Urus + Setia

07 November 25 Comments
Alhamdulillah dah setel Karnival Hari Terbuka Pusat Jalurlebar Komuniti di Felda Sg Behrang pada 3 November yang lepas.. dua hari gak la kamiorang berkampung kat sana.. Banyak aktiviti menarik yang ada masa karnival tu.. semput gak la kalo nak listdownkan.. tapi takpe, guwa wrap-up kan dengan bantuan gambar je lah.. cuci mata nengok gelagat masa aktiviti =P



Angry Bird
 Giant Dam Ular
 Lucky Ducky 
Score Goal
 Bercerita kanak-kanak
Tarik King Queen
Paintball

Urusetia yang memang sangat setia depan camera =P

our beloved incik Boss =P
senyum leborrrrr aje ek incik.. eheee

event edisi Sg Behrang kali ni guwa lebih rileks dan enjoy gile arrr.. sebabnye guwa dengan partner guwa (Asmah) dapat part jadi cameraman.. so memang kamiorang bebasla berkeliaran sambil cucimata di segenap ruang karnival pada hari ittew.. sememangnyelah kamiorang sangat bersyukur sebab sepanjang karnival berlangsung pagi tak hujan.. tapi memang panas taktau nak kata la.. guwa dok repeat tanya soklan "skang jam pukul bape asmah ? dah pukul 1 ke ? " pada hal masa tu baru pukul 10.30 pagi.. dia punya panas perhh tak hengat.. tapi bila masuk je sesi petang, memang Allah turunkan hujan.. patutla pagi tu panas dia lain macam.. 

Alhamdulillah dah selesai pun karnival di Felda Sg Behrang.. punyela komited nak menjayakan event tu sampaikan ada antara Team Members demam la.. sebab cuaca agaknye.. panasss yang amat sangat pastu berlari-lari dalam hujan plak untuk menjayakan program tu.. guwa sangaaaat berdoa harap² dorang sempat recover lah sebelum upcoming event on this 10 November di Felda Gunung Bongsu, Kedah.. ada lagi 2---3 hari untuk pulun makan ubat betol² dan jaga kesihatan.. 

Sipbekla antibodi guwa kira masih mampu bertahan dalam meredah segala onak dan duri dan pertukaran cuaca.. Syukurrr Ya Allah :)

Dua site dah setel.. next event Jumaat ni will be at Felda Gunung Bongsu.. tunggu kehadiran rombongan cik kiah kami ! kehkehkeh

*kat sana guwa dengar bunyi² bahawasanya guwa dengan partner guwa (Lin) akan dapat part jadi pengerusi majlis... habes huru hara la karang kalo guwa dengan Lin dapat pegang microfon tu =P

  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)

Teluk Batik

29 October 49 Comments

harini, guwa menghabiskan hari-hari indah bersama keluarga.. berpiknik ke Teluk Batik.. memandangkan besday anak buah guwa si Rafael Zafuan pada 29 Oktober ni jatuh pada Isnin, maka kami rakyat Malaysia pun decide untuk celebrate hari sebelum Isnin.. sebabnya kalo isnin, abang long dengan akak ipar guwa tu dah kena balik bekerja.. 

so harini, kamiorang bertolak pagi dalam jam 10 dari rumah dan sampai ke Teluk Batik kuranglebih jam 12.30 tengah hari.. memang ngamho la kami sampai tu masa perut tengah rancak dok main lagu keroncong untuk ana.. hahaha

Tak tunggu lama, kamiorang pun keluarkan segala stock makanan yang dah siap menunggu untuk jadi santapan juadah tengahhari tu.. hasil air tangan Masterchef Puan Emak memang selalu terbaekkkk – keli bakar + air asam + ayam masak merah + rendang daging + ketupat palas + gulai ayam + ulam²an + pucuk paku dan jugak buah²an untuk pencuci mulut.. perut pun dah lapar, semua pakat dah ketaQ lutut nak makan, kamiorang pun ngaaapp segala yang ada lepas abah setel baca doa makan..

Setel hadap makanan, si Rafael dah tak senang duduk.. mane taknye, kamiorang belum pegi ke pantai lagi.. betul² park kereta kat kawasan parking yang memang jauh dari pantai sebab parking yang dekat area pantai sana dah penuh.. maklumlah hari public holiday kan.. nak angkut makanan bawak pegi sana masa awal tadi silap² ada yang pengsan dulu..

Bila dah setel makan, barula setting apa yang patut untuk landing kat area tepi² pantai tu.. manusia jangan tanyala.. memang kalo selak orang, nampak orang je la baq hang ! punyala ramai manusia ! 


ini budak kecik memang tak pedulik panasterik.. pulun nak main pasir.


mula² konon takot air. bila dah konfiden selamat, gelak sakan. pastu dia lah yang taknak balik. tak puas lagi nak berendam dalam air sampai naik hangit satu badan.. acik pian dia jugak untung sebab dah prepare baju mandi macam gitu.. 

Best memang best bila sekali sekala dapat spend time dengan family macam gini.. tapi ada 2 perkara je yang memang guwa rasa sangat spoilt :


1) SIGNBOARD 
  • Teluk Batik kan tempat pelancongan. janganla kedekut signboard. bubuh sebanyak dan sekerap mungkin.. yang nak pegi situ bukannye orang² yang dok area situ.. orang jauh.. bila tak cukup signboard, maka terganggulah perjalanan.. ok fine ada yang kata "gunalah GPS".. itu kalo yang jenis agak kaya.. guwa agak tak berkemampuan..sedih taw dak bila dah dekat nak sampai, tetiba signboard dah takde. lostt terus. tu pun sipbekla ikot kata hati dan sipbekla jugak jumpak..  pihak majlis daerah plisss la alert.. sesape orang sana, majukanlah usul guwa ni ke pihak berkenaan.. ini seriyes ! (ala² lagu wonderpet)


2) TANDAS
  • Teluk Batik kan macam guwa cakap tadi -- tempat pelancongan. orang mai dah tentulah nak berendam dalam laut. bila dah puas, mestila nak bersihkan diri sebelum nak pulang ke tanahair masing².. bab tandas ni pun satu perkara yang guwa rasa sangaaaaat perlu diambil berat.. nak masuk mandi dah la kena caj singgit. takpelah kan. tandas yang ada pulak cuma 1 kat ujung pantai belah sini. pastu 1 lagi ujung pantai belah sana.. bilik utk mandi ada la dalam 5 unit.. kiranya dua kemudahan Tandas Awam tu ada la dalam 10 unit bilik untuk mandi.. dengan kapasiti orang yang datang pada hujung minggu plus public holiday plak = tak kurang dari 5 ratus orang.. bayangkan sendiri la betapa panjang Q utk tunggu turn nak mandi ??? ini pun perlu perhatian seriyes dari pihak berkenaan.. plissss sesapa tolong usulkan perkara ni..



guwa malas nak bebel panjang.. karang jadi benda laen.. tapi memang sesungguhnya 2 perkara ni buat spoilt. tak payah dok buat promosi kaw-kaw pun orang mai je tempat kita. tapi yang penting, mudahkan la orang yang datang. buatla orang yang mai tempat kita tu terasa welcoming. janganla biaq depa terasa macam welkambing. guwa rasa guwa perlu bebel sebab guwa anak Perak. guwa takmau nanti ada orang cakap "masa aku p Teluk Batik aritu punyala sikit bilik utk mandi kat tandas dia.. kira nak untunggggggggggg je.. cissskekk sungguh!"



kalo guwa kaya-raya dah lama guwa sedekah buat lapanbelas kemudahan Tandas Awam kat sana.kehkehkeh

lukisan tangan

22 October 43 Comments

Baru-baru ni guwa dengan Team kerja guwa baru setel buat Karnival Jalurlebar kat Felda Sungai Kelah, Sungkai Perak.. Karnival atau Hari Terbuka ni jadi event wajib setiap Broadband Center under P1 wimax bagi suku terkahir tahun duaribuduabelas ni lah.. kira ini event untuk penutup tahun ni lah jugak..

setakat ni ada 9 site center yang under P1 wimax.. guwa jugak salah satunya.. event satu hari kat Sg Kelah itu hari memerlukan kamiorang datang awal satu hari sebelumnya lah untuk buat last preparation..

sampai tengah malam jugakla kamiorang buat kerja.. daripada balut hadiah + set up khemah untuk orang berniaga + khemah urusetia + ruang untuk pameran.. 

Besok paginya (13 Oktober) seawal jam 7 pagi kamiorang dah terpacak kat tapak karnival.. dengan ujian hujan lebat sepanjang pagi.. fuhhh memang dugaan.. dan macam biasalah event besar, konfemlah ada pembahagian tugas masing-masing.. 

mulanya guwa kena jadi cameraman untuk snap gambar segala benda masa hari kejadian.. tapi atas sebab² tertentu guwa kena handel booth face painting and cloth painting.. memula nerves gak guwa sebabnye mane la pernah guwa conteng muka orang.. ini bukan conteng sesedap rasa tu okeh ? ini conteng art punye cerita.. gile engko tak cuak ! tapi bila guwa dapat tau guwa kena handel booth tu dengan itu adik manisss Lin (member guwa) hilang rase debor weyhh ! 



kamiorang pun layannnnnkan je lah apa yang orang request.. dan majoritinya yang mai adalah kanak-kanak comel.. maybe sebab tengok kamiorang yang comel ni handel tu la deme mai ramai² agaknye.. hahaha gile perasan ko ana =P

dan sepatutnye painting ni should be "face painting " ---- kat muka tapi bila deme nengok guwa painting Bee comel tu kat tangan, pakat sua tangan jugak.. sipbekla jugak sebabnya kalo deme sua pipi, ketaQ jugak guwa nak lukih kat muka deme tu agaknye.. kehkehkeh

ada lagi 8 site yang belom setel.. 

  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)
memang agak sibuklah bulan ni dan bulan berikutnya.. phewwww~ Semoga dipermudahkan segalanya hendaknya. aminnnn --- 


p/s : Encik Boss, i know u watching me and my diary.. semoga Encik Boss sihat selalu.. doakan segalanya dipermudahkan.. and if u read dis, plisss do leave some footprints yaaa.. need some motivation =.=

kerana zikrullah

18 October 17 Comments

" Selamat pagi wahai bidadari syurga..

eh takdelah awak.. saya pun insan biasa.. hambaNya yang lemah.. kadang-kadang saya menangis kerana Allah.. dan kadang-kadang bila membayangkan indahnya Syurga, saya senyum sendiri.. macam budak kecik pulak rasa.. hehe

awak.. jom kita solat Dhuha.. bila kita selalu buat sesuatu tu, akan jadi rasa rindu bila kita tinggalkan.. kan ? dan.. dekat syurga nanti ada 1 pintu yang dinamakan Dhuha.. khas untuk mereka yang melakukan solat Dhuha.. indah kan awak ? 

saya ni banyak kekurangan.. banyak kelemahan.. kadang-kadang saya menangis bila terfikir rumput yang kita selalu pijak tu pun sentiasa bertasbih dan berzikir memuji Allah.. kenapalah saya tak mampu untuk sentiasa basahkan bibir saya ni dengan zikrullah camtu.. semoga saya akan dipertemukan dengan insan yang mampu membimbing saya hanya keranaNya.. insyaAllah kan awak :) ... "


celik mata di hening subuh.. gosok-gosok mata.. check inbox dapat ayat camtu.. tak ke terasa tersentuh jiwa dan raga ? tak ke terasa bahagianya masih diberi peluang bernafas ? tak ke terasa betapa indahnya ciptaan Allah yang bernama Manusia ni pabila berada pada landasan syariat yang lurus ? 

semoga esok sentiasa ada untuk kita menginsafi diri ini :)



Tips | Hati Wanita

05 October 25 Comments

jangan gurau sebarangan dengan hati wanita. mungkin nampak teguh, tapi hakikatnya HATI mereka mudah terusik.


"... jangan mengusik jika tidak berniat mahu memetik... "