Masakla Akuuuuuuu

03 March 22 Comments

Boss 1 : Salam semua. Sila pilih tema untuk malam BBQ training nanti. Ada 4 pilihan :
Boleh vote 1 sahaja.

1)Red Indian
2)Cowboy
3)Retro
4)Aloha
Dapat arahan daripada Boss 1 suruh kamiorang check email.Rupanya si Boss 1 suruh vote decide pilih tema apa sempena malam BBQ masa annual training nanti. 
      


  

Ada 4 tema je tu ha. Aku pilih cowboy. Itu je yang aku rasa aku buleh. Yang lain tu alahaiiiiiii tak dapek nak mikior nye dik non weyh. Sekarang ni tengah fight dengan tema Aloha. Kemain lagi yang deme pon p vote aloha hula hoop tu nak jadi tema. 

Sebab tak sanggup nak taruk gambar menjolok bijik mata sangat, aku taruk la yang aloha tu gambar bebudak. Comel la jugak mata nengoknye. Kalo nak tengok yang lagi ohsem, google je sana. Belambak berketul-ketul keluar  =P 

Tolong la doakan moga-moga tema cowboy menang undian paling banyak. Kalo menang kat tema Aloha masaaaaaaaakla aku weyhh! 


Memori

01 March 20 Comments
cenderahati Phuket. Encik Boss bagi sorang satu. Mekaseh Encik Boss :)

Ini kesah kelmarin. Encik Boss (Boss yang mula-mula dulu) roger cakap nak turun ke site kamiorang sebab dah lama tak open table belanja anak-anak buah die semua ni. Terharu gila rasa bila Encik Boss cakap cenggitu T____T   

Yelah mane tak nye, selama Encik Boss yang memegang tampuk pemerintahan dulu, kami ditatang bagai minyak yang penuh namun semenjak perpindahan beliau ke company lain, kami semua hanya bagaikan pungguk rindukan bulan sahaja. sobsss sobsss (hahahaha sesuka hati aku main taruk peribahasa cenggitu)

Alhamdulillah proses open table berjalan lancar. Tapi, aku terpaksa mohon undur diri awal sebabnya aku on duty masa tu. Tu pun berani mati je tutup ofis kejap kengkononnye waktu lunch hour la. Aku off ofis pukul 12.00 tengah hari yang mana sepatutnya pukul 1.00 baru buleh tutup. Pastu pulak lepak-lepak sambil borak & tunggu order sampai, jam pun dah pukul 2.00 petang dan sepatutnya waktu tu dah kena open ofis semula. Tapi aku drag jugak sampai ke pukul 2.30 sebabnya tak puas lagi borak. Maklumla lama tak jumpa, sekali sekala dapat jumpa empat mata tu lah nak borak macam-macam kan?

Jam 2.30 aku kena jugak gerak balik. Karang kalo lambat, naya lak kena sound dengan Boss yang sedia ada sekarang ni. Matilah kena tiawwwww sampai bernanah telinga karang ahahahaha

Dedulu ada jugakla Encik Boss tempat nak mengadu nasib kalo kena marah. Sekarang ni, sebab Encik Boss pon dah makin bizi dengan kerja, tak beranila nak ngadu sangat dah. Telan la sensorang kikiki =P


To Encik Boss: 
Mekaseh Encik sebab sudi cari masa untuk jumpak kami.Borak-borak kisah-kisah kita. Semoga bertambah rezeki Encik.Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.Semoga sentiasa dikurniakan kebahagiaan untuk Encik :)



Fiance

21 February 32 Comments


Alhamdulillah selamat dah jadi tunangan orang. Bukan aku. Kawan aku si Anis yang aku pernah cerita dedulu. 

Owhh terime kaseh korang atas nasihat yang pasal Perdana Menteri kena duri tu. Alhamdulillah duri tu berjaya dikeluarkan. Tak pegi klinik jugak pun. Timbalan PM je jadi doktor peribadi setelkan segalanya. Memang supermom betol lah mak - mak kite ni semua kan? 

Semuanya boleh. Masak , mengemas rumah , membebel, menjaga segala butir hal dalam rumah - luar rumah - atas rumah. Segalanya lah. Semoga mampulah juga kita jadi cenggitu untuk keluarga kita sendiri pulak nanti. 

Maap lama tak ke udara. Banyak 'kelaut' aje semenjak dua tiga menjak ni. Kerja makin bizi. Masalah kesihatan pun iye jugak. Tak sempat nak gurau manja dengan kengkawan blog dah dua tiga menjak ni T______T


Finger Cut

14 February 32 Comments


Kesahnya aku seharian di ofislah harini plus aku tak balik rumah waktu lunch break sebabnya aku attend majlis kesyukuran dan aqiqah anak saudara salah sorang member kerja aku. Bila aku balik kerja lebih kurang jam 6.35 petang camtu, sampai je kat rumah, macam biasalah selalunya ayah aku memang port lepak dia atas kerusi kat tepi pintu masuk rumah tu. So tiap kali aku balik kerja memang akan tabik hormat dia dulu lah baru akan masuk rumah. Maklumlah -- beliau Perdana Menteri dalam  rumah tu kan kehkehkeh

Tapi takde pulak aku nampak kelibat ayah aku. Aku pon tanyelah kat Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan :

"Mak, Mana abah?"

"Tu ha ade tertido lepas balik kebun tadi. Tangan luka terkena duri pelepah sawit. Nak tepis, kalo tidak terkena muka. Bila dah tepis, tu yang terkena tangan..."

Hadoi Ajis... Ajis.. nape la kau tak elak?
Macam mana nak elak. muslihat tepis pelepah pakcik belum ajarrrr..

Hahaha adehh terus aku teringat scene Pendekar Bujang Lapok. Kebetulan nama pun Aziz =P

Haduiyai nak gugur rasa jantung aku! Udah le mem besor punya storyline siap sound effect hape segala. Kalah drama slot akasia TV3 tawu tak. Aku pon bukak sesi soal jawab le. Ngape tak bagitawu lah hape semua. Ngape tak call aku kat ofis lah hape segala.

Mem besor cakap takpelah sebab tak parah sangat lagipun cemane nak tepon dah tepon kamu rosak. Hurmm sorry mommy. sorry daddy. Henpon buat hal pulak dah. Asyik on off on off sendiri je semenjak dua menjak ni pastu terus tak buleh on langsung dah T____T  Sipbaikla kebetulan adik bongsu aku cuti dan ada kat rumah so mak aku pon call 911 directly henpon adik aku lah. Hadoiyai sipbaikla takde ape sangat. Hurmm tapi tu la ada 1 serpihan duri sawit masih terbenam kat dalam tangan (tu yang aku bulatkan hitam tu). 

Tapi tu la kan, cemane abah nye, cenggitu lah juge anak nye (degil takmo p klinik). Berbuih dah mulut (metafora sangat sampai berbuih mulut  =P) suruh p klinik untuk keluarkan duri tu tapi buat nehennnnnnn (orang Perak cakap) aje. Nehennnnn tu lebih kurang macam buat derrkkkkk aje. 

Hurmm takpe. Kite nengokkan esok jadi cemane. Kalo parah, aku suruh Timbalan Perdana Menteri tu yang pujuk suruh p klinik. Maklumlah, pujuk memujuk ni serahkan aje pada yang pakar. Aicewahhhhhh =P


Fun And Rilex : Lata Tesong & Lata Bongsu

14 February 25 Comments

Lata Tesong dan Lata Bongsu ni sebenarnya tak jauh dengan Hot Spring Felda Sg Klah. Kalo daripada rumah aku 40 minit lebih kurang camtula. Aku dengan family aku lebih suka ke sini compared to  Hot Spring tu sebabnya air sungai lata ni lebih fresh sebab dia mengalir dan original air sungai yang memang sejuk gila. 

Kalo yang kat Hot Spring tu dah la tiket mahal walaupun RM14.00 kalo aku tak silap lah (tu pun kali terakhir aku pegi masa ikot member aku buat fotoshoot wedding dalam tu tahun 2012 dulu). Sekarang ni dah 2015 dan aku tak pernah masuk dah pun kat situ walaupun selalu je ada kerja ke Felda Sg Klah tu.

Pada aku kira mahal la RM14.00 tu sebabnya sepatutnya kasi la diskaun sebab ic aku orang sekitar felda sini tapi biasalah kan bila ownernya bukan 'orang tempatan situ' makanya itu lah dia hasilnya. Dah la masuk Hot Spring tu tak boleh bawak outside food. Tak tahulah kalo sekarang dah boleh ke atau tidak aku tak pasti tapi yang aku pasti masa aku pergi dulu memang tak dibenarkan bawak makanan luar (tapi kalo pandai sorok dalam beg pakaian untungla kita muaaahahahaha)

Aku lebih suka lepak & BBQ kat Lata Tesong dan Lata Bongsu ni tapi satu je yang tak berapa best sebabnye lokasi ni kena lalu kat perkampungan orang asli dan diorang tak benarkan sebarang kerja-kerja ubahsuai ataupun naiktaraf jalan kat situ. So jalan masuk ke tempat ni memang mencabarla. Kalo 4 wheel drive takde masalah tapi kalo keta jenis lowered haaaa memang naya lah hehehe.. Aku rasa mungkin diorang takot nanti mengganggu ekosistem tempat tu kot dan mungkin diorang taknak nanti habes ganggu sumber pencarian hasil hutan diorang selama ni. Yelah manusia kan bila dah buat kemajuan, bukan peduli dah segala hal lain. Habeh segala hutan di gondol. Pastu orang tempatan sekitar situ yang menanggung risikonye :"(


From Putrajaya

14 February 14 Comments
Ini hari abam posmen datang lagi. Tapi takde 'salam sayang' kalini. Muka ada sunyum aje walaupun tengah panas antor parcel sana sini. Dapat Time Magazine Edisi January 2015 daripada Deanna Morni disebabkan Januari haritu selalu 'bom' rumah Deanna. Mekaseh Deanna hehehe. 

Tapi Februari ni dah berkurang sikitla. Banyak benda perlu diselesaikan. Tak sempat nak bom sangat dah. Kadang tu sempat singgah baca aje dulu tak sempat nak drop komen. Engko sabar je tunggu nanti dapat je right timing, haaaa itu jaaammmm sendiri mau ingatla kehkehkeh =P


Frankfurt With Love

11 February 34 Comments

Pasal 'ada surprise datang bebaru ni' yang aku kata kat entry sebelum ni. Ini bendanya. Dapat poskad nun jauh daripada Aisya kat Germany sana. Haritu ada join Postcard GiveAway from Czech & Germany by Aisya yang collaborate dengan Hanis Amanina. Alhamdulillah dapat gak 1 poskad wayyyyy from Germany plus dengan setem ! ehehehe mekaseh Aisya & Hanis sebab buat GA ni haritu hehehe

Abam posmen kemain lagi cakap wahhh untungla dapat 'salam sayang' lagitu. Heyy abam, sipbaik Aisya dah kawen tau plus dia perempuan. Kalo lah yang bagi salam sayang tu 'he' wahwahwahwah hahahaha

Terime kaseh Aisya & HA. Menjadikan hari²ku indah gittewwwww hehehe. Heyyy bukannye ade rombongan meminang datang ke rumah aku hokeyyyy Ah Kak Li Po kehkehkehkeh =P


Flu

10 February 24 Comments

Dua tiga empat hari p bertapa dalam gua. Bawak diri. Merajuk dengan speed internet kononnya kehkehkeh. Sipbaik sekarang dah mula ada tanda² nak back to normal dah. Ini macamla baru sayang lebeyhhhh muahhh muah muahh :* pftttt~

Sekarang ni musim batok + selsema agaknya. Cuaca Malaysia lain maciammmm sikit la sekarang ni. Panas dia time tengah hari tu perhhhhh sampai pedih menusuk ke kulit. Tah cemana lah orang yang bekerja di tengah panas terik demi kelangsungan hidup. Allahuakbar semoga dikurniakan ketabahan dan kesihatan tahap maksimalah pada diorang :"( 

Ada surprise datang bebaru ni. Nanti citer. Jaga diri bebaik k. Jaga kesihatan. Moga yang belum berjodoh -- dipercepatkan jodohnya. Doa untuk aku sama :)




Feveretable : Aku Ada Wali

06 February 35 Comments
credit : TV Al Hijrah

Drama ni kalau tak silap aku dah ditayangkan masa Januari 2014 haritu tapi aku baru je tengok semenjak dua menjak ni. Jalan ceritanya mudah tapi menarik. Sebenarnya aku kebetulan terjumpa episod cerita ni  kat Youtube.  Cerita ni kesahnya diorang ni belajar di Korea. Jauh dari keluarga masing².

Mulanya aku terjumpa episod 1. Bila tengok ada Siti Saleha yang jadi main actress bawa watak Syumaila aku terus tertarik untuk tengok episod seterusnya. Skrip cerita ni buat aku berfikir dan menginsafkan aku pada segala apa tindakan yang diambil selama ni dan apa yang bakal aku buat seterusnya.

Aku baru dapat tengok sampai episod 4 je tapi disebabkan aku agak kurang sabar untuk tahu apa jadi pada endingnya so aku dengan rakus terus je cari episod akhir cerita ni. Dan rupa²nya, bukan Zahiril Adzim atau Zoey Rahman yang dapat hati Syumaila. Watak Syumaila banyak dugaan dan fitnah yang dia perlu tempuh sejak dari episod awal lagi. Tapi memang tabah dia hadap segala dugaan yang datang walaupun dia jauh dengan keluarga.

Salam Jumaat Barakah :)


Fun Facts : Mata Uwang

05 February 47 Comments

credit : Atok Dean

Seorang lelaki di Shenzhen, China, yg telah berada dalam keadaan koma selama lebih setahun tiba2 kembali sedar apabila seorang doktor meletakkn wang kertas 100 Yuan baru di bawah hidungnya. Menurut Central European News, pada Ogos 2013 Xiao Li menghabiskan seminggu di sebuah kafe Internet mencari idea perniagaan siang malam tanpa berhenti untuk tidur yg kemudian menyebabkn nye pengsan dan koma. Dr Liu Tang kemudian mendapat idea untok meletakkn wang di hidung Xiao Li setelah diberitahu keluarga nya bahawa Xiao Li seorg yg mengejar kekayaan. Ni betol² giler duet ni =D

Aku rasa Ah Kak Li Po mesti ada nama yang dia nak rekemen kat mamat giler duit ni. kehkehkeh