Untuk Ramadhan Ke 11, menu aku sekeluarga macam biasa dimulakan dengan menu permintaan daripada Si Bong. Bong kata teringin nak makan Shawarma tuuuuuu nak kena p KL sana nu!
Sesungguhnya ketahuilah bahawa kakak mu ini tiada kerajinan nak ke sana.
Jadi merajinkan diri merekacipta sendirilah shawarma tapi ikut pada bahan yang ada kat rumah saja.
Terpulang pada tekak kita nak guna daging atau ayam.
Bong kalau boleh taknak sayur tapi untuk memberi sedikit 'seri', aku letak jugak hehe
Sumbatkan aje sebanyak mana inti yang kita nak takda siapa nak marah hehehe
Siap sumbat padatkan isi dalam tu, balutkan aje semua kemudian panaskan atas kuali.
Masa dah nak dekat berbuka baru panaskan, boleh makan masa masih panas / suam.
Tak cukup dengan itu, Bong kata sedap juga kalau dapat makan sotong goreng tepung.
Disebabkan Bong bagitahu agak dah petang,sotong yang ada hanyalah squid ring saja dalam peti tu.
Bolehlah daripada takda kan? Bedak-bedakkan sotong tu dan goreng garing.
Kita buatkan tapi tak banyaklah sebab Bong tak pandai makan
(sebab Bong kata rice paper tu macam makan plastik)
Gulai Ikan Plotan (Ikan Mayong) memang feveret Abah.
Buat 7-8 biji je Vietnam Roll ni sebab hanya Mak,Abah dan aku je yang pandai makan.
Mak cicah juga sotong ring goreng tepung dengan sos pencicah vietnam roll ni sebab sedap katanya.
Untuk Ramadhan Ke 12 pula, Abah kata sedap juga kalau dapat makan Roti Jala cicah dengan Gulai Ikan Plotan (sesetengah orang panggil Ikan Mayong).
Banyak juga Abah bedal Roti Jala cicah dengan gulai feveret dia hehehe
Si Bong hanya request nak makan ayam macam nasi ayam tapi nak makan dengan nasi putih je.
Kita turuti apa saja permintaan ahli jemaah dalam rumah ni selagi terdaya hehehe.
Tak kisahlah buah apa pun macam buah mangga, tembikai, oren , anggur.
Ada beberapa buah kategori 'lembik' aku tak makan macam betik dan pisang.
Pisang yang begitu saja aku tak pandai makan tapi kalau jadi cekodok atau pisang goreng aku makan hehehe
Perghhh..kenapa semua menu menggoda nihhhh..sedap² semuanyaa..untung bong, abah n mak makan sedap² untuk berbuka 😊
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSedap2 belaka menu berbukanya
Amboi amboi Bong!
ReplyDeleteAwak jew sorang ada kakak ye... hehehee! Untung betul Bong. Nak makan apa sebut jew, terus terhidang depan mata.
Ana ni tangannya ajaib betul. Apa yang dibuat semuanya menjadi.Mengancam selera.
Belum pernah makan shawarma. Tapi pernah makan chicken wrap yang McD dan KFC jual.
ReplyDeleteselamat bersahur., aminn
ReplyDeleteRajin Ana lsyan permintaan buat makanan. Banyak pahala dapat.
ReplyDeleteSaya naik minta buat takoyaki. Hehe.
Bong masih MC lagi ke Ana?
ReplyDeleteAlhamdulillah Allah bagi kelebihan dekat anak pandai memasak 👍 besar pahalanya إن شاء الله
Ya Allah rajin bebenor cik ana kita ni memenuhi permintaan perut dan tekak family..kita pun nak jadi family awaklah..hehehehehehe
ReplyDeletesotong tu ratah pn sodap
ReplyDeletebaru smlm makan roti jala
ReplyDeletetapi hari ni nak cari roti jala kuah serawa pula
tu pun kalau ada hehehe
ana...ahli jemaah dalam rumah ada kosong lagi tak?huwaaa jealous betul dengan Bong semua yg sedap2 dia minta...hehe
ReplyDeletewow..vietnam roll tu menggoda...kemas dan menyelerakan
ReplyDeletealhamdulillah..semua pun nampak sedap tu
ReplyDeletetembikai tu terpaling sedap.. rajin sungguhla kakak bon ni...
ReplyDeleteGulai ikan mayong pun fav Kak SA...bleh la geng ngan abah ana..
ReplyDelete