Done | Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com

24 December 20 Comments

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :

  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya. Sama² kita support segmen kawan² blogger ;)




Dell Latitude 3540

23 December 42 Comments
Ahah bertemu lagi kita dalam rancangaaaaaannnnnnnn.. Hang mimpi apa Ana hahaha =P  Ok jap. Tak mimpi. Ini betul-betul kejadian. Dulu aku pernah bermuram durja masa skrin laptop aku crack. Lima enam bulan jugak aku ikat perut saving untuk pulun beli yang baru. Yelah kalo skrin crack ni harga nak repair skrin tu lebih kurang sama macam beli je sebijik yang baru. 


Macam biasa stanby dari rumah menanti panggilan-panggilan hangit dari supplier perabot dan lain-lain. Kadang tu dok nganga saja melangut tunggu seharian tapi sampai ke sudah tak datang-datang jugak. Takpelah, redho ajelah nak. Nak melebih-lebih, awok kuli bacin aje hahaha

Ini hari kira macam lucky day gittew sebabnya partner kerja aku datang drop kan Dell Latitude 3540 ni ke rumah. Benda ni 2-3 hari lepas dah sampai di ofis kamiorang tapi aku pulak berada di luar kawasan masa tu. Jadi ini harilah baru dapat membelai si Mr Dell ni. 

Mr Dell ni untuk kerja-kerja ofis. Kalau 4 tahun sudah, hanya dibekalkan dengan 1 laptop sahaja, tapi alhamdulillah tahun ni kami dapat merasa sorang satu. Tak perlu lah bermadu berkongsi kaseh berebutkan laptop ofis yang satu dulu tu. Dah la dulu dapat laptop recon je. Slow gila pulak tu. Ditambah pulak lagi dengan lambat loading start nye hape segala. Senang kata simpan boh dalam kotak atau buat tukun je lah.

Kini tiada lagi kekusutan dengan adanya laptop Dell Latitude 3540. Dengan menggunakan perisian windows 8 ditambah dengan fungsi skrin-sesentuh (touchscreen) menambah lagi keterujaan aku untuk menggodek Mr Del ini.

Ok laptop private aku taruk tepi sat. Kasi rehat dulu. Boss bagi arahan suruh unbox Mr Dell ni and check lah segala apps dan software yang tertera dalam list sama ada cukup atau tak. Kalo ada yang kurang, terus inform katanya. Yessss hape lagi. Jangan kasi chance! Kita terjah blog terus guna Mr Dell jap kehkehkeh =P



Dilimpahi Rezeki

22 December 18 Comments

Harini kena attend Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Klik Dengan Bijak (KDB) Refresh Training & Excellant Award 2014 Negeri Perak. Aku pergi konvoi 4 bijik kereta dengan rakan-rakan kerja aku yang lain. Training & Award ni diadakan di Hotel Ibis, Ipoh yang berlangsung bermula jam 2.30 petang hinggalah jam 5.30 petang. 

Alhamdulillah dalam banyak-banyak Pi1M yang ada di serata negeri Perak ni, Pi1M kendalian aku dan rakan sekerja aku dinobatkan sebagai Pi1M Terbaik Negeri Perak. Syukur ada terselit rezeki kami kat situ. Tak sangka hehehe

Owhh dan bertambah tak sangka jugak bila nombor 12 tu menang cabutan bertuah pulak. Dapatlah aku hadiah jam dinding sebijik dan mug khas MCMC (Malaysian Communications and Multimedia Commisions ) atau SKMM. 

Owhh dan nantikan GiveAway by Blogger Amar nanti. Aku tompang collaborate sekali. Nanti bila beliau dah launching, aku share entry GA tu.. Dengaq kata hadiah casssshhh wo! Sabaq sat naaaaa ;)


Dare To Try?

22 December 45 Comments
credit : Atok Dean

Satu kajian mendapati bahawa memakai gincu merah ke tempat kerja akan membantu dalam mendapatkan promosi kerja dengan lebih cepat.Emma Leslie seorang editor dari Escentual dot com berkata bibir merah tidak semestinya hanya dipakai untuk majlis yang istimewa ataupun ketika keluar malam.

Memakai gincu merah melambangkan kuasa dan keberanian kerana ia menarik perhatian orang lain ke atas wanita itu terutamanya ke bibirnya. Dengan memakai gincu merah, wanita secara automatiknya akan mendapat keyakinan yang lebih tinggi di tempat kerja. Hasil kajian itu juga mendapati bahawa hampir separuh daripada wanita di Britain memakai gincu merah ke tempat kerja sebagai lambang keyakinan dan juga untuk mengagumkan bos mereka.
Ish beranila pakai lipstick merah menyala, karang tak memasal je kena rogol dek boss pulak. Dah katanya "menarik perhatian terutamanya ke bibirnya"
So sesape yang rase dah lama sangat dok kat position yang sama je bertahun-tahun tapi tak naik pangkat, boleh la try ni. Jangan pulak engko yang lelaki gatal nak try. Tobat aku takmo bertanggungjawab kalo jadi pape hahaha
Alah dalam islam pon ada pesan -- jangan berhias berlebih-lebihan. Kalo nak pakai jugak, pakailah. Hape jadi, engko tanggung la kan. Duit beli lisptick tu pon tak mintak kat orang yang cakap lebih-lebih tu kan kikiki

Ini satu lagi perangai aku yang pelik jugakla kot. Aku tak suka pakai any lipstick. Tak kiralah jenis matte ke tak ke memang aku tak suka. Kalo lipbalm aku ok =D


Dont Minum Susu Anmum

21 December 49 Comments
Ini semua SS punya pasal la ni. Suggest suruh aku minum susu anmum lah katanya mana tahu nanti kot tetiba Magnet buleh tarik kunci yang stuck kat lobang kunci kereta aku tu. Engko ni saje kan SS hahahaha


Ekceli kan salah satu perangai pelik aku adalah aku tak minum apa jugak jenis susu tepung. Bagi lah anlene ke, anmum ke, antonio banderas ke hape memang aku tak boleh. Kalo aku minum jugak memang habesla keluar segala isi perut. Selambak pulak aku muntahkan lava kang. Jangankan nak minum, bau dia pon aku tak boleh. Errrr cane tah nak kata. Senang citer aku takleh minum susu tepunglah. Aku minum susu cap gantung je hehehe

Sel-sel otak tak berapa nak berhubung sangatla kot tu pasal yang sampai buleh kunci stuck kat lobang tu. Err tapi kalo betoilah si daddy seriyes dengan apa yang beliau cakapkan tu... ehem~ =P

Tolong doakan yang baik-baik untuk aku lah ye =D

Dah Stuck Pulak

21 December 34 Comments
Alkesahnye tadi pagi mommy daddy pergi dating ke pasar pagi di Pekan Slim River bawak private jet aku si Bimbo tu. Maap la kalo ada yang baru baca, terkejut dengan nama Bimbo tu. Bimbo aku ni bukan macam yang tutttt tu. Ini kereta je. Tak mampu nak ada private jet pon kikiki =P
Lepas dah setel berdating tu diorang pon balik. Sampai je rumah, nak bukakla bonet untuk keluarkan segala khazanah harta rampasan hasil merendak di pasar pagi tu. Tup tup bila godek-godek kunci tu kat lobang kunci tetibe terus stuck. Pusing kiri tak mau. Pusing kanan tak sudi. Hurmm sudahnye tergantung situ je la kunci. Haishhh~

Setel kuarkan segala harta karun dalam tu (sipbaikla boleh guna jack bonet yang kat seat depan tu). Pastu daddy pon melilau la pergi mencari bengkel yang bukak sebab harini  kan Ahad. Pulic holiday. Kalo mau, besok bolehlah. Bak kata Chief Ali Baba Bujang Lapok. 

Sipbaik jugak ada 1 bengkel member aku bukak. Disebabkan takde pilihan yang lagi baik so si daddy pon dengan berat hati decide suruh member aku tu potong je kunci tu. Kalo compare nak cabut je lobang kunci tu lagi la macam tak praktikal -- bersaraaaang je nengoknye. Dah mengundang hal lain pulak kang. 
"Dah 4 tahun dah kakak pakai kete ni. Esok lah daddy try p survey showroom Proton ke Produa ke kat Tanjung Malim tu" -- sambil dok senyum angkat kening kat aku ni.
Wow! =D

*untungla kalo dapat trade in kereta takyah bayar ape-ape.
*selalunya ujung tahun cenggini banyak promosi pay less get more. gittewww =P

"Hang nak cari penyakit lain ke Ana?" -- suara dari mana entah =.='

Dodol Launcher

21 December 28 Comments
Caution ! Ini bukan entry makanan. Dodol Launcher bukanlah sejenis barang mahupun perbuatan yang membawa maksud launching sejenis dodol (makanan). Bukan ye.
  

Dodol Launcher ni sebenarnya satu apps yang boleh kita install pada smartphone kita untuk kita download pelbagai theme yang lebih kiut miut. Perempuan ofkos suka la benda gini. Termasuk aku sekali lah kikiki. Mudah je dengan adanya smartphone zaman sekarang ni kan? 
Cari je kat google play tu macam² hado! eheee =D

Aku tawu ni karang si SS konfem komen yang bukan² la ni jap lagi. I read ur mind oredy la SS. Engko jangan memain dengan aku. Letih aku membace setiap inci entry engko tahu tak. Kalo aku tak gelak time bace, maknanye something wrong la tu hahaha

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

20 December 27 Comments

Ini  aku pinjam daripada entry Amar. Maklumla haritu Amar ada pergi seminar pekerja cemerlang dan penceramahnya DMFK ni la. Bagus info yang diperolehi daripada pergi seminar camni. Bak kata Amar lah kan -- dah dibayar mahal so memang kena make sure lah isi talk tu kena power dan bagus hehehe. Ini antara isi yang Amar share di blog beliau dan aku mohon untuk aku kongsikan pulak di sini. 

Terutamanya part yang untuk wanita tu :

Jin mudah datang dan masuk ke dalam badan kita, bila kita tersampuk atau KITA MENYERU dia datang. Tanda² kita menyeru JIN bagi orang perempuan ialah  dengan memakai gelang di kaki. so, lepas ni, mana mana kaum perempuan yang pakai gelang dekat kaki tu, tanggalkan lah! Gelang di kaki merupakan pintu masuk utama untuk jin kedalam badan kita.

Antara tips lain dari DMFK dari  seminar tersebut ialah, kalau kita lihat seseorang tu pertama kali dan kita rasa benci, maknanya orang kita benci tersebut menyampaikan aura bencinya juga kepada kita, dan kalau pertama kali kita lihat orang kita sayang, maknanya orang tu menyebarkan aura sayang juga kepada kita. hehe..camtu lak? beliau menyarankan kita supaya sentiasa memaafkan semua orang sebelum tidur, supaya hati kita bersih.


Haa aku antara insan yang  tak pandai pakai barang kemas – sama ada cincin / gelang kaki mahupun gelang tangan. Aku cuma pernah ada pakai rantai emas je dulu itu pon sebab pemberian nenek tapi entah cemana rantai tu putus tanpa aku sedar dan hilang tak dapat dikesan sobss sobss T___T  Mungkin jodoh aku dengan rantai tu setakat tu je. 


Daughter | The Only One

20 December 27 Comments
Jijah : Ana.. hang tau kan aku dengan Razip dah lama kapel. Dan hang tau kan yang mak aku pernah sound aku dulu pasal aku bercinta dengan Razip.

Aku : Err haah aku tau.. Kenape weyh? Mak hang marah lagi ke?

Jijah : Dak la buat masa ni takdela marah ke apa. Cuma, aku sedih la weyh sebabnya aku tak tau apa ending kesah kami. Yelah sebab mak aku penah kata "kalau dia lah yang kakak pilih, mak takkan setuju sampai bila-bila.. Takkan kakak buta nak pilih orang macam tu jadi menantu mak kan.."

Aku : Hurmm aku pon tak tau nak cakap cemana weyh. Yelah, hang sorang je anak perempuan dia. Pastu belajar tinggi ada degree. Dah kerja. Ada gaji tetap. Si Razip pulak meniaga ikan saja. Tu pon tak menentu -- bila ada hasil, ada lah. Bila takde -- takdelah. Pastu pulak kan Razip ada sikit kecederaan fizikal kekal (tangan + muka + badan). Aku rasa mak ayah hang ada sebab kenapa diorang tak setuju dan tak restu..

Jijah : Hurmm aku faham Ana.. tapi.. hurmm..

Aku : Hang sabaq la.. berdoa banyak². Kalau kata Razip jodoh hang, terhalang cemana pon, inshaAllah akan bersatu jugak. Yakin je -- Allah ada.

Jijah : Ana.... *tutup muka dengan tangan & titis jernih bercucuran*

Kesian Jijah. Satu-satunya anak perempuan dalam keluarga bukan mudah. Jijah banyak telan sendirian je segala pahit pedih yang dia hadap. Seingat aku, Jijah tak pernah susahkan keluarga ataupun kawan² dia. Selagi mampu, dia telan semua sendiri. 

Bertabahlah Jijah. Janji Allah itu pasti. Cuma kita kadang² tu agak tak sabar dengan ujian dari Dia. Aku sendiri masih bertatih merangkak memperbaiki diri. 
Sama² kita.