Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Maaf Encik Boss

08 November 38 Comments

Dear Diary ( konon² bajet omputih sangatla ni ana ? ahaksss ~ )


***********************************
Dalam meniti hari² mendatang yang penuh barakah ni sebenarnye banyak perkara baru yang kita dapat.. macam Encik Boss guwa selalu cakap :

“normally i will learn new things each and everytime i am with U”

Dan sebenarnye, kalo Encik Boss nak tawu, kamiorang pon learn a lottttttttt of new things since the first day u step in.. Encik Boss je yang tak sedar kot..
U teach us a lot. Sangat banyak..
terutamanya Lin, Sha and me. 

***********************************

Dan errrr sebenarnye.. errr Lin, Sha and me nak mintak ampun dan maaf dari Encik Boss sebab kamiorang prank Encik Boss dengan tepung + pewarna + telur + tolak dalam pool itu hari.. seriyesly kami sangat memohon keampunan.. 

"ampunkan kami penunggu gua.. ampunkan kami penunggu gua.." 



ampunkan kami Encik Boss.. sesungguhnye kami takde niat lain selain nak make it memorable.. tu saje.. uwawawawa 

Urus + Setia

07 November 25 Comments
Alhamdulillah dah setel Karnival Hari Terbuka Pusat Jalurlebar Komuniti di Felda Sg Behrang pada 3 November yang lepas.. dua hari gak la kamiorang berkampung kat sana.. Banyak aktiviti menarik yang ada masa karnival tu.. semput gak la kalo nak listdownkan.. tapi takpe, guwa wrap-up kan dengan bantuan gambar je lah.. cuci mata nengok gelagat masa aktiviti =P



Angry Bird
 Giant Dam Ular
 Lucky Ducky 
Score Goal
 Bercerita kanak-kanak
Tarik King Queen
Paintball

Urusetia yang memang sangat setia depan camera =P

our beloved incik Boss =P
senyum leborrrrr aje ek incik.. eheee

event edisi Sg Behrang kali ni guwa lebih rileks dan enjoy gile arrr.. sebabnye guwa dengan partner guwa (Asmah) dapat part jadi cameraman.. so memang kamiorang bebasla berkeliaran sambil cucimata di segenap ruang karnival pada hari ittew.. sememangnyelah kamiorang sangat bersyukur sebab sepanjang karnival berlangsung pagi tak hujan.. tapi memang panas taktau nak kata la.. guwa dok repeat tanya soklan "skang jam pukul bape asmah ? dah pukul 1 ke ? " pada hal masa tu baru pukul 10.30 pagi.. dia punya panas perhh tak hengat.. tapi bila masuk je sesi petang, memang Allah turunkan hujan.. patutla pagi tu panas dia lain macam.. 

Alhamdulillah dah selesai pun karnival di Felda Sg Behrang.. punyela komited nak menjayakan event tu sampaikan ada antara Team Members demam la.. sebab cuaca agaknye.. panasss yang amat sangat pastu berlari-lari dalam hujan plak untuk menjayakan program tu.. guwa sangaaaat berdoa harap² dorang sempat recover lah sebelum upcoming event on this 10 November di Felda Gunung Bongsu, Kedah.. ada lagi 2---3 hari untuk pulun makan ubat betol² dan jaga kesihatan.. 

Sipbekla antibodi guwa kira masih mampu bertahan dalam meredah segala onak dan duri dan pertukaran cuaca.. Syukurrr Ya Allah :)

Dua site dah setel.. next event Jumaat ni will be at Felda Gunung Bongsu.. tunggu kehadiran rombongan cik kiah kami ! kehkehkeh

*kat sana guwa dengar bunyi² bahawasanya guwa dengan partner guwa (Lin) akan dapat part jadi pengerusi majlis... habes huru hara la karang kalo guwa dengan Lin dapat pegang microfon tu =P

  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)

lukisan tangan

22 October 43 Comments

Baru-baru ni guwa dengan Team kerja guwa baru setel buat Karnival Jalurlebar kat Felda Sungai Kelah, Sungkai Perak.. Karnival atau Hari Terbuka ni jadi event wajib setiap Broadband Center under P1 wimax bagi suku terkahir tahun duaribuduabelas ni lah.. kira ini event untuk penutup tahun ni lah jugak..

setakat ni ada 9 site center yang under P1 wimax.. guwa jugak salah satunya.. event satu hari kat Sg Kelah itu hari memerlukan kamiorang datang awal satu hari sebelumnya lah untuk buat last preparation..

sampai tengah malam jugakla kamiorang buat kerja.. daripada balut hadiah + set up khemah untuk orang berniaga + khemah urusetia + ruang untuk pameran.. 

Besok paginya (13 Oktober) seawal jam 7 pagi kamiorang dah terpacak kat tapak karnival.. dengan ujian hujan lebat sepanjang pagi.. fuhhh memang dugaan.. dan macam biasalah event besar, konfemlah ada pembahagian tugas masing-masing.. 

mulanya guwa kena jadi cameraman untuk snap gambar segala benda masa hari kejadian.. tapi atas sebab² tertentu guwa kena handel booth face painting and cloth painting.. memula nerves gak guwa sebabnye mane la pernah guwa conteng muka orang.. ini bukan conteng sesedap rasa tu okeh ? ini conteng art punye cerita.. gile engko tak cuak ! tapi bila guwa dapat tau guwa kena handel booth tu dengan itu adik manisss Lin (member guwa) hilang rase debor weyhh ! 



kamiorang pun layannnnnkan je lah apa yang orang request.. dan majoritinya yang mai adalah kanak-kanak comel.. maybe sebab tengok kamiorang yang comel ni handel tu la deme mai ramai² agaknye.. hahaha gile perasan ko ana =P

dan sepatutnye painting ni should be "face painting " ---- kat muka tapi bila deme nengok guwa painting Bee comel tu kat tangan, pakat sua tangan jugak.. sipbekla jugak sebabnya kalo deme sua pipi, ketaQ jugak guwa nak lukih kat muka deme tu agaknye.. kehkehkeh

ada lagi 8 site yang belom setel.. 

  • Felda Sg Klah, Sungkai (13 Oktober)
  • Felda Sg Behrang, Slim River (3 November)
  • Felda Gunung Bongsu, Kedah (10 November)
  • Felda Gunung Besout 1, Perak (17 November)
  • Felda Gunung Besout 2, Perak (21 November)
  • Felda Trolak Utara, Perak (24 November)
  • Felda Gunung Besout 5, Perak (27 November)
  • Felda Gunung Besout 4, Perak (29 November)
  • Felda Ijok , Selama Perak (3 Disember)
memang agak sibuklah bulan ni dan bulan berikutnya.. phewwww~ Semoga dipermudahkan segalanya hendaknya. aminnnn --- 


p/s : Encik Boss, i know u watching me and my diary.. semoga Encik Boss sihat selalu.. doakan segalanya dipermudahkan.. and if u read dis, plisss do leave some footprints yaaa.. need some motivation =.=

kerana zikrullah

18 October 17 Comments

" Selamat pagi wahai bidadari syurga..

eh takdelah awak.. saya pun insan biasa.. hambaNya yang lemah.. kadang-kadang saya menangis kerana Allah.. dan kadang-kadang bila membayangkan indahnya Syurga, saya senyum sendiri.. macam budak kecik pulak rasa.. hehe

awak.. jom kita solat Dhuha.. bila kita selalu buat sesuatu tu, akan jadi rasa rindu bila kita tinggalkan.. kan ? dan.. dekat syurga nanti ada 1 pintu yang dinamakan Dhuha.. khas untuk mereka yang melakukan solat Dhuha.. indah kan awak ? 

saya ni banyak kekurangan.. banyak kelemahan.. kadang-kadang saya menangis bila terfikir rumput yang kita selalu pijak tu pun sentiasa bertasbih dan berzikir memuji Allah.. kenapalah saya tak mampu untuk sentiasa basahkan bibir saya ni dengan zikrullah camtu.. semoga saya akan dipertemukan dengan insan yang mampu membimbing saya hanya keranaNya.. insyaAllah kan awak :) ... "


celik mata di hening subuh.. gosok-gosok mata.. check inbox dapat ayat camtu.. tak ke terasa tersentuh jiwa dan raga ? tak ke terasa bahagianya masih diberi peluang bernafas ? tak ke terasa betapa indahnya ciptaan Allah yang bernama Manusia ni pabila berada pada landasan syariat yang lurus ? 

semoga esok sentiasa ada untuk kita menginsafi diri ini :)



Tips | Hati Wanita

05 October 25 Comments

jangan gurau sebarangan dengan hati wanita. mungkin nampak teguh, tapi hakikatnya HATI mereka mudah terusik.


"... jangan mengusik jika tidak berniat mahu memetik... "

bumi, matahari dan planet

04 October 24 Comments

Dari si suami,
Isteriku, jika engkau bumi, akulah matahari.Aku akan menyinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran dariku.Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang..Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasakan silauanku..Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku,Lalu.. relakanlah aku menyinari planet lain,Menyampaikan faedah adanya aku,Kerana sudah takdir illahi sinaranku diperlukan diplanet lain…

Balasan dari si isteri :
Suamiku, andai engkau memang mentari,Sang suria yang memberi cahaya,Aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planetyang telah Tuhan ciptakan,kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu..DanAku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu..Akan TETAPIBila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,Janganlah engkau bermimpi untuk menyinari planet lain !!!Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum tentu sanggup kau terangi.Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengahRemang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…Cuba lihat siapa dirimu…MATAHARI atau LILIN ?Atau jangan-jangan Cuma mancis saja.Please lah.. jangan nak berangan --

guwa dapat dari fesbuk.. intro dia kemain lagi.. hehe. kalo bab nak menyinari planet lain, waaaahh kemain bermadah pujangga lagi die kan ? kalo mampu, silekanla.. tapi kalo hanya sejengkal lilin, baik try terangi bilik tido sendiri dulu la ye.. kehkehkeh