#Fact For Today : Duduk Terlalu Lama Bahaya

 


Dalam musim pandemik ini, ramai diantara kita yang terpaksa bekerja di rumah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bekerja di rumah ini tahu-tahu sajalah, malas tu pastinya menjadi salah satu penghalang terbesar untuk kita melakukan sesuatu perkara.

Tahukah anda bahawa, duduk terlalu lama sebenarnya adalah tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan. Nak tahu kenapa?

Portal Hello Doktor ada menjelaskan berkenaan perkara tersebut, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:

Siapa sangka duduk dalam satu jangka masa yang panjang boleh menyebabkan seseorang itu jatuh sakit? Untuk pengetahuan anda, risiko penyakit kanser, sakit jantung, strok, diabetes, sakit buah pinggang, dan pelbagai lagi penyakit lain meningkat jika anda jarang berdiri dan selalu duduk.

Tambahan lagi, individu yang mempunyai hidup yang sedentari (suka berehat di atas sofa, tidak bersenam, berkerja sambil duduk) sebenarnya mempunyai gaya hidup yang tidak aktif kerana mereka jarang bersenam mahupun bergerak.

Individu yang jarang bersenam mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mati mengejut. Kesan akan jadi semakin buruk jika anda duduk terlalu lama dan langsung tidak ambil berat mengenai kesihatan anda.

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh American Cancer Society, individu yang duduk lebih 6 jam sehari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk meninggal dunia akibat penyakit kanser sebanyak 19%.

ELAKKAN KESAN DUDUK TERLALU LAMA, LAKUKAN SENAMAN RINGAN.


Jika anda ingin mengurangkan gaya hidup sedentari, anda haruslah kurangkan masa yang dihabiskan dengan duduk. Di sini kami berikan anda beberapa tip untuk kurangkan gaya hidup sedentari:

  • Bangun dan bergerak apabila ada iklan di kaca televisyen.
  • Bangun apabila anda ingin bercakap menggunakan telefon bimbit.
  • Pecahkan masa anda kepada beberapa bahagian. Cuba bergerak dan berjalan sekurang-kurangnya sekali sejam.
  • Berdiri ketika berada di dalam pengangkutan awam seperti LRT atau MRT.
  • Naik tangga dan bukan eskalator.
  • Jika rumah anda tidak jauh dari tempat kerja, cuba berjalan atau berbasikal.
  • Gunakan standing desk supaya anda boleh berdiri ketika bekerja.
  • Berjalan selepas makan.
  • Elakkan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer dalam satu jangka masa yang panjang.
  • Habiskan masa terluang dengan ahli keluarga. Bawa mereka ke padang atau taman permainan berdekatan supaya anda juga boleh bersenam dan menghirup udara segar.

Paling penting, elakkan dari duduk terlalu banyak jika anda ingin hidup sihat tanpa penyakit terutama sekali kanser!


Sumber : Hello Doktor

11 comments:

  1. exercise tu baguss kann.. 😅😅😅

    ReplyDelete
  2. huhuhu kitalah tu kak ana...sekarang ni baru nak aktif belik ha...harap dapatlah konsisten heheheh

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing the tips , but i kena masok office huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. ni hah.. cuti raya cina bagi cuti seminggu bos sy. naik bosan dahh.. hud ponn agaknya bosan tgk mama n ayah nya nii.. sy mmg keje kt ofis mmg takleh keje dari rumah. kang tak jadi apaaa. boss da paham dahhhh xD

    ReplyDelete
  5. 1 lg kalau wfh, kan byk ddk hadap pc kan? nk elak ddk lama, keraplah minum air. so nnt akan selalu ke tandas. kiranya tidaklah kita ddk shj berjam2 dpn pc tanpa sbrg pergerakan...

    ReplyDelete
  6. Uiii duduk lama2 tu penat juga tu. Jadi ada juga la bergerak2. Tak boleh nak duduk saja lama sangat

    ReplyDelete