maka sah la sudah 3 orang member guwa masa form six dulu menjadi isteri dan suami orang.. dan 2 lagi member guwa menjadi tunangan orang.. cuti sekolah dah bermula maka bermula lah jugak majlis kenduri kendara di sana sini..
27 Mei 2012 guwa terima undangan lebih dari 5 majlis kenduri.. 3 daripadanya majlis perkahwinan dan 1 lagi majlis bertunang.. semuanya kawan guwa masa form six dulu.. 3 majlis tu berlangsung di sekitar Felda Trolak.. tapi guwa tak dapat nak hadir ketiga-tiga majlis tu memandangkan guwa terpaksa fokus pada 1 majlis bertunang member guwa yang sorang ni - Rohaya.. si Rohaya ni member guwa dari tingkatan satu lagi dah.. dan..dan.... rumah kami tak jauh mane.. jadi, amatlah tidak molek kiranya guwa meninggalkan majlis dia.. tambahan pulak guwa ni memang orang penting dalam majlis dia nih.. so kalo guwa takde memang takdela orang yang akan huru-hara kan majlis dia.. hahahaha
majlis pertunangan rohaya pada sebelah petang selepas zohor..dan sekali lagi guwa tekankan di sini bahawasanya bukan guwa yang menjadi tunangan orang.. ROHAYA yang telah sah menjadi tunang kepada HAFIZ.. guwa masih single ye tuan² dan puan².. kehkehkeh
HAFIZ + ROHAYA
macam biase : sesi huru harakan pelamin..hahaha
oleh sebab guwa terlampau penting dalam majlis si rohaya ni, maka guwa terpaksalah menerima qada' dan qadar bahawasanya guwa takde rezeki untuk pergi ke majlis 3 lagi member guwa tu.. tapi alhamdulillah, ada 3 orang lagi member guwa yang lain yang dapat pegi terjah ketiga-tiga majlis kenduri diorang tu.. Oyin + Linda + Nana dapat terjah tiga² majlis member kamiorang tu..
Eroz(Ziana) + Suami
Man +Isteri (Kiki)
Wanie (cari gambar dengan hasben belom ada lagi kat fesbuk) kehkehkeh
pastu pulak, awal pagi 28 Mei 2012 lepas solat subuh, guwa terima 1 SMS dari sorang member guwa : ADEN (member masa form six merangkap member sekerja 1team) jemput untuk datang rumah die makan tengah hari ada majlis makan-makan sikit katenye.. guwa dengan partner yang lain memang pantang dapat jemputan makan-makan nih.. kalo takde pape aral, konfem kamiorang terjah punye! sebab kami orang agak majlis makan-makan tu bukan majlis makan-makan biase.. walaupon Aden tak bagi tawu dalam SMS tu tapi instinct kamiorang kuat mengatekan bahawasanye beliau akan bertunang on that day! so dengan konfidennye partner guwa (cik ida) memberanikan diri untuk mintak izin kat boss nak pegi.. and boss approved ! horeyy!
Aden + Shahrol
berape bijik kereta tah rombongan dari pihak Shahrol yang konvoi dari Terengganu.. lupe pulak guwa nak kire.. semua siap ada bunga riben merah lagi taw kat arieal kereta masing-masing..hehe.. Ni pon kalo ikotkan ada 1 lagi majlis kenduri kawen.. kakak kepada besfren guwa kawen.. tapi sebab guwa nak attend majlis Aden ni, so terpakselah guwa cancle nak ke majlis tu.. maaf Ref, guwa tak dapat nak hadir di majlis pernikahan kekandamu..wuwuwu~ takpe, guwa janji akan pastikan guwa ada masa lu nikah nanti..kehkehkeh
Tahniah untuk Eroz + untuk Man + untuk Wanie + untuk Rohaya + untuk Aden
*gambar semua guwa rembat dari fesbuk kawan-kawan guwa =P
*countdown for 9 June- wedding cik ida ^____^