Apa pendapat engkorang lepas dah dengar pembentangan Bajet 2023 haritu?
Okay ke untuk kita terutama rakyat marhaen?
Aku ada terdengar keluh kesah terutama golongan biasa macam aku ni lah.
Keadaan ekonomi sudahlah makin menekan,
rakyat semua sebenarnya ternanti pembentangan bajet dengan penuh harapan
supaya ada sekelumit berita gumbira untuk dibawa pada keluarga.
*******************************************************************
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR 2023)
Masalah Maklumat Pasangan Telah Wujud
Aku tengok dalam FB Group STR 2023 ramai juga yang ada masalah macam tu.
Belum kemaskini apa-apa tapi bila nak kemaskini jadi macam tu.
Entahlah, mungkin sebab belum dibuka secara rasmi web untuk kemaskini agaknya.
Leceh betul kena hadir secara manual ke LHDN macam tu.
Fuhhh Sekelip Mata
Hai semua. maaf macam agak lama sepi tak balas jejak engkorang.. Awal bulan haritu kami sekeluarga memenuhi undangan majlis walimatul'urus sepupu di kawasan Mambang Di Awan dekat-dekat Kampar Perak.
Kami konvoi tiga buah kereta. Bergerak lebih kurang jam 10.00 pagi dari rumah dan sejam lebih perjalanan kami sampai di lokasi jam 11.40 mcm tu. Ngam ngam soi tetamu memang baru mula makan.
Selesai mencekik segala macam yang ada termasuk cendol, putu mayam, cucur udang, laksa, cakoi dan kuih muih, disambung sikit sesi jejak kasih dengan saudara mara yang lain.
Jam 2.00 petang kami mula bergerak menghala pulang ke arah selatan.
Tak tahu macam mana, tup tup adik aku call bagitahu kereta diorang kemalangan
Adik aku masa tu jauh agak ke depan daripada kereta kami.
Sebab terpisah masa di traffic light.
Tengok pada keadaan kereta adik aku tu,
Mak aku lah orang pertama yang paling menggeletar bila adik aku call.
Mujur adik aku sekeluarga semua takda cedera apa-apa. Syukurr alhamdulillah.
Driver lori mengantuk dan tak sempat brek.
Fuhhhhhh sekelip mata je!
Remuk kemek --- sekemek itu jugalah hati menanggung.
Mujur Allah lindung adik aku, isteri dia & dua anak diorang.
Anak 1 : Kakak 5 tahun -- "Kakak cantik ke lagi mummy?"
Itu soalan pertama si kakak lepas selamat dikeluarkan dari kereta
masa kat tempat kejadian kehkehkeh
FunFact : Kelebihan Taugeh
Taugeh sejenis sayur-sayuran.. ramai yang kurang gemar tapi sebenarnya banyak manfaat taugeh ni antaranya :
1)Kaya Dengan Protein
Taugeh mengandungi dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam. Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya kaum lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.
2)Kaya Dengan Enzim
Berbanding sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim. Sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya proses pencernaan. Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.
3)Kaya Serat
Taugeh juga mengandungi serat yang boleh membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. Sekaligus dapat membantu mengawal berat badan.
4)Kaya Antioksiden
Taugeh yang banyak antioksiden dan asid amino sangat baik terutama dalam melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. Dalam masa yang sama,makan taugeh juga amalan awet muda dan bagus untuk dijadikan amalan.
5)Kaya Vitamin
Taugeh juga kaya dengan vitamin A, C dan E . Vitamin ni semua sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan.
Sumber : Manfaat Taugeh
FunTime : Hasil Kebun Sawit
Orang lain dah lama berlalu pasal CNY 2023. Aku je lambat sikit. Sorry lebih 3 minggu tak sempat jenguk engkorang. Busy kalah menteri Berkejaran sana sini sementara sebelum cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Itu yang tak sempat tu hehehe
Cuti CNY engkorang macam mana?
Kebanyakan busy dengan majlis kenduri kahwin dan seumpanya.
Ada jugak yang ambil peluang bercuti dengan keluarga kan?
Aku punya cuti CNY tolong mak dan abah aje di kebun sawit hehehe
Walaupun pada mulanya, beberapa orang kawan kerja ajak pergi bercuti,
tapi aku pilih untuk luang masa di kampung - lebih aman daripada jalan jem hehe
Dan aku pilih "berbaktilah pada ibu bapa sementara mereka ada"
Tak tahu kan berapa lama je dapat peluang tu.
Pada yang dah tiada ibu ayah -- Al-Fatihah.
Moga segala bakti kita selama mereka ada -- dapat jariah pahala untuk di sana :)
Jatuh Cinta Pandang Pertama
Boleh dikatakan ramai yang turut berduka dengan berita Puteri Sarah-Syamsul Yusof.
Berat dugaan. Moga Allah beri ketabahan pada mereka. Sedih,sayu bila air mata ayah tumpah.
****************************
Pagi hujung minggu baru ni aku temankan Mak ke pasar pagi untuk beli barangan dapur.
Macam biasalah orang perempuan bila dapat membeli, terkadang tu lupa daratan hehehe
Mula sekali mesti terus ke bahagian barang dapur (segala lauk basah, sayuran, rempah ratus)
Selesai situ, terus ke bahagian buah-buahan pulak (segala jambu,anggur,tembikai,oren)
Maklumlah kalau nak guna tangan je memang patah jari-jemari hehehe
Selesai urusan membeli belah dan dah penuh troli, terus nak balik.
Dan masa melangkah hala ke kereta tu, mata aku bertentang mata dengan dia ni.
Selang beberapa kereta, dia meow meow macam lapar.
Aku dan Mak cuba meow semula dan panggil dia.
Terkedek-kedek je dia terus datang dan gesel-gesel pada kaki aku.
Memandangkan kami baru je kehilangan Si Comot haritu,
Mak terus ambil dan belai dukung si dia ni.
Aku kata pada Mak, entah-entah orang punya kot Mak.
Tapi Mak kata, ini kawasan pasar basah.
Selalunya kucing kecil macam ni kalau kat kawasan macam ni,
dengan keadaan lapar macam ni, mungkin tuan dia buang dia :(
Mungkin dah jatuh cinta pandang pertama.
Memandangkan si dia memang kempis je perutnya,
macam dah beberapa hari tak makan.
Dan takda sebarang rantai di leher dia (ada rantai/collar selalunya orang punya),
jadi aku dan Mak ambil keputusan untuk bawa balik.
Sampai je kat rumah, kami bagi makan dulu dan mandikan.
Lepas tu Mak terus pakaikan rantai.
Dan Mak kata , apa kata kita namakan dia Gumok (Gemuk).
Dengan harapan lepas ni dia akan bahagia dengan kami.
Dan berselera makan boleh jadi gemokkkk dan comel!
Welcome to the family GUMOK ! :)
Jangan Tanya | Azam Tahun Baru
Jadi Lebih Baik!
Assalamualaikum Hai semua! Macam mana hari-hari terakhir pada tahun 2022? Dan macam mana hari-hari terkini pada tahun 2023? Didoakan moga semua dipermudahkan untuk engkorang sahabat sekalian.
Biarkan dua ribu dua dua berlalu.
Usah sesali masa yang terdahulu.
Usah risaukan masa hadapan.
Kerana kita masih ada peluang untuk pastikan,
kesedihan masa lalu takkan berulang pada masa depan.
S E L A M A T T A H U N B A R U 2 0 2 3 !
Jom jadi lebih baik untuk tahun ni :)