Jantung Hati Orang Kampung

05 January 33 Comments



Ini hari 5 Januari 2015 aku dengan partner kerja aku si Ida dah mula kena masuk ofis yang berwajah baru tapi belum beroperasi sebab belum dapat fully approval dari pihak atasan. Walaupon awal² pagi dah kena attack dengan bebudak sekolah yang untung gila sebab cuti sekolah masih postpon lagi seminggu. Ya ofis aku ni (Pusat Internet 1 Malaysia @ Pi1M) memang jadi tempat  bebudak berkerumun. Maklumlah staff nya kat sini manis-manis muka tau. Dari sekecik budak sampailah ke bapak budak.

Kamiorang (aku with my partner) sampai kat ofis lebih kurang jam 8.30 pagi. Tup tup dah berlonggok orang kampung kat depan pintu. Kemain sayangggg lagi kat kami ni. Nampak tak betapa tingginya tahap kecintaan dan kerinduan orang² kampung aku ni kat kami? Phuiiiii! Perasannya hang Ana! hahaha =P  Selama dua bulan lebih terpaksa menanggung rindu dan menahan nafsu tak dapat guna komputer dan internet kat sini.

Dan membuatkan aku lagi rasa nak melompat lebih tinggi adalah bilamana boss aku kata:

 "sila tampal notis bahawa Pi1M masih belum beroperasi sehingga diberitahu kelak"  

Waaahh! Ini yang kita panggil heaven! Terasa macam nak pergi berbulan madu di awan biru terus! hahahaha

Bila dapat je info tu -- aku dengan lantangnya bersuara  kat orang² kampung yang dah tercongok depan pintu tazzabar nak merempuh masuk tu semua :

"wahai penduduk kampung pinang sebatang semua, dukacitanya dimaklumkan bahawa Pi1M masih belum beroperasi harini sebab masih belum dapat kebenaran daripada pihak atasan"

Terus masing² tunjuk muka hampa. Ada bunyi² suara protes pon hade.Macam tak dapat duit BR1M pulak gayanye hehehe. Sabarlah wahai saudaraku semua. Tak lari aku dikejar. Ehh tak lari pon komputer ni semua. Bukan aku buleh jual pon. Rilek-rilek lah. Kalau buleh je bertahan selama 2 bulan lebih sebelum ni, tahanlah lagi 2-3 minggu. Apa ada hal ye dak?

Yezzzaaa buleh off day lagi tiga empat hari ! Weeee~


Jambatan Iblis?

05 January 47 Comments
credit : AtokDean


Jambatan Rakotz (Rakotzbrücke) dan juga dikenali sebagai "Jambatan Iblis" dibina pada tahun 1860. Terletak di Taman Rhododendron, kira2 120km barat utara Dresden, Jerman. Taman ini dibangunkan dari 1844 oleh pemilik tanah kaya Friedrich Hermann Rötschke.

Tapi kalau berpandukan pada fakta kat sini, cenggini pulak ceritanya: 

Terletak di Kromlau, Jerman,Jambatan Rakotz bukan hanya sekadar menjadi penghubung kepada pelancong yang ingin menyeberang.Mempunyai reka bentuk yang menarik, jambatan ini juga sering dijadikan lokasi pelancong menangkap gambar. Ramai berpendapat bahawa jambatan ini adalah hasil karya seni terbaik. Rakotz terletak di kawasan yang dipenuhi pokok-pokok hijau dan tasik. Bentuknya yang melengkung kelihatan bulat sempurna dikelilingi dengan air tasik yang memantulkan bayanganya.

Entah mana datang pulak nama Jambatan Iblis tu entahla betul ke idak. Mungkin boleh tanya kat Aisya pasal benda ni memandangkan Aisya dok study kat German sana hehehe =D


Jackfruit

04 January 65 Comments


The word "jackfruit" comes from Portuguese jaca, which in turn, is derived from the Malayalam language term, chakka (Malayalam Chakka pazham : ചക്കപ്പഴം). When the Portuguese arrived in India atKozhikode (Calicut) on the Malabar Coast (Kerala) in 1498, the Malayalam name chakka was recorded byHendrik van Rheede (1678–1703) in the Hortus Malabaricus, vol. iii in Latin. Henry Yule translated the book in Jordanus Catalani's (f. 1321–1330) Mirabilia descripta: the wonders of the East.
The common English name "jackfruit" was used by the physician and naturalist Garcia de Orta in his 1563 book Colóquios dos simples e drogas da India. Centuries later, botanist Ralph Randles Stewart suggested it was named after William Jack (1795–1822), a Scottish botanist who worked for the East India Company in Bengal, Sumatra, and Malaysia
credit : Jackfruit


Jackfruit atau nama panggilan yang kita sebut di negara kita ni adalah Nangka. Menurut sumber dari Wiki -- si William Jack sorang Scottish botanist kot merupakan orang mula-mula yang guna sempena nama dia Jack. Macam dalam Yakult -- ada Bakteria Shirota -- pon sebab yang memula jumpa tu sorang Japanese Microbiologist yang bernama Minoru Shirota.

So lepas ni kalo ada jumpa buah ke makanan ke bakteria ke hape ke, boh je la nama sendiri. Aku tawu dah kalo si SS dengan si ZF kang ada la tu dia buat onar kehkehkeh =P



J75 Footwear

04 January 30 Comments

J75 footwear ni salah satu brand yang ada dalam beratus lagi jenama lain dalam online store MySale dot my. Lebih kurang sama macam konsep Zalora, Zawara dan online shopping sites yang lain jugak. Banyak pilihan pakaian yang ada daripada ujung kepala sampai ke hujung kaki. Ongkosnya je lagi ade ke tidak hehehe

J75 ni ada jugak untuk men and women. Untuk men biasalah ada casual wear, untuk sports, sandals. Dan macam biasalah untuk mowen memang lagi banyak. Baik dari segi casual, sports, sandals, wedges, boots, high top / low top sneakers, pumps. Haah tak larat nak senaraikan. 

Harga dia ? Padan dengan brand dan tahap selesa. Kalau aku ni mampu cuci mata je lah nengok kehkehkeh =D


Jamu Kaki

04 January 25 Comments
Tengah sedap² balik lunch break mencekik nasik berlaukkan ikan kering + sambal kicap, tetiba ada sorang uncle Cina datang. Owhh macam ku kenal kelibat uncle ini. Si uncle Gdex gerangannya. 
Jenuh jugak belek sana sini. Berkenan jugaklah pada menatang ni. Klik order pastu tup² ok dah sampai. Boleh la bekerja dengan semangat baru bersama kasut baru kehkehkeh =P
Terima kasih Zalora kerana menceriakan hari²ku hehehe

Janji Setia

03 January 27 Comments

credit : Hmetro.com.my 
"... Janji setia ditunaikan dan kini tumpuannya membantu memulihkan trauma isterinya dengan solat berjemaah.
Itu yang dilakukan Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24, suami kepada Nur Syafiqa Lah, 22, yang sebelum ini menjadi perhatian selepas mukanya ditoreh penjenayah dalam kejadian pecah rumah di Pasir Puteh, November tahun lalu.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung petang semalam di rumah keluarga Nur Syafiqa dan dihadiri kaum keluarga terdekat.
"Eqa masih trauma dengan kejadian itu, jadi saya buat keputusan cepatkan pernikahan supaya saya boleh jaga dia dengan sempurna." kata Mohd Azijja Zafran.
Katanya, kejadian itu bukan saja meninggalkan parut di muka, malah kesan psikologi terhadap isterinya menyebabkan dia bertekad untuk memberi semangat dan kekuatan sebagai seorang suami.
"Alhamdulillah keadaan Eqa semakin baik. Cuma di bahagian tangan masih ada terasa sakit. Apapun sebagai suami saya berjanji akan melindungi dan memberi kekuatan padanya sehingga akhir hayat.
"Apa guna rupa paras yang elok jika hati tidak ikhlas menyayangi seseorang. Saya sudah lama kenal hati budi Eqa dan biarpun wajahnya berubah, bagi saya dia tetap secantik hatinya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azijja berkata apabila bergelar suami, dia kini boleh berdamping dengan Eqa secara sah dan memberi kata-kata semangat jika isterinya itu diganggu memori hitam berkenaan.
"Saya bantu isteri hilangkan rasa trauma dengan mengajaknya solat berjemaah. Dengan itu hati akan lebih tenang dan dekat dengan Allah," katanya yang sebelum ini memaklumkan akan mempercepatkan pernikahannya pada bulan ini berbanding Mac depan.
Dalam kejadian jam 2 petang 30 November tahun lalu, muka Nur Shafiqa ditoreh manakala matanya ditumbuk dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan, Bandar Sri Aman, Pasir Puteh.
Turut dicederakan dalam kejadian itu ialah ibu Nur Syafiqa, Hat Tema Mat Zin, 58... "

Hurmm dah tertulis takdir Eqa diuji sampai tahap muka ditoreh, mata ditumbuk. Manusia... manusia.. Kejadian ni masa 30 November 2014 haritu. Berat dugaan dia tapi Alhamdulillah sekarang dah sah bernikah. Boleh dah suami jaga dia sebaiknya. Allahuakbar. Moga bahagia sampai Jannah. 
Harapnya kita-kita juga begitulah.
Salam Maulidur Rasul =)

Join : Postcards Giveaway from Czech & Germany

02 January 35 Comments


TAG : E-cha  | Cik Fafa  | Nur Inani
GiveAway tamat 9 Januari 2015 
[11:59 malam waktu Malaysia]
Haritu ada luck masa Aisya buat give away Keychain Paris yang kiut miut tu. Syukur and hepy kemain aku masa envelope tu sampai. Eksaited engko! Dapat keychain tu sepasal. Dapat SETEM Germany tu lagi sepasal! Suka! suka! suka! =D
Dah la aku kemain perasan muda panggil Aisya 'kakak' pulak tu! Sekalinya bila baca entry Aisya yang nak request hadiah untuk befday tu, rupanya Aisya lahir tahun 1991 -- sebaya adik aku! Opsss maafkan hakak ye Aisya. TERperasan muda remaja pulak ahaksss =D
Errr aku rasa macam aku je paling last join GA nih. Dah ramai yang join aku tengok. Nak tag 3 orang kawan blog pon jenuh aku mikior haaaa kehkehkeh =P

Judgemental | New Item

02 January 45 Comments
credit : Sukan Star

Kalau nak bersedekah atau memberi, biarlah yang masih boleh digunakan. Macam contoh pakaian baby atau telekung / sejadah boleh je nak bagi yang bukan new item tapi make sure lah barang tu masih dalam keadaan elok.
Iye memang betol -- "Bersyukurlah ada orang nak bagi" tapi cuba letak diri sendiri pada tempat diorang (mangsa-mangsa yang memerlukan). Nak ke terima yang dah tak boleh digunakan? Mestilah taknak jugak kan. Mentaliti manusia ni haiiii tah lah. 
Bukannya diorang taknak bersyukur, tapi tu lah -- kalau pakaian / barangan yang diberi tu pon dah tak boleh digunakan, hurmmmm acaner tu ? Takpelah yang penting niat tu IKHLAS. Hurmm yelah nak. Ikotlah masing²
Ada yang sudi borong new garments banyak² untuk disedekahkan pada mangsa banjir. 
Semoga segala apa yang kita ikhlas sedekah untuk mereka--
ditempiaskan pahala setiap satunya. Aminnn.
Salam Maulidur Rasul =)

Juanda & Jangmi

02 January 24 Comments

credit : Fedtri Yahya

Berat dugaan yang mereka hadapi. Kematian secara mengejut yang memang amat sukar buat mereka. Moga Allah merahmati mereka Aminn. 

KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan perairan Sabah (Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan Pedalaman) dinasihatkan mengelak daripada sebarang aktiviti marin terutamanya pada 1 Jan, 2015, berikutan ribut tropika 'Jangmi' yang dijangka akan menyebabkan cuaca buruk. Ribut Jangmi dijangka menyebabkan keadaan laut bergelora di perairan Sabah dalam tempoh 31 Dis hingga 2 Jan.

credit : asrtoawani


Hati² walau apa juga aktiviti yang kita lakukan. Ingatlah orang tersayang. Semoga kita dijauhkan dari segala kejadian tak diigini =)

Jejari Rajin | December

01 January 38 Comments

Ini antara top ten taiko yang rajin komen sepanjang December 2014. Kakak cantek , adik manis dan abang kacak silalah terjah rumah diorang nih. Konfem diorang balas jejak rumah korang pulak. Siap drop bom bertalu plak lagi nanti. Siap sedia aje lah menunggu dengan apa yang patut kehkehkeh =D


Terima kaseh ye rajin komen sini. Kemain rajin lagi ye komen sana sini. Muaahhh ciked! :*   Errr sipbaik semua pompuan. Kalo lelaki muahhh ciked jugak tapi kena lapik la hahaha


Junaidah 365

01 January 37 Comments

Ini Amar la mula sebut pasal Junaidah 365 ni. Terus si ZarulFarhana tanya lagu apa sebab tak pernah dengar. 

Lagu Junaidah ni siap ada sekuel dia tau. Tajuk dia Junaidah 730 pulak =D



Aku gigihkan tempek untuk tatapan khas ZF lagu ni. Jangan bantai gelak pulak tau ZF. Ada sesiapa nama Junaidah ? Special lagu ni untuk dia kehekehkeh =P


Januari Hari Ini

01 January 37 Comments

Banyak kenangan pahit manis ditinggalkan sepanjang tahun 2014. Hari ni dah masuk Januari 2015 dah pun. Semoga segala ujian yang ditempuh sepanjang 2014 dapat memberi perubahan positif pada kita semua.

Bertambah usia, bertambah tua. Moga bertambah jugaklah amal jariah segala. Bumi pon makin tua. Makin tak lalu dah nak tanggung perbuatan kejam manusia.

Apa pon semoga kita semua sentiasa dalam lingkungan rahmatNYA. Aminnn :)



Di Zalora.com.my | Fesyen Terkini

30 December 30 Comments

Industri fesyen Malaysia memperlihatkan corak perkembangan yang cukup menarik sejak akhir² ini. Trend fesyen terkini Malaysia telah menerima perubahan yang sangat signifikan bagi kategori trend fesyen pakaian wanita terkini. Secara asasnya terdapat dua jenis fesyen wanita yang paling besar dalam industri tempatan.


1.      Trend Fesyen Pakaian Moden
Trend pakaian wanita jenis ini lebih bersifat moden. Ianya lebih popular dalam kalangan wanita urban yang lebih meminati gaya fesyen yang mempunyai ciri² moden bersama rekaan yang segar dan terkini. Trend fesyen ini dibawa oleh wanita² muda yang bekerjaya dan remaja.


2.      Trend Fesyen Pakaian Muslimah Moden
Trend fesyen Muslimah terkini telah melanda industri fesyen Muslimah Malaysia dengan cukup dahsyat. Ramai pemerhati dan pengkritik fesyen di Malaysia mengatakan perkembangan fesyen pakaian Muslimah telah menjadi titik tolak kepada perkembangan pasaran fesyen Malaysia secara total. Dress Muslimah ataupun busana Muslimah moden digayakan oleh peminat fesyen yang turut dikenali sebagai hijabista.

Kedua-dua trend fesyen terkini wanita ini amat dan sedang popular di negara ini. Ianya telah melahirkan satu pasaran yang cukup kompetitif dengan pelbagai pilihan koleksi fesyen yang cukup menakjubkan

Lain orang -- lain pilihannya kan? Pada aku pulak, ikotlah mana² asalkan selesa. Apatah lagi kalau ia selesa dan PERCUMA. Wow! Bagaikan KFC dicita, Nutella mendatang. Siapa malas nak buang masa + bazir tenaga + penat pusing cari parking -- tak perlu runsinglah sekarang semuanya main klik² aje kan?  Pilih saja apa yang disuka pastu bayar via online banking pastu tunggu barang. Semudah membeli belah di Zalora kan? hehehe =D

#PrayForMalaysia

Dah Beransur Surut

30 December 20 Comments

Feminin Kit

Ready To Eat Kit

Ready To Eat kit

     
Baby Kit & Feminin Kit 


Banjir dah mula surut. Mangsa-mangsa banjir sudah mula pulang melihat keadaan rumah masing-masing. Namun, banjir di hati tak siapa yang tahu. Opps dah macam Karam Singh Walia pulak. Mungkin ramai yang sudah sedia maklum, dari segi pemberian pakaian -- rasanya dah melebihi. Apa yang lebih diperlukan oleh mangsa adalah keperluan seperti makanan yang ready to eat , keperluan wanita dan juga keperluan baby.
Ada juga yang sanggup 'sedekah' pakaian yang bertahi lipas lah. Sampainya hati. Ingat tempat longgokan sampah ke? Hurmm. Takpelah. Husnuzzon. Kalau yang berkemampuan menderma dan asingkan siap-siap seperti kit-kit dalam gambar tu, amatlah membantu memudahkan urusan pengedaran di pusat-pusat petempatan mangsa banjir.Pada yang tak mampu memberi apa-apa, tolong sedekahkan doa banyak-banyak ok.
Semoga urusan para sukarelawan dan petugas dipermudahkan semuanya. Moga-moga besar ganjaran bagi mereka semua. Aminnn :")
credit : The Telekung Project

Don 2

29 December 28 Comments

scene SRK bergaduh dengan Vardhaan dalam penjara di Malaysia
credit : TheGlamSham.com

Haritu aku pening lalat melayan cerita Don : The Chase Begins Again kat slot hindi TV3 jam 2.00 petang. Pastu pulak sekuel filem tu Don 2 : The King is Back ditayangkan dalam slot #awesom3 di TV3 jam 10.30 malam 28/12/2014. 

Plot :

"The film opens five years after the ending of the first film, with Don (Shahrukh Khan) narrating the story. The European drug cartel bosses meet in the French Riviera to discuss a new threat emerging from Asia: Don is jeopardising their business by undercutting their prices, and the bosses decree that Don must die. Living in Thailand for the last five years, he goes to a remote settlement to pick up a shipment of cocaine. Instead of the expected uneventful transaction, Don fights his way out. He returns to Malaysia, surrendering to Roma (Priyanka Chopra) and Inspector Malik (Om Puri). Don is sentenced to death and sent to prison, where he meets old rival Vardhaan (Boman Irani). He offers Vardhan a partnership, and they escape from prison after poisoning the other inmates.

In Zurich Don meets trusted companion Ayesha (Lara Dutta), and they retrieve the contents of a locker accessible only by Vardhaan. In it is a tape of J.K. Diwan (Alyy Khan), vice-president of the Euro-printing DZB (Deutsche Zentral Bank), who was sent by Fabian Kohl to bribe Singhania (Rajesh Khattar) to kill a competitor. Don blackmails Diwan into giving him the bank's blueprints so he can steal the printing plates. Diwan misleads him and hires Jabbar (Nawab Shah), an assassin. Don escapes, however, and baits Jabbar to working for him. With no other choice, Diwan gives Don the blueprints.

Don and his team plan and execute a bank robbery, taking hostages. After stealing the printing plates he is betrayed by Vardhaan and Jabbar, but escapes. However, Sameer (a team member, played by Kunal Kapoor) calls the police and Don is arrested; he threatens Sameer for informing on him. Unable to enter the bank and free the hostages, the police are forced to work with Don in exchange for giving him German immunity.

Don and Roma reach Vardhaan and Jabbar, but Roma is shot when she refuses to kill him. She still has feelings for Don, although he killed her brother five years earlier. He defeats Vardhaan and his thugs, and Jabbar is killed. Don obtains his immunity papers, surrendering the plates and a disc with information about his team. He brings Roma to a waiting ambulance, and they exchange glances before the doors close. Don later detonates a bomb planted earlier in Diwan's car.

In a final scene Don still has one of the currency plates, which the police think was destroyed by the explosion. Sameer was actually loyal to Don; informing the police was part of the plan. The disc Don gave them actually contains the names of the European drug cartel; when they are arrested, Don becomes king of the European underworld and tells Ayesha and Sameer they have no idea how rich they will become. When Ayesha tells him she was afraid he would be caught, he says: "Don ko pakadna mushkil hi nahin, namunkin hai" ("It is not just hard to catch Don, it is impossible.") and the film ends with the song "Dushman Mera" 

credit : Don 2 

Citer Don ni power jugak dari segi jalan cerita apa semua. Bukan tema cintan cintun semata macam typical Hindi filem yang selalu tu. Macam biasa mesti ada plot yang dia twist. Memula ingatkan camni,  last-last oooo cenggitu rupanya. Chiss~ =P


Doakan Mereka

28 December 21 Comments


"Salam. Hari ini baru dapat komunikasi. Sudah 6 hari kuala krai terputus talian komunikasi, digi dan maxis out terus. Celcom sikit2 sahaja ada.

Letrik tiada, air tiada. Minum air hujan, mandi air lumpur. Kencing berak usah dicerita lagi sbb air tiada. Air minum tiada.

Anak anak tiada pampers, susu anak2 mangsa banjir tiada. Menangis bayi2 kelaparan. Kalau ada susu pun, tiada botol susu, semuanya hanyut dibawa arus. Allahurabbi.

Beras 10kilo dikongsi 400 orang. Gula sekilo dikongsi 400 orang. Lauk tiada. Minyak masak tiada. Garam tiada.

Tiada tilam, tiada toto, tiada tikar dan tak ada selimut. Tidur beralaskan simen dengan baju basah. Kami orang dewasa tidak mengapa, tapi anak2 yang disedihkan.

Ada yang 3 hari x makan, ada 4 hari x makan. Kalau ada nasi atau tepung jemput hanya diberi utk anak3 kecil sahaja. Makanan tiada.

Kami berpindah berkali2. Masuk pusat pemindahan petang selasa, malamnya air masuk ke dewan pemindahan, pindah ke tingkat 2 sekolah teknik krai, esoknya air masuk ke tingkat dua, pindah naik tingkat 3.

Air naik sangat pantas dengan arus yang sangat deras. Ramai yg tidak sempat menyelamatkan diri hanya berlari ke bukit2 tinggi berdekatan. Di Kg Bekok dan Tualang dua bukit tinggi menjadi tempat berlindung drp arus sungai lebir yg menggila, 4 hari di puncak bukit tanpa bantuan, tiada makanan dan minuman, mereka berdakap beramai2 dalam kesejukan hujan lebat tanpa ada apa apa bumbung selama tempoh itu. Anak anak kecil kesejukan menggigil. Allahurabbi. Tiada bot tiada helikopter.

Ramai yang demam, warga tua yg kesejukan dan demam, anak anak sakit perut menggelepar tiada ubat, ada yg disengat lipan tiada ubat. Tiada ubat.

Kami di kuala krai kebuluran, hingga terpaksa mengayuh sampan mencari ayam ayam dan itik yang tersekat dihujung2 pucuk pokok, dan diatas bumbung rumah, disembelih dan dibawa utk dimakan oleh mangsa pemindahan banjir.

Bot tentera, polis dan bomba banyak lalu lalang, tapi tiada satu pun yg berhenti memberi bantuan ataupun sekadar bertanya khabar dan keadaan walaupun dipanggil berkali2.

Rakyat di sini tiada duit ditangan. Kalau ada di bank pun, semua bank terselam dan tenggelam. Satu bank sahaja selamat di kuala krai iaitu bank rakyat, namun Letrik tiada, mesin offline.Kalau ada duit pun, tiada kedai yang ada barang, semuanya tenggelam dan habis. Tiada bekalan.

Episod kelaparan, kebuluran dan kesejukan dari hari isnin hingga ke hari ini sudah dilalui, namun yg lebih menakutkan adalah derita rakyat menjelang musim persekolahan nanti, apabila 90% drp rakyat kuala krai musnah semuanya harta benda.

Baju semuanya hanyut dan basah bersama lumpur, tiada baju kering. Tiada sampai lagi baju utk mangsa walaupun sekadar baju bundle. Tiada tuala wanita. Kasihan pd mereka yg datang bulan.

Kereta tenggelam,barangan rumah 5 hari tenggelam dan hancur lunyai, ratusan buah rumah hancur dan hanyut dlm arus banjir, rakyat seakan akan bakal memulakan kembali kehidupan mereka dengan jari sepuluh tanpa ada apa2 harta dan keperluan diri di tangan.

Ayuh, saya seru dan merayu dengan penuh kerendahan hati, semua sahabat sahabat di luar sana utk membantu kami di kuala krai.

Masa untuk pulihkan semula emosi dan perasaan, trauma dan kesedihan jiwa rakyat, pembangunan semula prasarana dan keperluan asas rakyat, kita perlu mulakan sekarang.

Terlalu banyak keperitan dan derita rakyat kuala krai yg saya tiada ruang utk catatkan di sini. Daerah ini 2.8kali lebih besar drp negeri perlis. " 

credit : Ummu Durrah

Sedih sebak segala macam rasa ada. Belum reda ujian banjir, satu lagi ujian pesawat QZ8501 terputus hubungan dari radar. Semoga bertabahlah jiwa-jiwa kita semua.. InshaAllah moga-moga besar hikmah menanti kita. Allahuakbar T___T


Done | Giveaway untuk Bloggers : Safirul Amar

28 December 31 Comments
Bermula 23 hingga 28 Disember 2014
*klik banner untuk join*
 
Hadiah pertama
Telekung dan Mini Tasbih x 1 orang

Hadiah kedua
Custom made clock lokal produk x 1 orang
Custom Made Clock-WORLD FLY WHITE (Jam Dinding) yang bernilai RM 75.00 termasuk penghantaran, sumbangan dari pop local Inc. untuk view Custom made lokal produk tekan SINI

Hadiah ketiga
Topup tambah nilai prabayar RM 10.00 x 3 orang

Hadiah ke Empat
2 Pcs SHISEIDO FACE MASK ( pencerahan wajah dan pemutihan) x 2 Orang

Hadiah kelima
Wang Tunai bernilai RM 70.00

Hadiah Keenam
Wang Tunai RM 20.00

Hadiah Ketujuh
Wang Tunai RM 10.00

Dok nganga apa lagi? Seraaaanggg!  =D

Dapat Dah | Contest Shopping With RM1212 at Lazada

26 December 20 Comments
Dah selamat tiba ke pangkuan menatang mixer Elba ni yang aku menang sempena Iday buat kontes Lazada haritu. Balik dari jadi mandor tetiba tengok dah ada atas meja dapur. Alhamdulillah syukur salah 1 barang dalam wishlist aku tertunai nampaknye. Cuma nak tunggu mood rajin membaking je pulak pasni. Maklumlah semenjak kena stanby tak menentu timing ni, aku jadi malas bertingkek-tingkek pulak dah.

Semalam team wiring cctv mula buat kerja kat ofis aku lebih kurang jam 6.00 petang lebih camtu. Bayangkanlah semalam yang sepatutnya PUBLIC HOLIDAY cuti Krismas tapi aku terpaksa takleh ke mana disebabkan ni diorang nih. Diorang setel buat kerja jam 11.00 lebih. 11 MALAM ok. Dengan hujan lebatnye non stop. Aku yang gegerl ayu sopan ni terpaksa redah hujan lebat disertakan bunyi katak bernyanyi di sana sini. Nak aku kejut si daddy tolong temankan, dia pon dah lena dengan si mommy. Malas arhh nak kaco orang tengah sedap tido.

Nak taknak, ku relakan jua lah. Terpaksa pergi jugak sebab kunci takleh pass pada diorang gitu-gitu je. Dah la barang ICT banyak dalam tu belum unbox pon lagi. Kalo hilang karang, hah sudah naya pulak aku kene buang kerje. Phuii tak memasal lak kang. Dah tu, bila aku sampai, buleh pulak diorang gelak-gelak bergurau senda nape aku lambat lah hape lah. Hey cantik sikit, aku sepantas kilat datang pastu aku tak maki korang yang buat kerja lepas ofis hour ni pon dah kira syukur taw tak. Grrrr~

Balik tu hape lagi, aku teruslah bebel kat Boss dalam group wassap kerje tu. Baru terkejut deme bila aku kata aku baru je balik disebabkan team cctv baru setel wat keje. Buat kerja nak ikot jadual deme je. Jadual kite tak pedulik langsung ! Spoilt betol. Huhhh!