MyPhone-In JPN: Gantian MyKad Rosak Melalui Telefon

04 March 13 Comments

 


Pernah dengar tak permohonan ganti MyKad rosak melalui perkhidmatan talian telefon?

Selain menggunakan sistem gantian online, anda juga ada pilihan untuk buat gantian MyKad melalui telefon bagi masalah MyKad rosak.


MyPhone-In JPN: Gantian MyKad Rosak Melalui Telefon

Syarat-syarat permohonan untuk perkhidmatan MyPhone-In JPN adalah seperti berikut:

📌Gantian MyKad biasa atau cip / kad rosak sahaja

📌Bayaran permohonan RM10 (dibayar semasa mengambil kad)

📌Hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja

📌Pusat kutipan hanya di JPN Putrajaya serta JPN ZOOM dan Ibu Pejabat Negeri sahaja

📌Tiada perubahan alamat, agama, pindaan nama dan gambar

📌Caj hilang akan dikenakan sekiranya gagal mengemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter

 



Cara Ganti MyKad Rosak Melalui Telefon

Untuk membuat gantian MyKad rosak melalui perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila buat panggilan ke talian berikut:

TALIAN HOTLINE MYPHONE-IN: 03-8880 8066

Waktu Operasi

Isnin hingga Jumaat – 8 pagi hingga 5 petang

Waktu Rehat

Isnin – Khamis: 1 petang hingga 2 petang

Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.42 petang


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut tentang cara ganti MyKad rosak melalui telefon dengan perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila layari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di https://www.jpn.gov.my/my/

ATAU hubungi

03-8000 8000


Mesin Penapis Air Antara Punca Bil Elektrik Tinggi?

03 March 12 Comments

 


Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca bil elektrik tinggi terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.

Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh berkata peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.

“Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.

“Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan.

Ismail Lathifi berkata jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.



Tips Jimat Elektrik

Dalam pada itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

 “Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah,” katanya.

Ismail Lathifi turut menyarankan kepada pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.

 “Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik tinggi dan melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik,” katanya lagi.


Sumber : Bernama 

Maybank2u Palsu : Elak Layari Laman Web Scam

02 March 8 Comments

 


Setiap bulan mesti ada saja kes penipuan (scammer) . Scammer sekarang pula semakin pandai menggunakan pelbagai helah untuk menipu orang ramai. Ada yang guna taktik panggilan telefon dengan menyamar sebagai Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) , menyamar menjadi polis lah. 

Anatra Beberapa Alamat Laman Web Palsu


Ada juga yang guna taktik melalui pautan (link) tebus hadiah pada email lah. Dan yang terbaru taktik phishing (scammer meniru laman web perbankan contoh Maybank2u tapi alamat url di atas adalah berbeza pada yang asal iatu Maybank2u.com.my )


Baru-baru ni, Maybank mendedahkan terdapat lagi TIGA laman web palsu, yang menyerupai laman web yang asal. Pihak Maybank menasihatkan agar orang ramai double check setiap kali log masuk pada laman web maybank. 

Kalau ada terjumpa mana-mana laman yang palsu menggunakan Maybank2u, boleh terus hubungi talian khidmat pelanggan Maybank di 03-5891 4744 .

Misteri Di Sebalik Lagu Nenek Si Bongkok Tiga

01 March 7 Comments

 


Misteri Di Sebalik Lagu Nenek Si Bongkok Tiga

Siapa yang lahir tahun 70an, 80an dan 90an sudah pastinya cukup kenal dengan permainan nenek si bongkok tiga. Permainan ini diiringi dengan nyanyian sebuah lagu. Tentunya ketika masih kanak-kanak kita tidak pernah terfikir dari mana asal-usul lagu nenek ini, siapa pencipta lagu ini dan sejarahnya.




Aku terbaca status di facebook Yazeed Hair Johari bertanya tentang lirik lagu Nenek Si Bongkok Tiga ni. Ramai yang respon berkenaan terdapat kisah mistik disebaliknya.

Jom sama-sama kita amati lirik lagu nenek si bongkok tiga ini.

Nenek, Nenek Si Bongkok Tiga.

Siang mengantuk Malam Berjaga.

Mencari Cucu Di Mana Ada.

Nenek Ku Kahwin Dengan Anak Raja.

Cucu tak Dapat Lari.

Nenek Tua Banyak Sakti.

Sekarang Juga Nenek Mencari.

Siapa Kena Dia Jadi.

Sekarang kita akan menelusuri lirik lagu ini. Apakah maksud tersirat disebalik lagu nenek bongkok tiga ini?. Apakah lagu ini ada kaitan dengan sesuatu yang mistik seperti saka atau sekadar maianan anak-anak kecil?

1.Nenek,Nenek Si Bongkok Tiga ,Siang Mengantuk Malam berjaga.

Maksudnya:

Sesiapa yang terkena Gangguan Saka Nenek ini, mereka akan kerap Mengantuk di waktu siang, sakit kepala manakala Sebelah malam tidurnya gelisah sukar tidur malam.

2.Mencari Cucu Di Mana ada Nenek ku kahwin Dgn Anak Raja.

Maksudnya:


Siapa terkena Gangguan ini, memilih pasangan hidupnya amat sukar. Raja yang dimaksudkan ialah kemahuannya hendak dituruti, terutama pada pasangan yang berkahwin. Anak raja juga merujuk kepada ‘Jin’. Kahwin disini merujuk kepada ‘perjanjian’ antara nenek dengan ‘anak raja.

3.Cucu tak dapat lari, Nenek Tua banyak Sakti.

Maksudnya:

Saka Nenek kebayan ini penuh dengan muslihat. Maksud cucu nenek tidak akan terlepas. Mereka yang berdampingan dengan jin memiliki beberapa kelebihan.

4.Sekarang Juga Nenek Mencari ,Siapa Kena Dia Yang Jadi..

Maksudnya:

Siapa yang menjadi pilihan nenek, dia lah yang akan jadi pewaris saka tersebut. Nenek tua ini sentiasa Mencari Waris Dan keturunan nya. Siapa yang paling lemah semangat dia la yang kena. Dia sentiasa mencari keturunan nya yang lemah semangat untuk Nenek tua ini berdamping.


Apa pun baik-baik lagu Nenek Si Bongkok Tiga ini memang penuh dengan misteri.Siapa yang mengalami Gangguan Saka ini sahaja yang memahami apa yang di Lalui. Tanda-tanda orang yang mengalami Gangguan Saka Nenek kebayan ini, kerap sakit belakang, belikat, kerap sakit kepala, selalu kembung perut, Rambut banyak gugur, kitaran haid tak normal, sukar dapatkan zuriat, Panas dengan pasangan, kerap mimpi baby, menyusukan baby, bermain dengan baby, kerap mimpi nenek tua dan kerap nampak kelibat Nenek tua.





Wallahu’alam.. Moga gangguan di atas terhindar berlaku pada diri kita,pasangan Kita Dan family kita Aamiin Ya Allah.

Sumber : SeramShit

Food Grab : Allahuakbar !

26 February 7 Comments

 


Hari ni terasa sangat nak makan Yong Tau Fu. Laju tangan order guna Grab Food.

Ikut sistem, dah dapat rider dan patutnya sampai pukul 6.15 tapi sampai 6.45 tak sampai-sampai.

Geramlah juga sebab tak suka buka pintu rumah kalau dah nak maghrib.

Antara jam 6.15 ke 6.45 tu, banyak kali dapat call daripada nombor yang sama.

Memang biasanya saya tak angkat call kalau nombor tak dikenali. Tapi sebab ni tengah tunggu Grab Food kan, terpaksalah angkat juga takut rider susah nak cari rumah.

Angkat, senyap.

5 minit lepas tu, dia call lagi. Saya angkat, senyap.

Ya, berulang kali jadi macam tu. Makin geramlah pulak! Main-main ke apa dia ni!




Lebih jam 7 malam, tergerak hati nak cek mesej kat Grab order tu.

Ya Allah, terus sebak teramat! Bergenang air mata.

Rupa-rupanya rider tu pekak dan bisu.

Rupa-rupanya, banyak kali dia mesej saya tanya lokasi rumah nak hantar. Dia siap bagitau dia pekak dan dia bisu. Tapi saya tak semak inbox. Saya tak baca. Saya tak tahu masalahnya!

Dia call banyak kali tu sebab nak tarik perhatian saya suruh cek inbox rupa-rupanya.

Allahu Rabbi. Hampir sejam dia berpusing-pusing cari lokasi nak hantarkan makanan yang saya teringin nak makan.

Langit dah semakin gelap, tapi dia masih tak tahu kat mana nak hantar makanan yang customer order. Tapi dia tetap setia tunggu dan mencuba.

Padahal bukannya banyak pun upah hantar tu cuma RM3 saja. Tapi seksanya dia nak dapat rezeki banyak tu.

Saya sebak! Rasa bersalah sungguh!

Sebelum sistem close, sempat tangan saya tekan tips for rider untuk tebus rasa bersalah ini. Bagi dia nilai tips paling tinggi yang ada di situ, tapi tetap rasa tak cukup. Tetap juga rasa bersalah terlalu mencengkam hati.

Moga Allah ampuni salah sangka saya dan limpah ruahkan rezeki buat adik Grab Food tadi.

Itulah kita manusia, kadang mudah berprasangka, hanya fikir apa yang kita nak tanpa fikir apa masalah orang.

Saya tulis kat sini untuk jadi peringatan pada saya lain kali. Mana tahu jadi pada tuan puan pula suatu hari nanti, tidaklah tuan puan lakukan kesilapan yang sama macam saya hari ini.

Yang kadang kita ingat salah orang, rupa-rupanya salah sendiri. Allahu Rabbi. 😭


Credit to : bonda nor


Fasa ‘Sexual Grooming’ Yang Mak Ayah Wajib Tahu, Bahaya!

25 February 9 Comments

 


Baru-baru ini viral di laman media sosial dimana terdapat video perkongsian memaparkan seorang lelaki mencium adik angkat keluarganya di bahagian bibir. Walaupun perbuatan tersebut dianggap normal bagi tuan badan, namun sebenarnya perbuatan tersebut adalah tidak sepatutnya dilakukan.


Pelbagai reaksi warganet menyatakan bahawa perbuatan tersebut membuatkan mereka agak ‘terganggu’ dan boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak. Oleh itu, Dr.Redza Zainol tampil bagi menjelaskan kepada ibu bapa mengenai ‘Sexual Grooming’ yang ibu bapa wajib tahu.







Akhir zaman ni macam-macam perkara berlaku diluar pemikiran logik akal kita. Moga kita dijauhkanlah dari segala 'penyakit-penyakit' kritikal yang sebegini.

Sumber  : Dr Redza Zainol


Fasa 1 : Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

24 February 10 Comments

 


Pembayaran BPR Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara berperingkat mulai 24 Februari 2021

 

Cara Semakan Status Bayaran BPR



Untuk membuat semakan status bayaran melalui Portal BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), sila rujuk langkah berikut:

  • Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
  • Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Tekan butang ‘Semak Status’
  • Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.


Sebelum ini, tarikh akhir permohonan telah dibuka dari 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah berkenaan diambil bagi bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak, serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh negara pada ketika ini.

Menurutnya, dengan adanya proses pendaftaran baharu/kemaskini ini, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi semula.

 

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Engkorang yang layak terima, dah check ke dapat ke tidak?


FREE | Daftar Lesen SSM Secara Percuma

23 February 9 Comments

 


Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP): Daftar SSM Percuma Untuk Golongan Ibu Tunggal, Belia & Pelajar

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melancarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) dengan memperluaskan tawaran di bawah Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) kepada golongan belia dan ibu tunggal pada 23 Disember 2020.

Pelancaran ini adalah lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi di sidang Dewan Rakyat pada 15 Disember 2020.

YB Dato Sri Alexander berkata di bawah SPPP, belia dan ibu tunggal dari golongan B40 berpeluang untuk mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma di SSM.


Apakah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM?

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) adalah manfaat skim pendaftaran SSM percuma yang pertama kalinya dibentangkan melalui sidang di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2020.

Ia bertujuan membantu golongan belia dan ibu tunggal untuk menceburi bidang perniagaan bagi menjana pendapatan tambahan yang dapat menampung kehidupan harian seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan sektor perniagaan dan ekonomi negara.

Berkuatkuasa pada 15 Februari 2021, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperluaskan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.


Cara Daftar SSM & Renew Lesen Syarikat Online Melalui Portal EzBiz



Cara Daftar SSM & Renew Lesen Syarikat Online Melalui Portal EzBiz

 

Daftar di Portal EzBiz SSM

·        Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/

·        Sila tekan butang SIGN UP untuk pengguna kali pertama.

·        Pada ruangan ID TYPE, pilih NRIC iaitu kad pengenalan.

·        Masukkan nombor kad pengenalan dan nama penuh pada ruang yang disediakan.

·        Tekan REGISTER.

·        Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi belum lagi mendaftar perniagaan di SSM.

 



Akan terima email daripada SSM

·        Log masuk pada portal EzBiz SSM (masukkan username & password).

·        Klik pada user profile.

·        Klik pada user verification.

·        Muatnaik dokumen yang diminta :

o   Kad Pengenalan Depan & Belakang ( dalam 1 pdf)

o   Lesen Memandu / Bil Elektrik / Apa2 Bil (yang ada alamat terkini)

o   Selfie Pegang Kad Pengenalan

·        Setelah muatnaik semua dokumen tekan butang hantar / submit.

·        Status akan menjadi “in proses”.

·        Perlu tunggu 24 – 48 jam untuk pengesahan daripada pihak SSM.

·        Setelah dokumen disahkan, status permohonan akan jadi “approve”.

·        Jika status “pending” , bermakna perlu klik pada gambar pensil di hujung (akan keluar penerangan kenapa status pending & perlu lengkapkan & tekan hantar semula untuk pengesahan)

·        Jika status “approved” boleh klik pada “My Business Service”  kemudian lihat pada New Business Registration & klik “New Business”.

·        Lengkapkan maklumat yang diminta & pada bahagian bayaran boleh pilih “Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin” (PERCUMA pada 3 golongan yang dinyatakan)

·        Setelah siap isi semua bahagian, permohonan akan diproses dalam tempoh 24-48 jam & boleh muat turun dan cetak dokumen Lesen Pendaftaran SSM anda.


Sepanjang tempoh PKP , SSM menggalakkan orang ramai menggunakan urusan secara dalam talian dan jika ada sebarang pertanyaan :


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi talian hotline SSM di 03-7721 4000, atau e-mel ke enquiry@ssm.com.my.

 

Dapatkan info terkini melalui media sosial rasmi SSM:

 

www.facebook.com/ssmofficialpage

www.twitter.com/ssmofficialpage

www.youtube.com/ssmofficialpage

www.instagram.com/ssmofficialpage

https://t.me/ssmofficialpage


Sumber : Cara Daftar SSM Online

Favourite Abah : Kerepek Tumpi Kacang Hijau

22 February 9 Comments

 


Siapa yang tak suka makan kerepek? Boleh dikatakan hampir semua orang suka makan kerepek terutama Keperek Pisang atau Kerepek Ubi. Kerepek-kerepek ni memang sedap terutama zaman sekarang ni dah ada bermacam-macam variasi kerepek kan? 


Antara yang menjadi favourite mak aku adalah Kerepek Jagung Pilus Balado (tapi rupa dia macam kacag kuda sebenarnya). Rangup + pedas pedas manja gitu. 


Dan bila masuk cuci mata di Shopee tu sudah tentulah takkan hanya satu je yang dibeli. Ni ha segala  mak nenek kerepek semua diborong sebabnya si Adik Bongsu aku pulak favourite dia tu ha kerepek pisang dan muruku pedas-pedas dan Abah aku pulak suka Tumpi Kacang Hijau. 

Jadi cuci mata kononnya di Shopee Kerepek Mesrinah, hasilnya tadaaaaa hebat kan? kehkehkeh.

Makanlah sementara ada selera tapi berpada-pada dan jaga kesihatan okay ;)


Final Call : Unicorn Virtual Run

18 February 11 Comments

 


Hai Unicorn lovers! Especially gegerls mesti ada peminat Unicorn kan? Atas permintaan ramai, Trixmo Running membuka another batch which is the 3rd Batch of the Unicorn Virtual Run ! 

Pada yang berminat tapi belum mendaftar, engkorang boleh terus klik di sini PENDAFTARAN UNICORN VIRTUAL RUN dan boleh pilih pakej mana satu pilihan hati.





Boleh daftar Pakej A atau Pakej B atau Pakej C ATAU boleh juga daftar secara single pakej. 

Kalau taknak daftar pon boleh. Tiada paksaan kehkehkeh