Jellyball Fruity Atau Milky?

15 January 10 Comments

Sebulan - dua bulan yang lalu, ranchakkk tular berkenaan dengan JELLYBALL.

Ada yang buat jellyball berperisa buah atau fruity.

Ada juga yang buat jellyball bersusu atau berkuah susu (milky).



Aku menchoba beli jelly ball ni dengan harga Ringgit Malaysia 3 untuk 1 cocok.

Boleh lah buat ghaso-ghaso (sebab beli waktu tengah hari & macam dah mula cair tu).

Ramai juga yang pertikai harga yang diletakkan pada 1 cocok jellyball tu.

Ada yang jual Ringgit Malaysia Tiga untuk 6 biji (1 cocok).

Ada yang jual Ringgit Malaysia Lima - Enam untuk 6 biji (1 cocok).

Pada aku, harga tu diletakkan mungkin berdasarkan pada modal.

Ada yang modal mahal sebab beli barang mahal di tempat dia.

Dan mungkin ada yang dapat beli bahan mentah murah sikit,

jadi dia boleh jual harga murah sikit berbanding orang lain.

Senang cerita, nak murah beli buat sendiri.

Pastu haaaaa pikir sendiri berbaloi ke tidak jual harga yang awak letak tu eheee~

Jenguk Kebun

09 January 29 Comments

 

Hari minggu jugak hari yang paling sibuk memenuhi macam-macam aktiviti.

Dan salah satu aktiviti yang paling aku suka adalah temankan Mak & Abah ke kebun sawit.


Tapiiiiiiii satu je yang kurang best bila musim hujan.
Adalah jalan masuk nak menuju ke tanah lot kebun Abah macam gitu.

Tiap kali musim hujan berlarutan, jalan kebun mesti teruk.
Dan beberapa kali jugak kejadian tanah runtuh / tanah rebak / jambatan runtuh.

Aku tak pasti kenapa pengurusan Felda tak boleh handle macam cara Estate.
Pengurusan Estate nampak macam lebih bagus handle jalan kebun / jalan pertanian.
Sebab aku pernah beberapa kali juga ikut masuk dalam kawasan kebun estate,
dan jalan pertanian / jalan kebun sana memang helokkkkkkkkkkk!

Hurmmm jalan dalam kawasan kebun milik Felda kebanyakan memang gitu lah.
Husnuzon mungkin disebabkan faktor bentuk muka bumi. Mungkinnnlaaahhhhh~


Sebenarnya Abah dah tak dibenarkan buat kerja berat.

Semenjak operation mata tahun lepas, doktor dah pesan.

Tapi sekali sekala Abah memang akan buat juga sikit kerja kait / tuai sawit ni.


Disebabkan kadang-kadang ada waktunya pekerja yang kita dah bayar

untuk tuai sawit tu tapi mereka bertangguh dan tunda pula ke tarikh lain.

Bila ditunda, tempoh matang sawit tu akan jadi terlebih, dan akan menyebabkan

buah sawit busuk nanti. Bila terlajak masak dan mula busuk, nanti kadar timbangan 

dan kadar perahan minyak sawit akan terjejas.

Semua tu akan effect pada hasil jualan.


Hermmm sebab tu juga lah ada pepatah :

"Orang lain takkan boleh jaga macam mana kita jaga hak kita sendiri"

Ada ke pepatah tu? hahahaha tapi mesej nya smpai kan? =P

Berbudi pada bumi sahaja yang pasti memang takkan rugi.

Japan Deligation

09 January 13 Comments

 

Minggu lepas satu rombongan dari Universiti Nigata Jepun 

diiringi dengan rombongan dari UKM hadir untuk sesi perjumpaan

dengan Kelab Warga Emas Felda Gunung Besout, Sungkai Perak.

Prof Hugo Ishikawa & Miss Yuka (doktor dari Universiti Nigata Jepun),

hadir untuk kajian berkenaan kehidupan dan kesihatan warga emas di sini.


Prof Hugo & Miss Yuka agak terkejut bila dengar ibu-ibu, ayah-ayah warga emas 
berkongsi cerita aktiviti harian termasuklah aerobik, sesi masak-masak, ziarah kasih,
gotong-royong, sambutan hari kebesaran & majlis rasmi..

Dan paling terkejut bila diberitahu warga emas di sini masih ada yang ke kebun sawit,
mengusahakan sendiri hasil kebun dan bertanam kebun keliling rumah.
Dan anak cucu pulang ke kampung hampir setiap bulan.

Sebab warga emas di jepun katanya bila usia dah mencecah 60 ke atas,
ramai yang hidup sendirian sebab anak-anak semua keluar kota bekerja.
Dan jarak untuk pulang ke kampung agak jauh.
Jadi ramai warga emas di sana kesunyian sebab anak cucu tak boleh pulang selalu.


Majlis perbincangan berjalan selama sejam setengah.
Dan disambung dengan sesi penyampaian sijil pada semua Biro Penasihat Klinik.
Kemudian disambung dengan sesi makan tengah hari.

Dan seterusnya sesi bergambar untuk kenangan dengan kehadiran Prof Hugo & Miss Yuka.

Kemungkinan akan ada lawatan deligasi yang seterusnya dalam 4-5 bulan akan datang.

JJCM - Nasi Bamboo Sg Klah

08 January 21 Comments

 

Beberapa hari yang lepas, ada beberapa orang Makcik 

Ahli Mesyuarat Tingkap Geng Mak datang ke rumah. 

Memang jadi rutin harian, setiap pagi lepas je selesai sesi jalan ronda kampung,

akan ada 1 rumah yang jadi pit stop lokasi 'bermesyuarat'.

Hal yang dibincangkan merangkumi pelbagai topik.


Topik bukan hanya tertakluk pada isu semasa,
ada juga isu-isu berbangkit.

Dan ada sorang Makcik tu cakap banyak baju yang dah terpakai,
keadaan masih elok tapi tak tahu nak serah ke mana.
Mak pun apa lagi, terus buka cerita kisah dia dan aku hantar ke Pusat Pengumpulan.

Semua makcik tu berminat nak turut serta hantar tapi takda kenderaan.
Jadi aku cadangkan boleh kumpul hantar ke rumah kami & kami akan hantar.

Pagi Ahad yang lalu, aku dan Mak pun terus pergi hantar ke Pusat Pengumpulan
yang terletak di pekan Tanjung Malim, Perak.



Selesai je hantar segala pakaian terpakai tu,
Mak cakap teringin nak makan Nasi Bamboo.
Memandangkan Nasi Bamboo Sg Klah ni
dah melebarkan sayap cawangan kedua nya
yang terletak di Behrang Resident (tak jauh exit tol Behrang),

jadi aku terus bawak Mak singgah makan tengah hari.
Kalini Abah tak join sebab Abah memenuhi jemputan
Walimatul'urus kawan Abah.

Macam biasa lauk-pauk jenis masakan kampung ni,
memang kena dengan selera Mak.

Kalau haritu kami mencuba Pak Man Nasi Tempurung,
kalini Nasi Bamboo (dia gunakan daun Lerek).

Nasi Bamboo di cawangan Behrang Resident ni,
suasananya lebih tenang dan selesa kalau dibanding
dengan lokasi pertama di tepi jalan besar Sungkai.

Kaunter bayarannya memang tip top sebab 
setiap stesen lauk ada kaunter masing-masing.

Jadi pilih ambil bayar , duduk dan makannnn! hehe

Jumaat Barokah : Roti Jala Kari Daging

05 January 21 Comments

 


Jumaat Pertama di tahun 2024 dimulakan dengan kongsi rezeki.

Ini permintaan si Bong juga.



Nak bawa Roti Jala Kari Daging katanya.
Aku onzzzz aje kalau memang takda kekangan apa-apa.

Mak pun setuju aje sebab roti jala salah satu kegemaran Mak.
Selalunya buat roti jala cicah dengan kuah durian.



Kalini geng kan dengan kari daging.
Memandangkan si Bong nak bawa untuk sesi makan-makan,
aku pon mula start enjin menjala jam 4.30 pagi sambil siapkan kari daging.
Menjala guna dua pan memang jadi mudah dan cepat siap.
Untuk 1 kg tepung boleh dapat lebih kurang 90 pcs roti jala.
Buat 2 kilo lebih. Boleh bagi jiran kiri kanan merasa sekali.

Selesai bersilat di dapur lebih kurang 6.30 pagi.
Ngam-ngam soi sebab si Bong nak gerak 6.45-6.50 macam tu.

Moga Allah bagi sedap & kenyanglah semua sahabat si Bong aminnn :)



Jom Buat! Golden Ball Sushi King

04 January 19 Comments

 


Balik dari kerja petang semalam, Mak aku minta tolong kaitkan buah pelam telur 

yang rachakkkkk berbuah.

Terlalu banyak penuh sepohon kayu daunnya rimbun.

Mak kata boleh bagi si Bong (Adik Bongsu aku si Aiman) bawak ke ofis Proton.


Daripada buah tu busuk di pokok, lebih baik beri pada orang kan?

Kait punya kait, dapat lebih kurang 3 tong cat 5 liter.

Pastu aku pon bagi-bagi pada jiran kiri kanan.

Selebihnya si Bong bawak untuk bagi pada kawan-kawan dia.


Agenda petang selesai dengan sesi kait pelam telur.
Disambung pula sesi malam bila si Bong pulang dari kantor dia.

Si Bong ni memang selalu ada je permintaan dia.
Nasib baiklah ada je bahan dalam peti ais tu.

BAHAN-BAHAN GOLDEN BALL SUSHI KING

-Crab Stick
-Telur Rebus
-Lada Putih
-Mayonis Kewpie
-Sesame Oil
-Tepung Serbaguna 
-Serbuk Roti

Cara buat pun mudah sangat.
Rebus telur pastu salutkan dengan tepung dan serbuk roti.

Pastu potong dua telur rebus & ratakan campuran crab stick dengan mayonis.
Taruklah banyak menggunung tinggi ikut tekak kita sendiri.

Zaman serba serbi mahal sekarang ni,
kena rajin buat sendiri aje apa yang teringin tak gitu? hehe


Jom Join ! Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor

03 January 18 Comments

 



KLIK BANNER DI ATAS UNTUK JOIN


Sis Cie buat Giveaway sempena dah lebih 12 tahun usia blog beliau tau!

Tempoh Giveaway ni bermula 30 Disember 2023 hingga 29 Januari 2024.

Masih sempat lagi untuk turut serta memeriahkan Giveaway ni tau!

Haaa hadiah pula akan ada 8 pemenang!

Apa tunggu lagi letssss go gaisssssss! hehehe


Jalan-Jalan Tahun Baru

03 January 16 Comments

 


Salam tahun 2024 semua! Moga sahabat semua dalam keadaan baik saja. 

Buku 2023 sudah selesai. Melangkah masuk ke halaman baru tahun 2024.


Tahun 2024 aku mulakan dengan bawa Mak dan Abah jalan cari makan 

di sekitar bandar Teluk Intan Perak. 

Lokasi yang kami singgah adalah di Pak Man Nasi Tempurung.



Di Pak Man Nasi Tempurung ni banyak juga pilihan lauk. 
Ada kambing bakar, ikan bakar, kerang rebus, udang, 
masak lemak daging salai, telur masin dan pelbagai sayur ulam. 

Keunikan di sini sudah tentu kerana nasi nya dihidangkan dalam tempurung 
yang di skru khas bersama dengan tapak untuk memudahkan berdiri terletak elok.

Pak Man Nasi Tempurung ni baru saja dibuka 
pada Awal November 2023. 
Dan masih dalam proses penambahbaikan pembesaran kawasan makan.

Jika pergi waktu hujung minggu memang agak panjang barisan 
dan berdiri lama untuk buat bayaran kerana kaunter hanya ada satu. 

Pada tekak Mak dan Abah aku, mereka berikan rating 8/10 overall okay.

Kawasan parking sangat luas dan mudah untuk diakses.

Cuma jalan untuk masuk agak bahaya sikit 

disebabkan perlu melintas jalan raya yang sibuk.

Boleh repeat lagi nanti sebab Mak dan Abah kata sedappppp! hehehe


Nak Hantar Ke Mana Barangan Terpakai?

07 November 22 Comments

 


Zaman sekarang ni semakin keras dengan pelbagai dugaan hidup seharian.

Dan ada antara kita kurang bernasib baik dan agak susah dalam menempuh kehidupan.




Untuk sesiapa yang tinggal sekitar kawasan Tanjung Malim Perak, 
ada satu Pusat Pengumpulan Barang Terpakai terletak di Taman Bandar Tanjung Malim.

Landmark pun tak susah nak cari.
Hanya perlu waze Pasaraya TGM Tanjung Malim.
Dan perlu terus ke depaaaaan sikit dan belok kanan.
Terus akan nampak kawasan tapak pengumpulan ni.




Pengendalinya Puan Habibah Yaakob sangat ramah.
Dan bukan terhad hanya pakaian terpakai sahaja,
Kita boleh juga hantar buku-buku dan toys untuk diagihkan pada yang memerlukan.

Terutama pada golongan asnaf dan perumahan Orang Asli yang berhampiran.
Tak lupa buat mangsa yang terlibat dengan tragedi banjir.

Tapi sebelum hantar pakaian terutamanya,
Adalah lebih baik kita asing, packing & label siap-siap.
Supaya mudah kerja agihan pada golongan sasar.

Sebab dah pernah berlaku dulu longgokan pakaian terpakai,
ada jugak yang hantar pakaian yang dah taraf kain buruk .

Kesian pada petugas sukarela yang perlu asingkan pulak semuanya :(


Nak Test Mesin Jahit Raleigh

06 November 14 Comments

 


Hujung minggu baru ni ada kawan Abah (Paklong Hamid) sekeluarga singgah ke rumah.

Diorang balik dari majlis walimatul'urus di Kampar.

Sembang punya sembang, Paklong Hamid kata ada 1 mesin jahit vintage dah takda sapa guna.




Paklong Hamid kata mesin jahit Raleigh ni daripada arwah Nenek dia dulu.
Diwarisi oleh Paklong Hamid sebab orang lain tak pandai guna.
Dan dah lama mesin jahit ni tersadai kat rumah Paklong Hamid.

Abah kata jual je lah kat Abah & boleh lah guna untuk jahit apa-apa.
Paklong Hamid kata ambik je lah free kat rumah dia.

Abah pun tak lepaskan peluang, esok pagi terus pegi rumah Paklong Hamid.
Nasib baiklah muat sumbat mesin jahit Raleigh ni dalam alza Paklong Hamid.

Sampai je kat rumah, Abah cuba dulu pijak mesin ni.
Wahhhh meluncur laju tanpa gagal!
Abah pun turunkan ilmu dan teknik cara nak guna.

Aku tak pernah ada pengalaman guna mesin jahit weyhh! 
Ehhhh tapi tak susah mana rupanya.
Aku test pijak mesin dan ikut je rentak dia,
Tadaaaaa menjadi jugak pelapik / alas periuk pertama aku hahahaha!

Okey ini memang betul-betul 'duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit'
Kalau kena caranya wuhuuuuuu~

-Skill Takoyaki dah ada
-Skill menjahit --- on the way hehehe

Okay Nah Pan Takoyaki

25 October 22 Comments

 


Hi semuaorang! Semalam aku share berkenaan kerajinan diriku membuat takoyaki

Dan yes Pan Takoyaki aku beli di shopee setelah berkali-kali dirachunnnn oleh si adik bongsu.


Ada sahabat yang bertanya sos takoyaki tu buat sendiri ke?

Semestinya tidak tuan puan.

Sebab aku order saja di shopee dan boleh pilih nak set yang macam mana.

Link Set Takoyaki Pan sekali tepung dan sos Takoyaki :


1) Link Takoyaki Pan Sahaja

2)Link Set Pan (termasuk tepung & sos)


Aku beli yang full set lebih mudah sebab semua ada.

Usah gusar fikir takut tak jadi.

Kita hanya perlukan keberanian untuk mencuba saja.

Permulaan akan comot sikit dan kemudian inshaAllah akan terbentuk helokkkk hehehe


Octopus Takoyaki

24 October 23 Comments

 


Hai moga sihat semua sahabat blog saya. Baru-baru ni si adik bongsu saya (nama Aiman tapi disebabkan dia bongsu dan dia taknak dipanggil Acu / Usu / Paksu jadi dia kata panggil dia Bong saja (sesiapa pernah tonton drama Bong lakonan si Ikhwan (rujuk gambar bawah)



Jadi sejak lahirnya anak-anak saudara, semua panggil Bong. Dan sudah beberapa kali si Bong 'merachunnnnnnn' ajak aku beli Takoyaki Pan sebab Takoyaki ni salah satu makanan kegemaran Bong dan juga Mak aku.

Maklumlah bila beli, bahan atau isi dalamnya tak besar mana lah ditambah pula dengan kenaikan harga barang zaman sekarang kan? 


Setelah lama dirachunnnnn oleh si Bong, akhirnya aku ambil keputusan untuk beli Takoyaki Pan dan ketibaan Takoyaki Pan tu disambut dengan senyuman lebarrrrrr oleh Mak aku.




Masa mula-mula picit masukkan bancuhan tepung tu, agak comot juga sementara nak dapat rentak buat bulat-bulat tu. 

Tapi bila sudah dapat rentak, tadaaaaaaa hasilnya agak membanggakan diri sendiri sebab bukan saja rupanya cantik malah rasanya juga tak kurang lazatnya.

Tak tabur Bonito Flakes (Mak panggil 'daun kering' hahaha) sebab Mak tak suka makan benda tu =P

Bong, Mak dan Abah yang jadi Jururasa juga tanpa rasa ragu berikan 8 bintang out of ten! 

Jadi adakah saya perlu mulakan berniaga takoyaki ? kehkehkeh