Ohsem October Trip | Gold Coast Morib Part 1

10:15 AM 8 Comments A+ a-

Memandangkan starting 20 Oktober haritu secara rasminya ofis aku dah dikosongkan untuk tujuan naik taraf, jadi, secara rasminya jugaklah aku dan partner kerja aku si Ida tu hanya bekerja secara on call je dari rumah.. Kamiorang (aku dan partner kerja aku si Ida, Shu dan Rihan) pun dengan dengan rasa bangganya sukacitanya meng'holiday'kan diri sebentar kehkehkeh =P http://eemoticons.net
Ekceli 'short holiday' ni kamiorang dah plan sebulan awal. Kesahnye adalah apabila jejari montok si Ida tu gatal pergi klik ke Groupon. Dok ushar baekkkkk punya promo yang ada kat situ.. Mulanya dia dok cuci mata tengok promo barang-barang ladies je tetiba dia terpesona pulak dengan tiket promo yang ada kat situ. Tu yang dia terus TERklik buy tiket ke Gold Coast Morib Resort nih.. Nak pegi ke sana memang mudahlah dengan bantuan Waze zaman sekarang ni.. tepat sampai ke depan pintu die hantar kita. kecuali lah kalo kita ni tak pandai guna gadget tu haaa itu buleh jadi masalah lah hehehe
  
Sepatutnya tiket Groupon tu tak valid on public holidays tapi disebabkan kamiorang antara first lucky buyer makanya tiket yang dibeli tu valid lah untuk digunakan pada 21 dan jugak 22 Oktober tu (Deepavali). Manusia jangan cakaplah memang ramai. Maklumlah public holiday katakan. Check in pukul 12.00 tengah hari dan kamiorang request nak bilik yang nampak seaview tapi malangnya, menurut receptionist tu memang tak nampak pantai sebabnya terlindung.. So bilik-bilik mana-mana pon memang takkan nampak seaview. Redho dengan jawapan tu, kami pon request pulak nak yang menghadap water theme park. Ahah sipbaik dapat. Dapat je kunci, tak tunggu lama terus check bilik. Yang besnya siap ada jakuzi wuuuuu ! Memang tepatlah pilihan. Badan pon dah letih drive, hape lagi ----- terjunnnnnnnnn ! *terus berendam + berangan kekonon orang kaya jap* wakakakaka =P  Errr tapi aku kurang puas hati part Foam Bath dia sebab dia bagi 1 botol kecikkk tu je. Aku dah request kat kaunter mintak tambah lagi 3--4 botol (sebab size dia kecik) tapi tak dapat pon sampailah check out. So berendamlah kami (gilir-gilir) dalam jakuzi yang agak kurang berbuih itttew kehkehkeh
Bilik dia memang aku highly recommendedlah.. untuk honeymoon pon ok sebab romantik-romantik gittewww kikiki.. Boleh pilih nak single bed atau pon queen size.. disebabkan aku dan Ida bukan suami isteri maka kamiorang hamek je single bed. Tunggu aku ada hasben nanti lah baru request katil queen *gatal* =P  
Dan untuk sesi petangnye pulak disebabkan musim hujaaaan je sekarang ni, sebelum awan mendung berarak, kamiorang pon p jejak jap ke tepian pantai tu.. View dan jugak decoration kat situ memang agak superb lah sebabnye kat situ memang ada tempat khas untuk wedding occation.. Siap ada tu apa benda tu yang ala-ala pondok kecil beratap nipah tu ha.. Cantik sungguh la kalo fotoshoot kat situ ! 
Aku memang telan ayaq lioq sajalah tengok view kat sini.. Nak gedik-gedik begambaq pon tak berapa buleh sebabnya si Ida, Shu dengan Rihan ni jenih suka bagi ayat camni :

"alaaaa Ana... kami tak pandaila nak tangkap... Hang je yang amek gambaq lawa..."

So disebabkan itu, aku terus terbantut nak gegedik enterframe. Deme-deme je lah belambak dalam gambaq. Gambaq yang ada aku, ada la kot sekeping dua. Huhhh takpa tunggulah nanti aku bawak Encik Hasben mai repeat pastu ambek gambaq aku bebanyak. hahahaha *berangan* 

Malam tu... jeng jeng jeng ~ nanti aku sambung Part II  =P


8 Lovenote(S)

Write Lovenote(S)
Scdha Sein
AUTHOR
October 24, 2014 delete

Cepat sambunggggg! He He He...

Reply
avatar
October 24, 2014 delete

Nanti boleh la zumal pun buat trip pergi situ... Macam best jew ^_^

Reply
avatar
Cik Nadyya
AUTHOR
October 24, 2014 delete

fuyooooooooooooo bestnya kak.. nak pegi situ jugekkkkk..

Reply
avatar
Gee Lion
AUTHOR
October 24, 2014 delete

hanya mampu menatap di skrin laptop.
beli ler ole2 pass kat org sini..
hehe..

Reply
avatar
October 25, 2014 delete

canteknya bilik hotel dia... :D btw jemput oin giveaway keychain eiffel tower kite dari Paris yer, kalau belom join lagi...lagi 4 hari nak tutup dah... :D salam perkenalan dari Germany... :D

jindrisska.blogspot.com

Reply
avatar
Scha Nazri
AUTHOR
October 26, 2014 delete

bestnya bathub tuuuuuuuuuu. aaaaaaaaaa >.<

Reply
avatar