Standby Dashcam

23 September 26 Comments

 


Ini lagi satu yang perlu ada juga zaman sekarang ni -- Dashcam. 

Abah dan Abang Long dah lama pesan suruh pasang dashcam ni 

semenjak kes Fuuhhhh Sekelip Mata haritu, Abah & Mak memang risau.

Maklumlah malang tak berbau. 

Benda kalau nak jadi, sekejaaaaaap je kan?


Maka setelah berusaha keras menahan segala pembelian yang bukan-bukan,

Dapat juga mencapaikan hajat yang lama tergendala.

Dashcam ni ada banyak jenis dan lain-lain harga.

Terpulang pada poket kita nak pilih yang mana satu.

Aku kena tunggu Abang Long balik cuti hujung bulan nanti,

baru boleh nak ajak bawa pergi pasang setup dashcam ni.

Moga cun lah semua hendaknya demi masa depan yang lebih cerah huhuhu

Santau : Manusia Bertopeng

18 September 23 Comments

 


Ingatkan zaman dah makin maju, dah takda lah kes santau santau apa semua ni.

Rupa-rupanya tidak ya tuan tuan.

Hati manusia ni bila dah busuk, apa saja pun sanggup buat.


Gambar pinjam Google


Kat tempat kerja aku ni ada sorang akak tu yang kami panggil Kak Fiza.

Kak Fiza ni jenis ceria orangnya. 

Setiap hari datang kerja mesti dia akan memeriahkan suasana.

Tapi satu hari tu aku nampak Kak Fiza ni macam lebih banyak senyap je.

Dan bila Nana bukak cerita, barulah aku faham.

Rupanya Kak Fiza ni kena buatan 'keluarga terdekat' berpunca tak puas hati pasal tanah.

Tanah hak milik arwah ayah dia tapi 'keluarga terdekat' tak puas hati.

Nak rebut tanah tu dengan hantar santau pada semua ahli keluarga Kak Fiza.

Bisnes kakak, bisnes abang dia malap disebabkan hasad dengki 'keluarga terdekat' tu.

Nana kata Kak Fiza pernah cerita yang 'keluarga terdekat' tu,

nak habiskan semua waris yang ditinggalkan arwah ayah Kak Fiza.

SEMUA tu termasuk segala anak menakan, cucu menakan.

Supaya bila semua waris mati, mudah untuk dapatkan harta tanah tu.

Dan Nana kata lagi, Kak Fiza pernah kena santau sampai melekat segala

paku, mata kail, pisau cukur dan miang buluh.

Allahuakbar deritanya hanya Tuhan yang tahu.

Harini Kak Fiza tak masuk kerja sebab semalam dia kena santau teruk lagi.

Mohon doakan kesembuhan untuk Kak Fiza sekeluarga ya.

Moga kita semua dijauhkanlah daripada busuk hati manusia yang sebegini :(


Sempena Birthday Papa

15 September 17 Comments

 


Masa 08 September haritu hari ulangtahun kelahiran Abang Long aku yang ke 42. Mula-mula Kakak Ipar (Kak Long) plan minta tolong aku untuk bawa Mak & Abah sebagai kejutan tapi Abg Long ajak balik kampung (rumah Mak & Abah), maka terpaksa cancle lah kejutan.


Kek indulgence Kak Long order daripada kawan dia home baker.



Masak sendiri je ikan pari bakar & shellout



Kak Long pada mulanya dah planning macam-macam nak buat kejutan sempena birthday husband dia (Abang Long aku). 

Tup tup masa hari diorang dalam perjalanan nak balik ke rumah Mak & Abah aku, kereta diorang pula meragam. Ada benda apa entah yang menyebabkan kereta jadi semput-semput dan kerap mati sendiri pastu bila start pun jadi lambat nak hidup. 

Terus potongggg mood Abang Long.

Kakak Ipar plan kononnya nak ajak makan-makan kat luar.

Tapi bila tuan badan dah hilang mood, decide makan-makan kat rumah aje lah.

Mak & Abah pun lebih seronok makan-makan kat umah je sebab selesa.

Bakar-bakar ayam, buat shellout sikit, ikan pari bakar sikit & masak spagetti, fries, nugget.

Lebih jimat pun iye jugak masak sendiri ni.

Maklumlah zaman sekarang hidup ni kerassssss ye dak? 

Moga Abang Long dipermudahkan segala urusan kereta dia aminnnn.

#ApaNakMakan-Begedil Soto Apam Gula Hangus

20 August 21 Comments

Salam hujung minggu. Hujung minggu mood kerajinan ada datang sikit hehehe.

Jadi kita pun lenyek lah kentang sebab ada permintaan nak si adik bongsu nak makan begedil.




Selesai lenyek kentang dan jadi begedil.

Kita proses buat soto pulak sebab mak teringin nak makan soto.

Sebab bila beli, tak puas makan soto & begedil tu.

Buat sendiri boleh letak sukahati banyak mana kita nak ye dak? hehe

Pastu masuk petang sikit, mak kata teringin apam gula hangus.

Kita godeklah bahan yang ada kat rumah.

Jadilah dapat 36 biji halus comel-comel buat makan petang hehe


Ayuh Mengundi!

12 August 9 Comments



12 Ogos 2023 - Pilihan Raya Negeri untuk 6 negeri (Kedah,Penang,Kelantan,Terengganu,Selangor,N9).

Moga dipermudahkan urusan semua.
Moga pemimpin yang kurang memberi mudarat menjadi pemimpin.
Moga selamat semuanya.



Disebabkan sana sini sibuk mengundi, maka aku yang tak terlibat ni, jadi chef mengundi kat dapur je.
Menu pun yang mudah ringkas je lah untuk jamu tekak.

Ikan kerisi & ikan pelaling goreng rangup.
Abaikan ekor, sirip ikan goreng tu,
sebab anak saudara dah ngap dulu.
Habis kemetot ekor ikan tu.

Sambal sotong lauk feveret kakak ipar.
Masak lemak sayur pucuk dan suun feveret abang long.
Ulam dan sambal belacan feveret aku.

Cukuplah menu untuk hari pengundian.
Syukur Alhamdulillah masih ada lauk di meja makan.


Ayuh Istighfar

11 August 12 Comments

 




Walaupun setiap hari semakin 'keras' dengan ujian kehidupan, kita jangan lupa bersyukur dan istighfar selalu. InshaAllah akan ada cara dan jalan Allah akan beri pada kita untuk selesaikan sesuatu masalah. 

Atau paling tidak, kita kerapkan sedekah pagi.

1 hari = sedekah 1 ringgit pun takpe (ikut mana kita mampu & tidak membebankan)

Akan ada 'keajaiban' yang kita tak sangka-sangka.

Cuba jadikan amalan kita.

Bukan untuk sesiapa, untuk amal jariah kita juga ye dak? :)

#ApaNakMakan-Roti Kukus / Roti Wap

09 August 13 Comments

 


Macam-macam jenis makanan viral & trending zaman media sosial sekarang kan?

Baru-baru ni viral pasal Buah Donut Peach.

Tapi disebabkan harga dia agak 'kayangan' untuk poket aku, jadi belum sempat merasa hehe




Masa pagi semalam, awal-awal sampai ofis tu, dari jauh dah dengar meriah suara Kak Izah & Nana.

Sampai je ke pantry tu, harum semerbak bau yang menggamit bulu hidung hehehe

Nana dengan pantas hulur sebekas ROTI KUKUS atau ROTI WAP pada aku.

Dia suruh aku cuba yang berlauk dan yang filling inti manis (cheesy yogurt,nutella & peanut).

Dan tekak aku lebih suka pada yang Roti Kukus / Roti Wap inti berlauk.

Sebab ada rasa pedas, manis, masin. Semua balance.

Kak Izah yang belanja menu sarapan Roti Wap pagi tu.

Ada gerai baru start niaga katanya & nak support peniaga tu.

Boleh tahan sedap juga Roti Kukus / Roti Wap berinti.

Anak Ikan-Pekasam Puyu

06 August 15 Comments

 


Salam hujung minggu. Moga sahabat dalam keadaan sihat semuanya. 

Jalan-jalan ke mana hujung minggu? 

Aku tak ke mana-mana. Habiskan masa di rumah je dengan keluarga.




Masa pegi ke pasar  pagi dengan Mak & Abah, ada nampak pakcik jual ikan puyu.

Ikan Puyu memang antara feveret Mak & Abah.

Memang tak lepaskan peluang terus beli.

Selesai siang dan cuci, Mak kata nak jadikan ikan pekasam puyu.

Sebab dah banyak kali terkena, bila beli ikan pekasam yang dah siap,

ada je yang kurang kena pada tekak.

Jadi ambil keputusan untuk buat sendiri.

Cara buat pun tak susah mana.

Sangai (goreng kering) je beras ikut anggaran banyak mana ikan.

Kemudian tumbuk beras yang dah di sangai (tumbuk tak terlalu halus)

Garamkan ikan puyu dan gaulkan dengan beras yang di sangai.

Masuk dalam bekas bertutup dan simpan 4-5 hari.

Lepas dah 4-5 hari, dah boleh goreng ikan pekasam tu.

Potongkan bawang, Cili Padi & perahkan limau nipis. Fuhhhh!

Ini antara menu 'bahaya' sebab daripada nak diet, boleh punah harapan diet hehehe



Apa Khabar Orang Kampung?

02 August 13 Comments

 


Terasa macam lama tak muncul di sini hehehe.

Apa khabar semua orang kapung? 

Moga dalam keadaan baik-baik saja hendaknya.

Menjalani setiap hari yang semakin dirasakan mencabar sekarang ni,

Moga semua sahabat blog diberi kesihatan yang berpanjangan.

Nak kata musim batuk demam pun macam iye jugak sekarang ye dak?



Julie Polis Evo 3

03 June 15 Comments

 


Dah tengok ke Polis Evo 3? Aku bukanlah peminat fanatik. Nak pergi layan sebab member nak belanja tiket free memang laju je ye dak? hehehe


Mula-mula tengok ingatkan anak atau sepupu sepapat Sofea Jane!
Sebab memang ada iras-iras dengan Sofea Jane.
Rupanya Inspektor Julie ni namanya Farali Khan.
Dah melakar bidang di Tanah Seberang.
Dan sekarang dah masuk dalam bidang lakonan di Malaysia.
Abang dia Miller Khan memang lebar sayap lakonan di Indonesia.

Terpaku jugak tengok scene dia lawan dengan Reza dalam Polis Evo.
Nampak real betul ! Menang macam fighter sejati !

Padu jugak watak Julie.
10 bintang lah untuk watak Julie hehehe

Menu Gini Takpe Dah

23 May 20 Comments

 


Syawal dah habis. Open house pun dah habis. Duit gaji pun makin tipis ye dak? hehehe. Menuju ke hujung-hujung bulan ni memang ramai yang struggle nak bertahan demi menyambung kehidupan sementara nak tiba ke hari gaji. 

Ada yang kerja jenis gaji dua kali sebulan sedap sikit.

Tengah bulan dapat advance separuh.

Hujung bulan dapat lagi separuh.

Takdelah had-had hidung sangat.


Mana yang jenis gaji memang hujung bulan baru dapat, kena bijak pandai & kena berusaha keras lebih sikit lah. Kadang-kadang perasan ada abam-abam food rider kerja sampai lewat malam demi mencari rezeki untuk keluarga. 

Pada kita semua, moga dipermudahkan segala urusan.
Moga diberi ketabahan menghadapi ujian setiap hari.

Ada Yang Ni Cukup Dah

15 April 21 Comments

 


Ramadhon semakin ke penghujung.

Tiap hari geng mak-mak ligat pikir apa menu untuk berbuka puasa.


Aku pulak antara sejenis manusia yang tak makan nasi waktu berbuka puasa.

Macam pelik kan tak makan nasi? 

Ya benarrrrrr tak makan nasi TAPI 

Makan juadah lain yang selain nasi lah.

Contohnya kuih ke atau cucur ke.

Ataupun kalau dapat colek buah (buah potong & pencicah)

sudah cukup buat aku kenyang.

Tambah pulak sekarang musim cuaca panas lain maciammm.

Berbuka puasa lebih fokus minum je daripada makan.

Engkorang pulak apa menu yang wajib masa berbuka?

Aha! Cara Mop Lantai Hilang Kesan!

13 April 18 Comments

 


Sebelum ni ada terbaca orang share cara mop lantai effective.

Pernah gunakan air panas untuk lantai bersih elok.



Tapi maklumlah rumah yang ada banyak anak bulus kena kerap mop.

Boleh dikatakan setiap hari kena sapu dan mop lantai.

Selalunya mop pakai air biasa dan guna pencuci tangan yang beli di Eco.

Satunya sebab murah keduanya sebab wangi.

Dan tambah jugak softener sebab nak lantai bau lagi wangi.

Memang terbukti lantai berkilat TAPI..

Bila si anak-anak bulus lalu lalang pijak lantai,

atau kaki kita sendiri pijak, mesti akan tinggal kesan tapak kaki.


Pastu kalini cuba pulak mop guna air panas dan letak beberapa titik

pencuci tangan (handwash eco tu),

lepas mop dan lap lantai,

walau anak-anak bulus pijak lantai,

atau kita pijak lantai terbukti dah tak tinggalkan bekas tapak kaki!

Setakat ni cuba untuk tak letak softener (pelembut kain).

Mungkin kandungan softener kot yang jadi punca ada kesan tapak kaki.



Alamat Macam Ni Pun Ada Ke?

12 April 16 Comments

 


Ini betul-betul kejadian.

Dah lah sekarang bulan Ramadhonnnn.

Kesiannya runner / rider yang kena hadap ujian ni.


Macam mana lah ye boleh letak alamat macam tu?

Takda langsung ke rasa menyusahkan orang?

Satu hal pulak runner / rider nak kena berfikir,

depan pokok serai aduhai.

Buat malu orang johor je dik huhuhu


Ada Dapat Kad Raya Lagi Tak?

09 April 18 Comments

 


Dulu-dulu kad raya memang salah satu benda wajib setiap kali musim raya.

Ada yang gantung pada ranting kayu.

Ada yang susun atas meja.

Ada yang gantung di dinding.

Kad raya dikirim secara pos untuk mohon maaf pada sahabat dan kenalan.


Masa zaman tu takda kemudahan internet lagi.
Kalau ada pun sangat terhad dan mahal untuk memiliki.
Jadi solusinya adalah Kad Raya.

Memang nostalgia!
Paling seronok bila dapat kad raya size besar.
Dan siap ada ringtone lagu raya bila buka!
Teruja bukan main lagi masa tu hahaha

Syok lah buka tutup-buka tutup,
semata nak dengar bunyi ringtone tu.
Siap ada pantun lejen :

"Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas"

Simpan lagi tak kad raya dulu-dulu? hehe