Demons

4:17 PM 13 Comments A+ a-



Kadang² dalam hidup ni penting untuk jadi orang tamak. Bukan apa, dalam sesetengah perkara, kita perlu buat pilihan. Kadang² jugak pilihan yang kita perlu pilih tu bukanlah itu pilihan pertama yang kita nak tapi untuk atas alasan tertentu, kita pilih untuk memilih yang itu.

Macam dalam contoh kesah hidup N -- dia perlu pilih untuk terus jatuh tersungkur ke bawah hidup bersama kenangan lama yang sememangnya bukan lagi jadi milik dia bersama dengan Lelaki Itu atau dia boleh pilih untuk berhenti. Bangun dan terus ke depan dengan hari² yang penuh dengan warna-warni barangkali siapa tahu dalam sepanjang perjalanan meniti hari² yang payah tu akan ditemukan dengan dengan 7 orang kerdil yang mungkin membawanya ke istana Putra Katak yang tak tamak bah kan kacak. 

Atau dalam kesah hidup Jack -- dia boleh je pilih untuk terus setia menantikan balasan daripada Gadis Itu biarpun dah berbulan sepi. Atau dia jugak boleh je pilih untuk jadi tamak dengan masih terus menanti balasan dari Gadis Itu tapi dalam masa yang sama tidak meletakkan sebarang harapan untuk mendapat balasan. Pilih untuk teruskan hidup dengan kenangan penantian balasan dari Sang Gadis tapi terus hidup dengan penuh warna-wanrni orang yang mengelilingi.

Atau mungkin dalam kesah Abang John -- boleh je dia pilih untuk terus serabut dengan perangai selfish si Bob tapi boleh jugak dia pilih untuk berhenti dan berterus-terang walaupun pahit untuk ditelan. Ada orang kata yang pahit tu selalunya ubat.

Don't wanna let you down,
But I am hell bound,
Though this is all for you,
Don't wanna hide the truth.

No matter what we breed,
We still are made of greed,
This is my kingdom come,
This is my kingdom come.


Ada baaaanyak perkara dalam dunia ni kita perlu buat pilihan. Kadang² orang sekeliling mempersoalkan macam² disebabkan pilihan yang kita buat tu di luar norma yang biasa mereka hadap. Kadang tu orang nampak kita pentingkan diri sendiri sampai tahap : 

"Syaitonnye die tu sampai hati dia gitu gini bla bla bla... kenapa lah dia tak gini gitu bla bla bla..."

Rilek kak. Rilek bro.
Dia ada sebab dia sendiri. kehkehkeh 
Kena ketawa jugak untuk larikan ion-ion negatif =P


13 Lovenote(S)

Write Lovenote(S)
BudakVanilla
AUTHOR
December 12, 2014 delete

betol tu. kadang2 kita sendiri terpaksa buat pilihan serius.mesti la fikir2 dalam2. :)

Reply
avatar
Sabrina SA
AUTHOR
December 12, 2014 delete

betul tu kak.. kalau tamak tu pilihan yg paling baik daripada terus menunggu dan sakit hati, tak salah kan..

Reply
avatar
December 12, 2014 delete

Apa pun pilihan tetap di tangan kita...

Reply
avatar
Glory jane
AUTHOR
December 12, 2014 delete

syaitan dalam diri manusia kan Ana-mizu

Reply
avatar
Scdha Sein
AUTHOR
December 12, 2014 delete

Orang tamak tak pernah rugi... Orang tamak dapat banyakkkk!

Reply
avatar
Cik Fafa
AUTHOR
December 12, 2014 delete

fikir guna akal sebelum buat keputusan.hehe ^^

Reply
avatar
plain83
AUTHOR
December 12, 2014 delete

Kehidupan, normal lah ianya berliku... berkenaan bab sifat tamak pulak, tamak yang melibatkan mengambil hak/peluang orang lain, kendian sia2kan peluang tu sebab anda takdelah perlu pun peluang tu, cuma gedik je nak amik... hah, kalo yang jenis macam itu, tidak boleh dihalalkan... heheh ;3

Reply
avatar
Eny Abdullah
AUTHOR
December 13, 2014 delete

Kita manusia... mmg tak akan perfect.. biasalah kan...

Reply
avatar
Amy J
AUTHOR
December 13, 2014 delete

aaaaaaaaaaaa... ada kucing dalam gambar tu. comelnya!!! >.<

okay, berbalik pada story. iye betul. kadang2 kita perlu tamak untuk jaga hati dan perasaan kita pula... kalau kita sanggup korbankan diri semata-mata kebahagiaan orang lain, nnti orang lain happy, kita lak menderita sorang2. x best lah kan..

Reply
avatar
Farrah MF
AUTHOR
December 14, 2014 delete

Betul,..sebenarnya bukan tamak pun, tapi lebih kepada mengutamakan pilihan buat diri kita kan...

Reply
avatar
December 14, 2014 delete

suka lagu imagine dragon :)

kita lebih tahu apa yg terbaik untuk kita.

Reply
avatar
Deanna Morni
AUTHOR
December 14, 2014 delete

semoga pilihan yg kita buat adalah yang terbaik...insyaAllah :)

Reply
avatar
Scha Nazri
AUTHOR
December 20, 2014 delete

ana ni pemerhati hidup org kan? mcm ana tngok hidup seorang itu dan yg baik ana ambil, yg buruk ana tinggal. betul tak? ke salah. ahha

Reply
avatar