doa meningkatkan kesabaran

07 March 12 Comments


setiap hari banyak sangat dugaan..
banyak sangat perkara-perkara pahit yang perlu ditelan..
sebelum ni dah kongsi doa mengurangkan rasa marah..
harini cik ana nak kongsi satu doa untuk tingkatkan kesabaran pulak..


DOA 1
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 250)

DOA 2

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A'raf : 126)
sumber : >doa sabar<
p/s : moge-moge dengan amalkan doa ni,tahap kesabaran kite makin bertambah =.=

doa menghilangkan rasa marah

06 March 15 Comments

makin hari makin banyak keje..
makin banyak keje yg datang,makin menekan pulak..
makin byk yg menekan dari ATASAN,makin cepat pulak rase nak marah..
maklumlah,manusia biasa memanglah cepat rase marah..
cepat je nak melenting...
silap sikit je,memang boleh kene maki hamun berbakul-bakul lah..
konfem!
*saye yang kerdil lagi hine ini jugak yang kene telan semue =.='
takpelah..dah adat manusia mcm gitu..
kite yang masih waras ni,cube cari jalan cemane nak control sume tu..
jadinye,cik ana nak share satu doa untuk hilangkan rase marah yang membara dlm diri kite..


-DOA MENGHILANGKAN RASA MARAH-


A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”
sumber :>DOA<
sumber gambar : google saje
p/s : kalau kite nak halang orang lain supaya jangan marah2, maybe susah kan..jadinye,kite control diri kite je lah daripade terikut-ikut pulak kemarahan DIORANG-DIORANG tu...moge-moge kite lebih tabah menempuh ape yang datang..aminnn

Cara Unik Menjawab Panggilan Telefon

29 January 30 Comments

Engkorang selalu jawab telefon kan?? Biasenya kalo orang tengah cakap tu tanya 

"boleh saye ckp dengan si polan??" 

kite akan jawab baik + skema je kan?

"err si polan takde..die kluar..nti kol balik lah ye" 

Camtulah lebih kurang kan?? Tapi kan kalo kita rasa boring asyik jawab camtu je apa kata kite menchoba sesuatu yang rare sikit kehkehkeh



1.soalan: haloo.may i speak to ain please? jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2.soalan: haloo, siapa disana? jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane.

3.soalan: haloo,boleh saya bercakap ngan bapak awak? jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4.soalan: haloo,boleh sambungkan ke nombor 323? jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur. 

5.soalan: haloo,mak ade rumah? jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli. 

6.soalan: haloo ain,buat ape tu? jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7.soalan: boleh saya bercakap ngan ain ? jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... .time kacih. 

8.soalan: haloo.tolong panggilkan ain. saya nak bercakap dengannye. jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9.soalan: halloo... ... jawapan: haloo.pusat sakit mental disini.anda ingin mendaftar? 

10.soalan: haloo.saya nak tumpang bertanya... jawapan: maap.ini bukan kaunter pertanyaan.

11.soalan: haloo.betul ke ini nombor 3234412? jawapan: sila dail sekali lagi.kalu saya masih menjawab betul le tu. 

12.soalan: assalammualaikum... jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib kene jawab)




Ok dak try jawab cenggitu nanti? hahahaha
sumber : >jawab fon<



Hukum Membeli Baju Bundle

27 January 21 Comments

APE HUKUM MEMBELI DAN MEMAKAI BAJU BUNDLE ni ye? halal ke? haram ke? berdosa ke?? kenape berdosa??? Ish ish ish macam-macam pulak soalan datang. Bukan ape, tengah BW blog korang-korang yang cantik dan  smart tadi, tibe-tibe tersesat kat satu blog shopping nih.. Blog tu jual pakaian bundle pastu tibe-tibe muncul pulak soalan camtu. Itu pasal akucari jawapan die.. Boleh kite sharing kan? hehehe


Maka jawabnya kisah kewujudan baju bundle ini ialah dikutip oleh persatuan2 gereja yang membuat kutipan untuk sumbangan orang2 miskin dan dihantar sebelah selatan america melalui asal ceritanya.

Jadi gereja2 di america dan kanada membuat kutipan kerana orang putih ini memang suka menderma pakaian2 yang sudah dipakainya dan dihantar ke sebelah selatan ke negara2 miskin. Apabila sekian lama dilihat pakaian2 bundle ini boleh dikormesialkan jadi pihak gereja ini menjadikan separuh untuk diderma dan separuh lagi untuk dibuat perniagaan dan dipasarkan ke filipina dan ke thailand dahulu dengan menggunakan kontena.

Bunddle di Malaysia dalam tahun 80-an. Jadi, itulah perniagaan yang berkembang yang asalnya untuk diderma kerana itulah gereja2 kaya2. Jadi kemungkinan ada najis mughalazah dan kemungkinan tidak ada najis mughalazah pada pakaian itu kerana mungkin orang kafir tidak basuh dengan bersih mengikut syara’.


Maka dalam hukum feqah tentang perkara ini, selagi tidak ada dalil yang mengatakan berat sebelah iaitu kena najis mughalazah maka tidak wajib membasuhnya dengan air tanah tetapi ikhtiar mengikut feqah membasuh pakaian itu dengan air mutlak dan dibilas dengan air mutlak supaya dapatlah sekurang-kurang disisi feqah syariat sah untuk dibawa solat.

Jadi syarat yang pertama, kita basuh pakaian itu dan bilas dengan air mutlak. Jika tuan yang menjual itu mengatakan sudah dibasuh dengan bersih pakaian tersebut jadi tidaklah perlu dibasuh. Jika kita rasa ragu jika sekira-kira baju itu terkena najis mughalazah maka basuhlah dengan air tanah atas dasar sunat ikhtiar mahu ambil cermat atau berhati-hati tapi jika atas dasar warak maka janganlah pakai baju bundle kerana risau atau ragu-ragu mengenai kebersihannya.

Dari segi feqah mengatakan tidak wajib membasuh dengan air tanah kerana tiada tanda-tanda terkena najis walaupun mungkin terkena najis dalilnya Nabi Muhammad S.A.W. terima pakaian yang diberikan kepadanya daripada Syam walaupun mungkin pakaian itu terkena najis mughalazah kerana di Syam penduduknya dari kalangan Arab Islam dan Arab Kristian dan ada majusi. Dan lihatlah dahulu tulisan2 atau gambar2 di pakaian itu supaya tidak melanggar syariat Islam risau kita menjadi asbab menyebarkan syiar Kristian atau seumpamanya.



p/s : Rase-rasenye baju bundle yang kita beli tak berdosa kot kan selagi tak melanggar hukum syarak yang dinyatakan..kat >LOVE LIVE BUNDLE< banyak baju bundle cantek2..hihi



Perbezaan Dan Fungsi Lubang Hidung Kiri dan Kanan

24 January 29 Comments

Syukur alhamdulillah harini kita masih dikurniakan kekuatan+ketabahan+keazaman untuk meneruskan kehidupan tapi dalam pada dah dikurniakan semua tu, jangan pulak kita lupa nak mensyukuri segala nikmat yang dah DIA bagi. 

Kalau DIA nak tarik balik semua tu,kejap je kan?  hihi. Aku bukan apa, sambil kita berblog ni,sambil berpesan-pesan untuk diri sendiri yang selalu alpa ni dan juga untuk sahabat-sahabat blogger semua.

Eh tajuk pasal HIDUNG kan? Sori sori TERsasar pulak kehkehkeh.

Dalam pepatah melayu pun ada jugak guna perkataan HIDUNG ni contohnya "HIDUNG TINGGI" dan "HIDUNG BELANG".. Err ade lagi ke digunakan ea? Dua tu je aku ingat yang ada guna perkataan hidung hihi.

Hidong kita majoriti ade DUA lubang kan? (setakat ni aku takde lagila jumpe orang yang ade 1 je lubang hidung).

Dan tak pernah pulak aku terfikir rupenya kedua-dua lubang hidung kita ni ade BEZA antara KIRI dan KANAN.. AGUNG sungguh ciptaanNYA..

Macam biasalah, fungsinya yang paling penting untuk bernafas.. Well, itu memang dah termaktublah tapi kan, kedua-dua lubang hidung kita mempunyai fungsi yang berbeza, kita boleh rasakan perbezaan dia yang mana sebelah KANAN dikatakan mewakili matahari ( mengeluarkan panas/haba) dan yang sebelah KIRI pula mewakili bulan (mengeluarkan dingin/ sejuk).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya cepat sejuk. Lelaki pula bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, kebanyakannya cepat marah dan naik angin..
Patutla LELAKI selalu je nak cepat hangin.. Eh yeke? Kenapa aku macam rasa perempuan yang lebih cepat naik hangin? hahahaha

Petua 1 : jika sakit kepala, cuba tutup lubang hidung kanan dan bernafas melalui hidung kiri. lakukan selama 5 minit, insyaallah, sakit kepala akan beransur hilang.

Petua 2: Terasa penat? tutup lubang hidung kiri dan bernafas melalaui hidung kanan.
Seketika nnti anda akan berasa lebih tenang dan segar kembali...MyEm0.Com

Petua 3 : ketika bangun dari tidur, perhatikan pernafasan anda.lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat?jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat,anda akan merasa lelah dan penat.caranya: tutup lubang hidung kiri dan bernafas dengan menggunakan lubang hidung kanan.Anda akan merasa lebih segar dengan cepat...

Ahha cenggitulah citer pasal lobang hidong nih. Ehh takyah la tiru aksi ni. Geli pulak aku nengoknye ahaha



Pop Up Komen Dan Word Verification

23 January 33 Comments



Syoknya kerja di hari minggu. Takde gangguan fon call dari superior mintak reply email itu ini bla bla bla... Boleh BW sesuka hati aku sampai muntah pon boleh hahahaha

Ahhha! Sebut bab blogwalking ni, ramai yang BW dengan cuma tinggalkan jejak kat kotak jerit je dan pada yang RAJIN+MURAH HATI+TAK KEDEKUT dia akan tinggalkan komen walaupun cuma sepatah perkatan seringkas "hahaha".. kan?

Aku sanat respect engkorang yang rajin tinggalkan komen. Tak susah nak drop komen. Semudah ABD kikikiki. Tapi tengok gak la blog dia jenis user friendly ke idak. Ada certain blog, memang payah kemain lagi nak drop komen. Tahap susah dia tu, dah macam nak drop bom atom pulak =P

Bila dah jalan-jalan merata blog tu, macam-macam pesen blog la yang kita jumpa kan. Macam-macam ragam ada. Ada yang lagi best jenis yang tak disable word verification. Kalo code WV tu mudah takpe jugak. Ini kadang tu jenuh jegil bijik mata, sampai nak juling, tetap tak berapa nampak pon WV yang berbelit tu.

Penyudahnye, tekan [X] je. Jadi takde mood terus nak drop komen. Pada hal hati membuak-buak nak drop komen =P






Maksud Tersirat Pelekat P

19 January 47 Comments

Biasanyakan kalau kita memandu kat jalan raya mesti pernah terserempak dengan kenderaan yang ada pelekat P kat cermin kenderaan dia. Engkorang  mesti dah tawu makna dan tujuan pelekat tu ditampal kat situ kan?

Tapi enkorang tahu tak ada makna yang tersirat sebenarnya selain menandakan pemandu tu baru PASSED test JPJ.. Aku nak bagitawu rahsia di sebalik pelekat P tu. Kalo rasa nak tawu baru proceed. Kalo taknak tawu, taknak amek risiko juling bijik mata nak membaca, takyah gatal klik hehehe

Font Comel Comel

18 January 20 Comments

Fuuhh banyak betul font free! Saya suka!!  Saya suka! Pasni boleh buang font yang entah hape-hape dalam lappy tu. Cari yang kiut-kiut je simpan pastu boleh bereksperimen dengan font pulak nanti hehehe 

Ada jugak terjumpa font yang comel-comel antaranya yang cam gini :







Top ten website yang bagi kita download macam-macam jenis font secara percuma. Pulunlah banyak mana engko larat nak download. Selagi tak juling bijik mata hehehe



Curriculum vitae / Personal resume

14 January 44 Comments

Selamat hari Jumaat. Cuaca pun alhamdulillah suam-suam kuku je harini.. Mata pun mula nak tertutup je bila cuaca cenggini punya syahdu.. Haishh~~






Blog aku takde ruangan 'About Me'. Pernah ade yang tanye :

"penting sangat ke kene ade about me tu??" 

Ok pada pendapat aku, benda tu sebenarnya utk introduce owner blog lah. Alah sama macam dalam real life jugak kan. Mesti kita kene introduce dulu siapa nama,tinggal kat mana .bla..bla..bla..
Daripada apa yang aku tengok, ramai bloggers *especially gegerl* mesti suka taruk gambar kiut-miut je kat blog kan? Haaaaa itu pun salah satu cara introduce jugak.

Sebab korang sume kiut-miut takpela taruk gambar bebanyak.. Kalo macam aku ni, kalo taruk gambar gedabak besor kat situ karang korang pengsan pulak nengok =P

Lagi satu, bila kita ada introduce pasal diri kita dan kalo ditambah pulak gambar kiut miut tuh, secare tak langsung sahabat-sahabat bloggers pun dengan rasa suka rela tanpa ada paksaan akan terus follow blog korang.. Yelah kan ownernye kiut miut mcm korang hehehe

Kalau nak buat macam konse CV atau Resume pon boleh gak ape. Ringkas padat dan power je maklumat engkorang. Mana lah tawu tetibe ada yang tengah cari calon, tetiba dia ternampak pulak details engkorang yang serba lengkap, mudahla dia nak contact kehkehkeh