Dialek-Dialek di Negeri Perak
anamizu
19 December
19 Comments
Negeri Perak memiliki sejarah
yang setanding dengan sejarah Kedah Tua dan Kelantan Tua
(Pan-pan,Tan-Tan,Chih-tu) dan Langkasuka.
Dalam Hikayat Merong
Mahawangsa,ada disebut tentang negeri Perak yang bersaudara dengan Kedah,Patani
dan Siam Lancang (kini terletak sekitar Champasak,Laos)
Negarakota Melayu (Malay
city-states) yang terkenal di Perak adalah kerajaan Gangga Negara.Dalam
Sulalatus Salatin menceritakan istanakota Raja Shah Johan,pemerintah Gangga
Negara dikelilingi parit sebagai pertahanan seperti yang kita lihat pada
Caerlaverock Castle.
Di negeri Perak,terdapat 5 jenis
dialek iaitu:
1) Dialek Patani
2) Di Utara
3) Dialek Lembah Sungai Perak
4) Dialek Kinta
5) Dialek Selatan
Di bahagian Hulu Perak iaitu
Kroh, Grik dan Lenggong, masyarakat di kawasan ini banyak menggunakan dialek
Patani. Ia menyebabkan dialeknya seakan-akan serupa dengan dialek Kelantan.
Sepertimana di utara, penduduk Hulu Perak juga kebanyakannya terdiri daripada
penduduk dari Patani dan Reman.Sebagai pengetahuan,Reman adalah sebuah negeri
yang pernah wujud sekitar hulu Perak dan Jala (Yala) di Thailand kini.
Dialek Utara terdapat di sekitar
bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai,Taiping dan Parit
Buntar sehingga Pantai Remis.Selain kedudukan geografinya bersempadan dengan
negeri Kedah,faktor migrasi juga memainkan peranan akibat peperangan dengan
Siam dan konflik antara pengikut raja.
Dialek Lembah Sungai Perak adalah
dikatakan dialek asli negeri Perak.Ada juga memanggilnya sebagai bahasa
Lambor.Ia berlokasi di bahagian Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Sayong,
Karai, Bota, Parit, Lambor Kg. Gajah dan Tg.Blanja.Dialeknya agak berbeza dan
menjadi 'trademark' jika dibandingkan dengan dialek di negeri-negeri lain
dengan hujung perkataan diubah kepada bunyi 'e pepet'; contohnya perkataan
"tiga" disebut "tige" dan penggunaan perkataan era bahasa
Melayu klasik seperti "ate" (hatta).
Dialek Kinta pula banyak
bercampur-campur dengan dialek-dialek dari Siak dan Kampar juga dialek orang
Banjar,Rawa dan Mendeiling.Faktor-faktor dialek dari seberang Sumatera ini
adalah kerana daerah Kinta ialah daerah tengah Perak yang maju dengan
perlombongan bijih timah,perdagangan dan aktiviti politik.
Akhir sekali ialah dialek Selatan
iaitu terdapat di sekitar daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh, dialeknya
pula lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung seperti Selangor dan
Johor. Hal ini kerana masyarakatnya juga terdiri daripada penduduk yang datang
dari arah Selangor kerana faktor sempadan dan konflik seperti perang saudara
antara pengikut raja.
Memahami dialek asli Perak iaitu
bahasa Lambor atau dialek Lembah Sungai Perak perlulah bersama-sama kajian
bahasa-bahasa orang Asli di pedalaman Perak sebagai Aborigine atau Proto-Melayu
sebelum kedatangan era kesultanan pada pada abad ke-16.
credit : Facebook Srikandi
Aku anak jati Perak yang lahir di Bagan Serai (Utara Perak) tapi membesar di daerah Batang Padang dekat dengan sempadan Selangor. Jadi teman ni idokle pandey benor cakap dialek Lembah Sungai Perak tu sebabnye teman ni dari kecik sampey ke besor dengor orang keliling cakap dialek utara dan dialek selatan. Buleh le sikit-sikit nak meniru, pandey tu idokle kikiki
Ate cer kome komen ape bahase kome gune sehari-hari? =P