Sepasang Dah

05 September 13 Comments

Hai moga engkorang sihat semuanya. Sedar tak sedar dah masuk September. Tinggal 3 bulan je lagi akan berlalulah tahun 2019 dan akan masuk tahun 2020. Dulu-dulu masa zaman sekolah mesti membayangkan ada kereta terbang ape semua kan? Tengok-tengok duit je yang makin banyak terbang sekarang ni seperti berterbangannya daun-daun sakura tu hehehe

Eh sebenornye nak ucap tahniah je untuk rakan sekerja aku si Miza ni sebab baru dapat baby girl haritu. Debab betul baby girl si Falisha Hafiya ni. Gerammmmmm nengoknye! Moga membesar jadi anak solehah untuk ibu ayah & moga berjaya dalam semua bidang yang diceburi.

Si Abang Fakhri bukan main sayanglah kata adik Falisha die. Tak bagi langsung orang nak pegang nak dukung. Kedekut tauuuuu hehehe

Suri Hati Encik Suami

03 September 8 Comments

Hai engkorang. Semoga apa juga dugaan ujian yang datang, aku doakan moga engkorang semua dikurniakan kesabaran dan ketabahan menempuh hari-hari mendatang. Aku tak pasti tapi akhir-akhir ini agak bertimpa berita menyedihkan yang datang. 

Jap. Hold dulu yang sedih tu. Tarikh 01 September yang jatuh 01 Muharram (tahun baru takwim Islam) merupakan tarikh keramat bertukarnya status seorang insan bernama Nurhamizah menjadi suri hati encik suami nya.

Aku? macam biasa masih belum bertukar status. Maintain single sehingga diberitahu kahkahkah

#GengGegerl macam biasa mesti wajib memeriahkan majlis. Bak kata Abang Mazlan (otai paling lama dalam team kerja kami) - 

"Kalau takde korang gegerls ni takdelah meriahnye majlis" 

Perhh terasa fefeeling retis pulok hahaha

Salam Merdeka

01 September 7 Comments
Semoga engkorang semua sihat sejahtera hendaknya. Untuk sahabat yang sedang diuji dengan pelbagai dugaan, aku doakan engkorang tabah menghadapi hari-hari mendatang. 

Sempena 31 Ogos 2019, aku terlibat sebagai Biro Aktiviti bagi Program Sambutan Kemerdekaan anjuran bersama Pusat Internet, Tabika Kemas, Persatuan Belia Felda dan Pengurusan Felda Gunung Besout 2,Sungkai,Perak.

 Banyak aktiviti dijalankan dan yang utama tentulah perbarisan anak-anak cilik walaupun mereka belum mengetahui erti merdeka tapi kefahaman tetap diterapkan seawal usia mereka 4 tahun (tabika sini terima murid usia 4 tahun tapi bergantung pada kuota yang masih ada).

Aktiviti wajib lain adalah pertandingan mewarna kanak-kanak dan Pintar Patriot khas untuk ibu bapa penjaga. Slot Pintar Patriot terbahagi kepada 4 slot :

  • Teka Lirik Lagu Patriotik
  • Susun Gambar Perdana Menteri 
  • Teka Silangkata Merdeka
  • Susun Bendera Negeri-Negeri di Malaysia
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan jamuan makan. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat. Merdeka !



Ada Orang Kata Peneroka Pemalas. Hey!

26 August 14 Comments

Hai engkorang semua. Sorry dah dua minggu takde hapdet ape rupanya. Sibuk sikit urusan ke sana sini. Cliche kan? hehehe. Terima kasih sebab engkorang sudi singgah ziarah ke sini walaupun tuan tanah agak sendu tak sempat ziarah engkorang. 

Untuk beberapa minggu ni aku sibuk sikit dengan urusan program kerja hakiki dan sibuk tolong urusan mak dan abah di kebun sawit yang 10 ekar tu. Maklumlah orang susah memang perlu jadi rajin. Lainlah kalau lahir-lahir dah senang, hidup goyang kaki je setiap hari takpe.

Aku bukan ape. Hati sakit jugaklah dengar ada satu statement haritu bunyinye lebih kurang macam ni: "Peneroka ni kebanyakannya pemalas. Buat anak je rajin"

Walaupun orang selalu kata siapa makan cili, dia yang akan rasa pedas. Tapi untuk statement sebegitu, pada aku orang yang tak makan cili pun akan terasa disebabkan mulut pedas manusia yang mengeluarkan kata-kata tu.



Buktinya - 
Bukannya semua pemalas. Ramai je yang rajin. Cuma mungkin di luar pengetahuan je. Walaupun sekarang sudah tahun 2019, tapi aku masih je pergi ke kebun sawit tolong mak dan abah aku usahakan sendiri kebun sawit abah yang 10 ekar tu. Itu pun syukur alhamdulillah mak & abah sempat turut serta dalam Felda. Dapatlah merasa ada tanah rumah dan tanah kebun sawit. 

Peluang sudah dibagi depan mata. Cuma rajin dengan tidak je nak usahakan. 
Tapi mulut tu kena jagalah. Jangan kerana mulut, pulut habis kehkehkeh

Apa ingat anak perempuan tak rajin ke kebun sawit ke? 

Alamak Dah Ogos Rupanya

05 August 10 Comments

Haiyo sudah masuk Ogos. Baru je niat nak update selalu tup-tup ade sesaje yang menghalang. Tu pun nasib baiklah takde berita tak sedap untuk di dengar kalau tidak aiseyman memang ke laut dalam jugelah mood tu. Kesahnya haritu E-Boss baru pulang dari lawatan kerja di Bangkok Thailand.
Dan macam biasalah Ex-Boss memang jarang lupa pada ex-staff nye ni. Ke mana saja dia pergi lawatan kerja mesti akan ada ole-ole untuk kami-kami bekas staff dia. Alhamdulillah dapat sebutir Coin Purse dari Thailand warna hijau gitteww.

Haritu dapat coin purse DUA daripada blogger Akak Farah. Ini dapat lagi satu. Boleh buat simpan pendrive dan juga kunci. Al-maklumlah orang perempuan ni handbag kan gedabak besor. Jadi bila ada coin purse cenggini sangat memudahkanlah urusan menggagau di dalam beg besor tu hehehe

Terima kasih atas pemberian. Aku doakan semua sahabat dikurniakan kesihatan berterusan dan bertambah murah rezeki selalu. aminnnnn

Jeng Jeng Jeng

22 July 8 Comments
Macam lama pulak tak bercerita. Alasan bizi macam cliche tapi itu lah pun yang sebenornye hehe. Haritu masa balik dari kerja mak cakap ada kurier datang hantar parcel. Terkejut jugak sebab macam takde order ape-ape buat masa ni. Bila tengok parcel tu wahhhhhhhhhh terperanjat kitewwwww sebab baru dapat agak daripada siapekah parcel itu hehehe

Rupa-rupanya parcel tersebut kiriman khas daripada sahabat blogger Kak Farah FAMF Tower . Akak Farah memang terkenal dengan kreativiti beliau menghasilkan pelbagai hasil kraft dan salah satunya adalah handmade card. Bila aku tengok je parcel tu daripada Kak Farah memang teruja habislah dan tak menyempat dah nak makan ke ape terus buka parcel dulu hehehe.

Dan dalam parcel tu Kak Farah bagi Testpad (macam to do list) color pink gitteww ha memang sesuai sangat untuk gadis-gadis hehehe. Pastu ada tea towel, DUA coin purse dari Thailand kalau tak silap dannnnnn yang lagi special adalah handmade notes hasil kreativiti Kak Farah !

Terharu sangat dapat hadiah daripada sahabat blogger maklumlah kittew ni bukan siape-siape. Terima kasih banyak-banyak Kak Farah atas pemberian yang sangat berharga ni. 

Untuk pengetahuan, Kak Farah masih rehat memandangkan baru-baru ni ada operation tangan. Moga Kak Farah cepat sihat dan dapat aktif semula dengan segala aktiviti kreatif seperti sebelum ni. 

Jom sama-sama singgah blog Kak Farah dan doakan moga beliau cepat sembuh semula :)

Jalinan Kasih-Episod 3

26 June 10 Comments
Masuk episod ketiga pulak siri Jalinan Kasih aku ni.. Itu semua disebabkan management lambat release budget lah kesahnye. Kalau tidak, masa bulan April haritu lagi dah aku selesaikan segala aktiviti yang bertimpa-timpa tu.

Tapi yelah awak ni orang bawahan. Nak tak nak terpaksa ikut sajelah ape kehendak orang atasan ye dak? Cakap banyak karang, you get out di baginye ha lagi haru =P

Aku ambil keputusan untuk adakan Rumah Terbuka Aidilfitri Pusat Internet aku punya site pada hari Jumaat 14 Jun (10 Syawal) bermula jam 2.30 hingga 5.30 petang . Walaupun ada beberapa Makcik Bawang yang berbunyi katanya :

"Alaaaa kenape awal sangat nak buat sebab ramai yang belum habis Puasa Enam Syawal lagi masa tu.. Buatlah minggu satu lagi nanti tu.."

Aku hanya mampu minta maaf sajelah pada makcik-makcik bawang tu sebabnye segala tarikh termaktub pada arahan pihak atasan juga sebab diorang yang bagi bajet segala dan tarikh program juga perlu tengok pada kelapangan waktu diorang sebab diorang tetamu VIP yang akan hadir pada setiap lokasi Pusat Internet (ada 9 lokasi semuanya di bawah kendalian Webe Digital Sdn Bhd).

Itu pun TIGA lokasi buat pada 14 Jun tu (Lokasi Aku,  Felda Trolak Utara & Felda Sg Klah). Jadi pihak atasan terpaksa hadir sekejap-sekejap sajelah untuk pastikan diorang dapat singgah pada ketiga-tiga lokasi tu.

Berkongsi rezeki. Sesi yang paling ditunggu-tunggu oleh semua tetamu cilik pada Program Rumah Terbuka masa tu adalah Pelajar Sekolah Rendah Agama Nurul Huda seramai 120 orang pelajar. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku memang jemput diorang satu sekolah sekali dengan warga pendidik dan seluruh petugas sekolah tu untuk hadir sama-sama menjamu selera apa yang ada.

Alhamdulilllah untuk tahun ini, aku dan partner dapat smaa-sama selesaikan Program Rumah Terbuka Aidilfitri betul-betul depan Perkarangan Pusat Internet je (tahun sebelum ni kami diarahkan untuk bekerjasama dengan pengurusan Felda dan buat di dalam dewan).

Untuk kali ini, aku puas hati sebab semua tetamu yang hadir dapat menjamu selera tanpa perlu berebut-rebut. Semua berjalan lancar dari mula sampai selesai majlis.

Daaaan yang paling buat aku terharu, terkejut tapi terlalu seronok adalah Ex-Boss aku yang sangat aku hormati iaitu Encik Boss sanggup luangkan masa semata-mata untuk sama-sama memeriahkan majlis Rumah Terbuka aku haritu.

Terima kasih Encik Boss sebab encik betul-betul buat saya terkejut dengan kehadiran encik haritu! Tapi ampunkan saya encikkkkkk sebab bizi melayan tetamu punya pasal sampai saya lupa nak selfie dengan encik. Moga Encik Boss sentiasa sihat ceria bahagia bersama keluarga dan sentiasa tak lupa untuk bagi semangat pada kami-kami Original Team Encik yang dulu :)

*Terima kasih banyak Encik Boss sebab sanggup korbankan diet encik demi memenuhi jemputan Rumah Terbuka kami 

Salam Aidilfitri semua :)

Jalinan Kasih-Episod 2

24 June 3 Comments
Dalam engkorang sibuk sepanjang Bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti, aku kat site tempat kerja pun sama berkejaran dengan dateline macam-macam aktiviti. Untuk bulan Ramadhan sahaja aku kena selesaikan beberapa aktiviti yang bagi aku agak mencabar sebab diadakan dalam bulan puasa. 

Almaklumlah bulan puasa segalanya kena sabar. Memang sangat mencabar keimanan tapi macam mana tercabar pun, aku tetap perlu tempuh dengan penuh ketakwaan. Gitteww~ kehkehkeh =P


Program E-RoboSTEMS ni sepatutnya aku nak selesaikan dalam bulan April (sebelum masuk Ramadhan) tapi disebabkan ada kelewatan bajet jadi sebab tu terpaksa buat dalam bulan Ramadhan juga. 

Pada hujung bulan Mac (berakhirnya 1st Quater / Suku Pertama) lagi dah aku punya push management dengan submit segala proposal sebab nak mohon diorang release budget sebelum masuk Ramadhan. Tapi nak buat cemana kan, kita hanya mampu ikut plan dan apa yang berlaku kita kena hadap dan teruskan jugak hehehe

Buat julung kalinya pada cuti sekolah Ramadhan, aku ambil keputusan untuk adakan Beyblade Battle khusus untuk adik-adik pelajar berusia seawal 4 tahun hingga 12 tahun. Pada mulanya aku target hanya dalam 20 peserta sahaja sebab selalunya tak ramai mana pun yang akan boleh turut serta. 

Tetapi sangkaan aku agak tersasar kali ni sebab bila tiba hari kejadian, seramai 80 peserta yang hadir untuk sesi pendaftaran pada pagi 28 Mei tu ! Disebabkan Pusat Internet tempat aku kerja tu kapasitinya boleh memuatkan anggaran lebih kurang maksimum 30 - 40 orang sahaja untuk satu-satu masa. Bayangkan 80 peserta kanak-kanak hadir pagi tu. Fuhhhhh macam sardin beb ! Tapi aku puas hati sebab penuh ketat sendat padat untuk sesi Digital Beyblade Battle Klik Dengan Bijak untuk pagi tu sahaja =P (sebab aku kasi taklimat keselamatan internet dulu sebelum aku izinkan diorang bertarung tu hehehe)

Sampai gegar-gegarlah snap gambar punya eksaited aku hahaha ! Ini hanya untuk sesi Beyblade Battle belum termasuk aktiviti seterusnya fuhhhh~





Beberapa aktiviti lain tu termasuklah Digital Whisper Challenge, E-Sport Mobile Legends, My Aero Robo, STEMS Super Skills dan juga Mobile E-Waste. Semua hadiah ditaja sepenuhnya oleh Webe Digital Sdn Bhd (a TM Unifi Company) dan aku sangat bersyukur sebab dapat juga selesaikan segala aktiviti yang dah dirancang walaupun pelbagai pancaroba perlu ditempuhi hehehe

Walaupun nampak aktiviti tu macam : 

"hek eleh itu je aktiviti engko buat? "

Hello..... itu semua perlukan perancangan dan ketelitian tau kalau tidak memang caca-marba lah tambah-tambah pulak kena buat masa bulan Ramadhan. Masa awal pagi tu yelah masih bertenaga, membawak ke petang nak menghabiskan tu hanya Allah yang tahu macam mana peritnya nak hadap semuanya. 

Aku cuma harapkan segala aktiviti yang telah dibuat memberi manfaat kepada semua adik-adik peserta yang menyertai dan semoga sumbangan kecil aktiviti yang aku rancang tu dapatlah menjadi jariah untuk aku di sana nanti ;)


Jalinan Kasih-Episod 1

23 June 4 Comments
Hai engkorang. Ini sebenarnya sekitar kisah Program Syukur Ramadhan pada 10 dan 11 Mei yang lepas. Setiap site kami perlu anjurkan satu program bertemakan Ramadhan dan aku memilih untuk menjemput Tuan Haj Shamsul Ghau Ghau sebagai Icon Digital Sharing (Fitnah Media Sosial)
Pagi tu aku mulakan dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk dulu dengan kaum ibu Gerakan Persatuan Wanita (GPW) bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30. Dapatlah 3 periuk besar untuk diagihkan sebanyak 600 bekas kepada jemaah kariah yang hadir pada sesi Sembang Santai bersama Tuan Haji Shamsul Ghau Ghau selepas selesai Solat Jumaat petang tu.




Dan program disambung lagi pada esok hari dengan pelbagai aktiviti antaranya Ramadhan Coloring Contest (untuk pelajar umur 6 hingga 10 tahun), Free Fire Tournament (Pelajar Tingkatan 1 hingga 3), dan juga beberapa Kuiz Digital yang dikhaskan mengikut kategori umur bermula dengan kanak-kanak sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan golongan dewasa.

Alhamdulillah segala aktiviti berjalan lancar mengikut jadual yang telah dirancang dan penyertaan juga mendapat maklumbalas positif daripada ibu bapa penjaga sendiri yang meminta agar aktiviti sebegini diadakan selalu supaya anak-anak mereka dapat sama-sama memanfaatkan masa terluang di Pusat Internet. 

Yelah daripada anak-anak berkeliaran ke sana sini, baik juga diorang sertai program macam ni. Sekurang-kurangnya di bawah pemantauan Aku ni ha. Lebih selamat katanya =P


Jalan-Jalan Raya

10 June 6 Comments
Hai selamat hari raya engkorang semua ! Mohon maaf segala salah silap, terkasar bahasa sepanjang perkenalan di dunia blog selama ni. Adeh bizi sikit tak sempat update full cerita aktiviti sepanjang Ramadhan haritu tup2 dah masuk Syawal. 

Lepas ni sibuk sikit dengan program Syawal pulak. Nanti lapang sikit aku sambung lagi hehehe
Salam Aidilfitri & Maaf segala salah silap ya :)

Mai Join Program Syukur Ramadhan

09 May 6 Comments

Salam Ramadhan semua. Maaf ye sebab agak sibuk menguruskan Program Syukur Ramadhan yang berlangsung pada 10 dan 11 Mei (Jumaat dan Sabtu). Program ni merupakan anjuran Pusat Internet Kendalian aku dan rakan sekerja dan merupakan salah satu program wajib pada setiap kali hadirnya Bulan Ramadhan.

Untuk kali ini, berbekalkan dengan sejumlah bajet yang diberikan, aku dan rakan sekerja ambil keputusan untuk mengadakan sesi Bicara Santai bersama Tuan Haji Syamsul Ghau Ghau bertajuk Adab Di Media Sosial.

Dan sebenarnya Program Syukur Ramadhan yang aku anjurkan ni berlangsung selama dua hari iaitu 10 dan 11 Mei (Jumaat dan Sabtu). Penuhlah segala aktiviti yang telah aku dan rakan sekerja rancangkan istimewa untuk semua golongan.

Komuniti sekitar hanya perlu hadir sahaja dan pilih mana-mana sesi yang mereka nak turut serta. Aku mohon doa dari engkorang semua semoga Program Syukur Ramadhan ini berjalan lancar. Walaupun program sebegini aku dah hadap selama 8-9 tahun, namun tetap ada perasaan berdebar setiap kali menanti ketibaan hari majlis tu. 

Tak sabarnya nak selesai semuanya. Phewwww *lap peluh*

Membersih & Menyucikan Jiwa-Kadar Zakat Fitrah 2019

06 May 6 Comments

Syukur kita diberi kesempatan lagi bertemu Bulan Ramadhan yang mulia. Setiap kali hadir Bulan Ramadhan perkara yang perlu dilakukan adalah mengeluarkan bayaran zakar fitrah. Ia boleh dilakukan di sepanjang Bulan Ramadhan iaitu dihukum harus bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadhan.

Zakat Fitrah atau dikenali juga sebagai zakat diri/badan, zakat puasa, zakat Ramadhan dan zakat Fitri merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Mengeluarkan zakat fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI 2019
Ada negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat. Pembayar zakat perlulah memilih kadar zakat yang sama harga jenis beras yang menjadi makanan harian mereka. Contohnya:

Negeri Perak:
*Beras Super Special Tempatan 5% : RM 7.00
*Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni: RM 14.00
*Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah : RM 21.00


Semoga diberi kesihatan untuk menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadhan tahun ini.
Salam Ramadhan semua :)



Masuk Mei Dah

05 May 0 Comments
Hai semua. April dah selesai. Masuk Mei dah. Setakat 4 bulan di tahun 2019 ni macam mana? Dah berjaya capai target yang kita letak pada awal tahun haritu ke? Atau masih belum berjaya capai apa-apa lagi? Kalau masih belum berjaya capai apa yang kita target tu takpe jangan putus asa. 

Andai penat, rehat sekejap asalkan jangan berhenti.

Kerja apa sekalipun yang kita buat, sama ada masih meneruskan pelajaran di universiti ke ataupun sedang berusaha struggle dengan surrounding pekerjaan yang tak seronok, kita tetap kena teruskan ke depan. Pedulikkanlah apa orang nak cakap, yang penting kita kena pastikan kita buat tip top apa yang patut.

Semoga engkorang yang bersedih - dikurniakan ketabahan untuk menempuh hari-hari mendatang.
InshaAllah ada hikmah. Aku pun sama macam tu juga. Kadang-kadang rasa down sangat tapi itulah kita perlu teruskan hidup demi insan-insan tersayang sama ada mak ayah atau keluarga kita atau juga insan tersayang lain. Cuba senyum sikit. Ha kan manis tu hehehe

Anak-anak merentas desa

22 April 12 Comments
Masa 13 April (Sabtu) yang lepas, satu program Felda Fun Run telah diadakan di kawasan Felda tempat aku tinggal bersempena dengan pihak pengurusan baru di sini. 

Program ni merupakan julung kali diadakan sebab sebelum ni memang tak pernah lagi Pihak Pengurusan Felda buat. Kalau ada pun mesti anjuran pihak luar dan dengan kerjasama pihak pengurusan tapi kalini betul-betul semuanya disediakan dan dianjurkan oleh pihak pengurusan felda kat sini untuk komuniti setempat sekitar sini.

BUKU ATURCARA PROGRAM



Semua peserta berkumpul di kawasan Padang Awam pada jam 7.40 pagi dan selepas tu ada ucapan perasmian sikit oleh Pengurus Felda kemudian bacaan doa dan selepas sesi warm up baru flag off dibuat oleh Pengurus Felda sendiri pada jam 8.10 pagi. 

Tak lama pun peserta larian masing-masing dah tiba ke penamat sebab hanya 5 km sahaja. Sambil lari pusing kampung merentas desa je sebenarnya sebab acara julung kali diadakan katanya nak buat santai-santai aje. Mungkin pada masa akan datang nanti baru lebih mencabar.

Seramai 380 orang peserta yang melibatkan diri dalam program ni dan terdiri dari pelbagai peringkat umur sebab kebetulan 13 April tu memang takde majlis lain di kawasan sekitar sini. Ada juga penyertaan dari SJK Cina & SJK Tamil dari kawasan sekitar. Memang majmuk pelbagai kaum ada. Hadiah pulak banyak hamper barang makanan dan juga barangan dapur sebab yelah kebanyakan hadiah hasil sumbangan ahli jawatankuasa penganjur dan orang persendirian.

Takpelah sekurang-kurangnya ada juga aktiviti berfaedah macam ni daripada terlibat aktiviti sosial yang lain kan? Semoga banyak penambahbaikan untuk program akan datang nanti.

Ada siapa yang sudi tolong?

21 April 3 Comments

Hai engkorang. selalunya kemana cuti hujung minggu? Macam aku ni selalunya tak ke mana sangat cuma bawa ibu atau ayah meluangkan masa ke Pasar-Pasar Tani atau Pasar Hari yang ada di sekitar kawasan tempat tinggal aku ni (Pekan Sungkai hingga ke Pekan Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan). 

Tambahan pula masa dua tiga hari lepas, ada Anak Saudara Mak Aku (anak adik mak aku) bagitahu nak datang ziarah sebab kebetulan akan datang ke majlis walimatul'urus saudara sebelah ayah dia. Jadi sekali jalan nak ke kenduri kawen tu, diorang ambil keputusan untuk singgah ke rumah aku sebab dah lama juga tak datang ziarah katanya.

Anak Saudara Mak Aku (aku namakan dia Abang Ali). 
Abang Ali dan isteri dia je (Kak Umi) yang datang sebab anak-anak semuanya di asrama.

Abang Ali ni kisahnya dulu hidup susah dan ayah & ibu dia amanahkan mak & ayah aku untuk tolong besarkan Abang Ali dari usia beberapa bulan sehinggalah Abang Ali berumur 11 tahun. Segala mandi, makan, bersunat semualah mak dan ayah aku yang jaga Abang Ali ni selama tu. Dan disebabkan itu jugalah Abang Ali ni tak lupa jasa mak ayah aku selama menjaga dia dulu.

Masa umur dah masuk 12 tahun, Abang Ali diambil semula oleh mak ayah dia dan hinggalah Abang Ali usia remaja lebih kurang 20an macam tu, barulah mak dan ayah dia serahkan semula pada mak dan ayah aku sekali lagi untuk 'dijaga' atas beberapa faktor kejadian yang berlaku pada masa tu.

Dan bila Abang Ali dipertemukan jodohnya dengan Kak Umi(seorang wanita Kemboja yang berhijrah ke Malaysia demi meneruskan kehidupan), kini diorang boleh menarik nafas lega lepas anak-anak pun dah membesar dan dapat sambung pelajaran dengan kehidupan lebih selesa. 

Bila dengar Kak Umi cerita bagaimana struggle nya dia masa mula-mula datang ke Malaysia dulu tanpa pernah sekolah, tak pernah kenal huruf, rasa sebak sangat sebab Kak Umi anak perempuan sulung dan dalam kehidupan di Kemboja yang sangat struggle, masyarakat sana lebih utamakan pendidikan untuk anak lelaki berbanding anak perempuan. 

Kata Kak Umi :

"Anak-anak perempuan perlu beralah. Perlu beri peluang pendidikan (gunakan duit yang ada) pada anak lelaki kerana anak perempuan ni belajar tinggi pun nanti tempat hanya di dapur. Anak lelaki perlu pikul tanggungjawab lebih besar sebab perlu jadi ketua keluarga jadi anak lelaki perlu lebih diutamakan untuk dapat peluang pendidikan"

Kak Umi berhijrah ke Malaysia masa usia 15 tahun. Belajar menjahit sarung bantal dan selimut untuk dijual di pasar-pasar hari. Bayangkan betapa sukarnya hidup di tempat orang. Siapa yang sudi nak tolong kalau bukan diri sendiri kata Kak Umi lagi. 

Dan disebabkan pengalaman susah tu semua, Kak Umi taknak anak-anak melalui apa yang dia terpaksa tempuh. Dia taknak anak-anak rasa susah macam mana dia pernah rasa. Dan Kak Umi juga setiap kali menjelang Hari Raya Korban, dia dan Abang Ali akan buat korban untuk masyarakat islam di Kemboja (Kak Umi masih ada sepupu-sepupu yang sudah memeluk Islam dan masih tinggal di Kemboja). 

Sebab Kak Umi kata, di Kemboja sana, kebanyakan masyarakat Islam nak merasa dapat makan daging halal hanya setahun sekali tu sahajalah. Allahuakbar sebak dengar Kak Umi cerita T___T


Ate bila mood rajin datang

21 April 7 Comments

Hai engkorang. Moga sihat sajelah hendaknya. Hujung-hujung minggu selalunya mesti sibuk bawa anak-anak jalan-jalan ataupun pergi makan kenduri. Itu kalau berkesempatanlah kan? Kalau tidak terpaksa luangkan masa berehat di rumah aje lah.


Meh sini aku nak kongsi cerita.
Ada DUA PERKARA berlaku bila mood rajin datang.

PERTAMA : BLOG BERTUKAR WAJAH. Tadaaa! 

KEDUA : SAYURAN HIDROPONIK SUBUR


Itu dua benda yang terjadi pada beberapa minggu lepas disebabkan semangat rajin tiba-tiba datang entah dari mana. 

Pertamanya : Blog Bertukar Wajah.

Ini sebenarnya lebih kepada disebabkan ada sedikit masa terluang dan ditambah kelajuan internet berada pada tahap bedesup. Kalau line sendu je macam siput sedut memang non hado lah nak bertukar-tukar ape segala. Mood pun memang takkan datang. Moga-moga kekal lama sikit lah tahap laju internet sedap macam ni. 


Kedua : Sayuran Hidroponik Subur.
Ini pulak disebabkan baru-baru ni Pihak Atasan ada buat kempen #SatuDepartmentSatuSayur jadinya team kerja aku tak terkecuali daripada program ni. Kami dibekalkan dengan Set Hidroponik dan juga Baja A + Baja B (jenis cecair). Kami cuma perlu cari benih sendiri apa yang kami nak semai. Dan aku cuba semai Bayam Brazil & Kangkung untuk permulaan. Dan rupa-rupanya takdelah susah mana teknik hdiroponik ni. Patutlah sifu tu ade cakap : "Tanam,Tinggal dan Tuai" . Memang terbukti mudah. Perlu pastikan penjagaan baja dan air sahaja. Bebas dari racun perosak. Lebih selamat.



Jadi buat masa ni, setiap hari datang kerja aku akan pandang dulu sayuran hijau hasil tanaman aku sendiri ni. Kononnya wahhhh petani berjaya gitu ahakkkksss


Ada yang tak boleh minum susu ke?

18 April 20 Comments

Hai engkorang. Semoga sihat ceria bahagia sajelah semuanya. Tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan dan selalunya ramai yang memilih untuk berdiet di samping berpuasa. Ada yang waktu sahur hanya minum susu dan makan kurma sahaja untuk bertahan hingga ke waktu berbuka puasa.

Aku pernah jugak cuba untuk minum susu tapi selalunya mesti gagal. Gagal tu maksud aku bila dah masuk je susu tu dalam mulut mesti masa tu jugak akan termuntah balik. Dan pernah satu kali tu aku dah berjaya telan susu tu tapi malangnya beberapa saat lepas tu termuntah balik keluar segala isi dalam perut T___T

Aku pernah cuba minum susu perisa Coklat dan alhamdulillah boleh pulak telan elok je takde muntah ape segala. Susu yang pure color putih dengan susu perisa strawberry je aku tak boleh. Yang coklat ok je.

Seronok tengok orang minum susu takde muntah pun. Ke ade jugak yang sama macam aku tak boleh minum susu?


Ais Milo Kepal

16 April 11 Comments


Hai engkorang. Semoga sihat ceria bahagia aje semua ye. Hujung minggu baru-baru ni adik-beradik aku masing-masing ada pulang ke kampung sebab dah hampir sebulan diorang tak balik. 

Jadi bila dah berkumpul ramai-ramai tu

Resepi Ais Kepal Milo

Bahan-bahan:

  • 1/2 susu krimer manis
  • Ais batu secukupnya untuk dikisar
  • 1 sudu besar serbuk coklat
  • 8 sudu serbuk Milo


cara-cara:

  • Kisar ais batu gunakan blender (jangan pulak guna blender cili tu kang naya bibir)
  • Kemudian, masuk ais yang dikisar tadi dalam mangkuk.
  • Campurkan serbuk milo, serbuk coklat dan susu krimer manis. 
  • Kemudian, gaul dengan mixer.
  • Selepas itu, siram campuran tadi di atas ais kepal.
  • Untuk topping, engkorang boleh tambahlah ape-ape taburan kacang ke atau oreo crumb ke ape-ape yang engkorang rase nak taburlah takde sape marah.
  • Lepas tu tadaaaa dah boleh ngap.


Sebenarnya terpulang ikut tekak kita sebab sukatan susu ni agak banyak.jadi ikut pada anak tekak masing-masinglah ye nak adjust manis setakat mane. 

#ProjekDapur ni kalau Abang Long & Akak Ipar aku ade pulang ke kampung barulah ade jalan projek. Kalau tidak postpone dulu sampailah diorang ade sebab kalau aku tunggu anak sedara aku Si Budak Kenit sorang tu lah baru ade semangat nak buat. Topping tu segala cococrunch, chocorice ape segala dengan straw besor tu pun si Budak Kenit punya request lah tu hehehe