Jumaat Barokah : Roti Jala Kari Daging

 


Jumaat Pertama di tahun 2024 dimulakan dengan kongsi rezeki.

Ini permintaan si Bong juga.



Nak bawa Roti Jala Kari Daging katanya.
Aku onzzzz aje kalau memang takda kekangan apa-apa.

Mak pun setuju aje sebab roti jala salah satu kegemaran Mak.
Selalunya buat roti jala cicah dengan kuah durian.



Kalini geng kan dengan kari daging.
Memandangkan si Bong nak bawa untuk sesi makan-makan,
aku pon mula start enjin menjala jam 4.30 pagi sambil siapkan kari daging.
Menjala guna dua pan memang jadi mudah dan cepat siap.
Untuk 1 kg tepung boleh dapat lebih kurang 90 pcs roti jala.
Buat 2 kilo lebih. Boleh bagi jiran kiri kanan merasa sekali.

Selesai bersilat di dapur lebih kurang 6.30 pagi.
Ngam-ngam soi sebab si Bong nak gerak 6.45-6.50 macam tu.

Moga Allah bagi sedap & kenyanglah semua sahabat si Bong aminnn :)



21 comments:

  1. sedap tu jika dimakan dgn gulai ayam kuzi..

    ReplyDelete
  2. Sedap tu... Linda x reti betul menjala nie

    ReplyDelete
  3. Rajinnya menjala. Cantik pula kejadiannya.

    ReplyDelete
  4. wahh..cantiknya roti jala...kemas..

    ReplyDelete
  5. Wow cantik dan kemas je susunan roti jala dalam kotak tu. Takde open order ke Ana? Hehe

    ReplyDelete
  6. Waahhh..cantiknya jala cik ana. Kemas helok je 😊

    ReplyDelete
  7. wadihhh sedapnyaaaa kruk kruk terus perut sy

    ReplyDelete
  8. roti jala ni kan special nya dia boleh mkn dgn kuah (jenis) savoury atau pun kuah manis. kuih2 lain x leh... betul x?

    ReplyDelete
  9. Cantik kejadiannya. Dah bleh meniaga ni, buat yg colourful ala2 kek birthday yg now trending. Sy dah lama tak menjala. Dilanda mood "M".

    ReplyDelete
  10. sedap sangat ni.. kalau di tempat kami kuahnya manis..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya roti jala cicah kuah kari 🤤

    ReplyDelete
  12. Roti jala memang sedap kalau makan perut tengah kosong...sesuai juga dimakan waktu petang...cara buat juga tidak begitu susah kan

    ReplyDelete
  13. Hebatnya Ana di dapur 👍
    Mudah-mudahan diterima sbg amalan sedekah aamin

    ReplyDelete
  14. Saya kalau buat roti jala selalu fail 😭

    ReplyDelete
  15. Rajin Ana tolong Bong buat roti jalan. Kuat stamina. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  16. Cantik kejadiannya. Suka makan roti jala dengan kuah kari.

    ReplyDelete
  17. wow sedapnya, akak tak pernah sekali pun buat roti jala tau heheheh

    ReplyDelete
  18. wah sedapnya .. CCL suka kirai roti jala ni .

    ReplyDelete
  19. Masya Allah menariknya kejadian roti jala tu kari pun buat Mrs. A terliur

    ReplyDelete
  20. Cantik kejadiannya. Mesti rasanya sedap

    ReplyDelete
  21. Pergh!! Mengancam betul roti jala dengan kari daging tu..

    ReplyDelete