Maklumat Pasangan Telah Wujud

01 March 14 Comments

 



Apa pendapat engkorang lepas dah dengar pembentangan Bajet 2023 haritu?

Okay ke untuk kita terutama rakyat marhaen?

Aku ada terdengar keluh kesah terutama golongan biasa macam aku ni lah.

Keadaan ekonomi sudahlah makin menekan,

rakyat semua sebenarnya ternanti pembentangan bajet dengan penuh harapan

supaya ada sekelumit berita gumbira untuk dibawa pada keluarga.


*******************************************************************


SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR 2023) 

Masalah Maklumat Pasangan Telah Wujud

Sumber : FB Group Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)

Aku tengok dalam FB Group STR 2023 ramai juga yang ada masalah macam tu.

Belum kemaskini apa-apa tapi bila nak kemaskini jadi macam tu.

Entahlah, mungkin sebab belum dibuka secara rasmi web untuk kemaskini agaknya.

Leceh betul kena hadir secara manual ke LHDN macam tu.


Fuhhh Sekelip Mata

23 February 9 Comments

 


Hai semua. maaf macam agak lama sepi tak balas jejak engkorang.. Awal bulan haritu kami sekeluarga memenuhi undangan majlis walimatul'urus sepupu di kawasan Mambang Di Awan dekat-dekat Kampar Perak. 

Kami konvoi tiga buah kereta. Bergerak lebih kurang jam 10.00 pagi dari rumah dan sejam lebih perjalanan kami sampai di lokasi jam 11.40 mcm tu. Ngam ngam soi tetamu memang baru mula makan.

Selesai mencekik segala macam yang ada termasuk cendol, putu mayam, cucur udang, laksa, cakoi dan kuih muih, disambung sikit sesi jejak kasih dengan saudara mara yang lain. 

Jam 2.00 petang kami mula bergerak menghala pulang ke arah selatan.

Tak tahu macam mana, tup tup adik aku call bagitahu kereta diorang kemalangan



Adik aku masa tu jauh agak ke depan daripada kereta kami.

Sebab terpisah masa di traffic light.

Tengok pada keadaan kereta adik aku tu, 

Mak aku lah orang pertama yang paling menggeletar bila adik aku call.

Mujur adik aku sekeluarga semua takda cedera apa-apa. Syukurr alhamdulillah.

Driver lori mengantuk dan tak sempat brek.

Fuhhhhhh sekelip mata je!

Remuk kemek --- sekemek itu jugalah hati menanggung.


Kakak Syaura 5 tahun & Adik Musleh 3 tahun


Mujur Allah lindung adik aku, isteri dia & dua anak diorang.

Anak 1 : Kakak 5 tahun -- "Kakak cantik ke lagi mummy?" 

Itu soalan pertama si kakak lepas selamat dikeluarkan dari kereta

masa kat tempat kejadian kehkehkeh


FunFact : Kelebihan Taugeh

07 February 12 Comments

 


Taugeh sejenis sayur-sayuran.. ramai yang kurang gemar tapi sebenarnya banyak manfaat taugeh ni antaranya : 


1)Kaya Dengan Protein

Taugeh mengandungi dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam. Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya kaum lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.


2)Kaya Dengan Enzim

Berbanding sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim. Sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya proses pencernaan. Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.


3)Kaya Serat

Taugeh juga mengandungi serat yang boleh membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. Sekaligus dapat membantu mengawal berat badan.


4)Kaya Antioksiden

Taugeh yang banyak antioksiden dan asid amino sangat baik terutama dalam melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. Dalam masa yang sama,makan taugeh juga amalan awet muda dan bagus untuk dijadikan amalan.


5)Kaya Vitamin

Taugeh juga kaya dengan vitamin A, C dan E . Vitamin ni semua sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan.

Sumber : Manfaat Taugeh



Aku takda masalah dengan taugeh & kucai sebenarnya walaupun nampak betapa gigih dan rajin asingkan macam tu ahakksss~


Taugeh yang rangup krup krap memang feveret aku sebenarnya.
Tapi taugeh yang lembik longlai terus potong selera.
Dan memang akan gigih asing tolak tepi begitu lah kekdahnya hehehe

Itu baru sikit je tahap kerajinan.
Belum lagi tengok rajin bahagian lain.
Rajin berkebun.
Rajin bertukang.
Rajin lipat kain.
Bakal menantu siapalah ni kan? hehehe

FunTime : Hasil Kebun Sawit

04 February 9 Comments

 


Orang lain dah lama berlalu pasal CNY 2023. Aku je lambat sikit. Sorry lebih 3 minggu tak sempat jenguk engkorang. Busy kalah menteri   Berkejaran sana sini sementara sebelum cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Itu yang tak sempat tu hehehe


Cuti CNY engkorang macam mana?

Kebanyakan busy dengan majlis kenduri kahwin dan seumpanya.

Ada jugak yang ambil peluang bercuti dengan keluarga kan?

Aku punya cuti CNY tolong mak dan abah aje di kebun sawit hehehe

Walaupun pada mulanya, beberapa orang kawan kerja ajak pergi bercuti,

tapi aku pilih untuk luang masa di kampung - lebih aman daripada jalan jem hehe

Dan aku pilih "berbaktilah pada ibu bapa sementara mereka ada"

Tak tahu kan berapa lama je dapat peluang tu.

Pada yang dah tiada ibu ayah -- Al-Fatihah.

Moga segala bakti kita selama mereka ada -- dapat jariah pahala untuk di sana :)



Jatuh Cinta Pandang Pertama

09 January 21 Comments

 


Boleh dikatakan ramai yang turut berduka dengan berita Puteri Sarah-Syamsul Yusof.

Berat dugaan. Moga Allah beri ketabahan pada mereka. Sedih,sayu bila air mata ayah tumpah.


****************************

Pagi hujung minggu baru ni aku temankan Mak ke pasar pagi untuk beli barangan dapur.

Macam biasalah orang perempuan bila dapat membeli, terkadang tu lupa daratan hehehe

Mula sekali mesti terus ke bahagian barang dapur (segala lauk basah, sayuran, rempah ratus)

Selesai situ, terus ke bahagian buah-buahan pulak (segala jambu,anggur,tembikai,oren)

*aku kena bawa Troli Pasar jenis macam ni*


Maklumlah kalau nak guna tangan je memang patah jari-jemari hehehe

Selesai urusan membeli belah dan dah penuh troli, terus nak balik.



Dan masa melangkah hala ke kereta tu, mata aku bertentang mata dengan dia ni.

Selang beberapa kereta, dia meow meow macam lapar.

Aku dan Mak cuba meow semula dan panggil dia.

Terkedek-kedek je dia terus datang dan gesel-gesel pada kaki aku.

Memandangkan kami baru je kehilangan Si Comot haritu,

Mak terus ambil dan belai dukung si dia ni.

Aku kata pada Mak, entah-entah orang punya kot Mak.


Tapi Mak kata, ini kawasan pasar basah.

Selalunya kucing kecil macam ni kalau kat kawasan macam ni,

dengan keadaan lapar macam ni, mungkin tuan dia buang dia :(


Mungkin dah jatuh cinta pandang pertama.

Memandangkan si dia memang kempis je perutnya,

macam dah beberapa hari tak makan.

Dan takda sebarang rantai di leher dia (ada rantai/collar selalunya orang punya),

jadi aku dan Mak ambil keputusan untuk bawa balik.

Sampai je kat rumah, kami bagi makan dulu dan mandikan.

Lepas tu Mak terus pakaikan rantai.

Dan Mak kata , apa kata kita namakan dia Gumok (Gemuk).

Dengan harapan lepas ni dia akan bahagia dengan kami.

Dan berselera makan boleh jadi gemokkkk dan comel!

Welcome to the family GUMOK ! :)

Jangan Tanya | Azam Tahun Baru

04 January 20 Comments



Macam biasalah kan? 
Setiap kali masuk tahun baru, mesti akan ada azam tahun baru.
Tapi jangan tanya apa azam tahun baru untuk tahun ni.

Sebabnya ada DUA perkara yang aku masukkan dalam wishlist tahun ni.

1)Upgrade tempat bersilat (dapur rumah Mak) untuk lebih minimalis.
2)Upgrade diri (dari segi kerohanian & kesihatan)


*Gambar contoh pinjam dari FB Ilham Deco*


Jadi untuk tahun ni takda spesifik azam tahun baru lah.
Cuma nak minta doa daripada engkorang sahabat semua.
Moga istiqamah lah untuk aku capai  DUA TARGET utama tu :) 


Jadi Lebih Baik!

03 January 11 Comments

 


Assalamualaikum Hai semua! Macam mana hari-hari terakhir pada tahun 2022? Dan macam mana hari-hari terkini pada tahun 2023? Didoakan moga semua dipermudahkan untuk engkorang sahabat sekalian.


Biarkan dua ribu dua dua berlalu.

Usah sesali masa yang terdahulu.

Usah risaukan masa hadapan.

Kerana kita masih ada peluang untuk pastikan,

kesedihan masa lalu takkan berulang pada masa depan.


S E L A M A T    T A H U N   B A R U    2 0 2 3 !

Jom jadi lebih baik untuk tahun ni :)

Dimasak Cenggini Laju Je

07 December 19 Comments

 


Sekarang macam dah mula musim selsema batuk.

Pergi klinik / farmasi pun penuh orang yang selsema batuk.

Bila dah pakat batuk selsema, selera makan pun terganggu.

Tekak pun mula memilih sikit.


Macam resepi Roti Bakar Butter Sekaya ni.

Hambik je roti sebuku tu tapi ikutlah pada berapa yang nak makan.

Jangan pulak bantai buat semua kalau engkorang sorang aje nak makan.

Tapi yang pasti bila buat versi gini, roti tu tak sempat berkulat hehehe

Sapu je banyak-banyak sekaya tu biar meleleh-leleh-leleh lantak situ =P



Dah Tiba Waktunya

06 December 8 Comments

 


Hai engkorang semua.

Moga baik-baik saja semuanya ya.

Sebenarnya ada satu kejadian yang berlaku.

Masa semua orang sibuk pulang ke kampung halaman,

bersempena dengan cuti hari mengundi tempoh hari,

macam tu jugak dengan keluarga aku.


Selesai je urusan mengundi haritu, 

kami sekeluarga masing-masing sibuk dengan aktiviti keluarga.

Bila dah berkumpul ramai-ramai tu tentulah makan-makan kan?

Dan macam biasa anak bulus kesayangan mak - si Comot main lari-lari.


Bila dah masuk waktu maghrib, Comot tak balik balik.

Selalunya dia tak pergi jauh mana pun.

Mak dah tak sedap hati bila sampai malam tak nampak kelibat Comot.



Sampailah dah esoknya subuh mak tetap tercari-cari mana si Comot tak balik.

Sebab selalunya bila azan maghrib je Comot mesti akan masuk dalam rumah.

Dan tiap malam memang akan masukkan dalam 'rumah' dia untuk tidur.

Rupanya petang 19 November 2022 tu kali terakhir lah Mak tengok Comot.


Awal pagi terang je 20 November 2022 (Ahad) tu mak terus ronda keliling kawasan.

Dari kejauhan mak nampak kelibat tepi jalan.

Mak panggil tapi takda respon.

Mak pergi dekat.

Comot penuh luka kat tangan dan kaki,

macam kena gigit atau serangan haiwan pemangsa T__T

Mak tak sanggup nak ambil dan terus panggil Abah.

Abah uruskan semua dan tanam Comot di kawasan belakang.

Takda tanda kena langgar.

Mak kata malam tu ada terdengar anjing menyalak kuat.

Mungkin Comot nak selamatkan anak-anak kucing yang takda ibu.

Dan Comot terkorban T______T


Mungkin dah tiba waktu Comot pergi.

Dulu aku dan Mak ambil Comot di kawasan pasar basah.

Masa tu semua badan Comot penuh kudis dan tak bermaya.

Moga Comot tenang di alam sana.

Terima kasih pernah hadir dalam hidup aku dan Mak T____T

Ni Untuk Abah

13 November 29 Comments

 


Aku dah lama menyuarakan hasrat hati nak belikan rocking chair ni untuk Abah.

Adik beradik aku yang lagi tiga orang kesemuanya lelaki tu setuju aje.

Orang lelaki memang tak banyak soal ye?


Setelah beberapa purnama, kami adik beradik akhirnya berjaya juga belikan kerusi ni.
Istimewa untuk Abah sempena ulangtahun kelahiran Abah yang ke 65 pada 06 November.
Moga Abah dapat rilek santai dengan hati yang tenang sambil goyang kaki hehehe

Nak Tema Roblox

11 November 17 Comments

 


Bulan November ni merupakan bulan sambutan kelahiran beberapa insan tersayang.

Antara yang paling awal adalah si budak kecik ni --- Zhafran Amsyar (anak saudara).



Dan si budak Zhafran Amsyar ni tengah gilakan Roblox.

Sempat dia request nak kek dan semuanya tema Roblox lah katanya.

Mak dia dah pening memikir macam mana nak cari baker yang boleh buat.

Mujurlah juga Kak Izzah (kawan office aku) ada suggest sorang baker tu.

Cubalah tanya kata Kak Izzah mungkin ada rezeki Amsyar.


Dan memang tertulis rezeki Amsyar. 
Aunty Baker tu terima oderan tema Roblox ikut kehendak Amsyar.
Maka, 03 November 2022 (Khamis) malam buatlah sikit makan-makan.
Sebab Amsyar kata dah lama tak dapat buat makan-makan dengan kawan.

Iyelah sebab PKP pun sampai masuk dua tahun kan?
Selalunya memang tiap tahun buat sikit makan-makan.
Untuk tak menghampakan, kita usahakan juga demi si kecil.

Amsyar cakap dia taknak hadiah apa-apa,
dapat makan-makan dengan kawan pun dah cukup.
Wahhhhh lapang hati mama dia dengar jawapan tu.

Selamat hari kelahiran ke Lapan Tahun.
Moga terus jadi anak soleh Amsyar.


Ni Penyakit Miang

09 November 17 Comments



Hujung minggu macam biasalah.

Memang hari untuk Bersamamu Emak Tersayang hehehe. 

Mak aku memang dah terkena miang keladi hehehe.


Pantang dengar Geng Mesyuarat Tingkap beritahu ada tempat jual keladi.
Mesti nak terjah kikikiki. Walau tak beli pun takpe yang penting cuci mata kata Mak ehehehe.


Melangkah masuk je terus disambut dengan ramah.

Pandai staff dan pemiliknya sebab layanan memang tiptop.

Dan itu paling bahaya sebab tentu akan membuatkan kena datang lagi hehehe



Ni benda ni lah yang buat makin terkena miang keladi.

Kecil bukan sebarang kecil.

Kecil tapi menggoda mata Mak aku hahaha

Nutritions Canned Food

04 November 8 Comments

 


Ini semua kerja sepupu aku yang otak gila-gila sikit Si Geena.

Dan dia jenis sayang anak bulus.

Tak kesahlah jumpa anak bulus kat mana-mana,

dia mesti akan bagi makanan. 

Dia banyak juga adopt stray cat.

Dan ada dua ekor yang paling dia sayang : Chuteh dan Gubus




Hanya ada dua ekor je anak bulus dalam gambar tu : Gubus dan Chuteh.

Yang kaler oren tu bukan anak bulus ye kawan-kawan hehehe

Sepupu aku si Geena deco dua ketul budak bulus ni,

sempena Halloween Give Away by MamaCat.

Moga ada terselit rezeki untuk budak dua ketul ni.


Nak Salahkan Siapa Cium Bontot?

02 November 16 Comments

 


Permulaan November yang agak kurang baik buat sahabat aku.

Sahabat aku ni kerjanya berjualan buah-buahan di pasar tani.

Balik je dari urusan jualan petang semalam, ternampak khabar duka.






Kereta Pak Polisi sudah menciom bontot lori sahabat aku tu.

Terkedu juga bila kawan-kawan bersoal jawab.

Moga dipermudahkan urusan sahabat aku.

Sepatutnya yang langgar belakang memang salah.

Tak kira dalam apa situasi kan?

Atau ada pengecualian...? 


Namanya Orang Perempuan

02 November 12 Comments

 


Allah memang ciptakan makhluk dengan pelbagai rupa dan bentuk.

Sama ada manusia, haiwan ataupun makhluk yang selain itu.

Kebolehan dan kelebihan pun berbeza sama sekali.


Orang lelaki usahlah hairan.

Memang kelebihan orang perempuan begitu.

Bak kata Ustaz Syamsul Debat : 


Si Ayah masa tengah baca paper depan tv, kalau kain langsir terjatuh pun, dia buat tak nampak je langsir tu jatuh.

Tapi, kalau si Mak, masa tengah goreng ikan kat dapur, sempat lagi kemas bakul sampah pastu pergi ke depan buang letak pada tong sampah luar. Lepas buang tu ternampak pulak kain langsir terjatuh tadi tu, betulkan dulu langsir tu walaupun si Ayah ada je kat situ. Pastu si Mak terus pergi dapur terbalikkan ikan goreng tadi sebelah lagi. Helokkk je kejadian ikan goreng tu tak hangit.

Memang itu kelebihan orang perempuan.

Sebab itu kalau orang perempuan bebel,

Biarkan aje. 

Itu memang salah satu job scope perempuan.

Demi kebaikan seluruh isi rumah hehehe


Nah Peluang Redeem FREE Coffee Secret Recipe

01 November 10 Comments



Hujung minggu lepas memenuhi undangan majlis aqiqah sepupu sebelah mak aku. 

Dah lama tak dapat jumpa sepupu yang ni sebab tinggal agak jauh.

Waktu majlis kenduri kendara aje selalunya dapat peluang nak berjumpa.


Majlis Aqiqah Nur Naura Medina. 

Moga menjadi anak solehah buat ibu ayah ye.


Kambing golek menjadi rebutan tetamu.
Aku makanlah juga buat syarat sebab abam joki tu bagi.
Buat ghaso-ghaso kata bebudak sekarang hehehe
Tak berani makan banyak sebab risau orang lain tak dapat nanti =P



Selesai je sesi makan-makan dan jejak kasih borak sesama sedara,
aku dan mak meninggalkan majlis dan siap dapat bungkusan dari tuan rumah.
Hanya aku dan mak aje yang pergi majlis aqiqah ni,
sebab ada satu lagi majlis kenduri sepupu sebelah abah aku.
Jadi kami ambil keputusan untuk bahagi dua.

Aku dan Mak -- pergi kenduri sepupu mak.
Adik dan Abah -- pergi kenduri sepupu abah.

Yelah nanti risau ada yang bermasam muka pula
kalau majlis ni kita pergi, majlis sana tak pergi.
Di sana menanti, di sini menunggu.

Balik je dari kenduri aqiqah tu,
Mak ajak kopi-kopi dulu minum petang.

Pastu teringat ada isi free redeem coffee dari Secret Recipe.
Alang-alang Mak ajak kopi-kopi,
jadi teruslah tebus.

Haritu masa isi tu ada promo sempena octofest.
Cubalah engkorang isi mana tahu ada terselit rezeki.
Pada yang minum kopi tu boleh cuba klik sini 


Dannnn ada yang bertanya macam mana cara
yang tu engkorang boleh cuba klik sini

Kita cuba isi aje, dapat tak dapat belakang kira hehehe