Hari minggu jugak hari yang paling sibuk memenuhi macam-macam aktiviti.
Dan salah satu aktiviti yang paling aku suka adalah temankan Mak & Abah ke kebun sawit.
Sebenarnya Abah dah tak dibenarkan buat kerja berat.
Semenjak operation mata tahun lepas, doktor dah pesan.
Tapi sekali sekala Abah memang akan buat juga sikit kerja kait / tuai sawit ni.
Disebabkan kadang-kadang ada waktunya pekerja yang kita dah bayar
untuk tuai sawit tu tapi mereka bertangguh dan tunda pula ke tarikh lain.
Bila ditunda, tempoh matang sawit tu akan jadi terlebih, dan akan menyebabkan
buah sawit busuk nanti. Bila terlajak masak dan mula busuk, nanti kadar timbangan
dan kadar perahan minyak sawit akan terjejas.
Semua tu akan effect pada hasil jualan.
Hermmm sebab tu juga lah ada pepatah :
"Orang lain takkan boleh jaga macam mana kita jaga hak kita sendiri"
Ada ke pepatah tu? hahahaha tapi mesej nya smpai kan? =P
Berbudi pada bumi sahaja yang pasti memang takkan rugi.
Moga kelapa sawit ni memberikan hasil yang lumayan
ReplyDeleteBestnya masuk ladang. Kalau ladang ada sungai lagi best. Macam tu la kalau upah orang kan mesti ada je masalah.
ReplyDeleterendah pokoknya...pokok baru ya...byk kali masuk estet kelapa sawit milik Sime Darby, mmg elok terjaga jalan nya..
ReplyDeleteWah....seronoknya ada kebun sawit..Terimgin nak merasa cendawan tandan sawit
ReplyDeletepernah masuk kawasan kelapa sawit, tapi jenguk sajalah. buatnya tak pernah ^_^!
ReplyDeleteBestnya ada kebun sawit.
ReplyDeleteMemang gitulah adatnya kalau upah orang bantu di kebun.
Semoga beroleh hasil jualan yg lumayan.
ReplyDeleteSeronok ada kebun sawit, hasil pun boleh tahan Ana kan...
ReplyDeleteMoga ayah Ana sihat² selalu 🤲
Sejuk hati bila ada kebun ni. Teringin juga saya.
ReplyDeleteOh ya, jemput join GA saya :)
https://www.syaznirahim.com/2024/01/giveaway-perfume-sr.html
Setuju dengan pepatah tu.
ReplyDeleteKalau dah macam tu gaya jalannya kena bawa 4wheelD tu
betul sgt tu, ✌️ org kalu jg ala kadar je tuan sendiri jga kena kalu x emmm
ReplyDeleterumah akak belah belakang memang kebun sawit, dulu2 masa kecik biasa la kene paksa jadi tukang kutip biji sawit, dah besar ni mmg tak pernahla ke kebun sawit
ReplyDeleteana acu snap gmbar sambil angkat buah sawit tu? ;-) hehehehe
ReplyDeletebersih je kebon sawit tuh., aminn
ReplyDeleteAtas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.
ReplyDeleteYang benar,
Permaisuri Cuya.
rupanya bukan mudah juga untuk jadi tauke kelapa sawit nie...baru saya tahu sedikit sebanyak infonya
ReplyDeleteBeruntungnya ada kampung, ada kebun! Suka tengok. Semoga dilimpahi rezeki melimpah ruah hasil tanaman. Aamiinnn
ReplyDeleteabah pun ada beli tanah kelapa sawit sebelum ni tapi jauh di gua musang. bayar orang untuk jaga eh dia tak pergi jaga pulak..
ReplyDeleteSukanya masuk kebun macam ni. Dulu, kalau balik kampung, memang suka la ikut arwah opah masuk kebun. Sempat la merasa time cuba-cuba nak kait sawit. Tapi memang tak berjaya la sebab awaknya kecik lagi masa tu. Hehehehe. Memang menggamit kenangan betul bila tengok gambar-gambar ni.
ReplyDeleteMain tangguh-tangguh pulak ye pekerja tu. Alahai
ReplyDeleteSeramnya nak lalu jalan tu.
ReplyDeleteTapi gambar gif atas tu cantik!
memang begitu lah. susah cari pekerja yang betul-betul boleh harap. last-last buat sendiri. hati-hati ye Pakcik
ReplyDeleteEstate swasta ada pengurus ladang yang berkaliber..lepas tu mereka ada SOP/ISO kena ikut. Tak ikut menjawab dengan board dan management. Jaga estate maka banyak la income masyuk...
ReplyDeleteSusah nak jolok buah sawit tu. Berat pula tu. Baru tahu, ada tempoh matang buah juga ye.
ReplyDeletetenang tengok gambar air mengalir kat atas tu.. terasa berada di tepian
ReplyDeletex sama kita jaga sendiri dgn upah org. FELDA zaman dulu2, pemilik kebun akan buat sendiri semuanya. Skrg ni upah warga asing je... sbb generasi baharu x nak kerja berat n kotor.
ReplyDeleteYaaa..Kadang orang lain tak jaga macamana kita jaga sebab dia tak rasa begitu berkepentingan..Asal boleh je...Memang frust Kalau jalan teruk gitu .. Aihhh~
ReplyDeleteSayangnya kalau buah kelapa sawit tu membusuk begitu saja .
ReplyDeleteSesekali mesti nak buat juga bila dah terbiasa buat sebelum ini kan..
ReplyDeleteSetuju dengan pepatah tu.. kikiki..