- Vico (selalunya orang buat guna serbuk milo)
- Susu Pekat
- Biskut Marrie
- Buttercup
Adik aku (Aiman) atau yang aku selalu sebut sebagai Bong di blog ni.
Terlibat dalam kemalangan di Kuala Kubu Bharu,Selangor.
Bong pergi temankan kawan dia si Iqbal untuk bawa repair motor Iqbal.
Masa dalam perjalanan pulang tu ada serpihan tayar lori yang tertanggal.
Iqbal sempat mengelak serpihan tayar tu tapi Bong tak sempat elak.
Berdentumlah Bong bertembung dengan serpihan tayar lori tu.
Tergolek tersagat ke tepi jalan hampir terperosok ke dalam longkang.
Syukur juga waktu tu kawasan jalan tu agak kurang padat kenderaan.
Motor mengalami 70% kerosakan dan kiat (bengkok & pecah beberapa bahagian).
Keputusan X-Ray Bong Alhamdulillah semua dalam keadaan baik.
Luka-luka luaran sahaja yang agak dalam.
Step seterusnya untuk claim insurans motorsikal.
Mohon doa moga Bong cepat sembuh semula T____T
Bermulanya Februari 2013 dulu, muncul satu kegigihan.
Masa tu di awal-awal trend blogging muncul sekitar tahun 2010 macam tu lah.
Kegigihan yang aku maksudkan adalah masa tu aku cuba cabar diri aku untuk
mulakan entry berdasarkan huruf awal pada bulan tersebut.
Contohnya Februari akan mula dengan huruf F.
Bulan Mac akan mula dengan huruf M.
Dan begitulah bulan seterusnya.
Dan rupanya kegigihan tu dah berterusan hingga ke 2024 ni!
Dulu masa aku guna template simple, memang cantik je nampak
senarai dropdown semua entry setiap bulan ikut huruf bulan masing-masing.
Bila bertukar-tukar template, sekarang dah tak nampak dah susunan tu.
Jadi rasanya mungkin akan berakhir di sini entry mengikut huruf setiap bulan?
Zaman sekarang ni makin hari makin tercekik tengok harga barang hehehe
Mana golongan yang suka membawang tu dah boleh tukar profesion lain.
Memsayur ke.
Membunga ke.
Pastu semalam petang dengar Geng Mesyuarat Tingkap Mak borak-borak.
Kecoh sikit pasal Bantuan STR.
Ramai yang tak update apa-apa, tahun-tahun lepas dapat elok.
Tup-tup tahun ni tak dapat.
Boleh buat rayuan rasanya kalau tak silap.
Tapi tak pastilah boleh dapat atau tidak untuk Fasa akan datang.
Masa tahun 2019 dulu, satu kejayaan besar yang pernah aku dapat adalah :
SAYA MENANG LUCKY DRAW MESIN BASUH!
Dan insan paling gumbira tentulah Mak aku.
Sebab masa tu mesin basuh memang tunggu masa nak roboh hehe
Tak sia-sia teman Mak & Abah masuk kebun sawit cuti weekend haritu.
Jalan punya jalan sambil selesaikan urusan buah sawit,
Ternampak putih-putih tumbuh di celah-celah pelepah sawit mati.
Yessss tak salah memang Cendawan Busut! Ayuhhhhh kutip! hehehe
Di tempat kami disebut sebagai Cendawan Busut ni.
Dan hanya muncul beberapa kali dalam setahun.
Sering tumbuh di kawasan kebun sawit atau kebun getah.
Seronok kalau masuk kebun dan terjumpa.
Bagaikan rezeki terpijak sebab betul-betul di kaki (tumbuh dari dalam tanah).
Tapi tak semua tempat kebun sawit / kebun getah dia akan tumbuh.
Ada lokasi tertentu dan faktor tertentu untuk dia tumbuh.
Ada peraih yang jual RM 10.00 - RM 15.00 untuk 1 kilo Cendawan Busut.
Menu paling top Cendawan Busut Tumis Air.
Letak lada hitam, bawang putih.
Makan waktu hujannn fuhhhhhhh~ tak pandang kiri kanan hehehe
Tapi awas, jangan main kutip dan masak je kalau terjumpa cendawan.
Sebab ada beberapa kes termakan cendawan beracun.
Sebulan - dua bulan yang lalu, ranchakkk tular berkenaan dengan JELLYBALL.
Ada yang buat jellyball berperisa buah atau fruity.
Ada juga yang buat jellyball bersusu atau berkuah susu (milky).
Aku menchoba beli jelly ball ni dengan harga Ringgit Malaysia 3 untuk 1 cocok.
Boleh lah buat ghaso-ghaso (sebab beli waktu tengah hari & macam dah mula cair tu).
Ramai juga yang pertikai harga yang diletakkan pada 1 cocok jellyball tu.
Ada yang jual Ringgit Malaysia Tiga untuk 6 biji (1 cocok).
Ada yang jual Ringgit Malaysia Lima - Enam untuk 6 biji (1 cocok).
Pada aku, harga tu diletakkan mungkin berdasarkan pada modal.
Ada yang modal mahal sebab beli barang mahal di tempat dia.
Dan mungkin ada yang dapat beli bahan mentah murah sikit,
jadi dia boleh jual harga murah sikit berbanding orang lain.
Senang cerita, nak murah beli buat sendiri.
Pastu haaaaa pikir sendiri berbaloi ke tidak jual harga yang awak letak tu eheee~
Hari minggu jugak hari yang paling sibuk memenuhi macam-macam aktiviti.
Dan salah satu aktiviti yang paling aku suka adalah temankan Mak & Abah ke kebun sawit.
Sebenarnya Abah dah tak dibenarkan buat kerja berat.
Semenjak operation mata tahun lepas, doktor dah pesan.
Tapi sekali sekala Abah memang akan buat juga sikit kerja kait / tuai sawit ni.
Disebabkan kadang-kadang ada waktunya pekerja yang kita dah bayar
untuk tuai sawit tu tapi mereka bertangguh dan tunda pula ke tarikh lain.
Bila ditunda, tempoh matang sawit tu akan jadi terlebih, dan akan menyebabkan
buah sawit busuk nanti. Bila terlajak masak dan mula busuk, nanti kadar timbangan
dan kadar perahan minyak sawit akan terjejas.
Semua tu akan effect pada hasil jualan.
Hermmm sebab tu juga lah ada pepatah :
"Orang lain takkan boleh jaga macam mana kita jaga hak kita sendiri"
Ada ke pepatah tu? hahahaha tapi mesej nya smpai kan? =P
Berbudi pada bumi sahaja yang pasti memang takkan rugi.