Menu Ramadhan Ke 9 permintaan si Bong nak makan Pocket Doremon.
Malam lepas teraweh yang dah buat Roti John tu, teruslah cuci dada ayam untuk perap.
Celupkan dengan telur dan salutkan dengan serbuk roti (kalau rajin boleh buat sendiri serbuk roti).
Pastikan minyak betul-betul panas dan gorengkan sekejap roti yang siap disalut tadi.
Tunggu sekejap hingga roti kembung (tanda dah cukup masak) dan angkat keluarkan.
Potong atau gunting kepada dua bahagian bulat tadi untuk jadikan seperti pocket.
Inti aku gunakan dada ayam yang dah diperap dengan chipotle with adobo sauce,paprika & mix herbs.Bila dah siap tumiskan inti tu tadi hingga masak helok, perasakan ikut citarasa kita nak.
Sumbatkan ke dalam pocket yang kita dah potong pada dua bahagian tu tadi.
Boleh je nak letak sayur salad atau lettuce terpulang selera masing-masing.
Ini sebab permintaan Si Bong yang taknak ada sayur sangat (tapi aku letak jugak timun)
Abah pula request nak makan telur rebus goreng masak sambal.
Untuk juadah lauk pula, sayur kailan ikan masin je yang Mak teringin.
Sayur lain takda rasa nak makan lagi katanya.Cukup itu menu kami sekeluarga untuk Ramadhan Ke 9 hehehe
Telur rebus masak sambal ni sedap...
ReplyDeletesaya pilih menu abah...sedapnya nampak sambal telur.sedap makan nasi gaul sambal telur tu..
ReplyDeletesedapnya poket doraemon tu...inti melimpah ruah...
ReplyDeleteWahh..bestnya menu
ReplyDeleteMenariknya! Anak2 mesti tertarik nak makan!
ReplyDeletesedapnya poket doraemon tu...boleh cuba jugak nie...breadcrumb dok tersimpan aje tu haa
ReplyDeletewah menarik poket doremon
ReplyDeleteTelur rebus nampak menarik la....sedapnyaaa...
ReplyDeleteeqin pn bt telur sambal smlm tp xgoreng dlu
ReplyDeleteSemuanya nampak sangat menyelerakan! Untung family yang serumah dengan Ana, boleh request macam-macam 😁
ReplyDeletearghhhh sedapnyaaaaaa
ReplyDeletekenapa.laaa jam ni lambat sangattttt kol 7.25!!!!
Aduh...nampak sedapnya poket Doraemon tuuuu
ReplyDeleteBuat sendiri tu yang mahal.
ReplyDeleteTelur sambal tu paling mengancam 😍
ReplyDeletesemuanya sedap. masak sendiri lebih puas hati kerana dpt portion yg byk. lgpun terhindar dari ditipu peniaga PARAM!
ReplyDeletepocket doremon pernh mkn tp versi inti yg manis...yg ni inti isi ayam menarik
ReplyDeleteBuat sendiri lagi puas makan . Isi pun banyak
ReplyDeletexpernah buat pokte doremon tu.. mesti anak2 suka kalau buat sama2 ni...
ReplyDeleteYa Allah, pocket Doraemon tuh tempting sungguh 😍😍😍😍😍😅. Isi melimpah ruah... Pasti sedaaap ini, apalagi kalo pedas kan 😍😍👍
ReplyDelete