Fun And Rilex : Gua Tempurung

16 February 13 Comments
salam. hai engkorang. last few days bizi sikit. pastu pulak partner suruh cuti sebab nanti dia nak cuti pulak. kamiorang berdua ni cuti dua hari seminggu. pilih la hari ape nak. cuma kena make sure Pi1M kena run macam biasa dan jangan tutup for the whole week. so akan ada 4 hari yang akan on duty sorang-sorang. bila kena on duty sorang tu memang agak mencabar lah. tambah pulak bila tiba² masa tu lah masing² datang nak printing, scanning, nak bayar utilities bil lah.. bila masa free, memang free betol =.='

so dah dapat off day tu, aku pon pergi la ke Gua Tempurung which is also in Perak..

dari tempat aku amek masa lebih kurang satu jam camtu.. sebelum pergi tu dah tapaw nasik and lauk siap dah sebab masa bertolak tu dah jam 11.30 pagi camtu.. aku bajet akan sampai dalam 12.30 lebih kurang. of kos masa tu perut berkeroncong mintak nasi.. tengahhari buta memang takkan sudi lah nak makan benda lain selain  nasi. maklumlah perot orang melayu kampung macam aku memang akan cari nasi jugak.
ada 4 pilihan trek untuk explore Gua Tempurung tu. Trek 1 & 2 basically dry trek.. untuk trek 3 & 4 kena turun naik batu² kapur / panjat habes segala dinding yang ada dan juga akan basah sebab ada laluan air sungai.. memandangkan aku memang takde bawak pakaian spare so aku decide amek trek 2 je and the duration is 1 hour 45 minutes (but i made it within 1 hour.. yeeyyy !) from entrance to the Platform 5.. and memerlukan stamina yang agak tough untuk climb up till 640 stairs ! pastu kena return sebab memang tak leh proceed sebab limit trek 2 sampai platform 5 je and renjer gua dah lock pagar siap phewww ~

letih jugak tapi enjoy lah sebab memang that was my first time there eventho aku anak jati Perak. and lepas setel kuar dari gua dengan jayanya, on my way balik tu singgah pit stop jap dekat Lata Kinjang which is also in Perak dekat area Tapah.

saja singgah sebab nak tengok are there any improvement yang dorang buat. sebelum ni agak suram Lata Kinjang tu and my last time pergi sana maybe tahun 2010 if im not mistaken. sampai je sana, pintu masuk dia pon dah ada upgred sikit compared few years back.. tapi bagunan pejabat & kaunter informasi stil under construntion and base on apa yang  penduduk orang asli kat situ cakap, dah agak lama terbengkalai camtu je.. hermmmm entahlah..

planning and marking calendar for the next trip ! hoyehhhhh ~ hehe :D

Feveretable : air masak

11 February 18 Comments
hai engkorang. woahh semenjak dua tiga menjak ni cuaca panas gila. tu baru panas dunia. bila musim panas ni konfemla tekak asyik dahaga je. aku dulu memang jenis susah nak minum air masak. aku jenis yang minum air masak tapi kena yang sejuk baru kuar peti ais punya.. kalo yang tak sejuk memang aku tak pandang. huhhh dasar memilih engko ni ana =P 

tapi--

itu dulu. kini tidak lagi.. macam iklan jual produk pulak. ehh nak cakap pasal minum air masak tadi sebenarnye. sekarang ni, minum air masak dah jadi habit aku. manusia boleh berubah kata orang.. aku sendiri pon tak pasti entah sejak bila dan bagaimanakah aku mampu menjadikan aktiviti minum air masak ni satu habit. kalo sebelum ni kemain la susahnya tekak ni nak telan air masak yang tak sejuk tu. memilih.. 



sebenarnye memang kita kena minum air masak sekurang²nya 2 liter atau bersamaan dengan 8 gelas sehari. haaaa 2 liter engko ! lalu ke ? aku sekarang train diri aku untuk wajib habeskan 1 liter air masak untuk sesi masuk kerja pagi (dari kul 9 sampai kul 1 tengah hari) pastu untuk sesi petang pulak (2.00-6.00) kena habeskan lagi 1 liter.untuk satu bulan dalam Januari aritu agak positif sebab aku berjaya jugak habeskan setiap sesi pagi tu 1 liter.. sesi petang je kadang tak habes. sebab banyak sangat aktiviti yang kena hadap pastu sampai  tak sempat nak minum =.='

dan baru² ni pihak SKMM ada datang bawak goodies yang ada logo skmm untuk diberikan sebagai free gift pada peserta yang join program yang bakal dianjurkan oleh aku dengan partner aku Ida.. antara goodies tu ada jugak botol air 1 liter... kaler pink lagi tau ! ohsem sangat untuk gegerl macam aku kan ? hahaha 


Floor Mats

10 February 11 Comments
salam engkorang semua. harini mommy dengan daddy *wahhhhh mommy daddy sangat engko =.='   ikot rombongan kak ton ke port dickson. bawak kan pengantin anak jiran aku. satu bas peginye. over kan pegi sampai satu bas ? ehh takdelah over sebenarnye... memang dah jadi macam trend orang dalam felda ni, kalo anak dapat jodoh orang jauh, pastu pulak kalo rezeki lebih, memang mak ayah akan sewa sebijik bas pastu angkut la jiran tetangga join rombongan tu.. sambil jalan-jalan nengok tempat orang gittewwww ~

kemain eksaited lagi mak aku dari malam semalam dok mikior ape yang nak di shoppingkan.. yerlah sebabnye rombongan pengantin tu area port dickson--negeri sembilan. dah tentu lah pit stopnye --- Nilai 3 yang sangat bernilai tu. bawak seribu pon boleh tak tinggal nilai sekupang pon dah nanti =P
pastu petang tadi balik je dari kerja, aku tengok lah ape hasil rampasan mak aku. sekalinya naahhh amek engko. mak aku borong floor mat untuk cucu dia. maklumla cucu ada sorang tu je.. aslkan terpandang je Boboiboy ke otromen ke, super heroes ke, memang otomatik je mak aku akan rembat untuk cucu dia.

yelah selalunya kalo untuk cucu, memang segalanya dapat lah. untungla engko cu dapat nenek macam gini.

Feveretable : Rainbow Cookies

08 February 12 Comments
sekarang ni macam trending pasal rainbow cookiess.. ramai jugak member aku update pasal menatang cookies ni.. pastu pulak kat instagram lagi la ramai pakat update betapa nikmat dan lazatnya RC nih. majoriti depa ni menggambarkan RC ni sangatlah heaven lazat dia. sampai tahap apa pun aku tak tau. expert sungguh markerting teknik diorang nih semua sampaikan aku tergoda.. hahaha

so disebabkan teruja yang amat sangat tentang betapa nak merasanya camna tahap kelazatan RC ni, aku pon tak amek masa lama. aku terus order. sebabnya aku dah round sekitar pekan area tempat tinggal aku ni memang takdak seller jual benda nih. demmmm sungguhla.

dan sebenarnya pulak, kalo aku nak buat sendiri sememangnya tak lah. konfem satgi tak jadi.. hahaha.. 

aku order dari Wawa hari selasa malam. tengah hari jumaat dah sampai. masa abang posmen datang hantar barang tu aku memang dah agak menatang ni. tengok je saiz kotak dia, lagi bertambah tinggilah level kekonfidenan aku. ahaaakkss ! lepas setel je sign--abang posmen pon dah belah, hape lagi.. seraaaaanng ! 

hermm aku tak tau nak cakap rasa dia camna. tapi tekak aku merasakannya lazat. sipbaik aku beli dua balang terus. 1 balang ada 50 pcs. satu balang setel aku hadam sorang kat ofis. satu lagi aku bawak balik bagi adik aku si Aiman merasa. sebab niat aku beli ni pon untuk share dengan budak aiman ni. dia la dok provoke aku -- dok buat ayat ceni tiap hari :

"kak... hang rasa rainbow cookies tu sedap dak?" 

chitt buat² tanya konon. aku tau hang nak soh kakak hang ni beli sebenarnya. hahaha

*sesapa nak order, request je kat Wawa tu.. pastu mention je dapat tau dari Anamizu. inshaAllah dapat harga terbaekkkk punya ;)


Feveretable : Pusat Internet 1 Malaysia

07 February 6 Comments
salam jumaat engkorang. semoga Jumaat engkorang semua indah-indah belaka.. aku macam biasa harini masih on duty sorang-sorang sebab Ida my partner officially berehat sampai this sunday dan tempat kerja aku ni pulak memang open seven days a week, from 9 am to 6 pm daily. phewww bapak letih =.='

tujuh hari seminggu. non stop. nak cuti pun kena bergilir-gilir je lah. sebab kamiorang memang takleh cuti bersama-sama unless memang public holiday contohnya hari-hari cuti perayaan SAHAJA atau pun public macam befday agong ke. befday sultan perak ke. selain daripada tu memang kena on duty.. wuhuuu ~

*ini masa training class. nampak heppy je semua*
*kalau masa handle kaunter, phewwwww penat baq hang ! *

dan job scope kamiorang pulak basically handle basic IT training untuk warga Felda dalam sini.. tak kiralah dari sekecil budak sampailah yang sebesar bapak budak dan jugak atok nenek budak..yuran yang dikenakan adalah RM10.00 sahaja dan ada dua pakej :
  • satu -- pakej keluarga (mak atau ayah daftarkan anak beranak plus cucu atau cicit sekali as long as stay with them dengan hanya bayar seploh hengget untuk seumur hidop) atau 
  • pakej individu (seploh hengget jugak bayarannya tapi hanya menggunakan nama sendiri sahaja)
so itulah kami. aku with my partner Ida. kamiorang berdualah kakak cantikkk yang selalu bagi training free pada semua orang yang sudi nak datang belajar guna komputer.. meh la datang tempat kamiorang weeeeee