Menu Ramadhan 15

 


Untuk Ramadhan Ke 15 kami sekeluarga dimulakan dengan Terung Goreng Tepung. 
Disebabkan terung yang jiran bagi semalam tu masih ada,jadi Bong request menu yang ni.


Abah teringin Kangkung Goreng Belacan, jadi kita tunaikan permintaan Abah.


Mak teringin Masak Lemak Kobis,jadi kita buat juga walaupun takda sayur pucuk dan suun hehehe

Dan menu utama adalah Ikan Keli Bakar Cicah Air Asam.
Bakar dua ekor saje sebab hanya Mak,Abah dan aku saja yang makan.

(Bong tak makan ikan yang jenis bakar atau masak berkuah)
(Bong hanya makan ikan yang jenis goreng garing rangup)


Mee Kari pemberian dari jiran Mak Lang Jiran Sebelah merangkap Ahli Mesyuarat Tingkap Mak hehe


Tepung Pelita feveret Mak setiap kali bulan Ramadhan.
Ramadhan kalini dah bertemu bermacam-macam jenis 'sarung' kuih tu.
Ada yang guna pita pelekat (Sellotape), ada yang guna plastik petak.
Dan ada yang masih guna daun asal (dengan sedikit renovasi, cantik sarung tu)
Tapi ambil masa lebih lama berbanding gunakan Dawai Kokot (Stapler) 
Sekarang kan dilarang keras penggunaan dawai kokot (boleh didenda hingga Sepuluh Ribu).

Popia Basah feveret Bong. Aku belum pernah cuba buat sendiri kulit dia tu. Nanti nak menuntut ilmu dulu sebab ada trick juga nak dapat hasil yang helokkkkk untuk kulit popia basah tu.

Jambu tu kami panggil Jambu Bertih Merah.
Pemberian Maklang sebelah rumah juga.
Tapi bukak pokok dia. Kawan anak dia bagi.
Banyak berbuah walau hanya sepokok saja katanya.
Daripada busuk di pokok, dia pun panjangkan bersedekah.
Feveret Bong juga tu cicah dengan Kuah Rojak Mak Bee hehehe





17 comments:

  1. pergi rumah kak SA tadi nampak ada air asam..datang rumah ana pun ada air asam..rasanya menu petang ni nak buat air asam cicah ikan bakar jg lah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  3. cantiknya kejadian kangkung belacan tu. kalau ammi goreng mesti banjir jadinya

    ReplyDelete
  4. Terliur tengok kangkung. Mana nak cari kangkung segar ni. 😂

    ReplyDelete
  5. Baguslah semua request sayur 👍
    Kangkung tu paling berseri :D

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaaa ikan keli bakarrrrr
    fav saya juga tu
    hmm mana nak cari ni ya?

    ReplyDelete
  7. Wah...dapat idea ni. Nak tirulah buat terung goreng tepung. Adaa tu terung lama menerap dalam esbok 😄

    Akak tak tau panggil apa, sebut jambu merah kecik je. Ada banyak jugak kat pokok belakang rumah ni. Tapi itulah...penuh kerengga.

    ReplyDelete
  8. sedap sungguh masakannya.. yg terpaling sedap adlh kangkung goreng belacan tu.. terliur tengoknya...

    ReplyDelete
  9. sedapnya aduhai,,, abis yang tukang masak tak makan ikan ke? semua masak untuk emak ayah dan bong je. Jambu bertih tu kegemaran akak

    ReplyDelete
  10. Pinggan lejen mee kari tu.. teringat zaman budak purba dulu. Sekarang pun masih ada kalau balik kampung, kat rumah sendiri je takde.

    Buah jambu tu pun feveret saya, aduh. terliur dibuatnya.

    ReplyDelete
  11. Cantik warna kangkung goreng belacan tu Ana.
    Aduhai... semua menu yang terhidang memang sedap belaka.

    ReplyDelete
  12. geramnya tgok jambu bertih tu..sedap colek ngan kicap cili...

    ReplyDelete
  13. Sedapnya terung goreng tu....

    ReplyDelete
  14. Sedapnya. Lama tak nampak jambu bertih tu..

    ReplyDelete
  15. sedapnya keli bakar tu....terung celop tepung tu ratah pn sodap

    ReplyDelete
  16. Terung Celup Tepung.. Dgn Ikan Keli .. Sayur kangkung tu.. sedapppp

    ReplyDelete