Ohsem October Trip | Gold Coast Morib Part 2

5:30 PM 10 Comments A+ a-

Malam tu kamiorang decide untuk makan kat area Pantai Bagan Lalang sebabnya sebelum pergi tu dah google-google mana restoran / kedai makan yang best kat situ.. Kamiorang bertolak awal lebih kurang jam 6 dari hotel sebab untuk ke sampai ke Pantai Bagan Lalang tu amek masa lebih kurang 30minit jugak kalo tak silap.. Alhamdulillah masa kamiorang sampai kat Restoran Bayu Malam Wak Lan tu orang pon tak ramai lagi sebab baru je pukul 7 lebih kurang.. Ditambah pulak dengan hujan maka orang pon belum pakat keluar sarang lagi untuk cari makanan hehehe
Daripada hasil googling sana sini sebelum berangkat tu, ramai jugak yang share tentang tahap kemurahan harga kat restoran Wak Lan ni sebabnya segala mak nenek seafood ada dan fresh plus engko boleh pilih sendiri apa saja seafood yang terasa nak telan.. Kamiorang decide makan kerapu bakar + tomyam seafood +  lala masak apa entah lupa pulak + sotong goreng tepong yang ohsem baq hang + kailan ikan masin + pepahat masam manis pecah telor .. dapat je nasik suap ke mulut memang senyap sunyi tak sembang apa dah.. pakat menyuap je masing-masing.. maklumla laporrrr kehkehkeh
Dan memang terbukti murah harganya.. Gedebuk gedebak semua tu dalam seratus lebih je (makan 4 orang dan di lokasi tempat peranginan) selalunya jarang boleh dapat harga murah kan ? so Restoran Wak Lan ni is highly recomended jugak untuk sesiapa yang datang ke Gold Coast Morb ni ;)
Setel je makan dan perut dah full, kami pon cuci mata dekat gerai-gerai jualan yang ada bersebelahan dengan restoran tu.. macam-macam jugak barangan dijual.. sipbaik masa pegi belom gaji je, kalo tidak konfem macam-macam aku rembat kehkehkeh    Sepanjang perjalanan balik ke hotel tu dah plan nak sambung berendam lagi dalam jakuzi. Al maklumlah dua hari tu je dapat jadi orang kaya kekononnye hahahaha.. Pakat gilir-gilir masuk berendam dalam tu.. Takmau lepas peluang weyhh ahaksss
Pagi tu lepas je solat subuh, mata takmau lena dah. Punya la eksaited nak turun p ke Water Theme Park dia.. Apa tak eksaited, selak je langsir bilik, jenguk je bawah haaa tudia terbentang luas depan mata.. Menggoncang iman sungguh la =P  Breakfast start pukul 8 sampai lah 10 pagi so pagi tu seawal jam 8 pagi kamiorang dah siap sedia untuk attack segala apa yang ada untuk sarapan. Ingatkan time cuti Deepavali tak ramai la orang kat hotel tu sekalinya bila turun je, haaa tudiaaaaa jenuh beratoq nak amek sarapan.. Ahah ! yang ni lagi satu part aku tak bekenan -- susunatur tempat ambik makanan dengan tempat nak duduk tudiaaaa hujung dunia ! Punya tak praktikal. Jenuh la kena berjalan sebatuuuuuu dulu nak letak makanan atas meja pastu kena jalan p pulak sebatuuuuu lagi untuk p ambik ayaq. Huhhhh spoilt ! Sipbek semua yang aku ambik kena dengan tekak aku kecuali mini pau tu je rasa macam yang semalam semalam semalam punya dipanaskan balik je. 
Water Theme Park dia ni memang terang benderang nampak masa tengah dok sarapan tu.. maknanya orang boleh 'cuci mata' sambil menjamu selera. Lelaki suka la kan  time makan boleh ushar awek-aweks mandi manda wakakakaka =P

Puas jugakla semuanya aku try kecuali sliding yang utama kaler biru muda + biru tua tu je tak boleh try sebab tak pakai dress code yang sepatutnya.. Aku ingatkan buleh la nak bodek brader yang jaga tu dengan kenyit-kenyit mata ke rupanya beliau sungguh amanah dalam menjalankan tanggungjawab chittttt maka tak dapatlah aku nak tunjuk skill menggelongsor dalam terowong masa tu huwawawawa

nanges laju-laju  bawak diri cari batu belah batu bertangkup http://eemoticons.net

10 Lovenote(S)

Write Lovenote(S)
Scdha Sein
AUTHOR
October 24, 2014 delete

Sini mandi pakai bikini baru masyukkk... Confirm follower cecah sejota pastu... Siap dengan parodi... Ha Ha Ha...

Reply
avatar
October 24, 2014 delete

Zumal hanya pernah makan kat gerai2 kat tepi pantai Morib tu je. Makan goreng2 jew. Seafood belum try lagi ;)

Reply
avatar
nurul hidayah
AUTHOR
October 24, 2014 delete

Hahaha .. Amboiiii siap nak kenyit2 mata lagi .. Eh ! Ada style ka nak gelonsor tu ? Hahahha

Reply
avatar
plain83
AUTHOR
October 24, 2014 delete

uih ada nampak gambaq lobster tu kat signboard restoran wak lan tuh... ada betoi ka atau gimik ja lobster tu? kalau ada uih best gilak :D

sotong celup tepung, slurppp nyam nyam! X3

hahah saja ja tu diorang set bagi meja makan breakfast kasi jauh dari buffet table, strategi nak membantutkan niat customers utk ulang alik 3-4 kali amik makanan kekeke~ ;p

Reply
avatar
Farrah MF
AUTHOR
October 24, 2014 delete

Salam,
akak pernah makan dekat restoran tu rasanya,...
memang murah & berbaloi :)

Reply
avatar
Aina Akmal
AUTHOR
October 25, 2014 delete

mencuci mata jee boleh. HAHAHA. T___T siann budak aina ni haha,. yang gelongsor tu naik time kecik2 sangattt ohsem. bila dah besar. lupakan jelah, segan.

Reply
avatar
Cik Nadyya
AUTHOR
October 25, 2014 delete

sangat cntek view morib ni.. nak jugok gi sini -.-

Reply
avatar
Scha Nazri
AUTHOR
October 26, 2014 delete

makk aihhh. bestnyaa! dah lama tak main slide2. hehe

Reply
avatar
October 26, 2014 delete

suka tgk makanan dia :)
hehe.

Reply
avatar
Ibnu Ramli
AUTHOR
October 28, 2014 delete

Amboi hotel apa tu ada jakuzzi?? Water theme park tu pun dalam hotel tu ke?
Tudia seafood fresh.. ada lalang lagi tu.. terliur tgk

Reply
avatar