha

sepanjang aku hidup sampai umo sweet seventeen tak pernah la aku kena tikam dengan manusia yang aku anggap kawan.. aku ni jenis manusia yang bila berkawan tu memang aku takdak la nak syak wa sangka pastu setiap gerak geri dia aku observe.. dak. seriyesly aku bukan manusia jenis camtu.. dan aku memang jenis tak reti nak peratiiiiiii je apa benda yang orang sekeliling aku dok buat.. haah mungkin ada yang kata :


".. tu nama dia hang tak alert apa yang jadi sekeliling hang.."


exkuiz me.. tu pada aku : aku adelah seorang insan yang innesen lagi berjiwa suci. sebab tu aku takdak rasa bakal dikhianati oleh manusia sekeliling aku.. phuiii 'berjiwa suci' =P

tapi bila satu kali aku kena. ha itu jam sindiri mau ingatla.. pada saat waktu terhenti aku dapat tau aku dipedajaikan oleh manusia yang pada aku kemain lagi la baiiiiiiiiik depan aku.. rupanya belakang todia dia punya mami jarummmm tak tau nak habaq.. perhhh masa tu rasa dia macam S*@# !!! 

tapi takpelah.. nama pon manusia.. manusia la katakan.. sorang buat perangai macam taik ada lagi 3-4 orang yang perangai baikkkkkk kat aku.. jadilah seorang pemaaf bukan pendendam.. todiaa =P


*terima kaseh sahabat² sekeliling aku
*tajuk tu camtu sebab februari ada dua cerita je.. pftt ~
*sweet tak aku guna aku ? =P

Belum Masanya

24 February 43 Comments
Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas.. tapi apsal tah guwa rasa lately ni macam baaaanyak sangat benda guwa kena setelkan.. 3--4 story je yang guwa share in january ??? homaiii itu macam absolutely bukan guwa je.. selalunya paling busuk pon ada gak la satu minggu 2--3 cite yang guwa tulis.. ini empat je ?  dah macam satu minggu satu entry je.. dalam february lagi la takde langsung..tapi takpelah bukan ada yang kesah pon .. lainla kalo guwa retis ke blogger femes amos ke hape.. kan ? kan ? kehkehkeh

seriyesly memang banyak benda yang guwa kena buat.. dan benda tu dah jadi daily rutin.. kalau sebelum ni job scope guwa cuma kena buat basic computer training class, handling online utilities bil payment, submitting reportS and benda-benda gitu je la.. tapi masuk je end of january, guwa punya daily rutin dah bertambah skang ni.. semenjak partner guwa (Cik Ida) balik dari kursus SKMM kat Penang awal february itu hari, memang baaaanyak lah benda yang kamiorang kena achieve.. ada antara perkara tu memang sudah terang lagi nyata agak mustahil untuk dicapai dan guwa memang tak minat nak push over the limit untuk capai target 'yang tu' sedangkan guwa tahu setakat mane je tahap kerelevanannye (hahaha sesuka hati guwa guna perkataan ni)

under the main Boss dah tentu² lah banyak yang kena capai..sebab itu adelah main objective projek ni.. pastu pulak skang ni ada sorang cikgu skolah tu siap assign kontrak tahunan kat guwa untuk jadi secretary dia tolong taipkan weekly lesson plan dia.. so memang every monday morning dia akan jot down dulu segala benda yang dia nak guwa taip.. kelas dia yang mula dari isnin pagi membawak ke tengahari followed by selasa punya kelas --- rabu punya kelas --- khamis punya kelas --- jumaat punya kelas -----      dia akan  datang setiap pagi isnin bersama beberapa helaian kertas yang dia dah skecth lesson plan untuk minggu tu then guwa kena taip and print out.. friday morning dia akan amek..  so nasiblah.. kalau guwa pandai dan sangat cekap, guwa bolehlah setelkan semua tu di ofis je tanpa perlu buat sakit kepala nak bawak balik taip kat rumah pulak..

dan itu sangatlah jarang dapat berlaku.. surrounding tempat kerja guwa yang berhadapan dengan MANUSIA dari pagi hingga ke petang adalah sangat tidak memberi peluang pada guwa untuk setelkan kerja-kerja menaip tu kat ofis.. kadang tu sampai kena bawak balik rumah.. kat rumah je baru rasa heavennya bila menaip takdak gangguan langsung dari mana² pihak.. itu baru bab MENAIP.. belom bab lain lagi..


terus terang cakapla.. guwa memang jenis manusia yang obses dengan kerja yang diamanahkan.. selagi mana guwa rasa kerja tu tak jadi beban pada guwa, selagi tu guwa akan buat dengan lapang dada tanpa perlu ada sapa-sapa pon monitor.. kerja guwa skang ni memang  bos takde depan mata.. cuma monitor via cctv je dari HQ.. tapi guwa layaaaaan je.. sabtu ahad pon guwa kerja je even gaji memang makan basic je.. takde OT, elaun, double / triple payment ke hape.. guwa pedulik hape semua tu selagi jiwa guwa memang tenang je datang ofis.. 

tapi.. ha ada tapi.. semenjak Incik Boss asal dulu dah bertukar ke company lain, masuk Boss yang baru ni.. memang guwa banyaklah benda tak puas hati.. guwa ni bukan jenis yang suka meluah rasa tak puas hati sesuka hati je.. dan bukan guwa je lah yang tak puas hati dengan cara bos baru ni, member² yang lain pun rupanya memang sama jugak rasa apa yang guwa rasa.. tapi nak buat camne.. nak taknak kena hadap jugaklah.. dia bos.. kita ni kuli je.. nak bunyi lelebih karang kena buang naya pulak..

Incik Boss guwa yang sebelum ni (skang Incik Boss dah tukar company lain), pernah tanya pada guwa kalau ada vacancy kat ofis baru dia dalam masa terdekat ni, guwa nak tak terima.. tapi guwa seriyesly terpaksa tolak.. bukan sebab guwa taknak keluar dari kampung ni.. bukan sebab guwa taknak open up and grab the chances yang dont fly by very often tu ke hape.. guwa tolak jugak bukan sebab guwa tak appriciate niat suci murni Incik Boss guwa tu..

tapi.. 

tapi...

tapi..  guwa skang jadi anak yang sulung kat umah sebab stay dengan mak abah dan adik bongsu guwa.. abang long guwa dah ada family sendiri dan dia pon kenalah struggle untuk kelangsungan hidup family dia.. memandangkan skang ni guwa dok dengan mak abah maka umah takyah sewa, makan pon ape yang mak abah makan itulah guwa makan.. so adalah bajet yang dapat guwa save skit.. bukan ekceli  'save' sangatla.. at least dapat gak guwa hulur kat adik guwa si Sofian (Pian) yang masih study kat METC Subang tu.. maklumlah elaun dia tak dapat masih belum dapat lagi.. so nak taknak memang dia kena mintak elaun PAMA jugaklah tiap bulan.. paling busuk pon satu minggu seratus.. tu paling jimatla tu sebab dok kat tetengah bandar sana mane ade benda murah.. semua main duit je.. nak harap hasil sawit abah guwa banyak manelah sangat.. tambah pulak skang ni harga sawit tak menentu.. kesihatan abah guwa jugak terbatas disebabkan athma.. banyak depends pada inhaler je..  jadinya guwa lah harapan tempat Pian bergantung harap.. dan guwa jugaklah rasa bertanggungjawab untuk support dia selagi mana guwa mampu.. 

Kesihatan abah dan Kelangsungan Hidup Pian. dua sebab ni lah kenapa guwa masih lagi bertahan untuk kerja je dalam kampung sendiri.. kalau guwa kerja kat luar, sewa rumah, makan, minyak, tol ape segala.. guwa berani konfem silap² guwa pulak yang akan susahkan mak abah guwa kat kampung mintak duit sebab tak cukup.. dah  tu pulak karang kalo Pian nak duit sape la pulak yang nak bagi ? mak abah guwa nak cekau duit dari mana? 

ini jawapan guwa untuk soalan Incik Boss sebenarnye.. tapi guwa tak dapat nak jawab masa berdepan haritu.. sebabnye kalo guwa jawab konfem disertai dengan sedu sedan.. maklumlah guwa ni nampak je gangster.. tapi hati tisu maaaa =P


*terima kaseh Incik Boss sebab masih sudi dengar luahan rasa -- sedih pilu daripada Team kerja lama Incik :')


kemudahan - keperluan

28 January 38 Comments
guwa sebenarnye memang tak puas hati.. sangat tak puas hati..  Januari ni guwa rancak pegi majlis kenduri kendara kawan-kawan.. dan of kos yang jauh-jauh la.. dan dah tentu lah kita akan stop kat banyak perhentian.. tak kiralah hentian tu R & R ke atau pun sekadar stesen minyak kat mane-mane pekan..

bukan pasal hentian yang guwa tak puas hati.. guwa tak puas hati pasal tempat solat.. surau.. guwa tak tau surau kat hentian tu bape kaki kali bape kaki.. yang guwa tau surau tempat untuk solat tu sempit.. ruang solat pompuan yang guwa masuk tu boleh la muat dalam 8 orang dalam 1 saf.. pastu dapatla kot buat dalam 2 saf setengah.. tu pon dah jenuh belaga bontot.. memang sangat tak selesa.. 

surau tu kat Hentian Bukit Gantang arah selatan yang guwa stop tu.. dah la memang waktu tu weekend ada belaga dengan cuti umum ape tah tapi memang sekolah cuti la.. pack gila manusia.. dari jauh dah nampak dah betapa sesaknya nak masuk solat dalam tu.. elok-elok orang niat nak solat, bila keadaan tak selesa camtu otomatik ada yang tak jadi nk solat.. memangla boleh cakap : 


"eleh kalo betol niat nak solat, ape ade hal"


yes memang sedap bercakap dan menghamburkan air lior sekiranya bukan kena pada batang hidong sendiri.. pada guwa memang sangat tak praktikal kemudahan yang disediakan dengan tahap keluasan kesempitan sebegitu.. ditambah pulak pada masa cuti yang memang ramai orang bercuti dan ke sana sini.. dah sepatutnya pon ditambah keluasan atau tambah unit lagi kemudahan surau / tempat solat.. kalo tak pon buat besar macam kat Hentian Sungai Perak.. itu pada guwa agak luas lah kemudahan surau die.. tapi kalo mai musim perayaan / cuti sekolah memang jemm jugak.. pihak PLUS la sepatutnya kena peka perkara-perkara camni.. mungkin ada je yang rasa :


"eleh dah tau situ penuh, p la hentian lain"


pada guwa, kalo nama pon 'kemudahan' memang sepatutnya lah MEMUDAHKAN pengguna.. bukan memberi kesusahan dan ketidakselesaan.. kehkehkeh

Moto Besar

07 January 34 Comments


itu hari masa member guwa si Pidus mai lepak sembang² panjang tu, banyakla yang kami orang sembang.. daripada sembang bab bertunang --- hantaran --- nikah --- kawen apa semua pastu kami berpindah pulak ke bab motor.. 

haah iye bab motor.. Pidus bukak bab Motor..dan motor kat sini adelah motor jenis Naza Blade ke.. Honda ke.. yang cc besar tu.. yang paling cincai 250cc tu.. Pidus meluahkan la pasal dia memang ada niat dan agak minat nak beli, tapi tunang dia tak bagi..

ekceli sebelum bertunang lagi dah Pidus kata dia memang ada simpan niat nak rembat Naza Blade sebijik.. sebab member dia memang ada yang kaki motor besar ni.. baru rare nak shoot utara selatan ikot highway kata Pidus la..

pastu Pidus pun bukakla cita camne yang boleh menyebabkan dia rasa nak beli motor tu.. dia ada member.. member dia ni dah beli la motor besar tu.. pastu member dia ni pon joinla forum – kelab motor.. pastu join la geng motor ni p merata.. p belah utara lah ke area Hatyai sana.. bila weekend je Pidus kata member dia tu cita la depa tu pakat p enjoy ke sana..

majoriti  pulak yang join kelab motor besar ni dah tentu la orang yang dah stabil financial dia.. yang dah jadi hasben orang.. dah ada isteri.. tapi bila sampai part enjoy dengan geng kelab motor ni rupanya bukan enjoy biasa tu.. kalo p Hatyai tu bukan kata p ronda saja.. sewa hotel,pastu siap ada gegerl teman tiap malam.. pilih saja nak ayam mana habaq hang!  perhh ! anak bini dok nganga la kat umah.. rupanya pak depa tudia dok pulun kemain ~

dari situ baru la si member Pidus ni tau style kelab motor ni enjoy dan social camne.. tapi bukanla guwa nak chop semua Kelab Motor camtu.. itu base on apa yang member Pidus tu cite je la..  konfemla ada je Kelab Motor yang suci murni tulus ikhlas je segala aktiviti yang depa buat.. dari situ jugaklah dia dok racun je si Pidus ni suruh rembat motor besar sebijik supaya dia ada la geng motor yang boleh enjoy tapi masih berada pada landasan kebenaran..  

hemm guwa ni tiap kali balik kampong ikot highway bila ada je group motor besar lalu, guwa selalu imagine yang bawak motor tu kalo bukak helmet konfem hensem gila habaq hang! konon² bukak je helmet + flip hair .. walaaaaahh ~

tapi hakikatnya selalunya yang dok bedesup guna motor besar ni dah sebaya ayah² kita je.. sebab duit dah banyak.. depa tak tau nak buat apa tu yang rembat motor besar tu.. sesungguhnya guwa tidak akan tertipu lagi dengan bayangan itu.. chittt ~

Bajet

06 January 33 Comments
semalam member sekolah guwa (Pidus) mai singgah kat ofis guwa.. lama kamiorang tak lepak + sembang sama-sama.. selalunya sebulan sekali Pidus mesti balik pastu datang lepak sembang-sembang dengan guwa..  kali ni kepulangan Pidus disertakan dengan berita gembira --- Pidus dah bertunang baru-baru ni..  guwa dapat tahu pon sebab kawan dia tag gambar bertunang Pidus kat fesbuk.. 

*salah satu sebab kenapa guwa masih tak delete akaun fesbuk -- keep connect dengan kawan-kawan



Bila Pidus masuk je ofis guwa, memang manissssss semanis gula la muka dia.. muka seri orang bertunang barangkali.. guwa pon rancakla sembang.. sembang punya sembang punya sembang, rupanya Pidus dah lama berkawan dengan tunang dia tu ---- 8 tahun.. start dari zaman dia belajar Poli Seberang Prai dulu.. Alhamdulillah panjang jodoh diorang.. kamiorang pon sembangla pasal bajet bertunang, bajet beli barang hantaran ape semua sampailah bajet utk majlis walimatulurus Pidus nanti 2 Februari (sebelah pompuan) kat Penang.. list punya list --- cerita punya cerita, tup tup Pidus kata lebih kurang 20K gak la bajet dia setakat ni untuk katering + sewa pelamin, fotografer, baju, + khemah apa semua.. belom masuk lagi bajet untuk beli doorgift ape semua.. 

20K oit ! gulpppp~ telan air lior gak guwa dengar Pidus cite.. itu kira pasangan dia jenis yang tak cerewet tu.. kira bukan yang jenis branded la.. jenis memahami suami.. kalo tak memahami lagi guwa tak tahulah kan memandangkan bekawan pon dah lebih 7---8 tahun.. ok bab yang tu guwa dah sengehh plus senyum je dengar Pidus cite..

Pidus bertunang 28 Disember 2012 haritu.. bakal nikah 2 Februari 2013.. tak berapa bulan sangat pun.. banyak benda kena setelkan dalam masa yang singkat tu.. tapi pada guwa bagus cara Pidus ni.. duit dah betol cukup + mampu, terus je pinang pastu set tarikh untuk nikah terus.. takyah peram lama.. guwa salute Pidus ! 


guwa doakan semoga segalanya berjalan lancar buat Pidus dan Cik Tunang.


Dua Ribu Tiga Belas

05 January 21 Comments
salam tahun baru.. belum terlambat kot guwa wish hepy new year.. dua tiga menjak ni mood menulis tak berapa nak mai pulak.. selalu tu bedesup je tangan ni gatai nak menulis.. tahun baru selalunya memang akan adala azam tahun baru.. tak gitu? guwa je takde azam ape-ape kot.. kot la rasenye.. 

guwa punya wishlist tahun lepas pon ada lagi yang belom guwa dapat.. mungkin guwa proceed untuk achieve  apa yang guwa dah list kan tu je.. ada la few things yang guwa list tu guwa dah dapat.. Alhamdulillah --- tapi ada lagi yang belom dapat.. so plan guwa untuk tahun ni adelah untuk capai beberapa lagi list dalam wishlist guwa yang belom dapat tanda [ ✔].. akan guwa pastikan tahun duaributigabelas ni beberapa lagi list tu akan dapat tanda tu.. mudah-mudahan berjaya.. fuhhhhhh ~ *tiup sikit =P

eh dan guwa gatal tangan tukar header baru.. entah macam rupe hape pon guwa tak tahulah.. tolongla puji.. penat guwa hadap laptop godek nak dapat hasil yang macam gitu.. pujian sahaja yawww ! kehkehkeh =P

    
 *header sebelum ni*

accept -- learn -- let go ♥

26 December 42 Comments

there are things that we dont want to happen
but have to accept,
things we dont want to know
but have to learn,
and people we cant live without
but have to let go--- 

Anugerah

16 December 33 Comments

12 Disember baru-baru ni Team kerja guwa join satu seminar persidangan berkenaan jalulrlebar di One World Hotel, Bandar Utama.. seminar yang start seawal jam 9 pagi tu memerlukan guwa dan Team kerja guwa hadir kerana ada sesi pengumuman pemenang bagi Pertandingan Video sempena Anugerah Transformasi Komuniti U-pustaka (ATKU 2012)..

Sepanjang pagi sampailah ke petang seminar tu berlangsung, ramai yang hanya dengar dan telan camtu saja kot rasanya.. mata semua pon pakat layu je.. guwa pon tak berapa hadap sangat sebenarnye bab-bab seminar ni.. siape yang minat nak dengar kalo kata “seminar” ni kan? kecuali terpaksa.. kehkehkeh

Sampai je part last – pengumuman pemenang, baru segar bijik mata.. dan Alhamdulillah video gabungan PJK Felda Gunung Bongsu + PJK Felda Ijok berjaya mendapat Naib Johan dan video gabungan PJK Felda Besout 1,2,4 & 5 dapat saguhati tempat kelima.. sesungguhnya guwa saaaangat bersyukur dengan kemenangan ni.. memandangkan baaaanyak dugaan semasa proses shooting --- editing --- rendering untuk submit video pertandingan ni.. dapat tercalon dalam top ten finalis pon guwa dah cukup terharu..


-hasil video team guwa-

Anugerah ni jugak merupakan penutup dan kenangan terindah yang kami dapat share with our beloved Incik Boss yang dah pon bertukar company dan tak lagi bersama company P1 Wimax.. 



Pesanan untuk Incik Boss : Terima kaseh untuk segalanya.. baaaaaanyak sangat yang Incik Boss dah buat untuk Team PJK dan terutamanya pada saye.. sesungguhnya hanya DOA yang mampu saye kirimkan setiap kali sujud.. DOA saye sentiasa bersama Incik.. anytime Incik rasa rindu pada Team ni, roger² je kami ;)



rasa itu

08 December 29 Comments
Alhamdulillah dah selesai semua site.. karnival jalurlebar untuk kali ni pon dah habes.. takde lagi dah guwa bizi terkejar sana-sini.. hidop pon kembali normal --- hanya pegi keje --- balik keje.. dok dalam ofis hadap komputer dan manusia² seperti sebelumnya.. 



dan guwa sangat syahdu bila Incik Boss guwa sendiri adelah silent reader diary kecil guwa selama ni.. macam yang guwa dah tulis dalam Grand Finale sebelum ni guwa memang tak cukup kuat untuk pandang Incik Boss on his final speech, so memang guwa tak mampu pandang.. hentian terakhir kamiorang masa tu di Petronas Sungkai.. ditemani pulak dengan titisan hujan.. seolah² mengerti rasa sebak -- syahdu guwa pada masa tu.. kawan² laen pakat bagi ucapan untuk Incik Boss, guwa tak mampu mengeluarkan kata² .. 

sesungguhnya guwa memohon ampun dan maaf pada Incik Boss kerana tak mampu menzahirkan kata² untuk diungkapkan.. Terima kaseh untuk segalanya.. banyak sebenarnya nak diucapkan tapi airmata mendahului segalanya.. tapi guwa yakin, Incik Boss memahami rasa itu

insyaAllah ukhwah yang dah terjalin akan kita pastikan kekal selamanya.. macam Optimus Prime cakap :


“..Our races united by a history long forgotten and a future we shall face together. I am Optimus Prime and I send this message so that our past will always be remembered. For in those memories, we live on…” – Optimus Prime

dimana pon kita, apa pon yang kita buat, our relationship will remain. insyaAllah :)
*guwa nampak je macam gengster tapi hati tisu sebenarnye.. kehkehkeh