Beberapa hari yang lepas, ada beberapa orang Makcik
Ahli Mesyuarat Tingkap Geng Mak datang ke rumah.
Memang jadi rutin harian, setiap pagi lepas je selesai sesi jalan ronda kampung,
akan ada 1 rumah yang jadi pit stop lokasi 'bermesyuarat'.
Hal yang dibincangkan merangkumi pelbagai topik.
ada juga isu-isu berbangkit.
Dan ada sorang Makcik tu cakap banyak baju yang dah terpakai,
keadaan masih elok tapi tak tahu nak serah ke mana.
Mak pun apa lagi, terus buka cerita kisah dia dan aku hantar ke Pusat Pengumpulan.
Semua makcik tu berminat nak turut serta hantar tapi takda kenderaan.
Jadi aku cadangkan boleh kumpul hantar ke rumah kami & kami akan hantar.
Pagi Ahad yang lalu, aku dan Mak pun terus pergi hantar ke Pusat Pengumpulan
Mak cakap teringin nak makan Nasi Bamboo.
Memandangkan Nasi Bamboo Sg Klah ni
dah melebarkan sayap cawangan kedua nya
yang terletak di Behrang Resident (tak jauh exit tol Behrang),
jadi aku terus bawak Mak singgah makan tengah hari.
Kalini Abah tak join sebab Abah memenuhi jemputan
Walimatul'urus kawan Abah.
Macam biasa lauk-pauk jenis masakan kampung ni,
memang kena dengan selera Mak.
Kalau haritu kami mencuba Pak Man Nasi Tempurung,
kalini Nasi Bamboo (dia gunakan daun Lerek).
Nasi Bamboo di cawangan Behrang Resident ni,
suasananya lebih tenang dan selesa kalau dibanding
dengan lokasi pertama di tepi jalan besar Sungkai.
Kaunter bayarannya memang tip top sebab
setiap stesen lauk ada kaunter masing-masing.
Jadi pilih ambil bayar , duduk dan makannnn! hehe
lauk pauk masakan kampung ni memang menambat selera ramai pengunjung .
ReplyDeleteciknur penah sekali singgah mkn sini.
ReplyDeletebila nk ke sungkai, lamaa dah x kesana.
Rajin Ana kumpul dan hantar baju-baju terpakai. Mrs. A ada juga baju yang masih elok tapi tulah ntah bila rajin nak kumpul dan hantar ke pusat pengumpulan
ReplyDeleteBanyak pahala Ana tolong makcik-makcik Ahli Tingkap.
ReplyDeleteRajin Ana jalan cari makan.
Terliur terus nampak emak Ana makan. Hujan2 mcm ni.
ReplyDeleteLega kan dah let go baju2 terpakai. Lagi musim2 banjir mcm ni, ramai org di luar sana yg memerlukan.
ini betul2 menambat selera!
ReplyDeletebtw harga ok x ana?
ReplyDeletesaya bab bab lauk kampung ni laju aje selera naik. Menambah aje tidak. hahahaha oh ya kalau saya kat sini, junior saya hantar baju terpakai dekat H&M recycle. katanya boleh dapat 15% discount kalau recycle sana. Jadinya tahu dahlah nak hantar ke siapa lepas ni hehehehehe
ReplyDeletep/s: kena merasa nasi bamboo ni
Sambil menyelam minum air ye Ana. Tringin lak akak nak cuba
ReplyDeleteKami pun dah pegi Nasi Bamboo yang kat Behrang ni.
ReplyDeleteNot bad lauk pauk kat sini. Cumanya lauk² dia bertukar² ikut hari. Sebab masa 1st time pegi, Ahnaff makan lauk kurma ayam. Memang dia suka. 2nd time pegi, kurma ayam takde tapi tukar dengan kari ayam 🤭.
Kalau masakan kampung memang cun la...susah nak jumpa kalau di bandar
ReplyDeleteglamer jugak nasi bamboo ni eh.. kalau sy pun mmg suka mkn kt kedai yg ada mcm² lauk kampung ni
ReplyDeleteteringinnya nak pergi, boleh masuk dalam wishlist kalau ke sana nanti
ReplyDeleteTak jauh dah ni dengan rumah Sha..
ReplyDeleteSini memang lebih selesa.. Selesa nak parking, selesa nak pilih lauk dan bayar, selesa nak makan..
kalau pi perak lalu sini tapi belum berkesempatan nak singgah lagi. teringin juga nak rasa tengok ramai betul orang datang makan sini.
ReplyDeleteIngatkan bawa sekali makcik² tu hehe...
ReplyDeleteAkk nmpk restoran ni hari tu tapi x singgah sbb dah lunch. Insha Allah lain kali bole singgah.
kalau balik cerita pada Ahli Mesyuarat Tingkap Geng Mak ni mesti lain kali diaorang pun nak ikut Ana ni hehe
ReplyDeletenasi bamboo ni masak dalam bamboo ke ek?
ReplyDeletekalau d Terengganu ade jg tempatnye dipanggil Butik Wangi.. tapi boleh hantar baju yg boleh dipakai tanpa cacat cela, dipeking elok2 dan ditulis saiz supaya mudah asnaf untuk ambik nanti.
bestnya, tgk lauk pun mcm2 teliur nengoknya
ReplyDeleteoh, saya ingat kedai makan dekat kawasan sungai sebab first time saya pergi sg klah dulu cuma tau tempat tu sebagai tempat mandi-manda. rupanya sg klah ada bandar sendiri
ReplyDeleteKita dah singgah sini..best...
ReplyDelete