Feveretable : Rainbow Cookies

sekarang ni macam trending pasal rainbow cookiess.. ramai jugak member aku update pasal menatang cookies ni.. pastu pulak kat instagram lagi la ramai pakat update betapa nikmat dan lazatnya RC nih. majoriti depa ni menggambarkan RC ni sangatlah heaven lazat dia. sampai tahap apa pun aku tak tau. expert sungguh markerting teknik diorang nih semua sampaikan aku tergoda.. hahaha

so disebabkan teruja yang amat sangat tentang betapa nak merasanya camna tahap kelazatan RC ni, aku pon tak amek masa lama. aku terus order. sebabnya aku dah round sekitar pekan area tempat tinggal aku ni memang takdak seller jual benda nih. demmmm sungguhla.

dan sebenarnya pulak, kalo aku nak buat sendiri sememangnya tak lah. konfem satgi tak jadi.. hahaha.. 

aku order dari Wawa hari selasa malam. tengah hari jumaat dah sampai. masa abang posmen datang hantar barang tu aku memang dah agak menatang ni. tengok je saiz kotak dia, lagi bertambah tinggilah level kekonfidenan aku. ahaaakkss ! lepas setel je sign--abang posmen pon dah belah, hape lagi.. seraaaaanng ! 

hermm aku tak tau nak cakap rasa dia camna. tapi tekak aku merasakannya lazat. sipbaik aku beli dua balang terus. 1 balang ada 50 pcs. satu balang setel aku hadam sorang kat ofis. satu lagi aku bawak balik bagi adik aku si Aiman merasa. sebab niat aku beli ni pon untuk share dengan budak aiman ni. dia la dok provoke aku -- dok buat ayat ceni tiap hari :

"kak... hang rasa rainbow cookies tu sedap dak?" 

chitt buat² tanya konon. aku tau hang nak soh kakak hang ni beli sebenarnya. hahaha

*sesapa nak order, request je kat Wawa tu.. pastu mention je dapat tau dari Anamizu. inshaAllah dapat harga terbaekkkk punya ;)


12 comments:

  1. sedap ek? nk try jgk la..

    ReplyDelete
  2. Rainbow cookies?xpnh lg nmpk dan rasa biskut ni....nnt try google lg la..hihihi.salam knal..mekaseh singgah blog..nnt dtg lg ea. ;)

    ReplyDelete
  3. belum pernah cuba lagi. pernah ada orang offer and jual tapi tak terbeli.

    ReplyDelete
  4. eh mcm best jee.. selalu tgk kt fb

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan ..boleh belanja satu.

    ReplyDelete
  6. Oh wow, my first time heard it and see in.. Now I feels like trying xD

    ReplyDelete
  7. tak pernah rasa pun lagi ni..

    ReplyDelete
  8. oh menatang ni, ada orang gelarkan dia kuih lidah kucing, dia ni biskut telur sebenarnya, yg bulat2 kaler kuning tu, tp diubahsuai jadi bermacam2 kaler dan dicantum2 secara memanjang, maka jd la ia rainbow cookies... hahah

    ReplyDelete
  9. dah lama usha rainbow cookies ni. cuma tak terbeli je lagi. kite ni kan, bila apak kuih warna ceria macam ni mesti macam terpikat. hehee

    ReplyDelete
  10. ok ai ketinggalan zaman... ai baru tau pasal ni... huhuhu

    ReplyDelete
  11. macam2 fenomena plak skang..rainbow cookies plak dah.dptla si aiman merasa ye

    ReplyDelete
  12. salam..sorry ganggu..saya ada jual rainbow cookies ngan harga murah.. penghantaran sekitar KL & Selangor.. Harga 30pcs RM15, 60pcs Rm20 & 90pcs Rm25..nak order or nak tengok gambar whatapps 014-733 1774

    ReplyDelete