Ohoi si lelaki itu

29 October 23 Comments

Dua tahun dulu aku pernah kongsi pasal sorang member aku ni si N dengan kesah dia kat sini .. Pasal konflik si N dengan kekaseh dia -- si lelaki tu terpaksa akur dengan pilihan keluarga dan si lelaki tak mampu untuk melawan kehendak keluarga atas sebab si ibu dan ayah yang sudah uzur dan berkeras mahukan juga pertunangan itu diteruskan sebab pilihan keluarganya tu memang orang 1 kampung dan dah kenal lama pulak... Maka bersedih hatilah si N bermula dari dua tahun lepas. Tapi masa tu baru mahu ditetapkan pertunangan. katanya lah.
Tapi, lepas tu mereka buat macam biasa -- go with the flow katanya sebab si lelaki memang sayaaaang sangat pada si N katanya dan berlaku pergaduhan jugak antara si lelaki dengan keluarganya disebabkan si lelaki seperti mahu melawan kehendak keluarga..
Tapi, kelmarin si lelaki wassap si N --- "keluarga abang dah tetapkan tarikh kawen.. dalam masa terdekat.. abang runsing lah... " 
Menggeletar si N masa baca wassap tu.. Menangis semahunya dia.. Segala persoalan keluar :

"Keluarga dia benci aku ke?"
"Mak dia tak suka aku ke?"
"Ayah dia tak suka aku ke?"

Dan si N tanya sendiri pada si lelaki tu : "Mak abang tak suka sayang ke?" 
Jawapan si lelaki tu pulak : "bukan tak suka lah sayang... tapi.. sebab diorang ada pilihan.."

Demmmmmm. aku yang cuma tengok si N tu sedih pon dah cukup sebak jiwa aku.. belum lagi aku yang kena tempuh.. Hurmmm bersabarlah wahai jiwa-jiwa yang aku sayang.. Barangkali ini teguran Dia buat hamba-hambanya yang sering leka dengan arus dunia.. N sempat berseloroh dengan aku dalam tangis dia -- "Hurmmm mungkin ini Allah tegur aku sebab selama ada kekaseh hati ni aku leka dan lupa pada Kekasih Hati yang sepatutnya kan ana kan..."
Hurmm aku dengan partner aku si Ida ngomel sesama kami berdua : Takkanla mamat tu langsung tak pernah cerita ke kat family dia yang dia dah ada pilihan sendiri.. Macam tak logik je zaman 2014 ni lelaki boleh akur je ikut pilihan family.. hurmmm macam something fishy je hurmm hurmm

Bertabahlah wahai N.. 


Ola ! Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!

25 October 21 Comments
Dalam angan-angan aku ada 2--3 negara yang aku teringiiiiiiiiiin sangat-sangat nak jejak kaki antaranya Jepun, Netherland dan jugak Jerman. Memandangkan buat masa ni aku masih belom berkemampuan untuk penuhkan tabung Glob Dunia aku tu, jadi aku setakat mampu jelajah dunia through blogwalking je lah.. Tengah sedaaap jelajah rumah-rumah engkorang tu tetiba aku TERsinggah kat blog Siti Aisya Ibrahim ni.. Kebetulan pulak dia buat GiveAway.. Ada ole-ole dari Jerman engko ! Ahah hape tunggu lagi, berdesup lah aku nak join ! Weeeee~

Aku tag Nanad  +  Aina  +  Gee untuk join lah sekali GA ni.. moh kite try kot2 dapat keychain Eiffel tu kehkehkeh

http://eemoticons.netTudia hadiah dia keychain Eiffel Tower.. ada lagi hadiah lain Aisya nak bagi.. Dah lama jugak aku tak join mana-mana GA.. Memandangkan sekarang ni banyak masa free, mungkin akan keraplah aku join GA pasni lalalala~




Ohemgee ! Apa Itu Bimbo?

25 October 67 Comments
Aku bersyukur sangat sebab dapat kerja dalam kampung aku sendiri.. Banyak indahnya kerja dalam kampung sendiri ni antaranya : dapat dekat dengan org kampung, dapat berkhidmat utk orang kampung kita sendiri.. Dan yang penting dapat save banyak wo ! Yelah kan duduk dengan parents -- sewa rumah takyah bayar. Apa mak ayah makan itulah kita makan. Disamping tu dapat gak jaga mak ayah depan mata sendiri kan.. 
Sebenarnye aku repost entry ni. 3-4 tahun dulu, masa aku dah dapat amek lesen hasil aku berjimat dan saving duit gaji aku, saat tu aku rasa macam nak terbang satu dunia punya eksaited bak hang! Yelah kawan-kawan lain majoriti habes je sekolah form 5, parents pakat bagi duit suruh ambik lesen motor kereta. Aku ? Memang tak la. Memandangkan family aku bukan orang senang. Makanya segala benda yang aku nak, aku kena wajib usaha sendiri untuk dapatkan. 
Lepas setel dapatkan lesen, barulah gedik-gedik pulak nak beli kereta. Errr tapi ekceli bukanlah gedik-gedik sesaja nak beli kereta, it is more to keperluan disebabkan rumah aku memang takde kereta dan kerja aku memerlukan aku ada kereta sebab selalu kena travel.

Jadi disebabkan aku perlu ada sebijik kereta, lepas 3 bulan dapat lesen, aku pon dah diskas dengan mak ayah aku untuk decide nak amek kereta jenis apa bla bla semua.. Mulanya niat aku nak rembat kereta Kelisa secondhand je. Yelah sebab pada pemikiran aku Kelisa tu kecik, senanglah untuk aku yang lesen baru nak bawak kesana sini. Pastu berangan kekonon nak convert + make up Kelisa kecik tu jadi ala-ala Mini Cooper gitttewww ahaksss   Nak yang secondhand pulak sebabnye aku rasa aku takkan rasa sayang tahap gaban sangatlah kalo nanti tak sengaja TERscratch ke hape ke.. Tapi last-last Big Boss yakni abah aku provok suruh amek kereta Proton Pesona sebab alasan dia 'bonet belakang yang luas dan dalam' amat sesuai untuk abah isi barang-barang bila nak travel ke mana-mana.. kalo Kelisa kan bontot kecik je. Haaa hamek engko. Terus tersadailah impian aku nak dapatkan Kelisa untuk digrooming cecantik macam kat atas tu kehkehkeh

Profile     Nama : Bimbo                   Tarikh Lahir : 31 Mac 2011

Rupa-rupanya Big Boss dah ada plan baekkkkkk punya dengan Mem Besar. Depa buat surprise p ambik sendiri Pesona tu dan lepas aku balik dari kerja tup tup tengok depan rumah dah ada tercongok ha Pesona Silver sebijik ! Eksaited kemain aku masa ni. Yelah my very own first car lah katekannnnnn kehkehkeh
Dan aku dah plan untuk namakan Pesona Silver aku ni dengan nama BIMBO. Tapi aku tak sangka sebenarnye menurut si Uncle Wiki -- Maksud Bimbo.

Bimbo is a derogatory slang term for an attractive but unintelligent female. The term was originally used in the United States as early as 1919 for an unintelligent or brutish male.


Arhhhh lantaklah pedulikkan apa si Uncle Wiki tu nak kata. 
Yang penting Bimbo dah banyak jasa dengan aku. 
Sampaikan dah injured-injured Bimbo selama hidup dengan aku sepanjang 4 tahun ni. 


Ohsem October Trip | Gold Coast Morib Part 2

24 October 10 Comments
Malam tu kamiorang decide untuk makan kat area Pantai Bagan Lalang sebabnya sebelum pergi tu dah google-google mana restoran / kedai makan yang best kat situ.. Kamiorang bertolak awal lebih kurang jam 6 dari hotel sebab untuk ke sampai ke Pantai Bagan Lalang tu amek masa lebih kurang 30minit jugak kalo tak silap.. Alhamdulillah masa kamiorang sampai kat Restoran Bayu Malam Wak Lan tu orang pon tak ramai lagi sebab baru je pukul 7 lebih kurang.. Ditambah pulak dengan hujan maka orang pon belum pakat keluar sarang lagi untuk cari makanan hehehe
Daripada hasil googling sana sini sebelum berangkat tu, ramai jugak yang share tentang tahap kemurahan harga kat restoran Wak Lan ni sebabnya segala mak nenek seafood ada dan fresh plus engko boleh pilih sendiri apa saja seafood yang terasa nak telan.. Kamiorang decide makan kerapu bakar + tomyam seafood +  lala masak apa entah lupa pulak + sotong goreng tepong yang ohsem baq hang + kailan ikan masin + pepahat masam manis pecah telor .. dapat je nasik suap ke mulut memang senyap sunyi tak sembang apa dah.. pakat menyuap je masing-masing.. maklumla laporrrr kehkehkeh
Dan memang terbukti murah harganya.. Gedebuk gedebak semua tu dalam seratus lebih je (makan 4 orang dan di lokasi tempat peranginan) selalunya jarang boleh dapat harga murah kan ? so Restoran Wak Lan ni is highly recomended jugak untuk sesiapa yang datang ke Gold Coast Morb ni ;)
Setel je makan dan perut dah full, kami pon cuci mata dekat gerai-gerai jualan yang ada bersebelahan dengan restoran tu.. macam-macam jugak barangan dijual.. sipbaik masa pegi belom gaji je, kalo tidak konfem macam-macam aku rembat kehkehkeh    Sepanjang perjalanan balik ke hotel tu dah plan nak sambung berendam lagi dalam jakuzi. Al maklumlah dua hari tu je dapat jadi orang kaya kekononnye hahahaha.. Pakat gilir-gilir masuk berendam dalam tu.. Takmau lepas peluang weyhh ahaksss
Pagi tu lepas je solat subuh, mata takmau lena dah. Punya la eksaited nak turun p ke Water Theme Park dia.. Apa tak eksaited, selak je langsir bilik, jenguk je bawah haaa tudia terbentang luas depan mata.. Menggoncang iman sungguh la =P  Breakfast start pukul 8 sampai lah 10 pagi so pagi tu seawal jam 8 pagi kamiorang dah siap sedia untuk attack segala apa yang ada untuk sarapan. Ingatkan time cuti Deepavali tak ramai la orang kat hotel tu sekalinya bila turun je, haaa tudiaaaaa jenuh beratoq nak amek sarapan.. Ahah ! yang ni lagi satu part aku tak bekenan -- susunatur tempat ambik makanan dengan tempat nak duduk tudiaaaa hujung dunia ! Punya tak praktikal. Jenuh la kena berjalan sebatuuuuuu dulu nak letak makanan atas meja pastu kena jalan p pulak sebatuuuuu lagi untuk p ambik ayaq. Huhhhh spoilt ! Sipbek semua yang aku ambik kena dengan tekak aku kecuali mini pau tu je rasa macam yang semalam semalam semalam punya dipanaskan balik je. 
Water Theme Park dia ni memang terang benderang nampak masa tengah dok sarapan tu.. maknanya orang boleh 'cuci mata' sambil menjamu selera. Lelaki suka la kan  time makan boleh ushar awek-aweks mandi manda wakakakaka =P

Puas jugakla semuanya aku try kecuali sliding yang utama kaler biru muda + biru tua tu je tak boleh try sebab tak pakai dress code yang sepatutnya.. Aku ingatkan buleh la nak bodek brader yang jaga tu dengan kenyit-kenyit mata ke rupanya beliau sungguh amanah dalam menjalankan tanggungjawab chittttt maka tak dapatlah aku nak tunjuk skill menggelongsor dalam terowong masa tu huwawawawa

nanges laju-laju  bawak diri cari batu belah batu bertangkup http://eemoticons.net

Ohsem October Trip | Gold Coast Morib Part 1

24 October 8 Comments
Memandangkan starting 20 Oktober haritu secara rasminya ofis aku dah dikosongkan untuk tujuan naik taraf, jadi, secara rasminya jugaklah aku dan partner kerja aku si Ida tu hanya bekerja secara on call je dari rumah.. Kamiorang (aku dan partner kerja aku si Ida, Shu dan Rihan) pun dengan dengan rasa bangganya sukacitanya meng'holiday'kan diri sebentar kehkehkeh =P http://eemoticons.net
Ekceli 'short holiday' ni kamiorang dah plan sebulan awal. Kesahnye adalah apabila jejari montok si Ida tu gatal pergi klik ke Groupon. Dok ushar baekkkkk punya promo yang ada kat situ.. Mulanya dia dok cuci mata tengok promo barang-barang ladies je tetiba dia terpesona pulak dengan tiket promo yang ada kat situ. Tu yang dia terus TERklik buy tiket ke Gold Coast Morib Resort nih.. Nak pegi ke sana memang mudahlah dengan bantuan Waze zaman sekarang ni.. tepat sampai ke depan pintu die hantar kita. kecuali lah kalo kita ni tak pandai guna gadget tu haaa itu buleh jadi masalah lah hehehe
  
Sepatutnya tiket Groupon tu tak valid on public holidays tapi disebabkan kamiorang antara first lucky buyer makanya tiket yang dibeli tu valid lah untuk digunakan pada 21 dan jugak 22 Oktober tu (Deepavali). Manusia jangan cakaplah memang ramai. Maklumlah public holiday katakan. Check in pukul 12.00 tengah hari dan kamiorang request nak bilik yang nampak seaview tapi malangnya, menurut receptionist tu memang tak nampak pantai sebabnya terlindung.. So bilik-bilik mana-mana pon memang takkan nampak seaview. Redho dengan jawapan tu, kami pon request pulak nak yang menghadap water theme park. Ahah sipbaik dapat. Dapat je kunci, tak tunggu lama terus check bilik. Yang besnya siap ada jakuzi wuuuuu ! Memang tepatlah pilihan. Badan pon dah letih drive, hape lagi ----- terjunnnnnnnnn ! *terus berendam + berangan kekonon orang kaya jap* wakakakaka =P  Errr tapi aku kurang puas hati part Foam Bath dia sebab dia bagi 1 botol kecikkk tu je. Aku dah request kat kaunter mintak tambah lagi 3--4 botol (sebab size dia kecik) tapi tak dapat pon sampailah check out. So berendamlah kami (gilir-gilir) dalam jakuzi yang agak kurang berbuih itttew kehkehkeh
Bilik dia memang aku highly recommendedlah.. untuk honeymoon pon ok sebab romantik-romantik gittewww kikiki.. Boleh pilih nak single bed atau pon queen size.. disebabkan aku dan Ida bukan suami isteri maka kamiorang hamek je single bed. Tunggu aku ada hasben nanti lah baru request katil queen *gatal* =P  
Dan untuk sesi petangnye pulak disebabkan musim hujaaaan je sekarang ni, sebelum awan mendung berarak, kamiorang pon p jejak jap ke tepian pantai tu.. View dan jugak decoration kat situ memang agak superb lah sebabnye kat situ memang ada tempat khas untuk wedding occation.. Siap ada tu apa benda tu yang ala-ala pondok kecil beratap nipah tu ha.. Cantik sungguh la kalo fotoshoot kat situ ! 
Aku memang telan ayaq lioq sajalah tengok view kat sini.. Nak gedik-gedik begambaq pon tak berapa buleh sebabnya si Ida, Shu dengan Rihan ni jenih suka bagi ayat camni :

"alaaaa Ana... kami tak pandaila nak tangkap... Hang je yang amek gambaq lawa..."

So disebabkan itu, aku terus terbantut nak gegedik enterframe. Deme-deme je lah belambak dalam gambaq. Gambaq yang ada aku, ada la kot sekeping dua. Huhhh takpa tunggulah nanti aku bawak Encik Hasben mai repeat pastu ambek gambaq aku bebanyak. hahahaha *berangan* 

Malam tu... jeng jeng jeng ~ nanti aku sambung Part II  =P