terubuk masin sarawak

13 October 31 Comments
ofismate gua : cik ida

setelah gua ditinggalkan beberapa hari oleh ofismate gua, hari ini beliau telah kembali dengan jayanya.. alhamdulillah beliau selamat pergi dan selamat kembali.. walaupun pelbagai dugaan dan rintangan diterima seawal bertolak untuk ke airport, akhirnya beliau selamat pulang kembali.. welkem back my partner! gua rindu lu lah..hehe.. part yang paling best adalah beliau tak lupa buah tangan untuk gua! hehehe



*klik sekali saja untuk membesar*

spesel terubuk masin dari sarawak! dengan muka penuh teruja, gua pun ajak mak gua kerjakan ikan terubuk nih untuk juadah kami sekeluarga.. lepas tung tang, tung tang with my best chef, tadaaaaaa! terubuk yang asalnya hanya terperap dalam bungkusan paper cina nanyang siangpau telah bertukar menjadi terubuk masin goreng bersama sayur pucuk.. kasi hiasan sikit taruk hirisan bawang besar + cili merah / hijau + hirisan limau.. memang yummy la maaaaakkk! nanti balik kerje nak ajak mak buat terubuk masin masak lemak cili api plak la.. kehkehkeh~


*klik sekali saja untuk membesar*

terubuk masin goreng bersama sayur pucuk + terubuk masin masak lemak cili api



*klik sekali saja untuk membesar*



gua jugak dapat souvinear spesel ni dari sarawak.. tempat letak pen + surat dan jugak keychain burung kenyalang.. senyum lebar kemain gua dari pagi sampai ke petang... kehkehkehkeh =P terima kasih buat ofismate gua cik ida.. kalo ceni la gayanya, gua rela je kene tinggal selalu.. hehe




suke tak?suke tak?? ce like..ce like =P

bini-biniku gengster + payung emas

12 October 64 Comments

*gangster mood activated*




dah tengok bini-biniku gengster(BBG)?? belom? gua syorkan p tengokla.. kat astero first pun dah keluarkan? tak tengok jugak? gua pun tak tengok kat astero sebab rumah gua memang abah gua takmau pasang kuali astero tu.. MEMBAZIR kata abah.. gua pikir pun memang logik gak.. memilih alternatif lain, gua pun paksa member gua donlodkan.. sipbaik dia pun takde hal nak tolong.. gua pun hape lagi.. bantai layan movie sambil kerja la.. memang terasa cool! hoyehh~ partner kerja gua pulak memang p holiday ke sarawak.. 




tajuk dia camtu bukan pasal gua nk riview BBG ke hape.. lu orang pon dah tengok sendiri kan? sendiri pon dah bleh review.. gua bukan buat show FUHHH ke rancangan CINEMA,CINEMA,CINEMA ke nak review-review nih =P tu gua nak fokus yang lepas tanda + (tambah) tu "payung emas"... pernah dengar? *apsal gua rasa masih berlegar-legar dengan perKAHWINan lagi nih..cis~ gua bukan anti poligami ke hape.. seriyes gua tak kesah pun lu orang nak kawen berape pon selagi lu MAMPU..saja nak tambah ilmu yang serba kekurangan nih.. sebab telinga gua mcm seringkali diperdendangkan dengan frasa "payung emas" nih.. *maklumla nanti-nanti nak menghadapi alam rumahtangga senang.. hahaha




SOALAN :
-Bagaimana status hadis yang menyatakan bahawa wanita yang mengizinkan suaminya berpoligami akan diberikan ganjaran payung emas di syurga?

-Bagaimana pula status hadis-hadis lain (jika ada) berkenaan kelebihan berpoligami?


JAWAPAN OSTAD :


wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah..
Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang mengizinkan suami berpoligami diberikan payung emas di syurga.

Bagi wanita solehah yang ta'at kepada suami, faham akan kebenaran agama terhadap poligami dan bersabar diatas kerenah suami, sudah tentu akan mendapat ganjaran daripada Allah swt.


Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-


Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].


Tidak ada kesukaran, penyakit, kekecewaan, luka, dugaan yang menimpa orang Islam, sehinggakan sekeping duri yang mencucuk dia, Allah swt akan mengkifarahkan baginya kesalahan-kesalahan". [Hadith Riwayat al-Bukhari #5642, Muslim #2573]

Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :

"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2399]

Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung emas dan sebagainya..Wallahu'alam


sumber : soaljawabQuranDanHadis




kalau masih kabur penglihatan, pakat-pakatla kita p jumpa ostad-ostad & ostazah-ostazah yang lebih 'arif dalam hal yang berkenaan..kan orang terdahulu selalu pesan "malu bertanya, sesat jalan".. eventho zaman sekarang boleh google + GPS ke hape jadah lagi teknologi yang ade, rujukan pada yang 'ARIF tetap lebih releven bila berkaitan ilmu agama ;)

misai kucing

10 October 73 Comments


*gangster mood activated*

"semenjak dua menjak ni apsal lu suke sangat cerita pasal kawen ni cik ana? gua tengok lu macam dah sampai seru je.. cecepat la.. tunggu ape lagi?"
cis berani lu suruh gua cepat kawen? lu tunggu la.. dah betol-betol sampai seru nanti gerenti gua invite lu punye.. siap bagi kad wangi-wangi lagi =P hoi,hoi cukup pasal kawen. stop!





nak cakap pasal misai kucing.. bukan misai kucing herba tu lah.. ni kucing punya misai..misai yang kat mulut tu..ape omputih kata "mustache" ke hape tah.. ha yang tu la.. penah tengok kucing takde misai? gua rasa dari observation gua semua kucing ada misai.. gua pernah debate pasal misai kucing dengan abang long gua.. abang long pernah cakap yang misai kucing ni satu alat penting pada kucing.. misai tu wujud ada sebab.. gua pun memang percaye je la.. mana la reti nak gugel ke hape mase tu.. bila dah reti menggugel nih, baru la gua dapat info sikit pasal misai kucing ni smua..

  • Misai yang dimiliki oleh kucing pernah diberi jolokan deria keenam kucing. Misai ini adalah sangat sensitif sehinggakan jika ia digerakkan hanya 1/2000 daripada lebar rambut manusia, ia akan menghantar isyarat kepada otak kucing. Dari segi anatomi, misai kucing ini dipanggil tactile vibrissae.
  • Misai yang bertindak sebagai sensor sentuhan ini digunakan untuk mengendap buruan, mengukur dan memberi amaran kepada kucing terhadap halangan yang tidak dapat dilihat oleh kucing.
  • Misai yang rosak akan menyebabkan salah tafsir dan meraba-raba teutamanya dalam keadaan gelap. Misai mengesan angin dan perubahan terhadap gerakan angin. Maklumat ini digunakan untuk mengenalpasti lokasi binatang buruannya. Dalam suasana gelap, kucing bergantung kepada misainya untuk navigasi dan koordinasi.
  • Jika kucing kehilangan misainya, dia terpaksa bergantung kepada matanya sahaja untuk berjalan dan memburu

sumber : rahsia misai kucing


gua pernah dengar cerita orang.. kalau potong misai kucing, kucing tu boleh jadi tak berape betol.. gua rasa betol jugak kot.. dan gua benci gila tengok video gadis-gadis jepun atau china yang muka comel tapi hati kejam gila.. dorang sanggup pijak anak kucing comel sampai terburai isi perut.. memang macam haremm~




nota kecil : sayangilah kucing.. nabi pun sayang kucing taw =)

menjadi tunangan + isteri orang

10 October 36 Comments
*masih dalam mood gengster*


kahwin lagi?? ciss! layankan je lah.. kemarin sabtu dan ahad.. weekend memang adatlah kenduri kendara sana sini.. kad jemputan memang tunggu turn je untuk ditempek kat notice board tu.. gua pulak kerje sorang-sorang.. partner gua cuti p holiday ke sarawak.. gua pulun kerje secara solo.. rabu baru beliau pulang.. harap-harap adelah buah tangan + buah kaki dan buah lain dari sarawak untuk gua partner kesayangan beliau.. kehkehkeh



sabtu tu sorang kawan gua bertunang.. orang felda bertemu tunangannya dengan orang felda ni jugak.. dulang hantaran 20 lebih dari pihak lelaki berbalas 40 lebih dari pihak perempuan.. perhhh! memang jenuh buat rantaian manusia la masa nak keluarkan hantaran belah perempuan dari dalam bilik ke ruang tamu.. makcik-makcik yang ada tu jenuh dok susun + ejas bagi elok muat-muat dengan hantaran pihak lelaki.. memang orang felda ni pemurah dan baik hati gamaknye.. masa nak bawak balik tu, jenuh pulak susun nak bagi muat dalam kereta.. teruja gila gua tengok gubahan-gubahan yang macam-macam bentuk tu!






hantaran banyak dan sangat menterujakan bijik mata + makcik-makcik sempoi gila bab bergambar.. stylo la makcik! selamat menjadi tunangan orang nurnajihah binti abdullah sani =)





ini amer member gua masa form six dulu.. amer sangat suka bergurau kasar.. malam semalam dia update status fesbuk "esok turn aku lak... haha.. mggu lps asma dgn suami tunang.. sok aku lak yg brtunang.. kawin entah ble... haha..." dan memang seriyes gua ingatkan dia memain.. tup-tup petang tadi member gua lagi 1 tag gambar amer bertunang.. benar-benar kau bertunang rupanya amer! sumpah gua ingat lu memaen.. dan lu pun memang takde jemput gua so memang kukuhla alasan gua sebab tak pegi lu bertunang =P dan rupa-rupanya jugak, amer pun dapat tunangan orang felda... felda trolak... wahhhh! pakat cari orang felda deme ye.. selamat menjadi tunangan orang amer.. sila jangan bernakal-nakalan lagi =P





ini member gua hidayah.. selamat menjadi isteri orang pada 9 oktober 2011.. gua sempat sembang dengan ayah lu, ayah lu cakap jemputan yang hadir ada la dalam 3 ribu orang.. perhh! no wonderpet la memang traffic jem masa tetamu lelaki nak salam dengan ayah lu kasi ang pow dan masa nak amek nasik minyak pon memang sesak gila.. dengan hangat mentari sehangat kasih lu yang membara terhadap suami lu =P anyway selamat menjadi isteri solehah untuk mohd hanis.. jaga perut beliau bebaik ye ;)



sikit doa untuk kalian :
“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib





nota kecil : bukan gua yang jadi tunangan + isteri orang
=P

SANGAP itu apakah?

09 October 59 Comments
*gengster mood activated*
*awas! entry berbaur 18sx*


ini semua berpunca dari kisah mahu kahwin segera..sangap ke?? soalan dia ada perkataan SANGAP.. tambah pulak kazari mai tanya kat shoutmix gua soalan "sangap tak? jom minum nescafe"... tapi kepala otak gua terus terfikir pasal kahwin.. tu yang terhasil kisah mahu kahwin segera tu.. kuning ke otak gua??? tak kan? kan? *jangan berani jawab KUNING.. KUNING kan BERSIH! weeeeee~~




pastu member gua datang tanye.. ini abang besar POCKET tanya apa kena mengena SANGAP tu dengan kahwin?? sampaikan beliau rasa pemahaman beliau dalam bahasa malaysia berada pada posisi lemah.. untuk menghilangkan kegusaran POCKET dan sebelum abang-abang besar yang lain datang serang bagi soalan ala-ala gini jugak, gua nak bagi penjelasan pasal SANGAP tu ikot tahap pemahaman gua lah ye =P



maksud SANGAP 1 :

  • bermaksud menguap..dan mungkin orang-orang selatan seperti dari johor terutamanya yang mengaitkan sangap ni sebagai perbuatan menguap.. sangap tu perbuatan kan? kalo english kira kategori VERB la kot kan?kan? =P

maksud SANGAP 2 :

  • kalau ikot bahasa slanga atau pun bahasa pasar zaman sekarang ni, sangap ni dikaitkan dengan perbuatan mahukan sesuatu yang amat sangat.. mcm dalam filem aku masih dara tu kan ada 1 dialog bunyi dia lebih kurang camni "aku SANGAP lubang.." maksudnye dia sangat-sangat mahukan lubang.. ciss punya clear kot gua bagi contoh =P


so sebenarnye depends pada ayat gak la kot penggunaan perkataan SANGAP tu.. kalau takat ajak minum nescafe, dah tentu merujuk pada sangap yang pertama.. kalau kalut cari lobang, mungkin merujuk pada sangap yang kedua.. sekali lagi contoh sangat clear gua rasa gua bagi..ada betol ke pemahaman gua tu?? kita tunggu geng daddy cool + supermak datang enterframe.. dorang lagi faham & lagi dulu makan garam kunyit dari gua yang masih setahun jagung nih..kehkehkeh.. errrrr entry sudah berbaur lucah..ngeeee larii!!!!






nota kecil : salah faham boleh membuatkan rumah tangga berantakan.. kan?kan?kan? =P *KAHWIN lagi..oopps~

pencarian geng daddy cool + supermak

08 October 58 Comments






sekuel dari entry KL gengster 2 : memang gua ada geng yang semalam punye tu.. kat situ ada beberapa blog yang gua dah listkan dan asingkan ikot kategori.. ada 4 GENG besar.. ada budak nakal + budak bucuk + daddy cool + supermak.. terima kaseh sebab lu orang memang supportive..


base on that responses,ceyyyy kemain speaking bagai..hahaha! sebenarnye gua nak kumpulkan sebanyak mungkin bloggers dari golongan ayah2 dan ibu2.. maklumla geng budak nakal + budak bucuk memang dah banyak.. dan bakal ditambah lagi..huuuuu~


sekarang gua dengan rasminya nak launching
"pencarian geng daddy cool + supermak".. target group of kos la blogger dari kategori AYAH / IBU.. cara dia senang je..



ce klik..ce klik =P




-tinggalkan aje id + link + kategori (daddy cool / supermak)



gua akan sentiasa update + masukkan LINK sape yg join terus ke kategori tepi tu.. insyaallah selagi mampu :) TAKDE HADIAH :( motif utama hanya untuk kumpul seberapa banyak geng blogger dari 2 kategori ni dan gua akan tempek ikot blog list tepi tu ( daddy cool atau supermak ) selamat berblogging! =)










nota kecil : maaf penggunaan kata ganti 'GUA'.. ekceli cik ana saje nak jadi gengster kejap je..hehe.. ade ke yg nak join?? kalo takde, nanges lah ceni :(( uwawawawa~*gengster nanges sangat tak cool kan? =P

mahu kahwin dengan segera.. sangap ke??

08 October 36 Comments
*click on the picture to make it grow*



Photobucket

tu dia tajuk! ok fine tak buleh ke camtu? mahu kawen dengan segera je pun.. salah ke? dak kan? kan? kan? *muka innesen gila =P ape ke hey nye kamu ni cik ana?? sawan ke hape?? ke SANGAP?? eh tak.. tak... sumpah tak sangap! cume terkejut je sebab ade yang bagi soalan SANGAP ke tak kat shoutbox :




soalan panas dari kazari



nak tau sangap ape, korang p la terjah kazari =P



berbalik pada 'mahu kawen dengan segera' ... sape taknak kawen kan? konfemla semua nak.. tambah plak si syahiroo.. die memang suke bab-bab nikah kawen ni smue.. siap tanye cik ana dok felda mane lagi.. nak datang bawak rombongan meminang kan? konfem!


soalan malu-malu dari syahiroo



cik ana sekarang di felda gunung besout somewhere around sungkai perak darul ridzuan.. ha tu dia amek kau jahhhh! nak full adress sekali ke?? hehe takpe nanti email k ;) *kau bajet kau hot lettew ingat ade orang nak mintak full adress =P



soalan penuh kuriositi dari kizmyself



status cik ana tu memang jarang bertukar tempat.. sebabnye cik ana memang anak peneroka dan stay di dalam felda.. macam kisah aku anak felda aritu la, bukti cik ana ni memang anak peneroka.. hehe.. dan aah cik ana bekerja DI DALAM felda ni tapi bukan dengan felda :)




dan fiQ'ra pulak tanye rumah cik ana katne.. ni kire macam nak wakilkan syahiroo la ek? hehehe.. umah cik ana dalam felda terchenta ni jugak.. dan sebenarnye cik ana & fiQ'ra rupe-rupenye satu kampung kau jahhhh! we olls dalam felda yang same! owhh kecilnya dunia :) dan untuk soalan ni cik ana dah jawab private dekat fiQ'ra..hehehe



adeh cik ana sebenarnye ade berhutang dudel dengan mel..aritu mel ade buat i-doodle projek.. cik ana cakap nak join aritu tapi masa plak memang jeles gila.. so x sempat nak mendudel + scan + bagi kat mel :(( cik ana janji akan bagi jugak, tapi take time sikit bleh ke mel??? takpe kan mel kan? kan?kan? plissssssss *merayu gila ni mel





hesh ini azat memang sangat lazat.. hahaha.. ade ke situ plak peginye.. tapi rasenye ye la si azat ni lazat.. kemain lagi die wewiiit kan cik ana ek? mentang-mentang la tiap kali cik ana singgah, cik ana wewiit sikit, die balas wewiiit jugak..ciss~ hehe =P




wahai afzalsukasuki, kenape kamu nak terkucil?? adekah kerana 'weeeeeeeeeeeee!' itu sangat dekat bunyinye dengan wee-wee?? hahaha ape kene mengena tah =P






nota kecil : sebenarnye tajuk die 'mahu kahwin dengan segera'... errr kena mintak bantuan daddy cool + supermak carikan calon la ceni =P *lawat-lawatla geng daddy cool + supermak kat list tu..hehehe


KL GENGSTER 2 : memang gua ada geng

07 October 59 Comments




amek kaw! tajuk memang macam hape daaa.. arrhhh tak kire! nak jugak tajuk mcm gitu! biarkan.. blog gua kan? gua punye pasal la.. lu nak teberak ke nak dengki-dengki berani mempersoalkan tajuk entry gua?? lu taw sekarang gua ada GENG yang memang ster gila (gengster la konon..hahaha) ni gua kasi kenal sama dorang semua :




















GENG DADDY COOL

abah khalisha | phat | bigdaddyz | abg lan.com |
















ramai lagi ada.. takda dalam list GENGster bukan bermakna lu orang bukan geng gua.. link lu orang stil ada sana dekat budak nakal + budak bucuk.. no worries ;) gua sangat terharu sebab lu orang semua sudi jadi GENG gua.. apsal sikit je GENG DADDY COOL + GENG SUPERMAK?? mana lagi dorang sembunyi?? ada kenal ka sapa lagi boleh join itu geng???? tempek link kasi tengok..
nanti gua tempek list DADDY COOL + SUPERMAK dekat bwh 'BUDAK NAKAL' + ' BUDAK BUCUK'.. amacam boleh?? =P





nota kecil : adeh tegeliat lidah nak jd gengster.. macam TERsyial je bunyi die..kehkehkeh~

Aku Anak Felda

04 October 62 Comments

Haah ni aku anak Felda je. Abah aku peneroka Felda. Bermula dari mengusahakan sawah bendang di kampung pastu abah berhijrah ke tanah Felda mencari rezeki untuk keluarga. Hidup di bendang tak seindah mana tapi alhamdulillah dengan hasil sawah bendang jugaklah Abah menyara anak-anak dan isteri yang satu. Abah belajar tak tinggi. Darjah empat dah kena berhenti sebab perlu tolong keluarga. Perlu bantu ibu danayah untuk sara adik-adik yang lain. Kesian Abah tapi Abah tak menyerah. Abah terus usaha.

Rezeki Abah tertulis untuk ke Felda. Abah bergolok bergadai untuk bawa Mak, abang long dan juga aku untuk merasa hidup di Felda. Usia aku baru 3 bulan masa Abah bawa kami ke Felda. Bukan juga mudah hidup di Felda. Sawit masih kecil tmasa tu. Ditambah pulak perlu hidup dalam 'KONG' (aku kurang pasti istilah ini).. Jenuh berkais-kais untuk mencari sesuap nasi demi memastikan kelangsungan hidup Mak, abang long dan juga aku. Mak dan Abah ke kebun setiap hari. Abah kait sawit.. Mak angkut tandan sawit guna kereta sorong. Sampai kematu tangan Mak :( 



cara buat resume..lai..lai..lai~

29 September 48 Comments


Photobucket


ramai yang selamat konvo baru-baru ni kan? tahniah korang-korang.. setle jugak penat lelah bertungkus lumus selama 3 , 4 tahun pulun study.. elaun PAMA pun bukan semua dapat.. jenuh la jimat duit PTPTipu nak bagi cukup sampai abeh semester.. maklumla, anak yang baik lagi berhemah tinggi semestinya takkan menyusahkan ibu, ayah, mak, bapak di kampung.. dah setle konvo, jubah pun dah pulang balik.. sesi fotoshoot pun dah abeh.. nak mengANGGUR dulu ke? atau nak terus je cari kerja? dah besarkan? sendiri fikir.. kalo takat tiga puluh hari nak rilek dulu, mungkin mak ayah tak kisahla.. tapi kalau sampai tiga empat bulan, tiap hari kau perabeh boreh je kejenye, percayalah memang ada chance kau bakal di halau keluar =P


mungkin ada macam-macam alasan untuk para graduan untuk bertafakur sejenak di rumah.. rilek arr kan? watpe nak rushing? esok-esok boleh cari kje.. ha esok. kot ada lagi la ESOK tu kan.. dan kalau kau jenis memang pengONLINE TEGAR punya orang, apa kata buat resume siap-siap, search mana ada jawatan kosong, attach resume plus segala sijil yang tebai macam tesis tu. untung-untung, job tu yang mai cari kau nanti.. rezeki sapa tahu kan? yoshh~ ;)




ini contoh resume.. SATU page saje.. memang saving.. kalau big boss company tengok, insyaallah dia tanpa segan silu terus amek kerja dengan dia.. konfem dia rasa korang ni sorang pencinta alam sekitar + save the planet + go green + paperless = terbaek untuk company!
*ok ada penipuan sikit di situ wuuuu~ =P





Photobucket



nota kecil : tak perlu belajar tinggi pun untuk menjawat jawatan tinggi... tapi untuk terus berada pada tempat tinggi, kena pastikan ILMU sentiasa di hati ;)