Alkesah Raya
anamizu
18 August
11 Comments
waaahhh seminggu engkauuuu tak hapdet.. bizi lettew alasan hahahaha.. ekceli minggu-minggu terakhir Syawal ni aku agak sibuk gak la.. bukan sibuk apa pun, sibuk sebab majlis open house untuk site team kerja aku.. start daripada 15 Syawal aritu bermulanya marathon open house iaitu site tempat aku sendiri.. dan kesahnye kalini aku dengan mak aku yang ditugaskan untuk handle part catering.. sebenarnye boleh je upah catering memane macam tahun sebelum-sebelum ni tapi bila dah 'terkena' perkara yang agak kurenggggg memuaskan, so partner aku si Ida pun bincang2 dengan aku dan aku kata takpelah meh aku dengan mak aku handle part masak.. bajet untuk makan 100-200 orang camtu lah.. haaaa hape lagi. mau tak bizi aku..
sehari sebelum majlis (14 ogos) aku dah mula sibuk ke sana sini beli barang apa yang patutlah.. memandangkan kalini aku dengan partner aku decide untuk buat juadah yang simple je (tak berkuah-kuah) sebabnye kamiorang buat kat dalam ofis je pastu depan ofis pasang khemah yang orang meniaga pasar malam tu je sebijik.. taknak dah berhabisan pulun macam tahun-tahun lepas.. membazirrrr banyakk..
makanya sehari sebelum majlis tu, aku dengan mak aku pon boronglah bahan-bahan untuk masak juadah yang dah aku decide dengan partner aku (mee goreng / macaroni goreng / ketupat + kuah kacang / pulut dakap + rendang daging yang mak aku oter kasi umphhhh lebeyhhhh hehehe)
memulanya nerves gak la aku.. mane taknye, nak sediakan makan untuk 100--200 orang weyhhh ! tak pernah lagi aku buat keja camni sebelum ni ahakssss ! setakat masak bodo2 untuk aku adik beradik buleh la hehehe.. tapi alhamdulillah bila mak aku kata asalkan niat kita ikhlas untuk jamu orang, mesti Allah tolong mudahkan.. and yup finally setelah bertungkus lumus bermandi peluh segala bagai, akhirnya setle dan berjaya jugak kamiorang jamu tetamu makan.. dengan pak imam, pak bilal segala orang-orang masjid pon pulun lah makan macaroni goreng.. western campur melayu kate ko ! kehkehkeh =P
alhamdulillah jelas terpancar kegembiraan kat wajah partner aku si Ida bila juadah yang kamiorang sediakan haritu cukup untuk semua tetamu dan takde pembaziran... aku berterima kasih sangat-sangat-sangaaaatt kat mak aku lah sebab dia lah masterchef.. aku ni assistant je yang ikot arahan je gini gitu hehehe... kan sederhana itu lebih afdhal :)
Salam Lebaran :)
*ada lagi beberapa part Alkesah Raya ni.. nanti aku sambung.. sebab masih on going lagi majlis kat site lain hehehe