Mesyuarat Agong Dapat Beras!

 



Tak berapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan.
Setiap tahun, sempena kehadiran Ramadhan, komuniti di sini akan gotong-royong.
Bersama-sama bersihkan segala peralatan seperti pinggan mangkuk, cawan dan lain-lain,
sebab nanti peralatan akan digunakan untuk sesi Moreh berbuka puasa selama sebulan.







Selesai sama-sama gotong-royong sesi pagi, masa sesi petang pulak ada Mesyuarat Agong Masjid.
Perlantikan AJK Masjid yang baharu (sebab AJK lama ramai yang sudah berusia & uzur).

Dannnn syukurrr Alhamdulillah rezeki nombor kupon aku terpilih bertuah!
Dapatlah sekampit beras 5 kilogram yang amat berharga pada zaman sekarang ni hehe


16 comments:

  1. tahniah sbb dpt beras sekampit tu...dpt la bekalan ramadhan nanti. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah . Rezeki dapat 5kilo beras . Dapat tampung sikit perbelanjaan bulan ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Dapat beras impot

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah kak..rezeki...

    Selamat berpuasa ya!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Berasnya pun nampak cantik. Seronok dengar perkataan "moreh" tu, sbb teringat time moreh dgn kawan2, happy kemahen. Moga tahun ni dipanjangkan umur utk merasainya lg. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. meriahnya kt sana ye Ana...zaman kecik2 dulu duduk kampung pun meriah dengan moreh,skrg ni bila duk bandar sunyi sepi

    ReplyDelete
  7. Untung Juga dapat beras tu..jimat bajet beras selama sebulan dua

    ReplyDelete
  8. rezeki tu pi mesyuarat dpt cabutan bertuah beras.....beras import jasmine ni mmg best...kt opis mmg kami dpt beras dr Jasmine & Faiza..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rezeki Ramadhan.
    Selamat Berpuasa Ana & family 🌹

    ReplyDelete
  10. Bagusnya komuniti sana. Ada gotong royong buat persiapan nak sambut ramadhan.
    Alhamdulillah, rejeki dapat beras.

    ReplyDelete
  11. wahhh best tu!!
    boleh buat mcm2 utk bersahur dan berbuka nanti

    ReplyDelete
  12. rezeki dapat masak untuk bulan puasa, saya tak pernah menang lucky draw hahaha

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. Rezeki tu..
    Seronok tengok komuniti macam ini.. Berkerjasama, gotong royong..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah tahniah dpt beras.. beras skrg dah mahal. Mmg dah ramai bahi beras sebagai hadiah.. mmg patut sgt..

    ReplyDelete
  15. Sekarang ini beras dah macam rare. Di sinipun beli beras dibatasi kak. Tak boleh lebih dari 5 kg per orang, per hari. Susah buat yg butuh beras banyak. Anyw, congrats dapat berasnya

    ReplyDelete
  16. Masih belum terlambat nak ucapkan 'Selamat Menyambut Bulan Ramadan'

    tahniah dapat cabutan bertuah, beras pulak tu. Alhamdulillah.. rezeki.

    ReplyDelete