Fun And Rilex : Gua Tempurung

salam. hai engkorang. last few days bizi sikit. pastu pulak partner suruh cuti sebab nanti dia nak cuti pulak. kamiorang berdua ni cuti dua hari seminggu. pilih la hari ape nak. cuma kena make sure Pi1M kena run macam biasa dan jangan tutup for the whole week. so akan ada 4 hari yang akan on duty sorang-sorang. bila kena on duty sorang tu memang agak mencabar lah. tambah pulak bila tiba² masa tu lah masing² datang nak printing, scanning, nak bayar utilities bil lah.. bila masa free, memang free betol =.='

so dah dapat off day tu, aku pon pergi la ke Gua Tempurung which is also in Perak..

dari tempat aku amek masa lebih kurang satu jam camtu.. sebelum pergi tu dah tapaw nasik and lauk siap dah sebab masa bertolak tu dah jam 11.30 pagi camtu.. aku bajet akan sampai dalam 12.30 lebih kurang. of kos masa tu perut berkeroncong mintak nasi.. tengahhari buta memang takkan sudi lah nak makan benda lain selain  nasi. maklumlah perot orang melayu kampung macam aku memang akan cari nasi jugak.
ada 4 pilihan trek untuk explore Gua Tempurung tu. Trek 1 & 2 basically dry trek.. untuk trek 3 & 4 kena turun naik batu² kapur / panjat habes segala dinding yang ada dan juga akan basah sebab ada laluan air sungai.. memandangkan aku memang takde bawak pakaian spare so aku decide amek trek 2 je and the duration is 1 hour 45 minutes (but i made it within 1 hour.. yeeyyy !) from entrance to the Platform 5.. and memerlukan stamina yang agak tough untuk climb up till 640 stairs ! pastu kena return sebab memang tak leh proceed sebab limit trek 2 sampai platform 5 je and renjer gua dah lock pagar siap phewww ~

letih jugak tapi enjoy lah sebab memang that was my first time there eventho aku anak jati Perak. and lepas setel kuar dari gua dengan jayanya, on my way balik tu singgah pit stop jap dekat Lata Kinjang which is also in Perak dekat area Tapah.

saja singgah sebab nak tengok are there any improvement yang dorang buat. sebelum ni agak suram Lata Kinjang tu and my last time pergi sana maybe tahun 2010 if im not mistaken. sampai je sana, pintu masuk dia pon dah ada upgred sikit compared few years back.. tapi bagunan pejabat & kaunter informasi stil under construntion and base on apa yang  penduduk orang asli kat situ cakap, dah agak lama terbengkalai camtu je.. hermmmm entahlah..

planning and marking calendar for the next trip ! hoyehhhhh ~ hehe :D

13 comments:

  1. dah banyak kali berhajat nak ke gua tempurung

    asyik terbantut je

    eh baru2 ni ade tgk kat tv gua tempurung terbakar ke apa ke

    yeke ???

    ReplyDelete
  2. So where is the Gua? Is it on the peak of the mountain or what?
    xpernah explore lagi xD

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. wow! best gila. Buh laaa banyak sikit pictures while climbing tu. heheheee kita suka aktiviti outdoor camni.. lama tak berpeluh ~~~

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, wah best tengok kehijauan, pasti udara pun segar.

    ReplyDelete
  5. cian yui duk perak tp tak pernh msuk situ..huhuh

    ReplyDelete
  6. Amboi, berjalan sakan nampak.. tak mau bawak abam kita ni ke?? ahaha :P
    tapi bab makan kalau sehari tak pekena nasi memang tipuuu... serius tak boleh ohh, lemau

    Gua Tempurung tengok air terjun ayaq deras ja, sana tak kemarau ke?

    ReplyDelete
  7. salam. wahh..bestnya dekat sini :)

    ReplyDelete
  8. ni tetiba rs nk pergi skrg jg!

    ReplyDelete
  9. tak berkesempatan lagi nak gi situ..

    ReplyDelete
  10. tak pernah sampai.ada masa blh ajak cik abe pergi.thanks sharing

    ReplyDelete
  11. gua tempurung bst gak tempat ni.selalu dengar cerita je tak pernah smp lagi

    ReplyDelete
  12. teringin nak masuk gua..gua niah kat miri yg dekat tu pn xberkesempatan nk pg apatah lagi nun jauh di perak..hukhuk

    ReplyDelete
  13. Gua tempurung ni ok gak je mcm..tp pembangunan tak siap l ke?mmmm...cane nk trik pelancong klu gitu.....

    ReplyDelete