Untuk Ramadhan Ke 11, menu aku sekeluarga macam biasa dimulakan dengan menu permintaan daripada Si Bong. Bong kata teringin nak makan Shawarma tuuuuuu nak kena p KL sana nu!
Sesungguhnya ketahuilah bahawa kakak mu ini tiada kerajinan nak ke sana.
Jadi merajinkan diri merekacipta sendirilah shawarma tapi ikut pada bahan yang ada kat rumah saja.
Terpulang pada tekak kita nak guna daging atau ayam.
Bong kalau boleh taknak sayur tapi untuk memberi sedikit 'seri', aku letak jugak hehe
Sumbatkan aje sebanyak mana inti yang kita nak takda siapa nak marah hehehe
Siap sumbat padatkan isi dalam tu, balutkan aje semua kemudian panaskan atas kuali.
Masa dah nak dekat berbuka baru panaskan, boleh makan masa masih panas / suam.
Tak cukup dengan itu, Bong kata sedap juga kalau dapat makan sotong goreng tepung.
Disebabkan Bong bagitahu agak dah petang,sotong yang ada hanyalah squid ring saja dalam peti tu.
Bolehlah daripada takda kan? Bedak-bedakkan sotong tu dan goreng garing.
Lepas teraweh tu, Mak kata teringin nak makan Vietnam Roll.
Kita buatkan tapi tak banyaklah sebab Bong tak pandai makan
(sebab Bong kata rice paper tu macam makan plastik)
Buat 7-8 biji je Vietnam Roll ni sebab hanya Mak,Abah dan aku je yang pandai makan.
Mak cicah juga sotong ring goreng tepung dengan sos pencicah vietnam roll ni sebab sedap katanya.
Untuk Ramadhan Ke 12 pula, Abah kata sedap juga kalau dapat makan Roti Jala cicah dengan Gulai Ikan Plotan (sesetengah orang panggil Ikan Mayong).
Gulai Ikan Plotan (Ikan Mayong) memang feveret Abah.
Banyak juga Abah bedal Roti Jala cicah dengan gulai feveret dia hehehe
Si Bong hanya request nak makan ayam macam nasi ayam tapi nak makan dengan nasi putih je.
Kita turuti apa saja permintaan ahli jemaah dalam rumah ni selagi terdaya hehehe.
Untuk aku selalunya memang banyak minum dan makan buah.
Tak kisahlah buah apa pun macam buah mangga, tembikai, oren , anggur.
Ada beberapa buah kategori 'lembik' aku tak makan macam betik dan pisang.
Pisang yang begitu saja aku tak pandai makan tapi kalau jadi cekodok atau pisang goreng aku makan hehehe