Ohoi si lelaki itu


Dua tahun dulu aku pernah kongsi pasal sorang member aku ni si N dengan kesah dia kat sini .. Pasal konflik si N dengan kekaseh dia -- si lelaki tu terpaksa akur dengan pilihan keluarga dan si lelaki tak mampu untuk melawan kehendak keluarga atas sebab si ibu dan ayah yang sudah uzur dan berkeras mahukan juga pertunangan itu diteruskan sebab pilihan keluarganya tu memang orang 1 kampung dan dah kenal lama pulak... Maka bersedih hatilah si N bermula dari dua tahun lepas. Tapi masa tu baru mahu ditetapkan pertunangan. katanya lah.
Tapi, lepas tu mereka buat macam biasa -- go with the flow katanya sebab si lelaki memang sayaaaang sangat pada si N katanya dan berlaku pergaduhan jugak antara si lelaki dengan keluarganya disebabkan si lelaki seperti mahu melawan kehendak keluarga..
Tapi, kelmarin si lelaki wassap si N --- "keluarga abang dah tetapkan tarikh kawen.. dalam masa terdekat.. abang runsing lah... " 
Menggeletar si N masa baca wassap tu.. Menangis semahunya dia.. Segala persoalan keluar :

"Keluarga dia benci aku ke?"
"Mak dia tak suka aku ke?"
"Ayah dia tak suka aku ke?"

Dan si N tanya sendiri pada si lelaki tu : "Mak abang tak suka sayang ke?" 
Jawapan si lelaki tu pulak : "bukan tak suka lah sayang... tapi.. sebab diorang ada pilihan.."

Demmmmmm. aku yang cuma tengok si N tu sedih pon dah cukup sebak jiwa aku.. belum lagi aku yang kena tempuh.. Hurmmm bersabarlah wahai jiwa-jiwa yang aku sayang.. Barangkali ini teguran Dia buat hamba-hambanya yang sering leka dengan arus dunia.. N sempat berseloroh dengan aku dalam tangis dia -- "Hurmmm mungkin ini Allah tegur aku sebab selama ada kekaseh hati ni aku leka dan lupa pada Kekasih Hati yang sepatutnya kan ana kan..."
Hurmm aku dengan partner aku si Ida ngomel sesama kami berdua : Takkanla mamat tu langsung tak pernah cerita ke kat family dia yang dia dah ada pilihan sendiri.. Macam tak logik je zaman 2014 ni lelaki boleh akur je ikut pilihan family.. hurmmm macam something fishy je hurmm hurmm

Bertabahlah wahai N.. 


23 comments:

  1. macam dalam novel je. hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. macam dlm novel. tp ni realiti. hrmmm

      Delete
  2. Bak kata omputih... Angry bird is not only one in the world... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboihhh kemain. angry bird. hehehe

      Delete
  3. sebijik mcm kes kawan saya.

    jika sekalipun mereka dpt bersama dan berkahwin, adakah dgn sepenuh hati mak ayah lelaki tu merestuinya? utk mengelakkan perkahwinan tanpa restu (which is we know the consequences) better both of them move on.
    jodoh tu misteri, Allah aturkan utk kita selayaknya dgn peribadi kita.
    tidak semestinya cinta bertahun saja kita dah yakin dapat kahwin dia, tidak sama sekali.

    lelaki itu terikat dgn tanggungjawab kpd keluarga dia, itu N kena faham.
    N berhak mulakan hidup baru, itu lelaki itu kena faham.

    jangan hadkan kehidupan ini.
    bila satu pintu tertutup utk kita, ada lagi pintu yg lain terbuka.

    and cik ana tahu, siapa yg cakap semua ni pd saya?
    kawan saya tadi tulah, sekarang dia dah bahagia kahwin dgn pilihan dia sendiri.
    jodoh itu.. memang misteri kan?

    bila kita sedia melepaskan, Allah akan ganti dengan sesuatu yg lebih baik.
    kena yakin dgn janji Dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan jgn limitkan hidup ni.. wahhh boleh jadikan kata2 semangat lah apa yg kwn Gee ckp tu :)

      Delete
  4. semoga N tu tabah la naa, ada la hikmah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mudah2an lah camtu plain. aku pon x tau nk tlg cemane dah sbbnye bnda ni kena diri sendiri jugalah yg kuat kan :')

      Delete
  5. jodoh itu rahsia allah, kalau dah berusaha kuat mana pun kalau allah kata bukan, maknyaaa kita kena belajar redha dan terima. memang susah. tapi itu lah cara allah tunjukkan kasih sayang dia kepada hambanya. allah nak cubit kita sikit je, ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betol3.. jodoh tu rahsia Allah.. mungkin ini cara DIA tegur hamba2nya :)

      Delete
  6. mcm dalam drama je.
    N? bukan Nadyya kn?hehe
    konflik laa brcinta mcm ni. mmg nampak lelaki nih suka pendam. dan takppena cerita ape2 pasal aweknya.. bila keluarga nya dah jodohkan org lain bru rasa nak cuak2 sgala. bersungguh2 ke die cintakan N? ituu persoalannya skg. dann apa2 pon semoga N tabah. mybe lelaki ni bukan jodohnya.. n inshaallah ada yg lebih baik dan lebih menghargainya inshaallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm itu la apa yg ana & partner ana fikirkan.. tapi tu lah diorang je yg tahu apa yg sebenarnye berlaku.. mungkin ada jodoh yg lagi bain untuk N :')

      Delete
  7. Pada aku, tak ada apa yg laki tu boleh buat kalau betul itu desakan mak abah dia.
    Kalau dia degil, dia boleh je berkeras mahukan N, tapi akan timbul isu mendatang seperti tak dapat restu dan menantu bukan pilihan...
    Bila cerita soal tak dapat restu ni, jgn main2..efek ke seluruh keluarga anak cucu tau...

    Utk N, aku rasa dia kena terima ketentuan.
    Ada sebab dan hikmah jadi mcam tu.
    Kekadang sebab dan hikmah itu bukan untuk kita, tapi utk orang lain, jadi kenalah sentiasa redha dan bersabar.
    Memang perit, tapi time will heal wounds.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu cero... aku paham sgt soal x dpt restu segala ni. memang xyah buat main la.. kang naya je merana x bahagia rumahtangga..
      tu lah untuk N aku pon harap & doa semoga dia terus tabah dgn ujian ni..

      Delete
  8. sedihnya tapi takpala, mungkin lelaki tu bukan yang terbaik untuk N. ingat ja, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan sebaliknya. mungkin N akan dapat lelaki yang jauh lebih baik. lagipun restu kedua2 ibu bapa tu penting. redha Allah terletak pada redha ibu bapa. and yes, cakap memang senang, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, tapi apa lagi pilihan yang ada selain bersabar dan redha? semoga N terus tabah. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah RESTU IBU BAPA tu paling penting. tak kiralah cemane sekalipon, yg tu kena utamakan dulu.. moga2 N terus tabah & redha lah atas ujianNya ni :')

      Delete
  9. Nak seribu daya... taknak seribu dalih... alasan jer tu... sudah..! banyak lagi lelaki yang baik2, hensem2 dan soleh kat luar tu... dia tak cukup baik buat awak N...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tah la acik idah.. xtahu lah ape sbnrnye yg jadi di sebalik kejadian ni..
      hopefuly N terus tabahlah hadap ujian & dugaan ni semua..

      Delete
  10. Aaa, kesiannya kat N. Harap N redha dan sekiranya lelaki itu jodoh yg Allah dh tetapkan, lelaki tu tetap jadi suami N.

    Gembirakan N taw ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm tu la kesian sgt kat N.. ana yg hadap dgr N bercerite je pon dah meleleh air mata menahan sebak.. tapi tu lah msti ada hikmah besar semua bnda ni jd kan.. tu lah minggu tu mmg ana ade je temankan N for the whole week.. tanak die sedih sbb bile sorang2 mesti la jd teringat je kan...

      Delete
  11. siannyeee....harap2...dia bertabah...mungkin de hikmahnyee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah cian N.. harap2 dia tabah lah.. ada hikmahnye :)

      Delete
  12. Assalam ana,
    cinta tanpa restu :)
    akak pernah lalui jugak
    jalan cerita & pengakhiran setiap cerita tak semua sama
    apa juga yang terjadi semua atas keputusan diri dan takdir Allah
    go with the flow, menyerah, dan melawan
    semua akak lalui
    kena dua2 pihak (lelaki & perempuan)
    baru kukuh & kuat pendirian :)
    ending akak alhamdulillah berbeza
    papun akak harap kawan ana tabah & redha yer

    ReplyDelete