Doakan Mereka



"Salam. Hari ini baru dapat komunikasi. Sudah 6 hari kuala krai terputus talian komunikasi, digi dan maxis out terus. Celcom sikit2 sahaja ada.

Letrik tiada, air tiada. Minum air hujan, mandi air lumpur. Kencing berak usah dicerita lagi sbb air tiada. Air minum tiada.

Anak anak tiada pampers, susu anak2 mangsa banjir tiada. Menangis bayi2 kelaparan. Kalau ada susu pun, tiada botol susu, semuanya hanyut dibawa arus. Allahurabbi.

Beras 10kilo dikongsi 400 orang. Gula sekilo dikongsi 400 orang. Lauk tiada. Minyak masak tiada. Garam tiada.

Tiada tilam, tiada toto, tiada tikar dan tak ada selimut. Tidur beralaskan simen dengan baju basah. Kami orang dewasa tidak mengapa, tapi anak2 yang disedihkan.

Ada yang 3 hari x makan, ada 4 hari x makan. Kalau ada nasi atau tepung jemput hanya diberi utk anak3 kecil sahaja. Makanan tiada.

Kami berpindah berkali2. Masuk pusat pemindahan petang selasa, malamnya air masuk ke dewan pemindahan, pindah ke tingkat 2 sekolah teknik krai, esoknya air masuk ke tingkat dua, pindah naik tingkat 3.

Air naik sangat pantas dengan arus yang sangat deras. Ramai yg tidak sempat menyelamatkan diri hanya berlari ke bukit2 tinggi berdekatan. Di Kg Bekok dan Tualang dua bukit tinggi menjadi tempat berlindung drp arus sungai lebir yg menggila, 4 hari di puncak bukit tanpa bantuan, tiada makanan dan minuman, mereka berdakap beramai2 dalam kesejukan hujan lebat tanpa ada apa apa bumbung selama tempoh itu. Anak anak kecil kesejukan menggigil. Allahurabbi. Tiada bot tiada helikopter.

Ramai yang demam, warga tua yg kesejukan dan demam, anak anak sakit perut menggelepar tiada ubat, ada yg disengat lipan tiada ubat. Tiada ubat.

Kami di kuala krai kebuluran, hingga terpaksa mengayuh sampan mencari ayam ayam dan itik yang tersekat dihujung2 pucuk pokok, dan diatas bumbung rumah, disembelih dan dibawa utk dimakan oleh mangsa pemindahan banjir.

Bot tentera, polis dan bomba banyak lalu lalang, tapi tiada satu pun yg berhenti memberi bantuan ataupun sekadar bertanya khabar dan keadaan walaupun dipanggil berkali2.

Rakyat di sini tiada duit ditangan. Kalau ada di bank pun, semua bank terselam dan tenggelam. Satu bank sahaja selamat di kuala krai iaitu bank rakyat, namun Letrik tiada, mesin offline.Kalau ada duit pun, tiada kedai yang ada barang, semuanya tenggelam dan habis. Tiada bekalan.

Episod kelaparan, kebuluran dan kesejukan dari hari isnin hingga ke hari ini sudah dilalui, namun yg lebih menakutkan adalah derita rakyat menjelang musim persekolahan nanti, apabila 90% drp rakyat kuala krai musnah semuanya harta benda.

Baju semuanya hanyut dan basah bersama lumpur, tiada baju kering. Tiada sampai lagi baju utk mangsa walaupun sekadar baju bundle. Tiada tuala wanita. Kasihan pd mereka yg datang bulan.

Kereta tenggelam,barangan rumah 5 hari tenggelam dan hancur lunyai, ratusan buah rumah hancur dan hanyut dlm arus banjir, rakyat seakan akan bakal memulakan kembali kehidupan mereka dengan jari sepuluh tanpa ada apa2 harta dan keperluan diri di tangan.

Ayuh, saya seru dan merayu dengan penuh kerendahan hati, semua sahabat sahabat di luar sana utk membantu kami di kuala krai.

Masa untuk pulihkan semula emosi dan perasaan, trauma dan kesedihan jiwa rakyat, pembangunan semula prasarana dan keperluan asas rakyat, kita perlu mulakan sekarang.

Terlalu banyak keperitan dan derita rakyat kuala krai yg saya tiada ruang utk catatkan di sini. Daerah ini 2.8kali lebih besar drp negeri perlis. " 

credit : Ummu Durrah

Sedih sebak segala macam rasa ada. Belum reda ujian banjir, satu lagi ujian pesawat QZ8501 terputus hubungan dari radar. Semoga bertabahlah jiwa-jiwa kita semua.. InshaAllah moga-moga besar hikmah menanti kita. Allahuakbar T___T


21 comments:

  1. Flight AA tu... Adessss... Speechless!

    ReplyDelete
  2. macam macam ujian datang.. semoga semuanya tabah,..

    ReplyDelete
  3. in sha allah sama sama kita doakan buat mangsa banjir. terlejut jugak bila dapat tahu pasal flight tu.

    ReplyDelete
  4. dugaan di penghujung tahun. banjir, air asia. semoga banjir kembali pulih dan semoga pesawat tu dijumpai. amin.

    ReplyDelete
  5. Moga Allah beri kekuatan kepada kita semua :)

    ReplyDelete
  6. Allahu akbar !! :'( tak terganggung rasanya kalau diri sndri brda ditempat mngsa bnjir. semoga mereka tabah.

    Allah uji lagi.. bertalu talu. Nak tegur kita. Nak sedarkan kita. T_T

    ReplyDelete
  7. Anamizu pun terlibat banjir ke?
    Akk xtau anamizu orang mana, dik...

    ReplyDelete
  8. Baru dengar berita AA Indonesia ni tadi:(

    ReplyDelete
  9. Teruskan menyumbang doa dan bantuan kepada mereka yang sedang diuji, semoga penderitaan mereka dapat dikurangkan. Allah taala maha mengetahui...

    ReplyDelete
  10. Allahurabbi.. sbegitu rupa tahap penderitaan mereka.. semoga cepat bantuan diberikan kepada mereka..

    My Blog :

    http://segalaceritera.com/atik/

    ReplyDelete
  11. tahun 2014..tahun paling mencabar untuk kita...semoga bantuan kepada mangsa banjir cepat sampai...

    ReplyDelete
  12. tadi dengar cerita drpd kwn. org yg pertama hntr bantuan ke sn. katanya, pd hari pertama tu dah dahsyat. apatah lg hari2 berikutnya...

    ReplyDelete
  13. dugaan Allah nk beri.. harap mangsa2 tabah la...

    ReplyDelete
  14. rakyat negara lain pn mendoakan Malaysia

    ReplyDelete
  15. Mayat dijumpai. Alhamdullilah.

    Sedih pulak kt mesia ni. wuwuwu

    ReplyDelete
  16. semoga keadaan banjir makin pulih dan takziah buat pesawat QZ 8501 air asia..

    moga tahun baru ni membawa sinar pada kita semua, amin

    ReplyDelete
  17. Takziah. Ya Allah, macam-macam kann. Dunia akhir zaman

    ReplyDelete
  18. sis JM baru pulang dari misi bantuan banjir..ye mmg sedih melihat keadaan mereka, x ada rumah tido dalam khemah tetapi lagi kasihan kerana mereka 'jauh' dari Allah...huhhu..maybe sebahagian shj..tapi itu yg sis nampak

    ReplyDelete