Japan Deligation

 

Minggu lepas satu rombongan dari Universiti Nigata Jepun 

diiringi dengan rombongan dari UKM hadir untuk sesi perjumpaan

dengan Kelab Warga Emas Felda Gunung Besout, Sungkai Perak.

Prof Hugo Ishikawa & Miss Yuka (doktor dari Universiti Nigata Jepun),

hadir untuk kajian berkenaan kehidupan dan kesihatan warga emas di sini.


Prof Hugo & Miss Yuka agak terkejut bila dengar ibu-ibu, ayah-ayah warga emas 
berkongsi cerita aktiviti harian termasuklah aerobik, sesi masak-masak, ziarah kasih,
gotong-royong, sambutan hari kebesaran & majlis rasmi..

Dan paling terkejut bila diberitahu warga emas di sini masih ada yang ke kebun sawit,
mengusahakan sendiri hasil kebun dan bertanam kebun keliling rumah.
Dan anak cucu pulang ke kampung hampir setiap bulan.

Sebab warga emas di jepun katanya bila usia dah mencecah 60 ke atas,
ramai yang hidup sendirian sebab anak-anak semua keluar kota bekerja.
Dan jarak untuk pulang ke kampung agak jauh.
Jadi ramai warga emas di sana kesunyian sebab anak cucu tak boleh pulang selalu.


Majlis perbincangan berjalan selama sejam setengah.
Dan disambung dengan sesi penyampaian sijil pada semua Biro Penasihat Klinik.
Kemudian disambung dengan sesi makan tengah hari.

Dan seterusnya sesi bergambar untuk kenangan dengan kehadiran Prof Hugo & Miss Yuka.

Kemungkinan akan ada lawatan deligasi yang seterusnya dalam 4-5 bulan akan datang.

13 comments:

  1. saya pernah baca di Jepun ada tradisi buang orang yg sudah tua ke hutan kan....tapi tak ingt dari sumber mana.Alhamdulillah kita anak2 Malaysia suka balik kampung jenguk ibuayah..yang jauh pun berpusu-pusu sampai sesak jln raya nak balik kampung

    ReplyDelete
  2. Dapat sijil pengiktirafan lagi.

    ReplyDelete
  3. Perjumpaan yang menarik ni 👍🏽
    Pernah baca, mereka di sana kurang bab nilai kekeluargaan. Gitulah kan….setiap negara ada kurang lebihnya.

    ReplyDelete
  4. Menarik perjumpaannya.. Yup kita kat Malaysia ini, anak-anak masih lagi pulang menziarah orang tua di kampung.. Tambah lepas pandemik, lagi kerap anak-anak balik menziarah.. Kadang orang tua turun menziarah anak-anak.. ikatan kekeluargaan tu masih kuat..

    ReplyDelete
  5. sharing session yg menarik...bertukar pengalaman...sepupu saya ada tinggal di Gunung Besout, yg ada bela rusa..

    ReplyDelete
  6. Wahhh..seronok dapat bertukar² pengalaman dengan deligasi yang datang melawat.
    Agaknya kalau deligasi jepun tu dengar mami ni tiap minggu balik kampung, mesti diorang terkejut campur heran kann. Hahaha

    ReplyDelete
  7. Wah! tahniah Ana, mesti orang kuat ni

    ReplyDelete
  8. Saya suka program macam ni. Dulu masa kecik2 kat kampung selalu je ada program macam ni. Terasa bangga sebab orang luar sudi nak kenal budaya hidup kita

    ReplyDelete
  9. seronok join aktiviti macam ni, boleh sembang pasal culture masing2

    ReplyDelete
  10. Wahh, akak orang gunung besout ya? Kakak ipar saya orang gunung besout juga..

    ReplyDelete
  11. di sebalik kemajuan negara diorang, ada sesuatu yang dicemburui oleh warga mereka pada kita kan

    ReplyDelete
  12. Belum mereka ikut rombongan Cik Kiah dan JJCM..hehehehehe

    ReplyDelete
  13. Dapat tukar pendapat antara satu sama lain.

    ReplyDelete