Dia Tu Adik Hang




Abang John : Ana.. susah betoila bab adik beradik ni.. Hang tau dak adik aku si Bob tu dia dah la dok tengah praktikal lagi skang ni. Dah ada dah motor EX5, nak beli superbike pulak. Aku tau la dia tengah kencang run bisnes jual spec apa segala tu tapi kalau kata ada masalah nanti tetiba takleh bayar loan superbike tu camna? Nama aku la naya. Dah la sebelum ni pon aku kena blacklisted 6 tahun wo Ana. Tu pon bukan salah aku tu. MEMBER punya pasai. Jenuh aku tunggu 6 tahun wo Ana. 

Aku : Errr Abang John tak try slowtalk baik-baik ke explain elok-elok pasai guna nama apa semua ni kat Bob tu? Kesianla pulak kat Abang..

Abang John : Hurmm susahla Ana bila Ayah pulak yang bagi 300% sokongan padu kat Bob tu. Aku tau la aku ni sekolah sampai SPM je Ana, tak macam Bob pandai. Dulu dapat 5A. Pastu sekolah pulak asrama penuh 5 tahun. SPM pulak 6A 7A apa semua Ana. Sekarang pulak praktikal under MAS tu Ana. Aku ni hurmm truck driver je Ana.. Lagi pulak Ayah aku konfiden gila nanti Bob dah start kerja nanti gaji besaq dah takdak hal punya nak bayar kata dia. Aku ni jadi serba salah betoila Ana.. Kalau tak bagi guna nama aku nanti, Ayah pulak pandang aku ni berkira dengan adik. Bila aku bagi guna nama aku satgi, kalau kata aku pulak nak buat loan rumah tetiba sangkut tak boleh disebabkan Bob dah guna buat loan beli superbike, haa itu jam aku nak mintak tolong sapa pulak? Aku ni Ana walaupon aku belajaq tak tinggi, aku pegang prinsip satu je Ana :

"kalau kita tak mampu tolong orang, memadailah kalau kita tak menyusahkan pulak orang tu"

Abang John : Aku ni selama Bob dok belajaq, jenuh dah aku dengan bini aku dok p sana sini tolong antaq ambik Bob ke sana sini. Segala makan pakai dia kami jaga. Punyala takmau dia berasa kekurangan apa-apa masa belajaq. Tapi sekurang-kurangnya, janganla nak lepas tekak dia saja Ana. Kesianla sama kat aku. Kalau pon tak peduli kat aku ni sebagai Abang dia, kesianla kat Mak Ayah yang dok di kampung tu Ana.. 

Pastu siap wassap pulak lagi mintak nak fotostat itu ini, bank statement itu ini. I'm driving my 40feet truck ni Ana demi sesuap nasik kami anak bini! Dia boleh dak tolong fikir sat benda ni semua? Tu baru Bob kencang bisnes sikit je tu, dah mula nampak dah tahap belang dia.. Nak beli superbike terus. Pada hal tak penting mana pon. Aku rasa kalau duit nak beli superbike tu dia bagi kat mak ayah dia di kampung, doa mak ayah sampai mati tak lekang tau untuk anak-anak. Aku takot satgi masa depan bila dah bergaji besar terus lupa jasa mak ayah di kampung tu yang bergolok-bergadai selama ni nak bagi dia sambung belajar.. Jangan sampai nanti, anak emas yang mak ayah aku dok tatang selama ni yang jadi paling bangsat nanti. Aku doa tak la jadi camtu Ana.. Hurmmmm

Sekian luahan hati aku, 
Abang John.





Phewww. Rasa pahit aku nak telan air lior membaca luahan hati Abang John ni. Bab guna nama untuk buat loan ni bukan kecik punya hal ni. Aku jadi double kesian kat Abang John tu sebabnya dah la sekarang ni hujung tahun -- nak pakai duit banyak untuk anak-anak nak bukak sekolah, duit untuk sehari-hari lagi. Kerja sebagai truck driver yang depends pada trip untuk dapat extra income seratus dua, adalah saaaangat penting. CUTI juga perlu ditimbang sehabis-habisnya. Bukan boleh senang-senang nak amek cuti.Nanti bila cuti, terpaksa tolak trip. Maka extra income juga terpaksa ditolak. 

Si Ayah tu pulak, konfiden gila kat anak kesayangan dia si Bob tu. Pada hal bukan penting mana pon superbike tu. Nanti-nanti bila dah ada paysheet sendiri, belilah apa hang nak beli. Nak beli planet Jupiter sekalipon orang lain tak kata apa la asalkan guna nama sendiri. Tapi payah la aku nak cakap bila dah si Ayah dia bagi ayat "Dia tu adik hang jugak John oi".

Memang DUIT boleh dicari, tapi PRIHATIN juga adalah sikap yang tak memerlukan sebarang bayaran pon kan. Cukuplah tolong consider orang lain sama. Jangan pentingkan tekak sendiri saja. Hurmm Bob ni pon lah hai.. Heshh sakit pulak hati kitewww =P



35 Lovenote(S):

  1. Sakit hati bila baca ni..selfish dn tk kenang budi tul..asyik menyusahkan dan make use off people jeee

    ReplyDelete
  2. klik iklan kat blog ana....ermm

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekaseh Amar. klik2 iklan blog Amar jugak ;)

      Delete
  3. ana contest yang aku menang masa segmen kamu haritu...aku takguna lagi pun..sbb takde sapa yg guna topup prepaid...tak tahu nak bagi sapa lah...ermm dari expired...kalau sapa2x nak topup prepaid rm5 tuh bgitau ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. bagi aku la camtu bro. aku guna topup prepaid. nampak tak aku sedang menyibuk.

      Delete
    2. ahah! Amar tak guna ek? Try la bodek Amar tu HSB hehehe =P

      Delete
  4. Sakit hati juga bila baca ni >.<

    ReplyDelete
  5. tak suka orang yang tak kenang budi

    ReplyDelete
  6. guna nama ni bukan boleh buat main2 biar pun adik beradik..sekalipun adik abg John tu nanti bakal bergaji besar, tapi kalau hatinya kering boleh saja dia tak bayar hutang dia. sebab bukan nama dia pun.. toksahlah bagi abg John..ramai yang muflis dan blacklisted atas sebab macam ni. Soal adik berubah sikap tu, doalah pada Allah banyak sebab hanya Dia yang memegang hati hambaNya..

    apa pun semoga Allah permudahkan urusan abg John. InshaAllah,, baik perbuatan baiklah balasannya.

    Ana pasal insurance tu, diorang ada hantar policy kat Ana tak? Boleh cek kat policy tu apa yang cover atau tak cover. Boleh tunjuk kat saya e-mail ke siti.sharini@gmail.com.

    Kalau tak ada policy, saya suggest Ana call terus Customer Service Prudential 03 - 2116 0228.

    semoga membantu=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK dah dah check dah. TQ for d respon kak Siti ;)

      Delete
  7. nasihat saya tak payah laa. nak tolong pun berpada2 laa.. adik beradik pun boleh bergaduh, bila jadi sesuatu yang tidak diingini.. banyak dah muflis sebab tolong kawan, sedara dan macam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm tu la kan. kang susah.

      Delete
  8. tunggu lah dah keje nanti.. kan lagi elok... sian kat abang tu hah..dah ada keluarga..

    ReplyDelete
  9. kalau aku jadi abang john, aku tak bagi. suka suki dia je nak gunakan orang. Mentang2 la anak kesayangan mak ayah.

    ReplyDelete
  10. Haish budak bob tu, tak dan2 (tak sabaq2) nak beli n melaram dengan superbike sangat aih... rilek2 la dulu, abihkan praktikal tu semua dulu, esok2 dah dapat keja steady, baru pikiaq nak melaram laaa... melaram pakai duit n nama sendiri la baru ada makna dik bob oih, haish geram aku dengan jenis manusia yg suka menyusahkan adik-beradik ni aih... tolong la pikiaq sikit, kata pandai? hahah...

    ReplyDelete
  11. ishh..mmg pening kepala kalau ada adik seperti ni menyusahkan je...adusss...sakit hati pun ye

    ReplyDelete
  12. Assalam ana,
    betui3
    kena utamankan keluarga sendiri, anak bini dulu
    :)

    ReplyDelete
  13. SS pon pernah terjebak dengan loan bank rakyat... Kawan pinjam nama SS... Masa nak pinjam janji manis... Bila duit dah habis janji tinggal jubur masam... Sudahnya... SS yang bayar guna duit sendiri... Tapi percayalah... Walaupun kena macamtu... Ada rezeki lebih baik yang Allah ganti... Kena banyak sabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. "janji tinggal jubur masam" <-- part ni hadoiyai hahahaha

      Delete
  14. cian abangjohn, kalau budak bob tu pandai pkir, xpatut dia buat abgnya macamtu. aduhai. sabar la dulu kan. kasi berus itu bob. hahaha :D

    ReplyDelete
  15. Terus terang jalan terbaik.
    Cakap baik2 dgn semua pihak, pasti semua faham.
    Tapi kalau ada bunyi2 belakang tu mmg kadang2 tak boleh nak elak, tambah2 kalau sesama ahli keluarga camni...
    Tolong mana mampu je, yg tak mampu tu tolak elok2...

    Tp kalau ikut hati jahat aku, jgn sokong langsung si Bob tu beli moto besar tu.
    Dia suruh potostat hape ke tak payah layan...

    ReplyDelete
  16. ina pun buntu kalau ina ada di tempat abang John. tak tolong, adik beradik.. nak tolong, kita pun bukan senang sangat kan.. kesian abang john.. semoga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  17. Betul ana, bila bab adik beradik ni mmg susah..ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak..nasihat terbaik yg ili boleh bagi, adik belajar lah dulu..kerja nanti baru beli motor besar ye...bukan xnak bagi tapi biarlah dia belajar susah sikit..tp tu lah, budak sekarang mana nak belajar susah...semua nak senang jek..

    ReplyDelete
  18. Adik beradik pun boleh bergaduh bab duit. Bila kita tak tolong kata kita sombong. Bila kita dah tolong pijak plak kepala kita. Kita pun ada ketikanya susah jugak

    ReplyDelete
  19. drama melayu kat tv tu pun ada jugak macam ni jalan cerita dia. better abang john terus terang. tapi ada risiko dia nanti. si bob tu memang xtau bersyukur ke apa.
    kak ana p ceramah kat bob tu.

    ReplyDelete
  20. geram plak kite ni kat si bob! sgt2 pentingkan diri.. elok dicincang sampai lumat..

    ReplyDelete
  21. Ehhh kita plak sakit hati baca ni hehehe

    ReplyDelete
  22. hmmm.. susah nya ada adik macam ni. kesian kat abang John. elok kita nak membantu, janganlah amek kesempatan even adik beradik sendiri. nnti kalau kita susah, kita cari diorang juga. tapi kalau kita dah buat fiil macam tu, sape lagi nak tlg?

    ReplyDelete
  23. aiyooo...superbike kaaa??? mahal gak tu kalau nak bayar bulan2....tapi kalau baca kisah abg john ni...geram pon ade...harap2 abg john bertabah yee...

    ReplyDelete
  24. huwaaa. sedihnya dgn abg john. patutnya abg john lebih tegas dgn adik dia. nnti dia yg susah. hmm

    ReplyDelete


  25. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

    ANDA MEMERLUKAN PINJAMAN YANG MUDAH?
    KELULUSAN SEGERA!! TUNAI SEGERA!!
    KAMI ADALAH PANEL ANDA =)


    Disini kami ingin menawarkan skim pinjaman yang berdaftar kepada sesiapa yg mengalami krisis kewangan sama ada anda BLACKLIST/CTOS/CCRIS,jangan bimbang anda juga boleh memohon.Apa saja pekerjaan anda,anda boleh memohon pinjaman dengan syarikat kami.


    Kami memberi pinjaman peribadi yang cepat. Kami dapat selesaikan apa jua masalah kewangan anda!


    -PERKHIDMATAN KAMI HANYA DI SEKITAR SELANGOR & KL-

    TUNGGU APA LAGI? JGN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI! KAMI SEDIA MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH KEWANGAN ANDA DENGAN SEGERA!!!
    HUBUNGI KAMI SEGERA …

    Whatsapp:+1-6474-864-724
    Website http://oceancashmj.com/
    Email:oceancashcapital@gmail.com

    ReplyDelete

 
© Copyright | All Right Reserved by Anamizu