berus daripada bulu babi

22 March 29 Comments





baru setel tengok ejen halal kat tv al-hijrah.. pengacara dia Muniff Isa.. pelakon drama BFF TV3 aritu.. rupanya muniff ni anak   Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Isa Dr Md Sabu.. gugel punya gugel, rupanya dia penah bawak watak Botak Chin terbitan Astro Prima sebab dia  boleh berbahasa Mandarin dan Hokkien...dahsyat dia ni rupanya..hensem pun hensem..kehkehkeh
berbalik pada siri ejen halal.. guwa baru je sedar kewujudan rancangan tu..rupanya dah start lama ade.. last week ejen halal selongkar pasal pinggan mangkuk yang ada sumber dari tulang babi dan juga bahan bahaya Melamin.. kandungan melamin tu bahaya pada kesihatan..tapi ramai yang kurang peka.. 
minggu ni pulak pasal berus dari sumber bulu babi.. banyak info dalam ejen halal ni bagi.. maklumlah BERUS ni bukan saje orang guna untuk berus cat malah dalam kosmetik pun ade.. dalam bidang makanan pun tak kurang gak.. kita yang islam ni sedap² la guna berus tu.. pada hal tah² kat berus tu ada sumber bulu babi..huh~
macam kat pasar² malam kan,ade orang jual apam balik atau pun jagung bakar.. sapu majerin guna berus.. tak tahulah berus tu dari sumber halal atau tak.. so same² la beringat.. 



Ciri-ciri bulu BABI : 
  • Bulu yang rimbun dihujungnya (senang cerita, bulu BABI ni bercabang dihujungnya).
  • Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
  • Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
  • Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.
Bulu BABI ni dipanggil dalam B. Inggeris ‘hog bristles, boar bristles, and pig bristle



 sumber : lukisanduniaku


lawak ke der dan youtube

21 March 8 Comments


harith iskandar.bukan nama baru dalam comedian.. masa dia dengan afdlin dalam AH-HA dulu guwa antara penonton tegar siri komedi tu.. and bila harith come up masa LAWAK KE DER kat istana budaya aritu, memang tak rugi lah kot sape yang beli tiket.. guwa? owhh guwa ofkos la tak pegi.. tengok kat astro??? jangan tanye.. rumah guwa ni abah guwa banned astro..

"dulu masa zaman guna tv kena ada lesen tv, kalut pakat sorok tv bila dapat tau ada pegawai yg akan datang check.. skang ni bila dah takyah guna lesen tv,gatai p bayar mahai watpe lagi.. hampa nak,hampa boh la..abah takmau.. " 

selambe je abah guwa bagi.. kehkehkeh

guwa berterima kasih pada sape yang rajin  upload video kat youtube.. so dapatlah jugak insan-insan yang takde astro macam guwa ni tengok kat youtube je acara-acara berprestij gittew kan.. part jozan dengan achai + mail lambong memang takyah kata ape lah.. sampai dorang sendiri bleh gelak atas stage live..hahaha
part harith pon stylo.. rilek je die buat lawak in english.. sempoi arrr harith! and ape yang die cakap pasal malaysian VS singaporian tu memang betol pon.. perangai malaysian memang camtu =P
tapi rasenye lawak ke der tu dah banyak yang kene remove kat youtube.. sipbek guwa sempat donload dah aritu.. bleh gak layann sampai pecah perut =P


air mata lelaki | part 2

20 March 8 Comments
sambungan dari  : airmata lelaki part 1



lepas dengar je cerita fina, nazmi terus memecut keretanya laju ke rumah zu.  hari sabtu zu memang off. kebetulan zu di rumah.. dengan make up agak tebal dan baju agak singkat zu pun keluar rumah.. seperti sudah ada janji temu dengan seseorang..

"eh hai u! errrrr u tak kerje harini?" tanya zu sambil mengunci pagar rumahnya.terkejut melihat nazmi yang terpacak di depan rumahnya.

"i nak tanya u.. siapa lelaki yang i nampak dengan u hari tu?" tanya nazmi tegas.

"errrrr....lelaki mana?" zu cuba berdalih.

"u tak payah nak drama sangatla.. i nampakla.. even kawan u pun semua dah tahu yang u ni sebenarnye buat i ni jadi spare part u saja kan??" 

"eh sayang... u percaya apa yang diorang cakap tu semua?? diorang tu semua jeles sebab u pilih i untuk jadi wife u la sayang..." sambil tangan zu berjalan lembut ke dada nazmi.

"enough zu enough! mulai harini, u pegi lah berkepit dengan jantan mane yang u nak.. we are finish!" 

"sayang...i..... i boleh explain....." 

"sudahla zu! enough!"
 nazmi menghambur kata-kata tegas. terus meninggalkan zu sendiri.

**********************************
"...ish tak boleh jadi camni. takkan aku nak balik dengan mata merah camni.. konfem mirul bahan aku kaw-kaw karang ni.. " nazmi membebel sendiri sambil  melangkah tanpa arah tuju.. taman tempat dia selalu berjogging jadi tempat dia tenangkan fikiran.. pagi sabtu memang ramai orang.. maklumlah hujung minggu barula dapat luangkan masa untuk riadah.. yang ada keluarga pun masa tu lah nak bawa anak-anak ke taman..
setiap kali fikiran serabut, itulah tempat nazmi..duduk hadap kolam di taman tu sambil bagi makan pada ikan-ikan dalam kolam tu.. tenang rasa sebegitu.
kaki diangkat perlahan.. disebalik kaca mata hitam, mata nazmi masih merah.. masih teringat kata-kata fina.. serabut punya pasal, sampaikan dia off duty harini.. nasib baiklah dah text azri --- partner kerje dia. mintak azri tolong back up..

"hermm.. rupanya  betol la mirul selalu cakap yang perempuan kalo muka cantik, mesti high maintenence pastu bukan bleh percaye! patutla haritu bekepit masa keluar restoran... macam-macam alasan lah konon nak bagi... client lah. kawan kerja lah.. rupenye ke lainnnn! "
merungut lagi nazmi.. bodoh rasanya bila air mata tumpah hanya kerana perempuan jenis begitu..

"weyhhhh! tolongg arrr kejar peragut tu!" agak nyaring suara tu.. 
tapi nazmi tak pasti milik siapa.. kiri kanan ramai orang.. nazmi menoleh.. seorang lelaki berlari melintasi nazmi yang masih tercengang..

"weyhhhh kau ni! tolong tengok je???" sorang wanita tercungap-cungap berhenti betul-betul di depan nazmi..

"err sory encik..adik saya ni memang camni..sory ye encik.. eh dah la lia.. biar je lah peragut tu.. takde ape pon dalam beg tu.." seorang lagi wanita berhenti di sebelah wanita tadi.

"ish akak ni.. senang-senang je nak lepas peragut camtu! hadap sangatla mamat lembik ni! bukan die nak tolong kite pon! pondan betul!" 

"hello sedari.. mulut tu jage sikit.. " balas nazmi..

"errr encik... maafkan adik saya ni.. maaf ye encik.. saye natasya..ni adik saya nazlia" tasya mengatur budi bicara tanda mohon maaf atas kelakuan adiknya lia..

"owhhh adik beradik ke? rugi kakak awak dapat adik macam awak ni.. macam samseng" balas nazmi.

"weyyhhh ni dah lebihh ni!" lia maju selangkah sambil mengangkat tinggi penumbuk.

"ish lia....dah la tu..orang semua pandangla..malu la sikit.." tegah tasya.

"dah la kak jom kite balik!" balas lia tegas. tasya akur. nazmi hanya menggelengkan kepala namun mata tak henti memandang kelibat beradik itu sehingga hilang dari pandangan.

**********************************
"kalo lia jumpe peragut tu,siapla!" 

"ish dah la tu lia.. tak habes lagi ke.." 

"nak habes ape kak.. senang-senang je die rembat barang kite..dah la tu, si mamat tu boleh plak tolong tengok je.. bukan nak tolong kejar ke ape.. pondan betul la"

"lia..tak baik tau cakap camtu.. dia tu bukan taknak tolong tapi akak rasa dia ada masalah tadi tu. sebab akak tengok dia macam blur je masa tu. perasan tak masa kita bercakap dengan dia, dia banyak diam je kan?"  tasya cuba mempertahankan nazmi.

"eee akak ni.nak defend mamat tu plak.dia memang ada masalah.masalah tak reti nak menolong orang dalam kesusahan namenye!" balas lia disertai dengan gelak tawa mereka berdua..

tasya dan lia memang rapat sejak dari kecil.. makan nak sama-sama.. pergi sekolah nak sama-sama.. dah bekerja pun tinggal sama-sama..

"tapi kan lia, akak tengok mamat tu hensem gak tau..entah-entah kan lia, dia single lagi tak.. boleh la akak rekemen  lia kat dia..hehe" 

"akak jangan nak mengade ey..tak kuase la lia dengan lelaki camtu.. macam pondan la kak.. eeee taknakla lia..dah,dah.. baik akak pegi dapur cepat lagi bagus... lapar la kak" lia merengek seperti kanak-kanak kecil..

"alolololo ciannye adik akak ni..lapar ye? meh kite masak meh"

**********************************
"weyhhh mane kau menghilang satu hari suntuk kau tak balik? aku call ofis kau, azri cakap kau off harini.. aku call zu dia tak jawab.. kau gaduh dengan dia ey?" bertubi-tubi soalan mirul.

"emmmm.." keluh  nazmi panjang sambil merebahkan badan ke sofa.

"mi, kau ok ke tak ni? tak pernah aku tengok kau camni.. kalau yang lain, aku tak heran. tapi sampaikan kau off duty satu hari ni, tu yang buat aku muyskil ni.. cube story sikit mi.."

"hemm..aku dah break dengan zu la mirul.. i'm not for her" balas nazmi lalu meninggalkan mirul.

"eh tapi kan kau dah setting majlis kau dengan zu lagi 3 bulan kan???" persoalan mirul tak dijawab.

**********************************
nada dering telefon nazmi menjerit berkali-kali. tapi dia buat-buat tak dengar. malas nak melayan pemanggil tersebut.. ternyata nama "zu" terpapar di skrin.. mirul yang dari tadi mendengar, lantas bangun untuk mengambil dan menyerahkan pada nazmi tapi dengan spontan nazmi menekan butang "silent"...
**********************************
"ala cepat arrr pegi beli tiket tu.. nak tunggu sampai bila lagi?"

"ramai orang lagi arr..jap2 lagi arrr aku beli" balas mirul.

"ish kau ni,nak tunggu orang tak ramai,sampai besok pun tak habes.. meh sini la aku beli." nazmi sudah tidak mahu membiarkan tiket wayang KL Gengster sold out disebabkan mirul tak mahu beratur lama.. nazmi beratur.bersesak-sesak..

"ape kes ni main raba-raba pulak!" suara nyaring itu lagi.. nazmi tercari-cari.. tak salah lagi. memang milik samseng tu.. nazmi tersenyum sendiri.

"kau ape hal main raba-raba orang? nak beli tiket buat arr cara nak beli tiket.. tangan tu simpan arrrr leklok" lia tetap dengan ketegasannya.. tasya yang setia menemani walau kemana saja, tersipu malu. 
nazmi mendekati kedua-dua mereka.

"errr hai..ingat saya lagi?" 

"la mamat lembik ni? mane boleh lupe la.." balas lia menyindir.

"lia....." tasya menjeling lantas satu cubitan singgah ke peha lia.

"eh ingat.. errrr encik ni yang jumpe kat taman haritu kan..?" balas tasya.

nazmi mengangguk tersenyum dan membalas "meh saya tolong belikan tiket. awak duduk la dulu.. lagi pun orang ramai camni memang bahaya sikit..especially PEREMPUAN macam u all  ni " sengaja nazmi menekan perkataan perempuan tanda menyindir lia kerana perwatakannya yang seakan lelaki itu.

lia mencebik bibir sambil menjeling..

**********************************
"sya, cube la kau nasihatkan sikit adik kau ni.. kalau perangai dia tak berubah, sampai bila pun takde siape yang berani nak jadikan isteri tau" mak midah membebel.

"ala mak ni.. orang camni pun sebab nak jage akak.. kalau orang tak garang, nanti kalau ade orang kacau akak ha camne? lagi pun, orang ni takde sape yang nak sebab perangai orang camni, akak tu ade ke yang nak??" balas lia tersengeh.

"amboi...amboi.. sepatah kite bercakap, berbelas patah die balas ye" 

"hehehe..ala mak, bukan mak tak tahu si lia ni.. kalau sampai jodohnye nanti, mesti ade je yang nak  kat anak mak   yang samseng ni kan lia..?" tasya mempertahankan adik kesayangannya.

"ha tengok tu mak. akak pun sokong orang tau!" 

"haah eloklah kau orang berdua.. kau sokong sangatlah adik kau ni sya.. asyik berkepit aje kau orang ni.. mintak-mintak la kahwin nanti pun boleh same berdua sekali..senang sikit hati mak ni ha"

bergema gelak tawa mereka..

**********************************
"kau jangan nak malukan mak mi.. semuanya mak dan ayah dah tempah.. apa mak nak cakap pada tetamu yang mak dah jemput? apa mak nak cakap pada saudara-mara kita nanti? 

"alaaa mak cakap lah memang zu dengan mi dah takde jodoh.."

"amboii senang kau cakap mi..mak tak kira, yang mak tahu majlis tu tetap jalan!"

"mak..tolong la jangan buat macam ni mak.." rayu nazmi.

"tengoklah anak abang ni.. mak tak kira.majlis on!" tegas ibu nazmi.

"ai..anak saya sorang je ke?" ayah nazmi menjeling tersenyum pada isterinya.

**********************************
"aduhhh..masak aku camni..mane nak cari bini within this 3 months?" nazmi membebel seorang diri.
truuttt...truutttt *dering telefon bimbit Sony Xperia  nazmi..

"...jom lunch same jom sayang.." -zu

"cissss! dah bekepit sana sini ada hati nak bersayang-sayang dengan aku lagi.."

**********************************
mee bandung yang dipesan sampai. perut yang memang dah berkeroncong tak dibiarkan lagi.
baru sesuap, nazmi dilanggar dari belakang. terlepas sudu di tangan.
seorang lelaki jatuh tersungkur di depan nazmi.

"ish dari haritu aku rase nak hentak je muka kau ni tau!"

"eh awak, sabar..orang semua tengok ni" nazmi menahan lia.
kolar baju peragut tersebut digenggam sekemasnya.penumbuk lia ditarik sehabis kencang.

"dari haritu aku dah janji,kalau aku jumpa kau lagi,memang nahasla!"
peragut tempoh hari tak henti-henti memohon maaf. menyesal terserempak lagi dengan lia.

"ishh aku kan die ni...! eeeeee!"

"awak..dah la tu.. dia pun dah minta maaf tu.." nazmi menyabarkan lia.
beg tangan diserahkan kembali pada tuannya.

"arhhh! kau diamlah! asal jumpa kau je mesti masalah! ishh!"

"wahhh..cantiknye bahasa. dah la awak kejar peragut tu sampai dia langgar saya tengah makan."

"eleh baru langgar sikit je pun" lia tak mahu mengalah.

"sekarang ni saya tak kira. yang haritu punya salah pun awak tak tebus lagi.."

"yang haritu?salah ape pulak?"

"wahh dah lupe..bukan main sedap lagi panggil orang pondan..dah lupe?"

"oho yang tu..aku rase tu memang fakta" balas lia tersenyum.

"arhh takde.sekarang ni saya nak awak tebus balik kesalahan awak..campur dengan yang awak langgar saya tadi.."

"eleh takde hal lah.cakap je aku kena buat ape.."

nazmi tersenyum..

**********************************
"eh u.. lame i try contact u tapi tak dapat..u pergi mane sayang" zu masih cuba menggoda nazmi untuk kembali padanya.

"sory u.. kita dah takde apa-apa lagi kan.. please leave." tegas nazmi.

"ala u...i mintak maaf sangat..i tahu i salah.. kita mulakan hidup baru ok"

"owhh sory sangat cik zu.. i dah ada pengganti. u cari orang lain ok.."

"u... wedding kita kan 3 bulan je lagi..ape u cakap ni.. u ni suka bergurau kan"

"errr asslamualaikum cik.. minta maaflah.. dia dah cakap taknak tadi kan" lia muncul.

"ehh hello.. who are u nak pandai-pandai interrupt i with my fiance?"

"hello... siapa fiance u? she is my wife to be sekarang.." nazmi memegang tangan lia.
terkedu lia namun lia hanya membatu.

"eeee yang macam jantan ni yang u nak buat isteri ke sayang??? boleh ke nak bagi u anak nanti.." balas zu sambil ketawa mengejek.

"eeee cakap main sedap anak tekak je kau ni kan? kau nak rasa makan nasi guna tiub la ni kan?" lia siap menggenggam penumbuk.

"eh awak..dah la tu..biarkan je la perempuan tak malu ni..jom kita pergi makan sayang" nazmi menarik tangan lia.

zu terlopong sendiri.

**********************************
"kenapelah kan lelaki suka sangat lah dengan perempuan gedik macam tu? ish tak faham betul aku lah" lia membebel. cornetto chocolate di tangannya.
comel.
nazmi yang memandu tersenyum.

"awak.. bukannya lelaki suka perempuan macam tu.. tapi sebab tak jumpa perempuan yang sepatutnya.. by the way, awak belum tebus lagi kesalahan kedua awak.."

"eh tadi bukan aku dah tebus ke? kau siap cakap aku tunang kau.aku diamkan je.kira dah tebus lah tu kan"

"itu baru tebus kesalahan pertama. ini kesalahan kedua." nazmi senyum nakal...


-bersambung part three..kehkehkeh



national blue ocean strategy dan cuti sekolah

17 March 33 Comments
last update 3 mac.. sekarang sudah berapa mac daaaa.. bizi gila guwa.. perhhh!  sebelum kata² guwa teruskan, terima kasih guwa ucapkan pada kauorang yang singgah blog guwa ni.. walaupon guwa takde update terbaru, kauorang rajin gak TERsinggah sini.. terima kaseh..hehe

cik ida dengan Tshirt free yang kamiorang dapat..
terus sarung je.. nak test..kehkehkeh =P


start awal mac aritu guwa dengan partner guwa (cik ida) bizi sikit.. maklumla, ofis kamiorang tak henti ²  menerima kunjungan tetamu.. 2-4 mac aritu ada program dengan student dari USM(University Ambassador Programme) under National Blue Ocean Strategy 5.. program iCT village namenye.. so disebabkan program tu base on IT, so dengan rasminyalah guwa dengan cik ida terlibat sama.. kami sebagai penyedia tempat ICT untuk melancarkan lagi program tu lah..3 hari program tu berlangsung.. alah macam program baktisiswa lah.. sape yang student Uni tu konfem tau je =P  

*terima kaseh pd pihak USM + SKMM wilayah utara

setel je program tu, guwa dengan cik ida proceed pulak dengan program cuti sekolah (PCS) edisi mac.. PCS ni salah satu job scope kamiorang.. wajib ada program PCS on every school holidays in a way to make sure adik-adik yang bercuti tu tak cuti semata-mata..  kamiorang ni kan kerja dalam kampung (felda) so bila ada PCS ni at least adik-adik dalam felda kamiorang ni takde la terkapai-kapai kelemasan takde bende nak buat.. program kamiorang ni ala-ala School Attack versi dalam felda la..kehkehkeh *bajet la kaw ana! =P

seminggu gak guwa dengan cik ida perah otak untuk setelkan PCS edisi mac kali ni.. target group kamiorang kali ni pon cuma fokus pada umur 13-17 je.. sebabnye sebelum² ni kami aim dari sekolah rendah sampai menengah.. tapi kali ni kamiorang amek yang menengah saje.. besor² sikit budaknye.. akhir zaman ni saiz manusia pon semakin kecik kan? eventho adik² umur 13/14 tahun tapi saiz badan kecik je.. macam sekolah rendah je saiznye..

so start dari 14-16 mac tu memang pack la program.. dari pagi sampai ke petang.. malam pulak memang pengsan la.. tercium je bau malam, masuk je isyak terus dengan jayanya guwa tunaikan kewajipan.. pastu terus zZZZZZ..kehkehkeh... 
PCS edisi mac  pon dah setel dengan jayanya semalam.. alhamdulillah dah selesai program setakat minggu kedua mac ni.. heading towards our next project pulak pasni.. tu pon kena setelkan sebelum cik ida kena p kursus on 26-29 mac ni.. guwa bakal ditinggalkan sendirian selama 4 hari.. uwawawa cik ida pliss la jangan pergi tinggalkan sahabatmu ini!!! *ngengade pulak kaw nih ana =P



*terima kaseh tak terhingga kepada :
-adik² yang sudi melibatkan diri
-pihak pengurusan Felda yang sudi hadir
-shue aida (felt craft workshop)
-achik bern (sponsor goodies bag)
-of kos tak lupa partner guwa : cik ida =P


nota kecil : terima kaseh jugak pada boni JLL3 sebab perasan yang guwa lama tak hapdet..hehe
aktiviti terjah balas bermula..hiyakkk! =P

ape celop tu sebenarnye lucah???

08 March 48 Comments
errrrr korang....korang.... kalo korang selalu singgah kat blog kitew ni, korang dah tau yang sebelum-sebelum ni kitew selalu gune GUWA je kan? kan? tapi kan korang... semenjak ade cite ape celop yang kat TB3 tu kan, kitew asyikasyikasyik nak gune perkataan KITEW je tau.. pastu kan korang... mak dengan abah kitew pon suke sangat tengok ape celop tu.. tambah-tambah plak bile tengok watak si sawi atau abang boboi (taiyudin) tu... maklumla watak sawi tu kan sopan santun, ramah tamah, berbudi pekerti , hormat orang tua, pandai jage tatasusila... semua sifat mahmudah lah kat die.. kan??? =P

mase cite tu belom keluar aritu, tiap kali kuar iklan promo die, mak dengan abah kitew macam rimas gile sebab sikit-sikit kuar dialog  "ape celoppppp!" tapi bile dah dok pulun tengok dari episod satu sampai episod tiga haritu jadi enjoy la plak.. tiap malam isnin mak kitew siap pesan kat aiman suruh remind bile ape celop tu dah start nanti.. sakan mak kitew dok tengok gelagat sawi dengan aman (kamal adli) tu.. gelak aje dari awal sampai habes.. kitew pon tompang sekaki la layannn.. kehkehkeh


TAPI kan korang.. sorry la sebab ade tapi pulak.. kitew ade gak terbace sebelum ni pasal dialog "ape celup" yang asalnye dari filem hantu bonceng arahan ahmad idham tu sebenarnye lucah.. errrrrr betol ke??? 

Apa celup adalah ‘what the fuck?’
Celup adalah kata ganti lain untuk perbuatan memasukkan ** zone 18sx bermula, berhati-hati ketika membaca ** cendawan ke dalam salur peranakan female sehingga berjumpa kedua-dua tempat potong. Ianya menggambarkan proses tumbuk sambal tetapi dalam keadaan basah seolah-olah ianya dicelup-celup…
Mengambil kesempatan ke atas kefemesan perkataan celup, si tokk guna skrip ‘apa celup’ iaitu mengalih bahasa ‘what the f***’ apabila dia terkejutan, kepelikan, kegampangan, dan sudah habis kata menggambarkan dirinya yang f***ed up…Tak logik kalau ditranslate secara direct ‘celup’ yg digunakan tookkk (aku lupa nama dia dan malas nak cari) gemuk tu kepada celup biskut dalam air, atau celup berus dalam dakwat atau kucing celup lidah ke dalam air susu. Tak logik. ‘Celup’ pada perkataan ‘apa celup itu adalah celup lain macam. Kalau Azwan ali suka ‘apa neraka’ untuk what the hell, si tookkk guna ‘apa celup’ untuk ‘what the fuck.’Dan Ahmad Idham membawa predikat kotor ini ke dalam filem, manjadikannya satu tabiat sebuah watak lantas disebut berulang-ulang kali adalah pada aku tidak wajar...


kitew dapat cerita tu dari sini dan agak kurang sesuailah cerite tu  untuk tontonan kanak-kanak kecil sebab dialog-dialognye boleh menjadi ikutan kanak-kanak.. maklumla budak kecik memang cepat belajar benda-benda gini.. tapi kite kurang pastila pasal frasa ape celop tu.. memang macam pelik je bunyi die kan? dari haritu lagi dah guwa  (dah terfamiliar plak gune guwa =P )  rase something je bile dengar frasa ape celop tu.. telinga ni rase macam tak kene je... kauorang rase cane?

gam kanji

06 March 20 Comments

ini bukan kisah zaman batu.. ini cerita kurang lebih 10 tahun dulu punya kisah..masa tu fesbuk takde lagi.. komputer yang ade pon yang jenis gedabak besar bontot die tu.. jangan mimpila nak dapat gune komputer zaman tu.. blog? jangan tanye.. yang ade pon blok pangsapuri je kot.. BLOGSPOT guwa memang tak kenal.. mase tu gam kanji ni femes.. harga die pon sekupang dah bleh dapat.. kalo sekarang ni budak-budak  nampak duit syiling sekupang (sepuluh sen) diorang buat tak nampak je.. 


kalo masa zaman skolah dulu.. budak lelaki memang nakal gila.. pantang bile cikgu takde dalam kelas je, diorang sesaje je maen gam kanji ni.. letak kat tapak tanganlah pastu mule la nak takotkan budak-budak pompuan yang suci murni ayu semua tu.. terjerit-jeritla budak-budak pompuan nih berlari sana sini sebab taknak kene dengan gam kanji tu.. guwa tak lari sebab budak lelaki tak berani kaco guwa.. kehkehkeh... sipbekla guwa tak nakal.. kalo tak, guwa dah tenyeh-tenyeh gam kanji tu kat budak-budak lelaki tu =P


ehem~ guwa tempek header baru..kalerful gila.. hahahaha
guwa usaha sendiri godek sana sini buat header camtu..
taktau la kalo yang comot camtu pon ada yang nak cedok gak.hahaha
ontheway blog marathon balas jejak kauorang ;)

copycat II + ulangtahun

03 March 19 Comments
mac dah muncul.. dah 3 hari dia datang.. kebizian guwa menjadi penghalang untuk guwa terjah rumah kauorang yang sudi singgah dan tinggal tapak kaki kat diary kecil guwa ni.. owh pasal entry sebelum ni yang copycat tu.. sebenarnye ade sorang hamba allah ni dia amek HEADER comot guwa tu.. amek kat sini maksud guwa bukan jenis amek sikit cho'et tu.. ini jenis amek sebijik-sebijik pastu tempek kat blog dia..pastu siap taruk link dia kat header kita punya tu.. yes betol semuanya milik ALLAH.. guwa pon bukan buat sendiri dudel 2 ekor tu.. itu freebies dari cik dil kerana manisnya epal.. guwa siap drop komen duabelas kali kat entry cik dil untuk mintak izin nak gune dudel die tu untuk tempek kat blog guwa ni.. 
pada guwa tak salah pon nak cedok.. ramai je yang cedok untuk share kebaikan dari mane-mane entry.. tapi cara CEDOKan tu perlu ada cara yang betol lah.. kot ye pon malas tahap gaban, janganla amek sebijik-sebijik.. kalo setakat nak copy entry pastu bubuh link sumber, tu tak jadi kesalahan pon.. at least orang tau kita cedok benda tu dari mana.. 
guwa bukan pendodoldudel yang terer.. tapi at least guwa bukan pencedok yang berjaya.. guwa dulu masa memula buat blog pon memang blur.. memang tak reti langsung bab-bab header footer ke ape jadah lagi istilah yang ade dalam blogging.. tapi at least guwa pelan-pelan belajar.. bukan maen cedok hentam keromo pastu bile tuan pemilik tu tegur, mintak maaf pon tak.. ade sivik la sikit.. jiwa memang perlu kental tapi kalo buat salah, say sorry tu adalah yang terbaek eventho MAAF tu kadangkala tak bleh nak ubah pape.. 

********************


eh guwa nak wish selamat ulangtahun kelahiran untuk sahabat blogger guwa ni sebenarnye.. tapi dah TERmerepek lebih pulak.. harini besday ayie.. alah owner blog ai3zarisha dot blogspot dot com.. ayie ni terer madah pujangga.. semua entry ayie memang puitis.. untuk ayie, selamat ulangtahun kelahiran.. semoga terus berjaya dalam kerjaya.. jangan lupa jemput cik ana ni kalo nak walimatulurus ye.. kehkehkeh


badminton punye pasal

23 February 12 Comments



"mana badminton hang man?" tanya abah aiman sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah.. 

"errrr..errr..hilang la abah.. mase kat sekolah tadi.."

"hilang??? cmne plak bleh hilang??", soal abah aiman.tinggi nada suaranya.

"errr..mase sesi last tadi,kami kena masuk perpustakaan..semua barang kena tinggal kat luar.. pastu bile keluar, aiman tengok badminton tu dah takde.." terketar-ketar aiman  menjawab..

"ha memang! memang semua barang dalam rumah ni abah beli untuk bagi senang orang lain! dulu dah abah kata beli yang sepuluh ringgit je tapi hang degil..nak jugak yang 5,6 puluh ringgit.. ha tengok skang sape yang untung??? depa tu takdak barang je, curi hak orang lain.. tak cukup barang motor je,rembat je kat motor orang.. tak bleh beli badminton, rembat je  badminton  orang lain.. memang dari dulu sampai sekarang semua harta dalam umah ni asyik kena curi je! lepas ni hang habaq kat cikgu hang, saya tak mau maen ape dah.. kalo dia tanya pasaipa, hang habaq je kat abah,nanti abah p jumpak dia!"  sedas je abah aiman bagi..

mak aiman yang tengah menjahit lutut seluar kebun abah, terdiam je.. kesian die tengok aiman baru balik sekolah, tak sempat letak beg pon lagi terus kena tengking camtu..

aiman letak beg.letak buku dan fail yang dipegang.tukar baju sekolah.. pastu terus mandi dan amek wudhuk untuk solat zohor.. mak hanya mampu diam dan terus menjahit…

abah aiman terus mulekan kuliah percuma tengah hari.. kesian aiman.. bukan salah aiman  badminton  tu hilang.. cikgu dia pon satu..ape lah salahnye kalo izinkan je bawak masuk  badminton  tu.. dah tentula beli gune duit mak pak.. kalau lah bagi izin student bawak masuk dalam perpustakaan, mungkin aiman tak kene marah sampai camtu..  siap kena warning lagi dengan abah:

“kalo sapa-sapa abah tengok beli  badminton  lagi,siapla! abah p jumpak cikgu tu nanti!”  tegas sungguh abah aiman.. kali ni memang aiman kesah.. bukan lagi aiman tak kesah..1 hari aiman tak makan nasik langsung.. 


guwa rase nak bagi flying kiss kick je kalo guwa dapat tau sape yang rembat tu.. tak pasal-pasal guwa yang penat-penat balik keje pon kene tahan telinga.. bedesing habaq hang~


airmata lelaki

23 February 23 Comments


"aku bukan nak buruk-buruk kan sape la naz.. tapi sebab aku tau kau jujur tahap ape.. so aku taknak kau terus tertipu camni.. aku dah lame diamkan benda ni..sebab aku harap zu berubah..tapi.." mati kat situ kata-kata fina.. besfren zuliana.. 

nazmi yang memang baik asuhannya daripada kecik, terkedu bila fina bagi tau yang zuliana --- chinta hati nazmi selama ni buat nazmi spare part je.. patutla selama ni bila nazmi ajak keluar temankan makan ke ape ke, zu ade je bagi alasan..

"aku percayakan dia.. kenapa dia buat aku camni? airmata ni pulak kenape la tetibe cepat sangat nak mengalir.. adeh..orang ramai kot kat sini.. buat malu je karang orang semua tengok.. memang arrr boleh cover dengan cermin mata..ni idong merah ni mana nak sorok?? sampai rumah karang konfem-konfem kena bahan dengan mirul nih.." 

nazmi melangkah ke keretanya..

-bersambung nanti..kehkehkeh-

drama melayu sungguh

21 February 40 Comments

okeh da habes vanila cekelat episod harini.. macam haremmm je guwa tengok watak si liyana.. gediknyewww. memang dia berjaya bawak watak tu la..guwa meluat gila.. kalo la si liyana tu ada depan mata, nak je guwa picit-picit hidong die.. biar jadi hidong badut..kehkehkeh

guwa bukan peminat drama melayu.. tapi disebabkan mak guwa peminat drama melayu tegar, makanya guwa pon layan gak la.. mase hadap tv tu bleh gak lepak and sembang-sembang dengan mak.. pastu mule la :

"cehh ape la.ade ke camni..patutnye camtu la..bla..bla...bla...."


vanilla cekelat, dingin lavender, pelangi kasih, bff.. todiaaaaa! 
semenjak dua menjak ni banyak plak drama melayu guwa layan.. abeh dah tak terpulun criminal minds feveret drama guwa.. cissskek betol =P

suara wanita

20 February 34 Comments




akhir zaman.. wanita lebih ramai daripada lelaki.. dengar radio, wanita menyanyi.. tengok tb pon wanita menyanyi.. sana sini wanita.. pakai tudung belit-belit : wanita.. pakai baju ketat-ketat : wanita.. gelak kuat-kuat : wanita.. pegi kenduri kawen + gosip sana sini pasal pelamin, baju pengantin, makanan tak kena kat tekak diorang : wanita.. hey wanita, ape celop??? 

*malam ni APE CELOP TV3 9 malam.. iklan tak berbayar..kehkehkeh*



jujur aku dayus

19 February 44 Comments





slot cerekarama 10 malam 18 februari 2012 : JUJUR AKU DAYUS.. masa tengok trailer kat iklan pon dah rasa nak sangat tengok cite nih.. sebab tengok ade irma hasmie + nora danish..memandangkan rumah  guwa memang takde astro, so agak selamatlah sebab takkan ade scene berebut remote control antara nak tengok channel drama dengan channel bola sepak.. fuhhhh sipbekla *lap-lap dahi yang takde peluh*

malam tu, dari pukul 8 malam lagi dah mak dengan abah guwa tengok tv3.. dari start buletin utama sampailah habes.. pastu sambung plak majalah 3..pon sampai habes jugak deme tengok.. kebetulan pulak abang long + akak ipar + raffael zafuan ade gak balik, so kami memeriahkan lagi lah suasana menghadap tv malam tu.. si raffael macam biaselah, orang dok pulun nak hadap tv, die dok ligat melompat sana-sini.. siap bersilat-silat bagai.. kadang-kadang kene gak la cubitan maut dari mama die..hehe budak-budak =P

tepat pukul 10 je mata guwa, mak guwa dengan akak ipar memang tepat je hadap skrin tv tu.. rumah guwa masih maintain dengan TV singer 14 inchi yang keluaran dedulu tuh.. bukan takde tv laen, ade lagi 1 tv, tp lagi suke hadap singer 14inchi tu.. sebab tahap clear die, lagi clear dari astro.. and sebab tu jugak abah guwa takmo layan pon bab-bab nak pasang kuali astro tuh.. 

semenjak meletopnye slot JUVANA dulu, si beto kusyairy makin banyak pulak dapat job.. dalam PELANGI KASIH pon muke die gak.. back to the drama..  jalan cite agak lain dari typical malay drama yang laen (base on pendapat akak ipar guwa plus mak guwa la) sebab slalunye kalo tengok cite melayu mesti dah bleh agak ape bende nak jadi next ataupon ape bende yang jadi sebelum tu.. tapi semalam guwa dengan akak ipar guwa teka tak tepat la pulok.. kamiorang ingatkan si edree(beto) ade masalah dalaman lelaki.. sebab die macam mengelak taknak tido same dengan wife die.. so akak ipar guwa pon dengan konfidennye teka konon-kononnye edree tu dapat tau yang die tak dapat nak bagi zuriat kat lis (nora danish) sebelum die exiden tu.. so bile die dapat berite tu, die jadi serabut then exiden la kan?  rupe-rupenye tak tepat tekaan kamiorang.. cissskek betol =P  tapi tu petanda positif la kan? membawa maksud tak semua drama melayu boleh disingkirkan terus menerus..masih ade yang berjaya buat guwa dengan akak ipar guwa stay sampai ke akhir cite tu.. thumbs up la untuk puan hajjah ziela jalil sebagai penerbit dan haris kadir selaku pengarah.. 


sape yang tak sempat tengok semalam, ce try pegi sini untuk tengok full cite ni.. kalo lah selalu ade cite-cite berunsurkan nasihat kekeluargaan + rumahtangga camni, banyak ilmu dapat di celop sedut bile dah tengok.. ni asyik nak tayang cite-cite hantu je.. ape celop tokkkkk =P ha tengok,kan dah terpengaruh..ish~

cara untuk cover malu

14 February 24 Comments
fuhhh~ trime kaseh korang-korang yang sanggup hadap bace kisah maya part 1 dengan kisah maya part 2.. guwa salute arrr dengan korang yang tekun bace dari mule sampai habes.. guwa sendiri pon berpinor bijik mate bace.. dah macam karangan lapanbelas ribu patah perkataan dah guwa nengok..kihkihkih

pada yang bace sampai habes, sekali lagi guwa ucap terima kaseh.. pada yang bace lompat-lompat pon terime kaseh jugak.. bukan senang wo ade orang  sudi nak bace ape kite tulis taip..  ade yang tanye,tu kisah guwa ke atau adaptasi dari novel ke sebab macam ala-ala novel je.. sebenarnye guwa takde adaptasi dari mane-mane novel pon.. tu kisah benar sorang member guwa.. and dorang on the way nak nikah dah.. sangat suweeet sesuweett gula_hati.. 

guwa percaye, ramai je yang pernah atau sedang berbunga hati macam ape yang anis tengah rase.. cume mungkin bezanya : cinta anis berputik di YM.. ada yang berputik di tagged.com, di myspace..and skang ni mukabulu mukabuku.. kalo dah jodoh, kat mane-mane pon boleh jadi.. DIA yang atur.. hadapi je dengan senyuman..tak gitu? kehkehkeh

************************

cukupla guwa merepek.. weekend tadi guwa p bawak diri p melaka.. attend wedding sorang besfren guwa masa kat usm dulu.. ada kisah jugak sepanjang p melaka.. guwa p dengan sorang abang blogger hensem.. nanti guwa story..hehe

skang ni guwa nak tanye, korang penah MALU tak? kalo tak pernah,macam pelik je bunyinye kan? pernah jatuh masa nak naik bas? jatuh terpeleot sebab nak kontrol cun pakai heels? kalo pernah, camne korang kaver malu?? guwa nampak tips kaver malu ni kat fesbuk member guwa =P


  1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknye anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai.lepas tu baru bgn bila takde orang nampak. 

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak.

 3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda.

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula.

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu.ye tak?.

8. Kalo jatuh hati, "tak dapek den nak nolong..."




...kalo jatuh hati, approach la cara islami..tak reti-reti?
karang melepas,rugi..gigit la jari..kehkehkeh =P

kisah maya | part II

09 February 34 Comments

klik sini untuk : kisah maya part I 

offline mesej dari zaim..anis bace word to word..


zaim : weyh..ko hilang kemane nis? ko tau tak aku jadi penunggu setia ko kat YM? lepas ko ckp ko nak grad dah ujung tahun dulu terus ko tak muncul.. aku punyela tunggu ko.. tiap hari tiap malam aku online.. aku harap sangat ko ade, mase aku online..tapi hampa hati aku..
 ***********
anis yang agak kasar dan kononkonon berjiwa keras, mula tersengeh sendiri baca mesej tu..eleh, dulu masa dok chatting taknak pulak mintak phone number aku ke hape..bile dah lost contact ni baru nak kata aku macammacam..cisss!

owhh tu baru first paragraph.. ada banyak lagi..anis keep on reading..

zaim : aku tak tau la ko ingat lagi ke tak camne kite boleh start chat kat YM..tapi aku seriyes tak pernah lupe.. aku slalu join room Selangor tapi satu hari tu masa gadoh besar dengan gf aku, aku join room penang sebab nak release tensen la kononnye..and mak aku pernah cakap,kalo nak cari menantu kat mak, carila yang dari utara ka..hahaha kemain demand mak aku rupenye..aku kononkonon nak bawak diri lupekan si gf tu la dan aku join room penang tu and dalam banyakbanyak orang kat dalam room tu, aku bekenan kat 1 nickname kat dalam room tu- gula_hati....pada aku macam sweet je bunyi die..so dengan penuh konfidennye aku buzz.. byk kali aku buzz.barula dia balas :

***********
gula_hati: iye incik..boleh saye bantu :D
mr choco : saye nak mintak bantuan..err nak sembang2 boleh? :D
gula_hati: bleh aje..sile2..hehe
mr choco : yeyy! trime kaseh cik puan..hehe

***********
zaim : tu lah ayat pertama ko bagi kat aku.. ko panggil aku incik.. konfem ko tak ingat kan? bukan aku tak kenal ko..memang jenis tak ingat bendebende gini..jiwa macam jantan! hehehe..aku terus rasa nak keep on chat dengan ko.. ko pon layan aku elok je.. tak macam yang selalunye aku jumpe kat YM.. well, tau je lah kan kat YM majoritinye tak habeshabes sex manjang..sampaikan aku yang lelaki ni pon rasa annoying gila..tapi dengan ko,aku rasa best je sembang..banyak pulak bende kite sembang..kalo selalunye memang mati akal la aku tak tau nak sembang ape.. dengan ko,rancak je..macam dah kenal lame pulak..

day by day aku bertambah suka sembang dengan ko.. eventho ko macam kasar sikit, aku takde hal.. aku rasa selesa gila sembang dengan ko.. sampaikan tragedi aku break dengan gf aku pon aku story kat ko.. sumpah aku takde rase gap dengan ko nis.. aku bukan takde kawankawan pompuan, tapi aku tak rase macam ape aku rase dengan ko..

tiap kali aku tensen, aku ade ko kat YM.. bila aku break dengan gf aku, aku memang down gila masa tu.. ko pun siap cakap yang itula hari paling tak best chat dengan aku sebab aku moody gila..mane tak moody beb,putus cinta.sakit kot rasa die! tapi ko cube gak buat aku hepy.. ko cube macammacam sampai mood aku ok balik.. dan malam tu aku cakap aku taknak pegi manemane sebab aku down gila.makan pon aku taknak..putus selera aku..punyela sayang gile konon kat gf aku tu..tapi ko cakap macammacam kat aku.. watpe nak kenangkan orang yang dah memang terangterang taknak kat kite kan..ko cakap aku bodoh kalo aku keep on moody disebabkan pompuan camtu..nahhh amek aku kena setempek..ko paksa aku pegi beli makanan..ko siap suruh aku pegi tapau and makan depan laptop sambil chat dengan ko..and kalo aku degil jugak,itula last ko sudi nak chat dengan aku..perhh!mane bleh weyh..aku dah la ade ko je yang faham semuanye pasal aku..tak sanggup aku kalo ko hilang weyh! aku gagahkan bangun..hati aku punyela berat p tapau jugak nasik..aku ikot smue yang ko suruh.. sipbaikla dekat je kedai makan..sepantas kilat aku balik and duduk balik depan laptop.. aku buzz ko balik.. ko reply “dah beli ke nasik?” fuhhhh lega aku weyhh tengok ko ade lagi.. 10 minit gak la ko tunggu aku kan? terharu aku nis..hehehe.. ko pakse aku makan dulu kalo nak keep on chatting dengan ko..nak taknak aku  telan la jugak---

2 tahun kite chat tiaptiap malam.. siang masingmasing sibuk dengan class.. 11 malam sharp mesti aku melekat depan laptop..tunggu ko nis.. ko mesti tak pecaye kan? mane nak caye..ko kan suke cakap aku same je macam lelaki lain..dasar menanam tebu di pinggir bibir..ciss! dan sebab tu jugakla aku tak berani nak mintak phone number ko nis..aku takot ko cop aku lelaki poyo mintakmintak phone number pulak..pada hal kenal kat YM je kan.. so aku abaikan je niat aku tu..

nak mintak gambar ko plak, ko suke cakap ko gemokla..pendekla.. tapi aku tak kesah pon tu smue..iye,memang aku suke bahan ko gemok ko pendek.. ko bengang gile kalo aku cakap camtu..tapi tu je point aku nak keep on gadohgadoh manje dengan ko nis..

tiap kali kite gadohgadoh manje,aku senyum sorangsorang.. ko suke cakap aku takde perasaan sebabnye aku memang selalu bahan ko.. aku ingat lagi 1 hari tu bile ko bagi tau yang ko  gadoh dengan bf ko..dah 1minggu dia tak mesej / kol ko..and ko dapat tau yang dia ada orang lain..budak pompuan tu 1 kelas dengan die..yang bajet hot tu ko cakap..aku tau camne ko rase sebab aku lagi dulu rase semua tu..aku dapat rase ko takde mood nak chat mase tu..sebab ko banyak diam je..tak macam selalu..tapi aku taknak biar ko sorangsorang hadap semua tu..aku taknak ko nanges sebab jantan tak guna camtu..ko cakap ko nak sign out,aku cuak.sedaya upaya aku belit sana sini taknak kasi ko sign out..perhhh mane bleh weyh! aku rase something missing kot kalo ko hilang camtu je! jenuh aku buat macammacam nak bagi ko ok balik..sipbaik aku terer..lastlast sampai 4 pagi kite sembang..ko pun ok balik..and ko cakap terime kasih sebab buat ko hepy.. dalam hati aku jawab, “kasihmu sentiasa aku terima nur hanis bt azhar”..

aku dah tangkap cintan kat ko start dari hari ko caring paksa aku makan masa aku down gile and ko akan leave mesej kat YM aku tiap kali lepas ko solat subuh.. aku je selalu terbabas sebab ko tak kol kejutkan aku..yelah,kite mane de phone number each other kan..yess my mistake sebab tak berani nak mintak..

anis, 1 tahun aku keep on waiting ko tiap kali aku on YM.. dalam 1 tahun kita lost contact ni macammacam benda dah jadi..now aku dah kerje kat bahagian executive kat kilang ayamas..aku keje kilang je nis.. aku tak mampu jadi anak dato’ yang kaya yang boleh belikan ko teddy bear besar sama saiz dengan ko..yang boleh kasi kek secret recepi 1kg tiap kali besday ko..yang boleh bagi bunge berjambak-jambak tiap kali kuar date dengan ko..tapi aku akan pastikan hati ko takkan sakit lagi..

and anis..satu bende je aku nak mintak..kalo ko ade on YM and bace semua mesej aku ni, bleh tak ko leave phone number ko? seriyesly aku rindu gile kat ko..aku rindu nak bahan ko weyhh.. aku terpakse mintak phone number ko sebab aku taknak lost contact dengan ko lagi pasni..pliss tau..aku tunggu---

**********
fuhhhh panjang gila offline mesej zaim.. semput gak la anis bace.. terkedu anis..tak sangka zaim leave mesej setiap hari dari tarikh anis konvo.. hati wanita anis tersentuh.. sekeraskeras jiwa anis, berkaca-kaca juga mata dia tahan air mata.. tak jantan la weyhh kalo nanges! hehehe

anis pon taknak sia-siakan peluang yang datang..sebelum sign out,anis leave her phone number.. senyum lebar anis sepanjang hari..
“tak sangke si zaim ni tunggu aku rupenye..hehehe”

**********

harini anis offday..lepak kat umah je depan tv..housemate anis pakat p kuar dating..lantakla dorang..anis malas nak buang duit..baik bagi kat mak lagi bagus..hehehe

tetibe ringtone henfon anis berbunyi.. nombor yang anis tak kenal.. lama anis biar.. tapi orang tu keep calling.. and anis jawab jugak.. suara lelaki.. anis suspek maybe kawankawan kitchen crew die.. tapi sape? takkanla anis tak kenal suara dorang..

“cik gula hati..ni aku la weyhh”

“Ya allah! Zaim!”

anis nak menjerit semahunya..sipbaik dapat behave.. kalo tak,konfem kantoi dia eksaited dapat dengar suara zaim.. malu seyh kalo kantoi! hehehe
dorang sembang panjang.. zaim kalo boleh setiap saat nak dengar suara anis.. morning call bangun solat subuh, pagi nak  masuk kerje, time nak lunch, time nak balik kerja petang.. time nak tido malam..
anis takyah nak call.. konfem zaim akan call dulu.. berlarutan 1 minggu..

“aku nak jumpe ko la nis..”
“errr..jumpe aku?ko rindu aku ea??hehehe”
“weyhh ko ni..aku memang rindu ko dari dulu la..
ni pon sipbekla ko sudi gak bagi phone number..
kalo tak konfem aku dah hilang ko..
kite jumpe kat anjung cafe ea esok pukul 9 malam..
eh and ko pakai baju kurung bleh? bleh la ea..
jangan tak datang plak”

hah sudahh! nak jumpe pulak dah.. siap request kena pakai baju kurung bagai?demand pulak budak zaim ni.. dah la aku pendek,gemok camni..konfem kena bahan karang dengan budak zaim nih..adoiyai..

serabut jugak jiwa anis semalaman.. eleh konon jiwa keras sangat..

“habeslah esok. konfemla ko taknak kawan aku dah pastu nanti zaim..”

esoknye kat anjung cafe..9 malam.. dari jauh anis nampak sorang mamat macho berjalan ke arah dia..tetibe anis nerves..

“perhh hensemnye mamat ni! siap bawak bunge! kalo la die ni mr choco..ciss jangan beranganla ko anis..” bermonolog.itu biasa bagi anis..

mamat macho tu stop betol-betol depan anis..

“gula hati??” tanya mamat macho tu..memang terkedula anis!

wahhhh! siap bagi white roses plus mr froggy hijau kat anis! memang untungla nasib ko nis.. anis tak mampu buat ape-ape..hanya mampu tersenyum malu..merah habes pipi anis.. dan mr choco tak datang sorangsorang.. mak die pon ade..tah dari mane mak die muncul anis pon tak tau.. tadi nampak mr choco sorang je..sipbaikla anis pakai baju kurung..tu pon lepas zaim jenuh merayu sebelum letak fon semalam..nasib baikla ko akur nis..kalo tak malu weyhh!

“owhh ni la anis nye ye..” mak zaim memulakan bicara..
anis hanya mampu angguk.tertunduk malu..nak je die tumbuk si zaim sebab bawak mak taknak bagi tau..
“makcik sebenarnye dah lame nak jumpe anis..dari hari anis konvo dulu..tapi zaim ni ha boleh pulak takde phone number anis.. tu yang makcik paksa dia semalam ajak jumpe anis kat sini.. makcik rase,tak salah kan..”

wahhhhh3 kemain lagi ko ye zaim..senyum lebar.mentang-mentangla ko bawak mak ko arini..aku tak bleh nak buli ko..cissskek betol. kat situ jugak jadi saksi mak zaim tanye direct kat anis sama ada anis terime ke tak kalo zaim bawak rombongan meminang minggu depan..

“rombongan meminang?minggu depan???
aku ni dah la pendek.gemok camni..” mampu cakap dalam hati je..

macam nak terlopong mulut anis.

“ni mimpi ke hape?” bermonolog lagi.tu je yang anis mampu masa tu..

“tak. ni bukan mimpi..realiti la ni..
ko takyahla nak rendah diri sangat weyh..
ko cakap ko gemok? ko cakap ko pendek?
pada aku ko dah cukup comel..
takde gemok pon..tak pendek pon..
cume rendah sikitla dari aku..hehehe
sepanjang kenal ko ni,aku tak pernah peduli pon semua tu..
pernah aku mintak nak tengok gambar ko tak selama ni?
tak pernah kan?
ko pon tak pernah mintak nak tengok gambar aku kan?
itu dah cukup buat aku terharu tau..
sebab aku rasa ko bukan jenis yang pandang rupa..
Zaim menambah lagi..
aku seriyes nak pinang ko..
and 3 bulan pastu kite nikah
aku nak ko jadi hak aku,
nur hanis bt azhar”

mata anis mula berkaca..
adeh tak cool la kalo TERmenanges..
depan zaim dengan mak die pulak tu!

“makcik dah kol dan bincang dengan mak anis.. tapi mak anis suruh tanye anis sendiri..sebenarnye sepupu makcik kenal dengan ayah anis..bile zaim cerita pasal anis mase belajar dulu,makcik ade risik-risik tanye pada sepupu makcik yang duduk kat sg dara tu..rupe-rupenye die kenal ayah anis..senangla kerje makcik mase tu..cume nak tunggu zaim bukak mulut jumpe anis je la..” sambung mak zaim lagi..

La! patutla aritu mak aku cakap ade orang nak kenal-kenal aku..
ya allah! semudah ini kah noktah cinta aku?
seindah ini kah jodoh aku?

“best tak surprise aku untuk ko??” zaim buat muka mengade plus senyum-senyum..

eeeee! aku rase nak tumbuk-tumbuk je ko zaim!
terime kaseh zaim!!!
syukur ya allah =)

**********

habes kat situ kisah maya antara zaim dan anis.. dah macam drama bersiri pulak guwa rase.. hahaha.. ya allah betapa besar rahmat allah bagi.. jodoh pertemuan semua Dia yang atur.. terpisah camne sekalipon, kalo dah memang tertulis dia jodoh kita, ade je cara Dia untuk temukan semula..

sape cakap sahabat maya tak bleh jadi jodoh kite? kalo Dia dah atur, sape kite nak menolak? Ya allah indahnye rase itu---
ade lagi tak mr choco camni yang single? taknak mintak phone number guwa ke? kehkehkeh