Short Trip Penang | Part 3
anamizu
09 September
13 Comments
setel kat atas Bukit Bendera dan jugak round Padang Kota, kami pon gerak ke Muzium Perang atau dikenali jugak sebagai War Museum yang terletak kat area Batu Maung.. tak berapa jauh dah dengan jambatan baru Pulau Pinang tu.. War Museum ni jugak has been listed as one of the Top 10 Most Haunted sites in Asia by the National Geographic Channel.. haaaa scary ke idok ???
kawasan yang berkeluasan 20ekar tu memang agak menyeramkan terutama kalau pegi waktu lewat petang dan pergi hanya secara berdua bertiga.. tapi memandangkan kamiorang pergi 2 bijik bas, keseraman tu kurang sikitlah sebab ramai, so tak rase sangatlah terpacaknye bulu roma tu kan ? so kalo nak pegi, pegilah bawak rombongan cik kiah barang sebijik dua bas.. barulah tak berapa scary hehehe
dekorasi pintu masuk dan jugak sepanjang perjalanan masuk ke dalam kawasan War Museum tu memang menarik.. dan memandangkan bawak adik-adik kecik Tadika, memang seronok sangatlah tengok replika askar, senapang dan jugak peralatan perang lama zaman Jepun dulu-dulu.. teruja semua bebudak tu.. soalan kemain banyak lagilah tanye.. tapi keterujaan dorang tu tetibe terbantut bila kamiorang sampai kat kawasan peninggalan dimana lokasi askar Jepun dulu pancung kepala banduan / tahanan..
cemane tak terbantut semangat bebudak tu semua bila pandang atas je haaaa engkau ! besar gedabak dorang gantung replika patung / hantu kat kawasan ni.. ada gak 3--4 ekor hantu nye.. dan menurut pada tour guide (brader indon) museum tu, kalo sesi malam, bijik mata hantu akan menyala kaler merah.. pastu pulak memang selalu lah dengar bunyi suara-suara jeritan mintak tolong lah.. heshhhhhhh seram
kasawan berek tahanan dan lokasi kubu
start dibuka untuk umum pada tahun 2002, dan beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.. menurut katanya, sebelum tempat ni dibuka, macam-macam proses dibuat untuk mengahalau makhluk halus yang ada kat situ.. tapi rasenye sampai sekarang masih ada je lagi makhluk yang stay kat situ.. yelah dah memang tempat die kan...
untuk masuk ke sini harga tiket kalo warganegara dewasa RM20 , kanak-kanak RM10.. pihak muzium ada buat Penang Spooky Ghost Tour pada malam sambutan Hungry Ghost Festival.. so pada sesiapa yang memang tahap berani gila mencabar diri sendiri, masa Spooky Tour tu pelawat bukan sahaja boleh melawat muzium pada waktu malam malah siap boleh bermalam kat situ.. tapi kalo bagi kat aku FREE tiket pon memang idok ler aku nak bermalam kat situ.. huuuuuuuu sherammmm
haaa tudia sebahagian geng bas sekolah yang berjaya aku tarik untuk fotografi.. kesian cikgu-cikgunya masing-masing dah penat pastu pulak henfon dorang masing-masing bateri dah kong.. ni pon guna kamera fon cabuk aku, sipbekla aku bawak powerbank.. kalo tidak lama dah bateri fon aku pon lebur... setel je kutip pengalaman kat War Museum ni, maka berakhirlah short trip to Penang aku.. kami bertolak balik lepas mangrib dalam jam 8 camtu dan selamat sampai dalam jam 11.30 camtu.. semuanya terlentok kepenatan dalam bas.. dengan aku sekali pon lena.. penat berperang kat War Museum la katekan hehehe
*seriyesly tak puas lagi round Penang. Banyak lagi tempat aku belom explore.. jom sesape nak teman aku explore Penang nanti ?