Foodilicious : Kuih Seri Ayu
Tempat kami di Negeri Perak disebut Kuih Seri Ayu.
Kadang-kadang lain tempat, lain gelarannya kan?
Kalini permintaan Bong teringin nak makan Kuih Seri Ayu katanya.
Jadi sebagai kakak yang solehah, aku pon buatkanlah hehehe
RESEPI KUIH SERI AYU LEMBUT GEBU
-3 cawan tepung gandum
-4 biji telur ( Gred B)
-1 1/2 cawan gula halus
-1 1/2 cawan santan ( 1 kotak santan Kara + 1/2 cawan air)
-1 sudu besar ovallete
-1 sk baking powder
-1 sk perisa pandan
-2 sk pewarna hijau
-1 biji kelapa (warna putih sahaja)
-1 sk garam
-1 sudu besar tepung ubi
CARA-CARA :
1)Satukan telur,ovallete,perisa pandan,gula halus dan pewarna hijau.Gunakan mxer hingga sebati.
2)pastikan adunan cair.
3)Kemudian masukkan baking powder dan tepung yang diayak.Pukul lagi sampai sebati.
4)Adunan memang akan likat.Bila pukul sebati,terus matikan mixer.
5)Masukkan santan & pkul sebati.
6)Pastikan adunan licin dan tak terlalu pekat.
7)Kaup dan letak dalam piping bag.
8)Untuk bahagian kelapa parut,masukkan garam dan tepung ubi sikit.Kacau sebati.
9)Sapu acuan dengan minyak.Letakkan kelapa dalam 3/4 sudu besar.
10)Tekan-tekan supaya kelapa padat.
11)Tuangkan adunan hijau hingga paras acuan
12)Kkus selama 10-15 minit.
13)Apabila kuih sudah masak dan naik gebu,keluarkan dari pengukus.
(Biarkan suam sebelum keluarkan dari acuan)
14)Sedia untuk dihidangkan.
Kuih Seri Ayu ni ada yang kata sedikit rumit membuatnya.
Adakala tak naik gebu. Mungkin ada step yang tertinggal agaknya.
Alhamdulillah aku buat naik gebu helok kejadiannya.
Boleh berbagi sesama jiran untuk bulan Ramadhan nanti hehehe