Feveretable : Whoopie Pie

18 February 20 Comments
salam. setakat ni ada tiga benda yang selalu buat aku cair :

1.makanan
2.kasut
3.budak kecil comel

tiga yang utama ni lah selalu aku tak mampu elak.. contoh : sebelum ni aku ada beli rainbow cookies kan ? itu kes cair la tu. 

kes tergoda punya pasal.kes curiosity.

tengok je kawan sibuk upload sana sini, mana boleh tahan. kepala hotak ni mula la ligat fikir cemane la rasa dia. sedap ke. best ke. apa orang putih cakap tu ? curiosity killed the cat ? ada kena mengena tak? ahakkkss

pastu semalam (ahad) pulak masa scroll down instagram(ig) aku terpandangla satu benda ni-- whoopie pie nama dia. belek punya belek, aku pon sampai kat satu ig tu.. discuss punya discuss, aku pon decide terus order. TERgoda dan curiosity punya pasal. haaaa gittew

tengah hari tadi masa nak balik lunch break, abang posmen pon stop depan ofis aku and bagi 1 parcel yang berkotak agak besar. aku tak bajet pulak si whoopie ni yang sampai. aku dok tertanya² jugak barang apa pulak yang sampai kali ni tapi lepas sign tu aku pon terus la bawak balik rumah.. dah sampai kat rumah baru la aku bukak and tadaaaaaaaaa si whoopie pie ni rupanya !
aku beli flavor red velvet dan jugak chocolate mint. bila dah makan tu, dia punya rasa ada sikit² macam cocopie. tahu tak cocopie ? dia macam ala² sandwich kecil yang diapit marshmallow di tengahnya.. haaaa gittew ~
disebabkan flavor dia coklat, so memang aku bedal terus tanpa tunggu adik aku si aiman balik dari sekolah.. nasib baik mak aku hold and remind pasal si aiman. kalo tidak, melepas la aiman nak merasa whoopie pie nih. kehkehkeh


Pai Whoopie adalah sejenis pencuci mulut yang terdiri dari dua keping biskut yang seakan-akan kek yang dilapis 2 seperti sandwich. Intinya berkrim, seperti frosting.Versi yang lebih mudah alih berbanding cupcake adalah Pai Whoopie. - See more at: http://www.allykek.com/apakah-pai-whoopie-dan-cara-membuatnya.html#sthash.M59n4lfN.dpuf
Pai Whoopie adalah sejenis pencuci mulut yang terdiri dari dua keping biskut yang seakan-akan kek yang dilapis 2 seperti sandwich. Intinya berkrim, seperti frosting.Versi yang lebih mudah alih berbanding cupcake adalah Pai Whoopie. - See more at: http://www.allykek.com/apakah-pai-whoopie-dan-cara-membuatnya.html#sthash.M59n4lfN.dpuf

Fun And Rilex : Gua Tempurung

16 February 13 Comments
salam. hai engkorang. last few days bizi sikit. pastu pulak partner suruh cuti sebab nanti dia nak cuti pulak. kamiorang berdua ni cuti dua hari seminggu. pilih la hari ape nak. cuma kena make sure Pi1M kena run macam biasa dan jangan tutup for the whole week. so akan ada 4 hari yang akan on duty sorang-sorang. bila kena on duty sorang tu memang agak mencabar lah. tambah pulak bila tiba² masa tu lah masing² datang nak printing, scanning, nak bayar utilities bil lah.. bila masa free, memang free betol =.='

so dah dapat off day tu, aku pon pergi la ke Gua Tempurung which is also in Perak..

dari tempat aku amek masa lebih kurang satu jam camtu.. sebelum pergi tu dah tapaw nasik and lauk siap dah sebab masa bertolak tu dah jam 11.30 pagi camtu.. aku bajet akan sampai dalam 12.30 lebih kurang. of kos masa tu perut berkeroncong mintak nasi.. tengahhari buta memang takkan sudi lah nak makan benda lain selain  nasi. maklumlah perot orang melayu kampung macam aku memang akan cari nasi jugak.
ada 4 pilihan trek untuk explore Gua Tempurung tu. Trek 1 & 2 basically dry trek.. untuk trek 3 & 4 kena turun naik batu² kapur / panjat habes segala dinding yang ada dan juga akan basah sebab ada laluan air sungai.. memandangkan aku memang takde bawak pakaian spare so aku decide amek trek 2 je and the duration is 1 hour 45 minutes (but i made it within 1 hour.. yeeyyy !) from entrance to the Platform 5.. and memerlukan stamina yang agak tough untuk climb up till 640 stairs ! pastu kena return sebab memang tak leh proceed sebab limit trek 2 sampai platform 5 je and renjer gua dah lock pagar siap phewww ~

letih jugak tapi enjoy lah sebab memang that was my first time there eventho aku anak jati Perak. and lepas setel kuar dari gua dengan jayanya, on my way balik tu singgah pit stop jap dekat Lata Kinjang which is also in Perak dekat area Tapah.

saja singgah sebab nak tengok are there any improvement yang dorang buat. sebelum ni agak suram Lata Kinjang tu and my last time pergi sana maybe tahun 2010 if im not mistaken. sampai je sana, pintu masuk dia pon dah ada upgred sikit compared few years back.. tapi bagunan pejabat & kaunter informasi stil under construntion and base on apa yang  penduduk orang asli kat situ cakap, dah agak lama terbengkalai camtu je.. hermmmm entahlah..

planning and marking calendar for the next trip ! hoyehhhhh ~ hehe :D

Feveretable : air masak

11 February 18 Comments
hai engkorang. woahh semenjak dua tiga menjak ni cuaca panas gila. tu baru panas dunia. bila musim panas ni konfemla tekak asyik dahaga je. aku dulu memang jenis susah nak minum air masak. aku jenis yang minum air masak tapi kena yang sejuk baru kuar peti ais punya.. kalo yang tak sejuk memang aku tak pandang. huhhh dasar memilih engko ni ana =P 

tapi--

itu dulu. kini tidak lagi.. macam iklan jual produk pulak. ehh nak cakap pasal minum air masak tadi sebenarnye. sekarang ni, minum air masak dah jadi habit aku. manusia boleh berubah kata orang.. aku sendiri pon tak pasti entah sejak bila dan bagaimanakah aku mampu menjadikan aktiviti minum air masak ni satu habit. kalo sebelum ni kemain la susahnya tekak ni nak telan air masak yang tak sejuk tu. memilih.. 



sebenarnye memang kita kena minum air masak sekurang²nya 2 liter atau bersamaan dengan 8 gelas sehari. haaaa 2 liter engko ! lalu ke ? aku sekarang train diri aku untuk wajib habeskan 1 liter air masak untuk sesi masuk kerja pagi (dari kul 9 sampai kul 1 tengah hari) pastu untuk sesi petang pulak (2.00-6.00) kena habeskan lagi 1 liter.untuk satu bulan dalam Januari aritu agak positif sebab aku berjaya jugak habeskan setiap sesi pagi tu 1 liter.. sesi petang je kadang tak habes. sebab banyak sangat aktiviti yang kena hadap pastu sampai  tak sempat nak minum =.='

dan baru² ni pihak SKMM ada datang bawak goodies yang ada logo skmm untuk diberikan sebagai free gift pada peserta yang join program yang bakal dianjurkan oleh aku dengan partner aku Ida.. antara goodies tu ada jugak botol air 1 liter... kaler pink lagi tau ! ohsem sangat untuk gegerl macam aku kan ? hahaha 


Floor Mats

10 February 11 Comments
salam engkorang semua. harini mommy dengan daddy *wahhhhh mommy daddy sangat engko =.='   ikot rombongan kak ton ke port dickson. bawak kan pengantin anak jiran aku. satu bas peginye. over kan pegi sampai satu bas ? ehh takdelah over sebenarnye... memang dah jadi macam trend orang dalam felda ni, kalo anak dapat jodoh orang jauh, pastu pulak kalo rezeki lebih, memang mak ayah akan sewa sebijik bas pastu angkut la jiran tetangga join rombongan tu.. sambil jalan-jalan nengok tempat orang gittewwww ~

kemain eksaited lagi mak aku dari malam semalam dok mikior ape yang nak di shoppingkan.. yerlah sebabnye rombongan pengantin tu area port dickson--negeri sembilan. dah tentu lah pit stopnye --- Nilai 3 yang sangat bernilai tu. bawak seribu pon boleh tak tinggal nilai sekupang pon dah nanti =P
pastu petang tadi balik je dari kerja, aku tengok lah ape hasil rampasan mak aku. sekalinya naahhh amek engko. mak aku borong floor mat untuk cucu dia. maklumla cucu ada sorang tu je.. aslkan terpandang je Boboiboy ke otromen ke, super heroes ke, memang otomatik je mak aku akan rembat untuk cucu dia.

yelah selalunya kalo untuk cucu, memang segalanya dapat lah. untungla engko cu dapat nenek macam gini.

Feveretable : Rainbow Cookies

08 February 12 Comments
sekarang ni macam trending pasal rainbow cookiess.. ramai jugak member aku update pasal menatang cookies ni.. pastu pulak kat instagram lagi la ramai pakat update betapa nikmat dan lazatnya RC nih. majoriti depa ni menggambarkan RC ni sangatlah heaven lazat dia. sampai tahap apa pun aku tak tau. expert sungguh markerting teknik diorang nih semua sampaikan aku tergoda.. hahaha

so disebabkan teruja yang amat sangat tentang betapa nak merasanya camna tahap kelazatan RC ni, aku pon tak amek masa lama. aku terus order. sebabnya aku dah round sekitar pekan area tempat tinggal aku ni memang takdak seller jual benda nih. demmmm sungguhla.

dan sebenarnya pulak, kalo aku nak buat sendiri sememangnya tak lah. konfem satgi tak jadi.. hahaha.. 

aku order dari Wawa hari selasa malam. tengah hari jumaat dah sampai. masa abang posmen datang hantar barang tu aku memang dah agak menatang ni. tengok je saiz kotak dia, lagi bertambah tinggilah level kekonfidenan aku. ahaaakkss ! lepas setel je sign--abang posmen pon dah belah, hape lagi.. seraaaaanng ! 

hermm aku tak tau nak cakap rasa dia camna. tapi tekak aku merasakannya lazat. sipbaik aku beli dua balang terus. 1 balang ada 50 pcs. satu balang setel aku hadam sorang kat ofis. satu lagi aku bawak balik bagi adik aku si Aiman merasa. sebab niat aku beli ni pon untuk share dengan budak aiman ni. dia la dok provoke aku -- dok buat ayat ceni tiap hari :

"kak... hang rasa rainbow cookies tu sedap dak?" 

chitt buat² tanya konon. aku tau hang nak soh kakak hang ni beli sebenarnya. hahaha

*sesapa nak order, request je kat Wawa tu.. pastu mention je dapat tau dari Anamizu. inshaAllah dapat harga terbaekkkk punya ;)